QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
Memaparkan catatan dengan label Diari hidup. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Diari hidup. Papar semua catatan
3 Februari 2016

Lepaskan..

Jika tak suka, lepaskan... 
Jika tak suka, jangan dibaca..
Kerana, hati sendiri yang akan sakit..



Mengapa perlu pertikaikan kebebasan orang lain unruk berbicara?  Andai hatimu sakit untuk membaca, mungkin ada hati yang memerlukkanya untuk bangkit. Untuk membina semangat yang direntap oleh si pendusta.

Setiap kita punya jalan cerita yang indah Allah telah aturkan. Sama ada kita redha ataupun tidak sahaja. Mungkin ada insan yang hadir dalam hidup kita. Tapi watak itu hanya watak ekstra. Bukan watak utama. Dia datang sebagai asbab sahaja. Untuk Allah uji. 

Terkadang, aku menulis, aku meng copy-paste bukan untuk sesiapa. Tapi untuk diri sendiri. Untuk mereka yang sudi. Bukan untuk mereka yang asyik mencari salahku.  Terkadang aku tersasar, itu hanya kerana aku seorang manusia. 

Cukuplah.. Janganlah jadi si pendendam. Jangan jadi si pendengki atas kebahagian orang lain. Dirimu terlalu berharga untuk kau bazirkan buat orang yang dah tak sudi.... Doakan yang baik-baik sahaja untuk dia. Lepaskan dengan redha

Hati ini Allah yang punya.  Jadi pintalah pada Allah. .... Andai bukan milik kita, belajarlah melepaskan dengan redha...

Wassalam..

24 Januari 2016

Menangislah

Adakalanya, kita perlu menangis. Itu fitrah. Tapi jangan terlalu lama berada di sana. Hidup mesti diteruskan. Tinggalkan sahaja orang yang tidak pernah menghargaimu. Kerana pasti ada seseorang yang  menghargaimu akan dikirimkan oleh Allah. 




Kata Allah, " aku adalah seperti apa yang hambaku fikirkan" Jadi, fikirkan yang baik-baik sahaja. Anda terlalu berharga untuk diperlakukan sebegitu oleh orang lain. Jangan lagi anda tambahkan ia dengan menangisinya terlalu lama.

Ya.. memang sakit. orang kata, "Awak tak rasa, senanglah cakap"...

Tapi, kenapa perlu kita menangis.. sedangkan mereka sedang bahagia atas penderitaan anda? 

Bangunlah... kembalilah kepada Allah... Hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang..
23 Januari 2016

Peringatan dari Allah

Dalam seminggu ni, banyak sangat kemalangan jalan  raya yang berlaku di depan mata aku. Ada yang sampai meragut nyawa. ( innalillahi wainnalillahi ro jiuun )., ada yang meragut semangat. 

Terkenang kembali peristiwa pada 11 Oktober 2014 yang lepas. Satu kemalangan jalan raya telah berlaku yang melibatkan tiga buah kenderaan. Hilux, Proton Saga dan Produa Myvi.  Dan aku adalah antara salah seorang yang ALLAH pilih untuk merasai situasi ketika itu. Seperti tiada harapan untuk lepaskan diri apabila sebuah kereta terundur dengan tiba-tiba dari sebuah pondok pengawal di sebelah kiri jalan. Aku berada di lorong laju pada ketika itu. Sebuah Hilux berada di belakangku dengan dengan jarak yang sangat rapat. Sebelah kanan pula sebuah longkang besar.  

Aku tahu, aku tak mungkin akan terlepas. Andai aku pilih untuk menekan break untuk mengelak kereta yang tiba-tiba terundur, mungkin aku akan dirempuh teruk oleh Hilix dari arah belakang. Andai aku menekan pedal minyak, aku akan dirempuh dari kiri. Andai aku memusingkan stering ke sebelah kanan, aku pasti akan jatuh ke dalam longkang besar... Aku tiada pilihan.. Aku tidak dapat berfikir. Aku cuba menekan break. Tetapi seperti ada sesuatu yang meletakkan kakiku kekal di pedal minyak. Tanganku pula tidak membelok ke kiri mahupun kanan. Aku pasrah.... Akhirnya keretaku dirempuh dari kiri...



