QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
Memaparkan catatan dengan label muhasabah diri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label muhasabah diri. Papar semua catatan
7 Disember 2014

Sakitnya di sini (hati)

Bila menyebut dan membicarakan soal perasaan, ia terlalu subjektif untuk dikupas. Kerana ia hanya boleh dirasakan disini (hati). Jangan mudah mempermain-mainkan perasaan orang, jangan suka memberi harapanjangan mudah kecewakan hati kecil orang. Kelak balasan Tuhan mungkin bukan hari ini, bukan minggu depan, tapi esok-esok...



Masa kita sudah lupa... paling takut, bila dah kahwin, dah ada anak, anak-anak kita pula yang kena... kita yang buat, anak yang menanggung balasan dari Tuhan,
lagi perit, terseksa jiwa sapa nak jawab?!


"Hargailah hati dan perasaan sesama manusia."
9 Oktober 2013

Demi cinta yang takkan lenyap




"Setiap yang bertunang, ataupun yang ada perasaan sebelum nikah ini sedang berdusta, sedang tak menjadi dirinya yang sebenar.

Jadi, kalau kamu bercouple, berkawan-kawan, 20 tahun sekalipun, kamu takkan kenal dia. Yang kamu kenal adalah lakonannya. Buang masa je kalau kita kata nak kenal dulu sebelum nikah.


Kita hanya akan mengenal seorang PACAR, bukan seorang SUAMI. Sebab masa berkasih yang kita cari cuma keindahan-keindahan, kita cari hanyalah keseronokan.

Masa berkahwin, kita kenal dia, kelemahan dan kebaikan dia. Kita cuba bantu untuk tingkatkan potensi dia. Dan, kalau kita berpacaran, bercouple sebelum nikah inii, syaitan akan jadikan itu satu modal penting untuk rosakkan alam rumahtangga kita nanti.

Sebab masalahnya,

  • ada masalah yang kita undang,
  • ada masalah yang tak diundang.



Yang kita undang ialah
  • bila kita sekarang tak setia,
  • bila kita sekarang tak ambil Allah nombor satu,
  • bila kita sekarang sanggup dekati jalan-jalan zina.

Dah nikah nanti pasangan kita duk facebook dengan suami orang, pasangan kita duk facebook dengan isteri orang, jangan terkejut... Kalau dia tawarkan cinta kepada adik, duk puji kecantikan wajah adik, jangan terkejut nanti dia jadi seorang suami yang mata keranjang. Kalau caranya itu tak meletakkan Allah nombor satu, tak takut pada Allah, dia sedang persembahkan cinta yang rapuh yang sementara untuk adik. Dan cinta itu takkan bawa bahagia.

Tapi kalau kita ambil sebab cinta itu kerana agama dan akhlaknya, kerana Allah, Allah takkan lenyap, cinta itu pun takkan lenyap..."

[Kak Fatimah Syarha]




9 Februari 2013

'Gedik Yang Solehah'





Pada hari ini, aku melihat kebanyakan muslimah yang ku kenali sangat goyah imannya. Bagaimana aku ingin menghuraikannya? Insya-Allah aku cuba. Tidak perlu melihat pada yang jauh, cukup pada mereka yang berada di sekitarku.

Fenomena 'berubah menjadi alim' sudah banyak berlaku. Lebih-lebih lagi aku melihat di laman sosial facebook yang beratus-ratus status dan post mengenai Islam di wall mereka. Terlalu banyak sehingga imanku tercabar. Aku hampir mendakwa mereka semua itu berlakon alim.

Maaf,  aku cuba untuk tidak berprasangka yang tidak baik kepada mereka. Selama ini aku sangat berpegang kepada husnudzon (bersangka baik) dan aku tetap dengan prasangka baik kepada mereka. Moga aku yang menulis ini dijauhkan daripada perasaan ria' dan juga berasa sudah cukup alim.

Melihat kepada sahabat terdekat, perubahan yang amat ketara telah ku perhatikan.  Aku sangat mengenalinya. Dahulu bertudung bawal sekarang sudah bertudung labuh. Dahulu FB nya penuh dengan luahan ketidak puas hatian, sekarang dipenuhi dengan kata-kata dan juga mutiara hikmah.

