QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
Memaparkan catatan dengan label motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label motivasi. Papar semua catatan
31 Disember 2012

Muhasabah Akhir tahun



Hari-hari begitu cepat berlalu, banyak hal yang harus  segera dilaksanakan. Salah satunya adalah refleksi diri selama satu tahun kehadapan, hasil dari tahun ini ( bakal berlalu beberapa jam lagi) masih banyak yang tidak dapat dilaksanakan.  Baki yang masih bertompok yang harus ditunaikan tahun depan (beberapa jam sahaja lagi ) agar waktu tidak lagi di sia-siakan dan dapat meninggalkan kesan kemudiannya. 

Sungguh ironis sekali kehidupan yang dijalani beberapa tahun yang lalu banyak yang tidak sesuai dengan rencana kehidupan yang telah dibuat. Bahkan lebih teruk lagi ia jauh dari perancanggan tersebut. Dengan kata lain tujuan atau sasaran masih jauh dari yang kita harapkan. 

Hal ini disebabkan kita mengabaikan peta kehidupan kita, jadi tahun depan merupakan saat yang tepat untuk mengubah dan merencanakan semula hidup hingga beberapa tahun lagi dengan tujuan dan misi yang diredhai Allah tentunya.


Imam Syahid Hasan AL-Banna pernah menyampaikan 

'Mimpi Kemarin Adalah Kenyataan Hari Ini'. 

Jadi dengan merancang peta kehidupan, kita telah merancang hidup kita sebelumnya. Tentunya dengan ikhtiar, usaha dan doa.


Man jadda wajada, barang siapa yang bersungguh-sungguh maka dapatlah ia, dan firman Allah 

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka keadaan yang ada pada diri mereka sendiri" (Arrad 11).

  
Seorang ulama dakwah mengatakan 

"untuk perjalanan hidup setahun perlu perencanaan selama sebulan, untuk perjalanan hidup sebulan perlu perencanaan waktu selama seminggu, untuk perjalanan hidup seminggu perlu perencanaan selama sehari, dan sehari diperlukan perencanaan selama satu jam".

Kita cuba memandang hidup ini dalam perspektif dakwah, agar semuanya dapat berjalan seiring dan sehaluan, paling tidak rencana hidup kita adalah rencana dakwah, bahkan 'kematian' pun harus terencana di dalam perancagan yang dibuat. 

Semoga dengan paradigma peta yang baru ini, hidup lebih  terarah dan tentunya akan merasakan capaian yang positif dan konstruktif. Hidup adalah himpunan rencana nafas, kerana ia merupakan rencana Allah yang tidak mampu kita halang.

Thomas Carlyl mengatakan 

"Seseorang dengan tujuan yang jelas akan membuat kemajuan walaupun melewati jalan yang sukar. Seseorang yang tanpa tujuan, tidak akan membuat kemajuan walaupun ia berada di jalan yang mulus",. 

Jawapannya adalah 

Allah Ghayatuna: Allah tujuanku, Katakanlah sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanya untuk Allah.

Aamiin Ya Rabbal Alamin. Selamat Tahun baru masihi 2013..
26 Ogos 2012

Belajar untuk redha




Hidup ini ada kalanya agak susah juga memujuk hati, kan? Memang. Sebab antara kehendak hati dan akal saling bergelutan. Tidak cukup dengan itu, antara kehendak hati dan takdir ALLAh yang cukup baik itu juga hebat bersaing. Dan akhirnya, yang menang adalah ketetapan takdir ALLAh yang sudah tertulis di Lauh Mahfuz sana.

Apabila kehendak diri dan takdir bergelutan, sangat sakit bukan.

Dan sebab itu juga, ramai yang tertunduk dan duduk terkulai. Tidak mampu untuk berdiri. Sebabnya, tidak dapat menundukkan kehendak diri dengan akal yang waras mengenai apa yang terjadi. Dan perbuatan sedemikian tidak lain tidak bukan, hanya merugikan diri sendiri. Orang Islam, tidak akan selamanya tertunduk lemah dengan sebahagian permainan dunia yang mengusik kehidupan yang adakalanya usikan itu sangat radikal dan mampu membuat hati mati bagi empunya diri yang tidak dapat mengawal hati dan perasaan dan diseimbangkan dengan fikiran yang berlandaskan iman.


