QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
6 November 2010

Cantiknya Gambar Anda (muslimah) Jika Dijaga


Hati saya tidak senang. Saya membuka beberapa facebook para sahabat untuk melihat perkhabaran sahabat-sahabat yang merantau jauh dari tanah air. Cumanya ada beberapa facebook yang membuatkan muka saya ketat lagi kelat. Ketat kerana melihat gambar-gambar mereka yang suka-suka ditayang-tayang tanpa rasa malu atau bersalah. Saya tidaklah kisah sangat andai yang membuat tayangan itu mereka yang tidak bertudung. Mungkin belum terlintas di fikiran mereka bahawa gambar seorang wanita itu terlalulah peribadi untuk ditonton umum. Apatah lagi kalau orang boleh ‘grab’ tanpa izin.


Saya menjadi kesal dan terlalu ghirah kerana ia turut mendapat sambutan wanita bertudung litup dan lebih-lebih saya kesalkan mereka yang berniqab juga turut berjinak-jinak dalam kegiatan ini. Tujuan saya menulis entri tentang ini bukan kerana ingin memalukan mereka, tetapi saya sungguh-sungguh mahu memberi kesedaran kepada mereka, (jika bukan kalian yang terlibat, berpesan-pesanlah kepada ‘golongan’ ini.) tentang rasional dan logiknya menayang gambar sendiri di website atau di internet.



Pertama, tolong tanya hati, waktu anda dengan semangatnya mencari-cari gambar sendiri dengan pose yang menggiurkan, atau pose yang memfokuskan pada bahagian muka atau mata( bagi yang berniqab) untuk diletakkan di internet, untuk apa semua itu anda lakukan? Saya pasti jawapan hanya satu. Tentunya anda mahu dilihat orang. Inilah diri anda. Yang lebih bahaya lagi, anda pasti suka dikomentar :


" comelnya awak”


“ geramnye..cantik”

“ aduhai, lawanya mata"


Setelah dikomentar begini hati berbunga-bunga riang. Kalau boleh dilihat bentuk hati, pasti sudah mengembang macam belon. Bagi kalian yang wanita, uhh, jangan dinafikan perasaan ini. Saya juga wanita seperti anda. Siapa yang tidak suka dipuji? Rasa terlambung-lambung di awan bukan? Tapi awas, jika ini adalah tujuannya, ia melambangkan satu pemikiran mentah dan kurang matang anak-anak remaja yang baru hendak kenal dunia. Sedangkan umur kalian sudah di paras dewasa, bahkan dengan nilai agama yang ada, sepatutnya sudah cukup membentuk rasa malu dalam diri. Biar hanya malu untuk sekeping gambar.



Kedua, tolong tanya hati, di mana nilai diri anda? Kenapa begitu mudah menyepahkan gambar di internet untuk tatapan mata-mata yang tidak selayaknya melihat anda? Bagi yang berniqab,( maaf kerana hati saya jadi berang melihat kalian suka-suka hati pose dengan niqab yang dipakai dan difokuskan bahagian mata dengan pandangan yang menggoda), untuk apa kalian menutup muka jika asalnya ingin mengelakkan fitnah, tetapi akhirnya sampai jadi begini. Bukan setakat memberi fitnah pada diri sendiri, bahkan telah memburukkan imej wanita lain yang berniqab yang tidak terlibat dengan kegiatan kalian. Astaghfirullah. Maafkan saya jika ingin saya katakan, jika kalian masih terus begini, dipersilakan untuk tanggalkan niqab kerana fungsi niqab telah terhapus sepenuhnya!



Wanita Muslimah..Diri anda, telah Allah muliakan dan sucikan bahkan diberi darjat yang tinggi dalam Islam. Tetapi apa yang kalian telah lakukan? Memurahkan diri untuk berkongsi diri dengan mereka yang bukan muhrim walau hanya dengan gambar. Jujurnya, saya merasa ‘pelik’ dan terpaksa saya beristighfar apabila melihat gambar-gambar kalian kerana rasa ‘jelek’ telah mengotorkan hati. Tetapi apa saya boleh buat, kalian telah menjemput saya untuk berasa demikian. Logiknya memang begitu. Saya memohon, hadirkanlah walau sekelumit rasa malu untuk hal ini. Jika hati belum terasa apa-apa, timbangkanlah dengan logik, apakah harga diri yang telah kalian letakkan? Itu sahaja.