Sekali lagi iman ku tercabar apabila melihat kata-kata dan mutiara hikmah lebih ke arah mencari suami dan menanti suami yang soleh. Siapa solehah dapat suami soleh. Aku tidak pandai untuk mengarang ayat. Apapun, begitulah maksud yang ku simpulkan dari kebanyakan kata-kata yang tertera di laman terkenal itu.

Aku gembira dengan perubahan drastik itu, tetapi caranya mencabar imanku. Aku tidak layak nak tahu hatinya, berubah kerana apa. Husnodzon hati berbicara. Aku berjaya mengatasi prasangka buruk. Aku harap tulisan ini dapat membetulkan niat aku dan mereka yang ingin rapat dengan Allah.

Aku tidak pernah nafikan janji Allah dalam Alquran yang bermaksud; 

"Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik "
(Surah an-Nur ayat 26)

 


Di suatu sudut yang lain pula, satu comment yang terpampang di wall rakan FB ku. Ku baca dengan teliti dan ingin ku kongsikan bersama kalian.

"Sangat geli melihat ustazah-ustazah berpurdah,bertudung labuh , berjubah tapi asyik post status rindukan 'imam', dan yang berkaitan dengannya. Sebaiknya gunakan imej yang terbaik itu untuk sampaikan nasihat  dakwah buat panduan muslimah seluruhnya, bimbang orang akan gelar ini adalah contoh ' gedik yang solehah'."

Saat membacanya, apa yang kalian fikirkan?

Aku cuma ingin berpesan, kepada mereka yang sudah berpunya atau sedang menanti, janganlah kalian berubah mengikut nafsu inginkan imam yang soleh. Dan janganlah kamu berubah kerana taat kepada kekasih hati yang ingin melihat kamu berubah.

Kalian pernah terfikir? Apakah kesudahan jika kamu berubah bukan kerana taat kepada Allah? Jika ditinggalkan oleh imam yang selama ini didamba-dambakan, bagaimana?

Beruntunglah bagi mereka yang memperoleh imam yang benar-benar ditakdirkan oleh Allah untuk dijadikannya sebagai isteri. Tetapi bagaimana yang sebaliknya? berakhir di pertengahan jalan. Takdir Allah, memutuskannya dengan dua cara. Semasa hidup atau mati.





Aku bukan ingin mengatakan aku adalah terbaik, aku pun pernah melakukan kesilapan, aku juga bukan ahli agama. Atas asbab itulah, aku cuba sebatikan kata-kata imam Hassan al-basri dalam hidup.


"Sesungguhnya aku menasihati kamu bukanlah bermakna aku adalah yang terbaik di kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh di kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."




 Aku sedar, aku juga tergolong di kalangan mereka yang mudah terpesona dengan lelaki soleh. Justeru, satu cara aku menjauhi mereka dengan tidak berpersatuan dengan mereka yang nampak soleh dan aku sesekali tidak akan mempunyai teman lelaki kecuali dia yang bernama suami. Moga dengan cara ini aku lebih dekat dan teguh iman kepada Allah.

Mungkin juga ada yang berfikir aku tidak cantik, sebab itu tiada siapa yang minat kepadaku. Apapun yang kalian fikirkan, terserah pada kalian. Sesungguhnya kecantikan ini hanya untuk seorang yang halal untukku. Tiadakan ku kongsi pada mereka yang belum tentu menjadi suamiku. 

Pesan khusus untuk diriku dan sahabat-sahabat muslimah,  taatlah kepada Allah. Jangan lah 'taat' kepada mereka yang bukan bernama suami atau bakal suami sekalipun.Apa sahaja yang diminta oleh mereka, dengan relanya kita memberikannya.

Yakinlah, setiap yang tertutup itu lebih terindah, namun akan lebih indah lagi jika setiap yang ada pada diri itu tertutup rapat tanpa seoarang pun dapat melihatnya/membacanya.



Yang pernah melakukan kesilapan, aku berdoa kalian akan benar-benar berubah kerana taat kepada Allah. Aku sangat gembira jika Muslimah itu berubah kerana taat kepada Allah. Itu aku lebih utamakan.