Persoalannya, bagaimana untuk redha dengan percaturan Ilahi?
Saya hendak belajar mengenainya. Senyum.


Duduk Sebentar Berfikir

Ada sesetengah orang sekejap saja dapat memujuk hati yang sedang berduka terhadap ujian ALLAh. Ada setengahnya pula, akal ingin meredhakan, namun hati membantah sekerasnya. Mereka ini sebenarnya keliru. Antara ego dan kasih-sayang ALLAh.





Sekali lagi saya suka petik kata-kata salah seorang guru saya,

“Orang yang beriman, tiada istilah masalah dalam hidupnya. Yang ada, hanya cubaan. Dan cubaan dari ALLAh itu bukanlah untuk dianggap masalah melainkan untuk mencari jalan penyelesaiannya. Hidup ini, jangan mengusutkan otak kamu yang sudah memang ALLAh jadikan sedikit serabut tu. Usaha dan usaha lagi..”

Besar makna kata-kata beliau.

Sahabat, mari sini. *pimpintangandia*
Apabila ujian datang menyapa kehidupan, cuba duduk sebentar bertafakkur dan jangan cepat melatah. Mengucap banyak-banyak. Luahkan segalanya pada ALLAh SWT. Pohon keredhaan pada-Nya jika apa yang berlaku itu adalah yang terbaik buat diri sendiri dan keluarga.



Kadang-kadang, ALLAh menegur melalui ujian yang sedang dihadapi.



Jika terasa ingin menangis, maka biarkanlah airmata itu merembes membasahi pipi. Airmata itu ALLAh cipta bukan sia-sia, kadang kala melepaskan yang terkurung dijiwa melalui airmata boleh meredakan hati yang sedang berduka. MashaALLAh, ALLAh memang Maha Hebat! Tiada satu ciptaan-Nya pun yang sia-sia.

Dalam masa duduk itu, mari sama-sama koreksi diri. Bertanya apakah sebenarnya yang telah kita pernah lakukan sehingga ALLAh ingin menegur? Dalam keadaan begini, banyak-banyakkan untuk memujuk hati agar bersangka baik sangat-sangat pada ALLAH.



Jangan biar syaitan menguasai hati anda yang sedang suram.

Banyakkan Berdoa, Jangan Berdiam Diri



“Saya dah pasrah. Dah redha dan terima semuanya..”

Dialog di atas ini tiada maknanya terlafaz di bibir andainya anda tidak mengisi sesuatu dengan ilmu ALLAH. Tidak cukup dengan mengatakan anda pasrah tanpa mendekatkan diri kepada-Nya. Jika anda mengungkapkan seperti ini dan keadaan anda seperti ini, maka saya turut bersedih. Anda sebenarnya telah berputus asa dengan ALLAh.


Islam ini sangat cantik!



ALLAh menguji manusia, namun ALLAh siapkan segala-galanya. Ibarat, ALLAh melepaskan kita dengan bekalan, dan ALLAh akan menguji kita. Dan ALLAh hendak tengok, apakah kita pandai menggunakan bekalan yang ALLAh telah beri itu atau tidak.

Apa bekalan tu? Nasikah? Bukan. Bekalan ilmu.

Lihat ya sahabat, jika kita sering membaca al-Quran dan sentiasa berdamping dengannya, inshaALLAh anda akan perasaan terlalu banyak doa-doa yang mahsyur didalamnya. Doa para Nabi dan Rasul serta orang-orang soleh terdahulu, dimana doa itu menjadi panduan untuk kita memohon kepada ALLAh.

Anda sedang bersedih? Nah, hayati ayat ini, dan boleh amalkannya, inshaALLAh.

“..Ya Tuhanku, berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku, dan agar aku dapat berbuat kebajikan yang Engkau redhai, dan berilah aku kebaikan yang akan mengalir sampai kepada anak cucuku. Sungguh, aku bertaubat kepada Engkau, dan sungguh, aku termasuk orang Muslim.”
 – al Ahqaf : 15

Dan, bukankah sepatutnya kita siap-siap untuk menerima ujian dengan hati yang terbuka? Kerana, ALLAh telah berjanji didalam al-Quran, bahawa setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan.

