QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
Memaparkan catatan dengan label tazkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tazkirah. Papar semua catatan
24 Januari 2016

Menangislah

Adakalanya, kita perlu menangis. Itu fitrah. Tapi jangan terlalu lama berada di sana. Hidup mesti diteruskan. Tinggalkan sahaja orang yang tidak pernah menghargaimu. Kerana pasti ada seseorang yang  menghargaimu akan dikirimkan oleh Allah. 




Kata Allah, " aku adalah seperti apa yang hambaku fikirkan" Jadi, fikirkan yang baik-baik sahaja. Anda terlalu berharga untuk diperlakukan sebegitu oleh orang lain. Jangan lagi anda tambahkan ia dengan menangisinya terlalu lama.

Ya.. memang sakit. orang kata, "Awak tak rasa, senanglah cakap"...

Tapi, kenapa perlu kita menangis.. sedangkan mereka sedang bahagia atas penderitaan anda? 

Bangunlah... kembalilah kepada Allah... Hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang..
18 Januari 2016

Pesanan untuk ibu bapa



Tanamkan dalam hati bahawa;

1. Anak kita bukan baik sangat.
Walau kat rumah dia taat, dia mungkin nakal dibelakang kita. Jadi dia mungkin lawan cakap cikgu, pukul kawan dia, dan buat pelbagai perkara yang kita tak jangka.

2. Bukan anak kita sorang saja di dalam kelas tu.
Kita di rumah paling banyak anak 6 7 orang. Itu pun kita tak mampu nak beri perhatian pada semua. Anak cakap banyak sikit kita dah suruh diam. Just imagine kita ada anak kembar seramai 40 orang. Macam tu lah apa yang cikgu alami sewaktu mengajar anak-anak kita.

3. Anak kita juga pandai menipu.
Jangan percaya sangat dengan cerita-cerita anak kita. Dia mungkin menipu. Tak kiralah seyakin mana kita dengan kesolehan dia, dia mungkin menipu. Siasat dan jangan cepat melatah. Nanti kita yang malu.

4. Anak kita layak dimarah.
Anak kita bukan malaikat. Dia tidak sempurna. Dia pasti melakukan banyak silap. Dia perlu dididik. Character dia di rumah dan di sekolah tak sama. Dia mungkin sangat annoying waktu di dalam kelas dan kita takkan tahu itu. Jika dia dimarah, itu tandanya gurunya sedang mendidiknya.

5. Ingat semula kenapa kita hantar dia kesekolah.
Untuk dia jadi diva kah? Sampai tak boleh diusik.
Untuk dia jadi samseng? Sampai tak boleh dijentik.
Untuk dia jadi biadap? Sampai tak boleh dididik.

6. Dia sedang dididik. Dengan cara yang kita suka, mahupun tidak suka.
Jika tak boleh terima orang lain didik dia dengan cara yang tak sama dengan didikan kita, jangan hantar dia ke sekolah. Kita tak boleh harapkan orang ikut cara kita. Cara kita tak semestinya betul.

7. Kita tak mampu berikan semua ilmu yang diperlukannya.
Kita perlukan guru-guru. Kita mungkin pakar kimia, tapi kita tak tahu matematik, geography, biology dan sebagainya. Kita mengharapkan guru-guru itu mencurahkan ilmu kepada anak kita. Hormati mereka.

8. Duit bukan segalanya.
Kita mungkin kaya. Tapi duit tak mampu jadikan anak kita sempurna. Duit tak boleh membentuk akhlaknya. Dia perlu didik, diajar, dibentuk. Baru dia mampu menjadi manusia.

9. Kita tak mampu membentuknya seorang diri.
Anak kita perlu dilatih hidup dengan masyarakat. Dia perlu diajar bagaimana menghadapi dunia yang ganas di luar sana. Dia perlukan sekolah sebagai langkah pertama untuk memahamkan dia bagaimana untuk survive di dunia ini. Guru-guru itulah yang akan membantu kita membuatnya melihat dunia. Beri guru-guru itu ruang untuk membantu kita.

10. Kita bukanlah orang yang paling betul dalam dunia.
Cara guru dan kita mungkin berbeza. Tapi pengalaman mereka mendidik memang kita tak mampu menandinginya. Paling hebat kita didik 6 7 orang anak kita sendiri. Mereka dah didik 6 7 orang anak sendiri dan beratus malahan beribu anak-anak orang lain yang mereka didik seperti anak-anak mereka sendiri.

11. Jangan sombong dengan guru-guru. Allah sebut darjat mereka tinggi di dalam al quran.
Mereka bukan sahaja bekerja kerana gaji, tapi mereka melakukan amal jariah dengan memberi ilmu yang bermanfaat kepada ribuan manusia, dan amal ini Allah kira sahamnya walaupun setelah mereka meninggal dunia.Amal kita?

