'Dakwah dihujung jari'
Jangan tikam iman dengan perkara-perkara lagha, tapi hirislah iman dengan perkara-perkara ilmu.
Ya kini zaman milenia. Hujung jari sahaja sudah boleh berdakwah tetapi dengan hujung jari juga maksiat boleh berleluasa.
topik 'dakwah di hujung jari' diulas dalam radio ikim.fm beberapa hari yang lepas dalam segmen warna pagi. Bagaimana manusia kini dengan mudah mendapat pahala dan juga mudah mendapat dosa. Contoh paling mudah di facebook, Bercerai di facebook, erkenalan di facebook, popular juga di facebook. Sedar atau tidak status, post dan gambar-gambar di facebook memberi saham di akhirat kelak?
jika perkara tersebut baik dan diikuti ramai orang, pahalanya akan berterusan. Bagaimana pula jika ia perkara bertentangan? Dosanya juga berterusan.. menambah dosa hanya di facebook..belum lagi dosa di luar facebook..bukan nak menghentam facebook tetapi bagaimana muslim hari ini menggunakan facebook sebagi medan dakwah di hujung jarinya.
Samalah juga dengan blog. Komen ustaz Hasrizal :
"apa niat kita untuk berblog, kalau blog sekadar bersawang dan dibiarkan sahaja. Gunakanlah blog ini untuk memuat dan mencetuskan ilmu. Bagi yang dah pun memiliki blog, kemaskinikanlah blog dari semasa ke semasa kerana ia merupakan tanggungjawab dan amanah yang akan ditanya kelak. Jangan jadikan blog seperti telah 'kematian' tuan.."
erk,, terkena pada diri sendiri, menggunakan blog sebagi medium dakwah kerana ramai sebenarnya manusia ini silent reader, mana tau dengan tulisan ini mampu mengubah hitam kepada putih, hodoh kepada cantik, jahat kepada baik. sama-samalah muhasabah diri seketika..
Benar kata sahabat, berdakwah bukan dinilai dengan penerimaan manusia tetapi lakukanlah kerana Allah, Terima atau tidak urusan DIA. Tetapi rugi juga kalau berdakwah tetapi tiada siapa dapat manfaatnya. Sifirnya seperti analogi aminah yang sangat suka memasak, setiap hari dua atau tiga lauk di masaknya. tetapi apakan daya, tiada siapa yg mahu makan masakannya. kenapa? tawar! masin! dan macam-macam komen hadir. itu kan rugi namanya.
Seperti kata ustaz Syed Kadir:
"daie mesti berfikir mad'u itu seperti berada di tepi gaung. Andai tepat caranya, selamatlah mad'u tersebut. Jika tidak, jatuh lah dia tanpa dpt menyelamatkannya"
Sekadar coretan untuk berfikir, Kadang-kadang apabila ada ruang untuk berdakwah terbentang seperti usrah,blog dan sebagainya tidak digunakan sebaiknya. rugi sungguh daie. manusia semakin gersang tanpa tarbiyah kerana kurang usaha dakwah. Ingatlah 10 jari inilah yang digunakan untuk berzikir juga memegang tasbih bagi memperoleh saham (pahala) dan jari ini juga yang terkadang disalahgunakan untuk meruntuhkan saham tersebut.
Jari-jari kita akan menjawab apa yang kita cari dan apa yang kita tulis
Sama-samalah kita berfikir dan muhasabah diri
Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. (Al-Nahl 16:125)
wallahu'alam
3 tautan:
Menarik dan bermanfaat.
Tqvm. Saya sudah kongsikan di http://kenapaberblog.blogspot.com/2013/11/perkongsian-yang-menarik.html dan di https://www.facebook.com/BBAlAmiin?fref=ts
Semoga bermanfaat dan memberi ilmu kepada ramai pembaca...
Bagus la blog ni...bermanfaat utk semua
Catat Ulasan