“Bukankah Kami telah melapangkan dadamu? Dan kami pun telah menurunkan beban darimu. Yang memberatkan punggungmu. Dan kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu. Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai (dari suatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah Engkau berharap.”
 – al Insyirah : 1-8

Nah, mengapa patut rasa diri dianiaya? Bukankah dunia ini sementara dan ujian itu sementara? Perlukah untuk berputus asa? Tidak! Yang penting anda kekal berusaha, maka bantuan dari langit akan tiba.

Senyumlah. Percayalah. Tolong saya ukir senyuman dibibir sesama kita. Senyum.


Ujian ALLAH Datangkan Hendak Membersihkan Manusia


Sebenarnya, ALLAH bersama anda setiap masa dan ketika. Ketika anda lapang dan ketika ditimpa ujian yang ALLAh datangkan. Dan ujian itu tidak sepatutnya kita lihat sebagai hanya ‘seksaan’ semata-mata dari ALLAh. Hal ini kerana, ujian itu sebenarnya adalah kasih sayang dari-Nya.

Dalam pada masa diuji itu, ALLAH cuba memberi kebaikan atau pun point pahala kepada kita. Habis tu? Kenapa ALLAH uji kalau nak bagi pahala?

Jawapan saya, kerana ALLAh sayang pada anda! Senyum.

Saya beriman dengan hadis Rasulullah ini,

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda : “Siapa yang ALLAH kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya ALLAh mengujinya.”
 – HR. Bukhari

Anda lihat? Subhanallah. Ujian yang disertai kasih-sayang dan kebaikan. Dan ALLAH bukan hanya ingin memberi kebaikan kepada manusia, malah ingin menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita lakukan selama ini. InshaALLAh, jika kita belajar untuk menerima seadanya ujian ALLAh itu. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW.

Daripada Abu Said al-Khudri r.a. dan Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda : “Tidak menimpa seorang mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan, dan kesedihan malahan kedukacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya.”
 – HR. Bukhari & Muslim

Subhanallah! Subhanallah! Subhanallah!

Hati anda tidak berbunga-bungakah jika ALLAH ingin menghapuskan dosa-dosa anda?

Mencari Hikmah Disebalik Ujian ALLAH

Hikmah disebalik ujian? InshaAllah, anda sendiri akan merasainya. Sama ada anda menyedari, insaf, makin dekat kepada ALLah, maka anda bersoal jawab dengan diri sendiri didalam pengawasan ALLAH.

Ada ujian yang menginsafkan kita dan menjadikan kita seorang hamba dan seorang manusia yang lebih baik jika kita berfikir. Dan ada ujian yang membuatkan manusia semakin jauh dan menjadi seorang manusia yang hilang arah tuju, jika manusia itu sendiri tidak mahu membuka minda dan hati.


Makanya, hati ini, dada ini, perlu dibuka seluas-luasnya apabila bersoal jawab dengan ALLAh.
Kerana, cahaya itu tidak akan masuk melalui tingkap yang tertutup rapat. *senyum*

Hei sahabat, boleh saya genggam tangan kamu? Saya hendak cakap sesuatu ni..

“Ujian yang hebat dan dahsyat hanya untuk orang-orang yang hebat dipandangan ALLAh!”

Anda mahu hebat pada pandangan ALLAH? Maka, jom menjadi seorang hamba ALLAh yang sentiasa kuat, kuat, kuat dalam keimanan. Orang Islam tidak pernah mengalah! Tidak pernah! Mari, mari menjadi kuat!

Semoga ALLAh merahmati.





31 Mei 2012

Tudung Labuh : Pembenteng diri



Agama Islam amat menitik beratkan soal penutupan aurat bagi setiap umatnya. Media massa hari ini juga sering mengwar-warkan kempen penutupan aurat ini. Terutamanya penutupan aurat bagi kaum Muslimah.

Tetapi apakah kesan daripada itu, adakah ramai mengambil iktibar daripada kempen itu, atau ianya sekadar maklumat tambahan yang harus didengar sahaja tanpa ada sebarang tindak balas terhadapnya? Seperti kata pepatah "umpama mencurahkan air ke daun keladi" Begitulah simboliknya jika maklumat yang disampaikan itu tidak diambil peduli oleh yang mendengar. 