12. Ilmu anak kita takkan berkat tanpa redha gurunya.
Tanamkan itu dalam peribadi anak-anak kita. Yang 11A tapi jika biadap dengan guru belum tentu berkat ilmunya, belum pasti tenang hidupnya. A kurang tak apa. Asalkan tak kurang adabnya. Biar berkat ilmunya. Kejayaan akan datang dalam pelbagai cara.

13. Guru-guru sentiasa mengingatkan anak kita agar hormat ibu bapanya.
Ibu bapa sentiasa menjadi sentimen utama yang digunakan oleh guru-guru untuk menasihati anak-anak kita. Mengapa kita tak boleh buat perkara yang sama? Satu sahaja, kerana kita rasa kita lebih bagus dari segenap segi daripada guru-guru anak-anak kita.

Berlapang dadalah.
Ilmu itu bukan bilangan A.
Tapi apa yang anak kita dapat untuk dia jadikan panduan untuk jalani kehidupan di dunia dan diakhirat.

Tepuk dada, tanya iman
31 Disember 2012

Muhasabah Akhir tahun



Hari-hari begitu cepat berlalu, banyak hal yang harus  segera dilaksanakan. Salah satunya adalah refleksi diri selama satu tahun kehadapan, hasil dari tahun ini ( bakal berlalu beberapa jam lagi) masih banyak yang tidak dapat dilaksanakan.  Baki yang masih bertompok yang harus ditunaikan tahun depan (beberapa jam sahaja lagi ) agar waktu tidak lagi di sia-siakan dan dapat meninggalkan kesan kemudiannya. 

Sungguh ironis sekali kehidupan yang dijalani beberapa tahun yang lalu banyak yang tidak sesuai dengan rencana kehidupan yang telah dibuat. Bahkan lebih teruk lagi ia jauh dari perancanggan tersebut. Dengan kata lain tujuan atau sasaran masih jauh dari yang kita harapkan. 

Hal ini disebabkan kita mengabaikan peta kehidupan kita, jadi tahun depan merupakan saat yang tepat untuk mengubah dan merencanakan semula hidup hingga beberapa tahun lagi dengan tujuan dan misi yang diredhai Allah tentunya.


Imam Syahid Hasan AL-Banna pernah menyampaikan 

'Mimpi Kemarin Adalah Kenyataan Hari Ini'. 

Jadi dengan merancang peta kehidupan, kita telah merancang hidup kita sebelumnya. Tentunya dengan ikhtiar, usaha dan doa.


Man jadda wajada, barang siapa yang bersungguh-sungguh maka dapatlah ia, dan firman Allah 

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka keadaan yang ada pada diri mereka sendiri" (Arrad 11).

  
Seorang ulama dakwah mengatakan 

"untuk perjalanan hidup setahun perlu perencanaan selama sebulan, untuk perjalanan hidup sebulan perlu perencanaan waktu selama seminggu, untuk perjalanan hidup seminggu perlu perencanaan selama sehari, dan sehari diperlukan perencanaan selama satu jam".

Kita cuba memandang hidup ini dalam perspektif dakwah, agar semuanya dapat berjalan seiring dan sehaluan, paling tidak rencana hidup kita adalah rencana dakwah, bahkan 'kematian' pun harus terencana di dalam perancagan yang dibuat. 

Semoga dengan paradigma peta yang baru ini, hidup lebih  terarah dan tentunya akan merasakan capaian yang positif dan konstruktif. Hidup adalah himpunan rencana nafas, kerana ia merupakan rencana Allah yang tidak mampu kita halang.

Thomas Carlyl mengatakan 

"Seseorang dengan tujuan yang jelas akan membuat kemajuan walaupun melewati jalan yang sukar. Seseorang yang tanpa tujuan, tidak akan membuat kemajuan walaupun ia berada di jalan yang mulus",. 

Jawapannya adalah 

Allah Ghayatuna: Allah tujuanku, Katakanlah sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanya untuk Allah.

Aamiin Ya Rabbal Alamin. Selamat Tahun baru masihi 2013..
26 Ogos 2012

Belajar untuk redha




Hidup ini ada kalanya agak susah juga memujuk hati, kan? Memang. Sebab antara kehendak hati dan akal saling bergelutan. Tidak cukup dengan itu, antara kehendak hati dan takdir ALLAh yang cukup baik itu juga hebat bersaing. Dan akhirnya, yang menang adalah ketetapan takdir ALLAh yang sudah tertulis di Lauh Mahfuz sana.

Apabila kehendak diri dan takdir bergelutan, sangat sakit bukan.