"Dan taatlah kamu kepada ALLAH dan RasulNya, supaya kamu diberi rahmat."
(Surah ali Imran ayat 132)

Aku harap tulisan ini dapat menjawab soalan sahabatku yang bertanya tentang keikhlasan mereka yang ingin berubah. Dahulu aku menjawab pertanyaan sahabatku dengan lisan.

"siapa kita untuk mengukur niat seseorang, insyaAllah jika benar dia tidak ikhlas Allah akan betulkan, jika sebaliknya kita yang berdosa menuduhnya."

Aku terdiam dan menamatkan jawapan setakat itu. Aku harap inisiatif menulis coretan ini dapat menjawab persoalan sahabat-sahabat di luar sana agar Allah mengampuni dosa kita semua jika kita tersalah menduga yang tidak baik lebih-lebih lagi keikhlasan seseorang.
12 Januari 2013

Bangkitlah wahai MUSLIMAH




Semenjak beberapa bulan ini, dan mungkin dah bertahun ini, saye melihat wanita-wanita islam (bujang) Malaysia selalu buat promosi di FACEBOOK, tentang mencari pasangan dengan ayat berbunga-bunga, merintih-rintih, menyeru-nyeru, mendayu-dayu,memuja-muja, walau menggunakan Hadith rasulullah berkenaan cinta, dihuraikan pula dengan umpama lelaki yang sedang berKASANOVA.

Lebih menyedihkan mereka yang berminat berAYAT seperti itu adalah yang sopan santun, berpurdah, berjilbab labuh, menutup aurat dan lain-lain. Tidakkah anda berasa merendah martabat wanita? kerana FACEBOOK bukan tempatnya.






PERCAYALAH SESUNGGUHNYA IA MEMUALKAN BAGI LELAKI SOLEH, 
dan menaikkan syahwat bagi lelaki toleh/Mata keranjang,pemaksiat dan lain-lainnya.

Maka kiranya FACEBOOK tempat anda meluah dan mecari, nantikan pemangsa akan memakan anda, akan sukar mencari idaman calon syurga hanya menumpu di FACEBOOK.

Kiranya anda (wanita Muslimah) ingin mencari teman, adalah baik bukan di FACEBOOK, carilah dan lihatlah mereka di majlis-majlis ilmu,di masjid-masjid, di pertubuhan bait muslim, di medan perjuangan atau lebih mudah dikata medan Islamic.






WAHAI WANITA ISLAM, 
JANGANLAH DIBUKA PEKUNG DIDADA MENJADI TONTONAN UMUM, 
JAGA MARUAH ISLAM DAN WANITA MUSLIMAH.

Saat ini bukan sesuai bermadah pujangga memuji-muji lelaki demi mencari calon hati.

Saat ini adalah lebih baik bersama dengan perjuangan islam, FACEBOOK boleh menjadi medan dakwah, seru ummah membantu islam dipalestin,rogingya,suria dlln bentuk seruan kepada jalan islam.

FACEBOOK bagi wanita muslimah bukan hanya tempat menulis hadith cinta, atau meluah kemaruk kasih..Fikir-fikirkan..

Wanita YANG SUKA BERKHAYAL, hiduplah dalam realiti dan bukan fantasi, membuang masa berpujangga, menjumud fikiran dengan fikiran tertumpu dek hayal cinta, akan hidup tidak manfaat untuk ummah bahkan untuk diri sendiri jauh berada terkebelakang..



 *****************************************************************



Wanita muslimah JANGAN KETINGGALAN



 *****************************************************************
31 Disember 2012

Muhasabah Akhir tahun



Hari-hari begitu cepat berlalu, banyak hal yang harus  segera dilaksanakan. Salah satunya adalah refleksi diri selama satu tahun kehadapan, hasil dari tahun ini ( bakal berlalu beberapa jam lagi) masih banyak yang tidak dapat dilaksanakan.  Baki yang masih bertompok yang harus ditunaikan tahun depan (beberapa jam sahaja lagi ) agar waktu tidak lagi di sia-siakan dan dapat meninggalkan kesan kemudiannya. 