Memang benar.. kita tak akan dapat membuat pilihan dan berfikir dengan baik ketika itu. Mengimbas detik-detik peristiwa itu berlaku, sungguh aku bersyukur kerana masih lagi bernafas pada hari ini.

Benarlah ajal itu akan datang secara tiba-tiba. Malaikat tak akan datang bertanya kepada kita sama ada bersedia atau belum untuk dipanggil menghadapNya. Sama-samalah kita berdoa agar mati dalam husnul khotimah. Dapat masuk ke syurga Allah dengan rahmatNya dan ditempatkan bersama dengan orang-orang yang soleh. Aamiin..


28 April 2013

Selamat Mengundi

Assalamualaikum...




Alhamdulillah... PRU13 masih berbaki lagi 7 hari.... 05.05.2013 mungkin akan mencatatkan sejarah perubahan tampuk pemerintahan di Malaysia. MUNGKUN.. Aku juga ingin perubahan itu berlaku di negeri kelahiranku... Sabah di bawah bayu...

Dalam masa aku membaca status rakan-rakan ku di facebook, aku amat teruja dengan video ni...







Teringat lagi semasa Penamaan Calon yang lepas... Alhamdulillah aku ditugaskan untuk masuk ke dalam kelompok ini....

Aku dapat merasakan aura yang selama ini aku ingin rasakan... Terima Kasih ALLAH... Kerana niatku telah Engkau makbulkan..















Undiku adalah rahsia...

cuma pesanku,



21 Mac 2013

Bukan Jodoh kita…


Bismillahirrahmanirrahim...


Mungkin jodoh kita tak panjang. Ya.. memang jodoh kita tak panjang. Aku cuba menjagamu sebaik mungkin. Namun Allah putuskan untuk kita berpisah pada hari ini… 21 Mac 2013 … Tarikh di mana aku kehilanganmu…

Jari manis dah tak semanis dulu… kerana kini kosong tak “berikat”…



Terkenang kembali tarikh di mana akad dilafazkan… Kau jadi milikku… Hati hanya mampu bersyukur. Kerana kau telah lama ku idamkan. 



Kehadiranmu membuatkan aku rasa diri berteman walaupun ku tahu Allah sentiasa ada bersama ku… walaupun kemana ku pergi akan ada yang bersama ku di kiri dan kanan. Tapi kau penemanku bila diri ditanya sudah berteman atau belum. Ku tunjukkan sahaja dirimu. Maka mereka ku anggap paham. Bicara tanpa kata kadang-kadang lebih mudah untuk dimengertikan….

Namun lumrah hidup. Setiap yang bermula, bersedialah tibanya hari akhir…

Aku redha semuanya terjadi. Semoga akan ada orang yang menjumpai mu… menyayangi lebih dari aku menjaga mu sampai hari ini… Maafkan aku… kerana kecuaianku aku kehilangan mu..



Ayatnya macam ayat putus cinta pula…
  

padahal… pelaburan dah hilang…

Hmmmm…. Tak mengapalah. Mungkin setakat ini sahaja rezeki dan jodoh ku dengan cincin tu….  Adalah hikmahnya tu.  Tulah yang ku ucapkan  berkali-kali kepada diri sendiri.  Lebih kepada memujuk diri sebenarnya…



Ubat dari “DOKTOR”:

  • Simpan duit beli yang baru. Kerana nak harapkan orang bagi… itu belum tentu boleh dapat

  • “Patah tumbuh hilang berganti”….Walaupun yang baru tak mungkin sama dengan yang lama, tapi ALLAH akan beri apa yang kita “perlu” bukannya apa yang kita “mahu”… ( Cuma sentimental value dah tak sama… )
  • Tak apalah.. Nak buat macamana lagi. Yang hilang tu biarlah. Adalah tu Allah nak berikan yang lebih baik lagi.  Jangan risau. Jangan pernah berputus asa dengan rahmat Allah.  Kita tak tahu dan tak nampak hikmahnya sekarang. Tapi pasti ada hikmahnya.
10 Januari 2013

Sanah Helwah Qabsah...


Umur yang berkat ertinya umur yang semakin tua semakin soleh, setiap detik diisi dengan amal ibadah. 