Akhir, maafkan saya. Seribu maaf andai teguran ini agak keterlaluan. Apa yang saya harapkan ada jiwa yang masih lembut untuk menilai inti tulisan saya kali ini. Wanita muslimah, saya merayu sekali lagi, sayangilah diri, cintailah diri, jangan dibiarkan diri kita menjadi bahan untuk dimaksiatkan. Lindungilah diri, jagalah diri. Diri kalian adalah milik diri sepenuhnya dan nanti akan menjadi hak seorang suami apabila disempurnakan akad. Segala kecantikan itu biarlah dijaga untuk lelaki yang nanti bergelar suami. Yang berhak segalanya atas diri kalian.....


Sumber asal : zinnirah

10 tautan:

Nur Mawaddah Mohd Shah berkata...

wahh, saya sokong sepenuhnya dengan apa yang awak postkan ni. kalau nak letak gambar sendiri sekalipun, letaklah yang jauh2, samar2 ke.jadi muka kita tu tak berape jelas orang nak kenal. hehe.. teruskan berblogging ye, :)

Nur Sadiqah berkata...

InsyaALLAH....

Qabsah Anisah berkata...

‎"Jika kamu melihat kemungkaran, lalu dia berkuasa maka ubahlah dengan tangan..jika tidak berkuasa dengan tangan,ubahlah dengan lisan, jika tidak mampu, ubahlah dengan hati, itulah selemah2 iiman"

(riwayat Abu Daud)

Hideossle berkata...

saya tak against artikel ni, tapi....

mempamerkan gambar berniqab mungkin masih masuk konteks mempamer, tapi pamerannya tidak sebanyak mereka yang berhijab penuh tapi tak berniqab.

mempamer gambar berhijab penuh masih mempamer, tapi tidak sebanyak pameran tudung yang pendek atau tak penuh.

mempamer gambar tudung ala kadar masih mempamer, tapi tak sebanyak mempamer gambar tak bertudung.

mempamer gambar menutup aurat pun tidak terlepas dari bahaya, tapi lagi bahaya gambar tidak menutup aurat. bahaya-bahaya gambar tidak menutup aurat, lagi bahaya gambar tidak menutup aurat lagi seksi. peling berbahaya bila gambar ada unsur2 tidak berpakaian....

so please...wanita nk tutup aurat ni pn dah dikira satu ujian besar...jgn beratkan beban mereka secara tidak seimbang dengan hanya spesifikkan teguran2 sebegini untuk mereka tapi tidak pada wanita lain (malah lelaki lain pun)...nti tak pasal2 yg pakai tudung terus bukak tudung, dengan anggapan bukak tudung ni 'bebas' dari ditegur

jadi jangan spesifik kan teguran anda hanya kepada sejenis wanita...aku sendiri pn, bukan takat tak nak pamer gambar sendiri dah, malah gambar artis wanita (yang sosial ke, bukan islam ke) pn taknak, takut member lelaki tertarik... malah gambar artis lelaki (sosial ke, bukan islam ke) pn tak berani nak letak...takut member pompuan gila bayang) - sila rujuk kisah Nabi Yusuf atau kisah seorang lelaki yang sangat tampan pada zaman Saidina Umar, sampai dia diarahkan keluar dari kampung kerana ketampanannya dah membuat ramai perempuan hilang arah smpai ada yang minum arak nk lupakan dia...

pernah sekali ternampak gambar muslimin berkopiah kat blogspot..soleh je..tapi tu la, pandangan aku tergoda sesaat. "hensemnya". nasib baik aku berhenti pandang.