Sungguh ironis sekali kehidupan yang dijalani beberapa tahun yang lalu banyak yang tidak sesuai dengan rencana kehidupan yang telah dibuat. Bahkan lebih teruk lagi ia jauh dari perancanggan tersebut. Dengan kata lain tujuan atau sasaran masih jauh dari yang kita harapkan. 

Hal ini disebabkan kita mengabaikan peta kehidupan kita, jadi tahun depan merupakan saat yang tepat untuk mengubah dan merencanakan semula hidup hingga beberapa tahun lagi dengan tujuan dan misi yang diredhai Allah tentunya.


Imam Syahid Hasan AL-Banna pernah menyampaikan 

'Mimpi Kemarin Adalah Kenyataan Hari Ini'. 

Jadi dengan merancang peta kehidupan, kita telah merancang hidup kita sebelumnya. Tentunya dengan ikhtiar, usaha dan doa.


Man jadda wajada, barang siapa yang bersungguh-sungguh maka dapatlah ia, dan firman Allah 

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka keadaan yang ada pada diri mereka sendiri" (Arrad 11).

  
Seorang ulama dakwah mengatakan 

"untuk perjalanan hidup setahun perlu perencanaan selama sebulan, untuk perjalanan hidup sebulan perlu perencanaan waktu selama seminggu, untuk perjalanan hidup seminggu perlu perencanaan selama sehari, dan sehari diperlukan perencanaan selama satu jam".

Kita cuba memandang hidup ini dalam perspektif dakwah, agar semuanya dapat berjalan seiring dan sehaluan, paling tidak rencana hidup kita adalah rencana dakwah, bahkan 'kematian' pun harus terencana di dalam perancagan yang dibuat. 

Semoga dengan paradigma peta yang baru ini, hidup lebih  terarah dan tentunya akan merasakan capaian yang positif dan konstruktif. Hidup adalah himpunan rencana nafas, kerana ia merupakan rencana Allah yang tidak mampu kita halang.

Thomas Carlyl mengatakan 

"Seseorang dengan tujuan yang jelas akan membuat kemajuan walaupun melewati jalan yang sukar. Seseorang yang tanpa tujuan, tidak akan membuat kemajuan walaupun ia berada di jalan yang mulus",. 

Jawapannya adalah 

Allah Ghayatuna: Allah tujuanku, Katakanlah sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanya untuk Allah.

Aamiin Ya Rabbal Alamin. Selamat Tahun baru masihi 2013..
26 Ogos 2012

Belajar untuk redha




Hidup ini ada kalanya agak susah juga memujuk hati, kan? Memang. Sebab antara kehendak hati dan akal saling bergelutan. Tidak cukup dengan itu, antara kehendak hati dan takdir ALLAh yang cukup baik itu juga hebat bersaing. Dan akhirnya, yang menang adalah ketetapan takdir ALLAh yang sudah tertulis di Lauh Mahfuz sana.

Apabila kehendak diri dan takdir bergelutan, sangat sakit bukan.

Dan sebab itu juga, ramai yang tertunduk dan duduk terkulai. Tidak mampu untuk berdiri. Sebabnya, tidak dapat menundukkan kehendak diri dengan akal yang waras mengenai apa yang terjadi. Dan perbuatan sedemikian tidak lain tidak bukan, hanya merugikan diri sendiri. Orang Islam, tidak akan selamanya tertunduk lemah dengan sebahagian permainan dunia yang mengusik kehidupan yang adakalanya usikan itu sangat radikal dan mampu membuat hati mati bagi empunya diri yang tidak dapat mengawal hati dan perasaan dan diseimbangkan dengan fikiran yang berlandaskan iman.


Persoalannya, bagaimana untuk redha dengan percaturan Ilahi?
Saya hendak belajar mengenainya. Senyum.


Duduk Sebentar Berfikir

Ada sesetengah orang sekejap saja dapat memujuk hati yang sedang berduka terhadap ujian ALLAh. Ada setengahnya pula, akal ingin meredhakan, namun hati membantah sekerasnya. Mereka ini sebenarnya keliru. Antara ego dan kasih-sayang ALLAh.