Kamu ingin tahu kenapa lelaki tidak mendekati diri kamu? 
kerana sebenarnya dia segan untuk mendekati perempuan yang menjaga auratnya, mana mungkin dia dapat bertegur dengan galak sedangkan dia tahu kamu bukan seperti perempuan kebanyakan sebab itulah dia berurusan atas dasar kerja sahaja.



Kenapa kamu tidak dapat perhatian lelaki? 
bukan kerana kamu tidak cantik tetapi disebabkan penampilan menutup aurat kamulah menyebabkan lelaki tidak memandang kamu dengan berlebihan. Kamu risau kerana tidak pandai bersosial, itu adalah sebaiknya kerana Islam melarang wanita keluar dari yang bertujuan untuk perkara yang tidak bermanfaat. Jadi adalah elok bagi kamu berada di rumah dan menyiapkan tugasan kamu.



Kamu merasa kamu tidak cantik dan berasa rendah diri kerana penampilan kamu yang agak ketinggalan zaman?
Sebenarnya tidak, pemakaian sebeginilah yang dituntut syarak. Dalam hadis ada menyatakan: "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan harta kamu, tetapi Allah melihat kepada hati kamu dan dan amalan-amalan kamu" Biarpun pakaian luaran tidak cantik tetapi pakaian dalaman itu yang harus dicantikkan dahulu kerana Allah menilai hati kamu bukan paras rupa.

Jadi kamu tidak perlu bersusah-payah berusaha mencantikkan diri bagi memancing mata lelaki untuk, tetapi hiasilah diri kamu dengan akhlak yag mulia mengikut acuan A-Quran dan As-Sunnah. Ini sudah pasti dapat membiaskan kecernihan pada wajah kamu secara langsung mejadikan kamu bukan sahaja cantik luaran tetapi dalaman juga."
 


Kamu bimbang jika tidak mencari pasangan sekarang kamu tidak akan berkahwin?
Jawapannnya tidak. Bukankah kamu yakin dengan janji Allah menerusi firmanNya yang bermaksud:

"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik."



Jika kamu menjauhi percintaan sebelum kahwin ini juga dapat mengelakkan dirimu daripada berlakunya penzinaan. Bertepatan dengan sabda Rasulullah yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah Ta'ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat, sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti."



Di sini jelas bahawa Allah telah mengaturkan pasangan yang sesuai bagi setiap umatNya.

"Usah bersedih, ini adalah hikmah di sebalik apa yang kamu pertahankan selama ini." Maksud mempertahankan di sini ialah mempertahankan memakai pakaian menutup aurat, tidak mudah terikut dengan cara pemakaian rakan-rakan yang lain. Jika diri tidak kuat sudah pasti akan diikutkan sahaja gelojak nafsu berbisa itu. Dan hikmahnya ialah diri ini dapat terhindar daripada segala kemungkaran.

Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa menerusi pemakaian yang menutup aurat seperti bertudung labuh dan berjubah inilah yang akan menjamin pembentukan sakhsiah diri yang mampu menjadi benteng segala kemungkaran. Pasti ramai yang akan mengatakan pakai tudung labuh dan berjubah pun belum tentu hatinya baik. Tetapi jika wanita yang berpakaian sebegini benar-benar menjaga batas-batas yang digariskan syarak sudah pasti akan menggapai martabat wanita solehah disertai dengan perhiasan akhlak yang indah. Ini kerana dari pemakaian luaranlah yang akan membentuk peribadi akhlak dalaman.


sumber asal : I luv Islam
12 Mei 2012

Perdebatan : Aurat




Gadis Liberal :
“Salam ustaz…..sorry for disturbing youI just want to ask something from you…!!”

Ustaz :
“Ok silakan……what you want to know…

Gadis Liberal :
Ustaz it is true…perempuan tak menutup aurat ni jahat….?

Ustaz :
“Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!

Gadis Liberal :
No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai wanita yang pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit namanya ustaz…..”

Ustaz :
“Sekurang –kurangnya mereka menutup aurat….dosa tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina

Gadis Liberal :
“Ha ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!”
“Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”

Ustaz :
“Hai….macam perli saya aje ni….?”

Gadis Liberal :
“Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!”

Ustaz :
“Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga kehormatan mereka

Gadis Liberal :
“Habis tu ustaz…salah orang perempuanlah ye kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?”