aku percaya insan seperti Nabi Muhammad dan para sahabat, pasti ramai tukang2 lukis bukan islam pada zaman itu yang sanggup belayar jauh untuk melukis gambar mereka tanpa bayaran....tapi hakikatnya para solehin ini tidak mempunyai gambar kan?

dan kalau "kecantikan wanita dan pandangannya hanya untuk suami", maka sertakanlah dengan "pandangan dan ketampanan lelaki hanya untuk isteri"...kerna suami dalah pakaian isteri dan isteri adalah pakaian suami. dan suami isteri keduanya hanyalah hamba dan milik Allah semata-mata

islam itu agama yang indah. maka perindahkanlah kata-katamu dengan adilnya.

cahaya berkata...

salam 'alaik
ana ingin bertanya..
bagaimana jika gambar2 yang diupload d laman sosial adalah gambar2 kegiatan dan aktiviti seperti kem mahupun lawatan..?
dan kemungkinan ada gambar diri kita di dalamnya. niat kita bukanlah utk mempamerkan diri dan tiada unsur2 pose manja atau yg seumpamanya..adakah itu satu kesalahan??

Qabsah Anisah berkata...

buat cahaya dan Hideossle :

Wa alaikum salam wbt..

Setiap orang mempunyai pendapat. Dan setiap orang tidak berhak memaksakan orang lain terhadap pendapatnya, selagi mana kedua-dua pendapat itu masih di atas garis hukum dan tidak melanggar syariat.

Pesan Nabi, “Mintalah fatwa pada hatimu, kebaikan adalah sesuatu yang membuat hatimu tenang dan keburukan adalah sesuatu yang membuat hatimu gelisah. [H.R. Ahmad dan al-Dârimî]



Hal ini bergantung juga kepada niat. Urusan niat seseorang adalah urusannya dengan Allah. Terpulanglah samada kita memilih untuk berbaik sangka dengan niatnya atau berburuk sangka dengan niatnya itu, semuanya bakal dihisab Allah. Kutukan-kutukan berupa sengaja ingin dipuji, sengaja nak tunjuk cantik dan sebagainya itu, semuanya akan diadili oleh Allah SWT samada benar atau tidak. Pesan Allah SWT di dalam al-Quran, “Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah sebahagian besar dari sangkaan-sangkaan, kerana setengah dari sangkaan itu ada mengandungi dosa.” (al-Hujurat : 12)

Qabsah Anisah berkata...

Ni pula pandangan dari seorang sahabat,


buat cahaya:
x salah upload gambar yg menutup aurat. lebih2 lagi jika bukan kita yg upload lagi lah jauh dr salah.



Buat Hideossle:
Perihal gambar orang yang berniqab pula, juga tak salah jika mereka nak upload sebanyak mana pon. mungkin boleh jadi inspirasi untuk orang lain berubah. tapi saya jenis yang melihat pada keadaan hati. pakaian melindungi fizikal kita, tapi ia tak melindungi hati kita. untuk orang yang berniqab, saya lebih risaukan orang tu drpada orang yang melihat gambar dia. sayanglah kalau dia dah mampu menjaga aurat dgn sempurna tapi hatinya goyah,. Riak dan rasa suka dengan pujian tu merosakkan hati.dan jika teguran lebih diberi kepada mereka saja. jadi kenapa? bukan ke Islam agama teguran. tak perlu rasa berat dgn teguran, orang Islam suka pd teguran dgn teguran dia nampak apa yg perlu diperbaiki.

Sedangkn imam Ghazali mngajarkan kita mcari teguran dr golongan ni, musuh, keadaan masyarakat, guru. kenapa kita yg diberi teguran percuma rasa berat nak mendengar? jadi itu balik semula kepada hati sebenarnya =)

tingkatkan ikhlas, insyaallah teguran tu sesuatu yg sedap didengar.


Tapi tu tak bermakna sy galakkan orang yg berniqab, bukan niqab supaya tak riak. orang yg berkopiah, bukak kopiah supaya x riak. Itu cuma permainan syaitan supaya kita tinggalkan perbuatan yg baik/sunnah. Kena pandai lah kawal diri.