Sekali lagi saya suka petik kata-kata salah seorang guru saya,

“Orang yang beriman, tiada istilah masalah dalam hidupnya. Yang ada, hanya cubaan. Dan cubaan dari ALLAh itu bukanlah untuk dianggap masalah melainkan untuk mencari jalan penyelesaiannya. Hidup ini, jangan mengusutkan otak kamu yang sudah memang ALLAh jadikan sedikit serabut tu. Usaha dan usaha lagi..”

Besar makna kata-kata beliau.

Sahabat, mari sini. *pimpintangandia*
Apabila ujian datang menyapa kehidupan, cuba duduk sebentar bertafakkur dan jangan cepat melatah. Mengucap banyak-banyak. Luahkan segalanya pada ALLAh SWT. Pohon keredhaan pada-Nya jika apa yang berlaku itu adalah yang terbaik buat diri sendiri dan keluarga.



Kadang-kadang, ALLAh menegur melalui ujian yang sedang dihadapi.



Jika terasa ingin menangis, maka biarkanlah airmata itu merembes membasahi pipi. Airmata itu ALLAh cipta bukan sia-sia, kadang kala melepaskan yang terkurung dijiwa melalui airmata boleh meredakan hati yang sedang berduka. MashaALLAh, ALLAh memang Maha Hebat! Tiada satu ciptaan-Nya pun yang sia-sia.

Dalam masa duduk itu, mari sama-sama koreksi diri. Bertanya apakah sebenarnya yang telah kita pernah lakukan sehingga ALLAh ingin menegur? Dalam keadaan begini, banyak-banyakkan untuk memujuk hati agar bersangka baik sangat-sangat pada ALLAH.



Jangan biar syaitan menguasai hati anda yang sedang suram.

Banyakkan Berdoa, Jangan Berdiam Diri



“Saya dah pasrah. Dah redha dan terima semuanya..”

Dialog di atas ini tiada maknanya terlafaz di bibir andainya anda tidak mengisi sesuatu dengan ilmu ALLAH. Tidak cukup dengan mengatakan anda pasrah tanpa mendekatkan diri kepada-Nya. Jika anda mengungkapkan seperti ini dan keadaan anda seperti ini, maka saya turut bersedih. Anda sebenarnya telah berputus asa dengan ALLAh.


Islam ini sangat cantik!



ALLAh menguji manusia, namun ALLAh siapkan segala-galanya. Ibarat, ALLAh melepaskan kita dengan bekalan, dan ALLAh akan menguji kita. Dan ALLAh hendak tengok, apakah kita pandai menggunakan bekalan yang ALLAh telah beri itu atau tidak.

Apa bekalan tu? Nasikah? Bukan. Bekalan ilmu.

Lihat ya sahabat, jika kita sering membaca al-Quran dan sentiasa berdamping dengannya, inshaALLAh anda akan perasaan terlalu banyak doa-doa yang mahsyur didalamnya. Doa para Nabi dan Rasul serta orang-orang soleh terdahulu, dimana doa itu menjadi panduan untuk kita memohon kepada ALLAh.

Anda sedang bersedih? Nah, hayati ayat ini, dan boleh amalkannya, inshaALLAh.

“..Ya Tuhanku, berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku, dan agar aku dapat berbuat kebajikan yang Engkau redhai, dan berilah aku kebaikan yang akan mengalir sampai kepada anak cucuku. Sungguh, aku bertaubat kepada Engkau, dan sungguh, aku termasuk orang Muslim.”
 – al Ahqaf : 15

Dan, bukankah sepatutnya kita siap-siap untuk menerima ujian dengan hati yang terbuka? Kerana, ALLAh telah berjanji didalam al-Quran, bahawa setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan.

“Bukankah Kami telah melapangkan dadamu? Dan kami pun telah menurunkan beban darimu. Yang memberatkan punggungmu. Dan kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu. Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai (dari suatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah Engkau berharap.”
 – al Insyirah : 1-8

Nah, mengapa patut rasa diri dianiaya? Bukankah dunia ini sementara dan ujian itu sementara? Perlukah untuk berputus asa? Tidak! Yang penting anda kekal berusaha, maka bantuan dari langit akan tiba.