Ustaz :
“Bukan itu maksud saya…….apa yang saya nak katakana ialah…orang perempuan sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual.”….

“Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?” 

Hilangnya sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya adalah syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!”

Gadis Liberal :
“Alah ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki”

Ustaz :
“Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah”


“Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.”

Gadis Liberal :
“Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak bertudung ni….?”

Ustaz :
“Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!….menutup aurat itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!”

“Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!”

Gadis Liberal :
“Baiklah ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh supaya ustaz mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?”

Ustaz :
“Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita akan dipotong….

jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam neraka.”

“Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.”

Gadis Liberal :
“Oh ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka “ the liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”

Ustaz :
“Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?”

“Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah…… 

”please don’t make your life as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan harapan yang tak pasti…..” 

Jika kita menyatakan kita kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”

“Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya”

Gadis Liberal :
“Hu huh u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz ni…..barulah saya faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya tu betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk saya…mau menangis saya nanti…..”

Ustaz :
“Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah”

Gadis Liberal :
“Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa insaf sangat…..terima kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa saya…..”

Ustaz :
“Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..!!”
10 Mac 2012

Jangan kau sangka...


Kalau hari ini kita lihat wanita itu seksi dan tak terjaga pergaulannya... 
Belum tentu esok hari dia masih begitu.. 
Mungkin saja auratnya lebih terjaga dari kita... 

Kalau hari ini kita lihat seorang lelaki itu berkopiah berjubah menjaga mata...
Esok hari belum tahu dia masih begitu atau tidak..
Jangan sangka yang berpakaian warak itu tiada silap pada masa lampaunya..
dan jangan sangka diri kita yang baik nih takkan pernah boleh buat silap..

Hati manusia mudah sangat dibolak balikkan...iman manusia ada turun naiknya...Siapalah kita nak nilai orang lain....Kalau rasa diri belum baik,teruskan berdoa moga Allah memberikan kita hidayah..bagi yang telah menjumpai 'jalan' kembali pada Allah,berdoalah moga kekal istiqamah...

~tiada orang baik yang tiada masa lampau....tiada orang jahat yang tiada masa hadapan~

12 Februari 2012

Kenapa aku bertemu dia??


  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yangg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.




Wahai sahabat yang kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA.
10 Februari 2012

Mulianya tugasmu



Aku memikirkan, mampukah aku untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang pendidik? Lama aku berfikir. Merenung sejenak apakah yang akan berlaku andai aku menjadi seorang tenaga pengajar yang bakal memberi titipan ilmah kepada para pelajar. Yang mana aku mencurahkan sedikit ilmu yang Allah kurniakan ini kepada mereka yang memerlukan gagasan ilmu Allah taala ini.

Sungguh, sebenarnya aku rasa seperti tidak layak sahaja untuk mengatakan bahawa aku mampu untuk menjadi seorang guru. Ya benar. Pabila aku terlalu memberi tumpuan kepada tugas dan skop seorang guru yang sebenarnya bukanlah hanya fokus kepada sesi pengajaran, bahkan lebih dari itu. Aku jadi gementar.

Namun begitu, Allah taala itu lebih Mengetahui hendakNya. Jelas di dalam Surah Al-Baqarah ayat 286, firman Allah:

“…Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya…”


Makanya, aku tidak harus mengatakan tidak pada perkara yang sebenarnya mampu aku lakukan.

Mulianya tugas seorang guru itu bukanlah kerana mereka mencurahkan ilmu semata. Bukanlah jua kerana mereka ini tergolong di dalam kelompok ‘cikgu’. Dan bukan juga disebabkan oleh cara penyampaian semasa di dalam kelas. Tetapi mulianya seorang guru (atau apa sahaja status yang berkaitan dengan pengajaran) adalah kerana cara dia mendidik anak muridnya sehingga benar-benar beroleh kejayaan.




Pendidik.

Asas didikan seseorang selalunya bermula di rumah, bukan? Maka itulah sandaran seorang pendidik.

Seorang pendidik mestilah tahu tanggungjawabnya sangat berat. Memberi didikan itu adakah sesuatu yang mudah dan senang? Orang kata, take it easy. Tidak bagi aku. Kerana ia suatu amanah yang serius dan selalu terlepas pandang.