Dalil yg lain, pernah dengarkan orang ckp berdebat ni boleh mengeraskan hati? bila kita berdebat hanya untuk menangkan diri kita, untuk menunjukkan kehebatan kita. ia kesan yang buruk pada hati. tp imam2 yg besar. Imam Syafiee, Hanbali. Abu Hanifah. semua pon pendebat yg hebat. tak keras pon hati mereka.imam Ghazali antara yang paling banyak berdebat, dpt gelaran Hujjatul Islam kerana hujah2nya.. sebab apa hati mereka tak jadi keras, jwpannya sbb mereka ikhlas. =) .

jadi kalau kita tahu kita tak terkesan pd pujian , nak upload berapa byk pon upload lah. tp kena bersedia utk ujian yg lain pula la. ujian godaan2 dr lawan jenis. =)

sbb ujian Allah bergantung pada tahap iman kita kan. kalau ujian pujian dpt kita atasi, kita masuk ujian level seterusnya pula. =)

Hideossle berkata...

Salam, seperti kita maklum golongan pakaian wanita zaman sekarang:
1. berpakaian terdedah melampau
2. berpakaian elok tapi tak berhijab
3. berhijab, tapi tak tutup aurat dengan sempurna
4. menutup aurat dengan sempurna
5. sempurna dan kesempurnaan(niqab)

benar kata anda, setiap orang pendapatnya berbeza. ada yang cenderung pada golongan #1 saja, atau #2 saja atau #5 saja atau lain, ada yang cenderung pada dua diantara lima, tiga antara lima, atau semuanya.

pendek kata, teguran pada mana2 golongan membawa maksud yang sama iaitu; ke arah yang lebih baik. yang dedah mesti ditutupi, yang tutup penuhilah bahagian yang terdedah, dan yang sempurna, perbaikilah niat.

mungkin saya cenderung pada semua golongan agar tiada sesiapa lepas dari tanggungjawab memperbaiki diri (terutamanya golongan yang masih sgt jauh dari syariat), tapi saya juga sudah memahami niat murni saudari; pada mereka yang sudah ada asas yang kuat malah berniqab,jadikan yang sempurna sebagai jalan mendapat keuntungan yang menyeluruh dengan menyempurnakan kebaikan itu luar dan dalam.

kita perlukan orang yang tidak mengkhususkan teguran dan kita juga perlukan orang yang mengkhususkan teguran pada satu golongan, agar ada yang boleh beri perhatian umum dan ada juga yang boleh beri perhatian khusus.

sekarang ini saya mengerti bahawa perhatian khusus yang saudari berikan pada golongan wanita berniqab adalah sebahagian dari tanda kasih sayang saudari terhadap mereka agar amalan yang dilakukan dengan susah payah mendapat keuntungan penuh berlipat ganda.

Akhir sekali, maafkan saya jika terkasar bahasa. Semoga Allah memperbaiki niat dan amalan kita, menjauhi kita dari mencela dan mengurniakan kita hikmah dalam teguran. Amin.

nahwanz berkata...

assalamualaikum.

saya sangat menyokong.

sebab saya lihat MAKIN ramai muslimat berniqob mempamerkan gambar2 mereka yang berniqab dgn gaya ala2 comel. cthnya buat tanda 'peace' atau fokus lebih pada mata (yang diistimewakan, khas utk ditonton).

saya juga cuba menegur mereka di dalam blog, dgn memberi komen. kebanyakan mereka tidak menghiraukan nasihat dan komen yang diberi.

nasihat saya, x perlulah upload gambar2 anda. x perlulah cerita semua aktiviti anda di dalam blog.

jgn lupa, tulisan kita di blog juga akan dinilai oleh allah.

dan allah maha mengetahui dan berada di mana2 dengan ilmu pengetahuanNya yang luas. Allah maha melihat dan maha mendengar. takutlah kepada allah.

wallahu'alam~

Qabsah Anisah berkata...

wallahu'alam~

Updates Melalui E-Mail