Senyumlah. Percayalah. Tolong saya ukir senyuman dibibir sesama kita. Senyum.


Ujian ALLAH Datangkan Hendak Membersihkan Manusia


Sebenarnya, ALLAH bersama anda setiap masa dan ketika. Ketika anda lapang dan ketika ditimpa ujian yang ALLAh datangkan. Dan ujian itu tidak sepatutnya kita lihat sebagai hanya ‘seksaan’ semata-mata dari ALLAh. Hal ini kerana, ujian itu sebenarnya adalah kasih sayang dari-Nya.

Dalam pada masa diuji itu, ALLAH cuba memberi kebaikan atau pun point pahala kepada kita. Habis tu? Kenapa ALLAH uji kalau nak bagi pahala?

Jawapan saya, kerana ALLAh sayang pada anda! Senyum.

Saya beriman dengan hadis Rasulullah ini,

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda : “Siapa yang ALLAH kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya ALLAh mengujinya.”
 – HR. Bukhari

Anda lihat? Subhanallah. Ujian yang disertai kasih-sayang dan kebaikan. Dan ALLAH bukan hanya ingin memberi kebaikan kepada manusia, malah ingin menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita lakukan selama ini. InshaALLAh, jika kita belajar untuk menerima seadanya ujian ALLAh itu. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW.

Daripada Abu Said al-Khudri r.a. dan Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda : “Tidak menimpa seorang mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan, dan kesedihan malahan kedukacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya.”
 – HR. Bukhari & Muslim

Subhanallah! Subhanallah! Subhanallah!

Hati anda tidak berbunga-bungakah jika ALLAH ingin menghapuskan dosa-dosa anda?

Mencari Hikmah Disebalik Ujian ALLAH

Hikmah disebalik ujian? InshaAllah, anda sendiri akan merasainya. Sama ada anda menyedari, insaf, makin dekat kepada ALLah, maka anda bersoal jawab dengan diri sendiri didalam pengawasan ALLAH.

Ada ujian yang menginsafkan kita dan menjadikan kita seorang hamba dan seorang manusia yang lebih baik jika kita berfikir. Dan ada ujian yang membuatkan manusia semakin jauh dan menjadi seorang manusia yang hilang arah tuju, jika manusia itu sendiri tidak mahu membuka minda dan hati.


Makanya, hati ini, dada ini, perlu dibuka seluas-luasnya apabila bersoal jawab dengan ALLAh.
Kerana, cahaya itu tidak akan masuk melalui tingkap yang tertutup rapat. *senyum*

Hei sahabat, boleh saya genggam tangan kamu? Saya hendak cakap sesuatu ni..

“Ujian yang hebat dan dahsyat hanya untuk orang-orang yang hebat dipandangan ALLAh!”

Anda mahu hebat pada pandangan ALLAH? Maka, jom menjadi seorang hamba ALLAh yang sentiasa kuat, kuat, kuat dalam keimanan. Orang Islam tidak pernah mengalah! Tidak pernah! Mari, mari menjadi kuat!

Semoga ALLAh merahmati.





24 Ogos 2012

Hati retak seribu ?




  1. Sila menangis sampai lega Y_______Y~
  2. Ambil wudhuk atau Solat ( ya ALLAH,tenangkan hati ku )
  3. Cari seseorang tempat meluah (selepas luahkan pada ALLAH)
  4. Sibukkan diri dengan benda lain..(yang bermanfaat la~)


Lepas  tu,kena plaster balik hati kita yang dh retak tu,pakai ubat..



♥ ubati dengan 5 cara mustajab ♥

  1. Baca Al-Quran
  2. Solat malam seperti solat hajat , istikharah and others .
  3. Berkumpul dengan orang yang soleh . contohnya meminta nasihat mereka .
  4. Banyakkan puasa .
  5. Banyakkan zikir


jom istighfar...

~Astaghfirullahalaziim,lailaha illallah,ALLAHUAKBAR~
29 Julai 2012

Menilai sebuah kejujuran








KEJUJURAN adalah tanda bukti keimanan. Orang mukmin pasti jujur. Kalau tidak jujur, keimanannya sedang diserang penyakit munafik.