Mata masyarakat kini selalu mengiakan bahawa seorang pendidik harus punyai sikap tegas, punyai akhlak dan budi pekerti tinggi. Jiwa seorang pendidik harus benar-benar menunjukkan sikap pekerti mulia, barulah ada rasa saling menghormati di antara pelajar dan pendidik. Kalian, benarkah begitu?

Seorang ibu merupakan seorang pendidik. Seorang ayah yang inginkan anak-anak berjaya juga merupakan seorang pendidik. Justeru, apakah perlakuan yang diperlukan oleh seorang pendidik terutamanya apabila kita ini mendidik anak-anak dengan corak pemikiran dan budaya yang negatif dan barangkali jua songsang? Muliakah dia sebagai pendidik? Ataupun layakkah dia mendidik sedangkan dirinya jua tidak terdidik?

Terkadang aku keliru dengan pandangan sesetengah masyarakat yang sangat mementingkan anak-anak mereka lulus dengan cemerlang di dalam peperiksaan. Sesetengah ibu bapa menganggap bahawa anak-anak harus cemerlang di dalam pelajaran dan tidak perlu ambil mudah dengan persekitaran. Anak-anak mereka diberi penekanan untuk belajar siang dan malam sehingga terlupa untuk memberi kebebasan untuk bergerak. Hal ini pastinya akan menimbulkan konflik di dalam diri anak-anak itu yang kemudiannya sukar untuk dijangka apa yang akan berlaku kelak.

Di dalam hal ini, sudah pasti ibu bapa sebagai pendidik harus bijak untuk mengendalikan time management anak-anak. Ya. Pengurusan masa.

Berikan ruang untuk anak-anak bermain bersama rakan-rakan. Tidak perlu untuk menyekat keinginan dan bakat anak-anak yang sedia terserlah. Kerana berkemungkinan sahaja dengan bakat yang ada itulah yang menjadi kejayaan buatnya.

Aku melihat didikan agama itu sangat penting. Tidak kiralah bangsa dan agama apa sekalipun. Agama itu yang pertama dan wajib dititikberatkan. Memandangkan putaran dunia sudah berubah, yang manis rasa tawar, yang pahit rasa masam. Begitulah yang diibaratkan dengan dunia berteknologi ini. Berputar belit.

Perihal agama dianggap remeh. Persoalannya, apakah ibu bapa merasakan didikan berteraskan agama itu suatu kesalahan sehingga mengakibatkan anak-anak kecundang dalam penghidupan di dunia ini? Sangat aku kecewa dengan pemikiran liberal seperti itu.

Padahalnya, bukankah pendidikan agama sebagai tunjang kepada pembentukan sahsiah diri individu?

Lantaran itu, ramai juga ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah pengajian agama. Samada di sekolah rendah agama ataupun sekolah menengah agama. Yang pentingnya, anak-anak diberi penekanan untuk tahu dan kenal asas fardhu ain dan fardhu kifayah.



Wanita dan pendidik.

Wanita atau perempuan ini sebenarnya lebih dekat di hati kanak-kanak. Manakan tidak, sifat semulajadi seorang wanita yang lembut, penyayang, dan mengambil berat itu lebih cenderung untuk menjadi seorang pendidik. Khasnya kepada anak-anak.

Justeru itu kalau kita boleh lihat, rata-rata profesion guru di Malaysia ini ramainya adalah spesies XY (female). Dan kalau kita tengok di tadika,tabika atau taska untuk anak-anak kecil memulakan pembelajaran, guru-gurunya adalah wanita. Lagi pula, kalau seorang wanita itu sudah pun mejadi seorang ibu, maka naluri keibuan itu makin terserlah. Makin menunjukkan tahap kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada anak-anak. 

Itulah kehebatan ciptaan Allah s.w.t. kepada kaum Hawa.

Namun begitu, tidalah bermaksud kaum Adam tidak berkebolehan dalam menjadi seorang pendidik tegar. Bisa saja. Cumanya, wanita itu sifatnya cenderung untuk mendidik. Mereka itu lebih sedikit di dalam bab-bab pendidikan.


Begitulah asam garam kehidupan. Punya rencah yang berbeza. Punya metode yang bercampur aduk. Punya kelazatan dan kemanisan. Barulah terhasil resipi yang menarik!

Updates Melalui E-Mail

Label fail