Seseorang yang mengisi hidupnya untuk kebahagiaan dunia semata, maka hari tuanya akan diisi dengan banyak bernostalgia mengenai masa mudanya

Orang yang mengisi umurnya dengan banyak mempersiapkan diri untuk akhirat (melalui amal ibadah), maka semakin tua semakin rindu ia untuk bertemu dengan Penciptanya. Tidak ada rasa takut meninggalkan dunia ini, bahkan ia penuh harap untuk segera berasakan keindahan alam kehidupan berikutnya seperti dijanjikan Allah".

Perjalanan masih jauh.. pencarian masih belum jelas.. destinasi masih kabur.. Arah mana yang harus di tuju? Bila dan di manakah destinasi aku? Aku merendah diri, dan berharap hanya kepada Dia.. kerana Dia Yang Maha Mengetahui. Ya Allah, tunjukanlah aku jalan yang lurus...Allahurabi..Amin..



*****************************************

Salah satu cara untuk doa dimakbulkan adalah berpuasa dan berdoa pada hari kita dilahirkan .

Pintaku.... Terima lah aku seadanya... Pada usia yang semangkin meningkat, bukan pada usia yang telah aku tinggalkan....



31 Disember 2012

Susah menjadi dia?



"Dia tak cantik, tak menggoda.  

Tanpa bulu mata palsu, tanpa gincu bibir, lip balmnya pun tak berwarna, tak menggoda.  Ada macam tak ada.  Matanya tak galak, tak redup.  Hanya mata biasa-biasa. Kadang kala matanya terlihat bengkak dan sembab.  Namun tak pernah dia sembunyikan itu dengan eyeliner, maskara dan eye shadow. Yang memang dia tak reti nak calit-calit tu.  Hidungnya pun tak mancung.  Pipinya taklah semulus bagai telur dikupas itu.  Namun, tak pula mahu dia oles-oleskan pemerah pipi yang menambah seri.  Hanya dia tempekkan dengan bedak nipis yang gayanya ada macam takde.  Dan dia, ya dia selesa begitu.




Walau dikelilingi rakan-rakan yang cantik dengan benda-benda tu, dia tak peduli dengan pandangan orang.  Tak kisah dengan trend rakan-rakannya.  Bukan dia kedekut.  Cuma rasa tak perlu.  Menempek segala macam benda hanya untuk terlihat cantik.  Dan dia, ya dia selesa begitu.  Sederhana dengan caranya.  Bersyukur dengan apa yang dia ada. 



Biarlah walau dia dipandang kolot dan tak bergaya.  Dia tak peduli.  Dia malas ambil tahu.  Yang penting dia tak menarik perhatian lelak.  Dan tak pula berlebih – lebihan dalam gayanya.  Sedang dalam dengan cara begitu pun, Dia masih tak sedap hati.  Terasa lelaki-lelaki gatal masih memerhati.




Susah menjadi dia? Tak ada yang memandang? Tak ada yang mengurat?  Itu lagi senang.  Senang dia nak jaga diri, terhindar dari dosa dan lelaki yang berniat tak baik pada perempuan.  



Susahnya menjadi dia?  Terasa nak mencuba, nak jugak terlihat cantik dan menggoda?  Dipujuk hatinya, 

“jangan, itu semua godaan dunia”

“wanita itu memang sudah cantik, maka jangan berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian yang kemudian mengundang dosa”.

Dipujuk hatinya.  Walau terasa ingin mencuba, dia lebih takut pada akibat dosa yang tiba, kalau dia turutkan kata hatinya.  Ya, biarlah.  Biar dia jadi gadis biasa, yang sederhana.  Yang kehadirannya tak disedari.  Ya, dia selesa begitu."


Dan dia,... 

adalah ....


Yang tak pernah dipandang oleh mana-mana lelaki.... dan biarlah hati berbicara tanpa kata... tak susahpun menjadi dia kalau DIA yang ada di hati....  




KOLEKSI PERIBADI 1 || 2012

kerana minat ku campakkan ia ke dalam seni...

kerana melalui seni aku mampu menyampaikan apa yang ingin aku sampaikan tanpa dikenali....

kerana bagiku, menyampaikan sesuatu yang baik walaupun diri tak sebaik mana....boleh memotivasi dan memuhasabahkan ku secara berterusan....

insyaALLAH...

aamiin
 
 
 
 
 
 

 


 
 
 
 


 
 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 
 
 
 
Cartoon us...
 
 


 


 


 


 


 


 


 


 

Updates Melalui E-Mail

Label fail