Suatu ketika seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah mungkin seorang mukmin itu kedekut?”

Baginda menjawab: “Mungkin saja.” Sahabat bertanya lagi: “Apakah mungkin seorang mukmin bersifat pengecut?” Rasulullah SAW menjawab: “Mungkin saja.” Sahabat bertanya lagi: “Apakah mungkin seorang mukmin berdusta?” Rasulullah SAW menjawab: “Tidak.” (HR Imam Malik dalam kitab Al-Muwaththa’)

Apa yang boleh dipelajari daripada hadis ini ialah seorang mukmin tidak mungkin melakukan pembohongan.

Kejujuran adalah pangkal semua perbuatan baik manusia. Tidak ada perbuatan dan ucapan baik kecuali kejujuran.

Oleh sebab itu, Allah menyuruh orang-orang mukmin agar selalu berkata benar dan berlaku jujur. Ini diperintah oleh Allah melalui firman-Nya yang bermaksud:

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang jujur dan benar. (al-Ahzab: 70)

Rasulullah SAW bersabda:

“Kamu semua wajib bersikap jujur kerana kejujuran akan membawa kepada kebaikan dan kebaikan akan membawa kepada syurga”. (HR Ahmad, Muslim, at-Tirmizi, Ibnu Hibban)

Kejujuranlah yang menjadikan Ka’b bin Malik mendapat keampunan langsung dari langit sebagaimana Allah jelaskan dalam surah at-Taubah. 



Kejujuranlah yang menyelamatkan bahtera kebahagiaan keluarga dan kejujuran pulalah yang menyelamatkan seorang Muslim daripada seksa api neraka di kemudian hari.



Kejujuran adalah tiang agama, sendi akhlak, dan pokok kemanusiaan manusia. Tanpa kejujuran, agama tidak lengkap, akhlak tidak sempurna, dan seorang manusia tidak sempurna menjadi manusia.

Di sinilah pentingnya kejujuran bagi kehidupan. Rasulullah SAW bersabda:

“Tetap berpegang eratlah pada kejujuran. Walau kamu seakan-akan melihat kehancuran dalam berpegang teguh pada kejujuran, tapi yakinlah bahwa di dalam kejujuran itu terdapat keselamatan.” (HR Abu Dunya)

Ada tiga tingkatan kejujuran :

  •     Pertama, kejujuran dalam ucapan, iaitu kesesuaian ucapan dengan realiti.
  •     Kedua, kejujuran dalam perbuatan, iaitu kesesuaian antara ucapan dan perbuatan.
  •     Ketiga, kejujuran dalam niat, iaitu kejujuran tertinggi di mana ucapan dan perbuatan semuanya hanya untuk Allah.

Seorang mukmin tidak cukup hanya jujur dalam ucapan dan perbuatan, tapi harus jujur dalam niat sehingga semua ucapan, perbuatan, tindakan dan keputusan harus berlandaskan mencari keredaan Allah.

Jelaslah kejujuran memainkan peranan penting dalam kehidupan seorang Islam yang ingin mencari kebahagiaan di dunia dan akhirat.



Seorang yang jujur tidak akan berdolak-dalik apatah lagi bermain kata-kata apabila berhadapan dengan sesuatu perkara.



Jika dia berada di pihak yang benar sudah pasti dia tidak akan takut untuk menzahirkan kejujuran atas keyakinan bahawa kebenaran pasti mengalahkan kebatilan.

Kejujuran inilah yang mendorong Umar Ibnul-Khattab memiliki tanggung jawab luar biasa dalam memerintah khilafah Islamiyah sehingga pernah berkata, “Seandainya ada seekor keledai terperosok di Baghdad (padahal beliau berada di Madinah), pasti Umar akan ditanya kelak: “Mengapa tidak kau ratakan jalan untuknya?”

Bangsa yang tak henti-hentinya diterpa musibah dan krisis sangat memerlukan manusia-manusia jujur, baik dalam ucapan, perbuatan, mahupun niat.



 Adaptasi oleh ZULKIFLI BAKAR

(Tulisan asal : Achmad Satori Ismail)

Updates Melalui E-Mail

Label fail