Dan sebab itu juga, ramai yang tertunduk dan duduk terkulai. Tidak mampu untuk berdiri. Sebabnya, tidak dapat menundukkan kehendak diri dengan akal yang waras mengenai apa yang terjadi. Dan perbuatan sedemikian tidak lain tidak bukan, hanya merugikan diri sendiri. Orang Islam, tidak akan selamanya tertunduk lemah dengan sebahagian permainan dunia yang mengusik kehidupan yang adakalanya usikan itu sangat radikal dan mampu membuat hati mati bagi empunya diri yang tidak dapat mengawal hati dan perasaan dan diseimbangkan dengan fikiran yang berlandaskan iman.


Persoalannya, bagaimana untuk redha dengan percaturan Ilahi?
Saya hendak belajar mengenainya. Senyum.


Duduk Sebentar Berfikir

Ada sesetengah orang sekejap saja dapat memujuk hati yang sedang berduka terhadap ujian ALLAh. Ada setengahnya pula, akal ingin meredhakan, namun hati membantah sekerasnya. Mereka ini sebenarnya keliru. Antara ego dan kasih-sayang ALLAh.





Sekali lagi saya suka petik kata-kata salah seorang guru saya,

“Orang yang beriman, tiada istilah masalah dalam hidupnya. Yang ada, hanya cubaan. Dan cubaan dari ALLAh itu bukanlah untuk dianggap masalah melainkan untuk mencari jalan penyelesaiannya. Hidup ini, jangan mengusutkan otak kamu yang sudah memang ALLAh jadikan sedikit serabut tu. Usaha dan usaha lagi..”

Besar makna kata-kata beliau.

Sahabat, mari sini. *pimpintangandia*
Apabila ujian datang menyapa kehidupan, cuba duduk sebentar bertafakkur dan jangan cepat melatah. Mengucap banyak-banyak. Luahkan segalanya pada ALLAh SWT. Pohon keredhaan pada-Nya jika apa yang berlaku itu adalah yang terbaik buat diri sendiri dan keluarga.



Kadang-kadang, ALLAh menegur melalui ujian yang sedang dihadapi.



Jika terasa ingin menangis, maka biarkanlah airmata itu merembes membasahi pipi. Airmata itu ALLAh cipta bukan sia-sia, kadang kala melepaskan yang terkurung dijiwa melalui airmata boleh meredakan hati yang sedang berduka. MashaALLAh, ALLAh memang Maha Hebat! Tiada satu ciptaan-Nya pun yang sia-sia.

Dalam masa duduk itu, mari sama-sama koreksi diri. Bertanya apakah sebenarnya yang telah kita pernah lakukan sehingga ALLAh ingin menegur? Dalam keadaan begini, banyak-banyakkan untuk memujuk hati agar bersangka baik sangat-sangat pada ALLAH.



Jangan biar syaitan menguasai hati anda yang sedang suram.

Banyakkan Berdoa, Jangan Berdiam Diri



“Saya dah pasrah. Dah redha dan terima semuanya..”

Dialog di atas ini tiada maknanya terlafaz di bibir andainya anda tidak mengisi sesuatu dengan ilmu ALLAH. Tidak cukup dengan mengatakan anda pasrah tanpa mendekatkan diri kepada-Nya. Jika anda mengungkapkan seperti ini dan keadaan anda seperti ini, maka saya turut bersedih. Anda sebenarnya telah berputus asa dengan ALLAh.


Islam ini sangat cantik!



ALLAh menguji manusia, namun ALLAh siapkan segala-galanya. Ibarat, ALLAh melepaskan kita dengan bekalan, dan ALLAh akan menguji kita. Dan ALLAh hendak tengok, apakah kita pandai menggunakan bekalan yang ALLAh telah beri itu atau tidak.

Apa bekalan tu? Nasikah? Bukan. Bekalan ilmu.

Lihat ya sahabat, jika kita sering membaca al-Quran dan sentiasa berdamping dengannya, inshaALLAh anda akan perasaan terlalu banyak doa-doa yang mahsyur didalamnya. Doa para Nabi dan Rasul serta orang-orang soleh terdahulu, dimana doa itu menjadi panduan untuk kita memohon kepada ALLAh.

Anda sedang bersedih? Nah, hayati ayat ini, dan boleh amalkannya, inshaALLAh.

“..Ya Tuhanku, berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku, dan agar aku dapat berbuat kebajikan yang Engkau redhai, dan berilah aku kebaikan yang akan mengalir sampai kepada anak cucuku. Sungguh, aku bertaubat kepada Engkau, dan sungguh, aku termasuk orang Muslim.”
 – al Ahqaf : 15

Dan, bukankah sepatutnya kita siap-siap untuk menerima ujian dengan hati yang terbuka? Kerana, ALLAh telah berjanji didalam al-Quran, bahawa setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan.

“Bukankah Kami telah melapangkan dadamu? Dan kami pun telah menurunkan beban darimu. Yang memberatkan punggungmu. Dan kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu. Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai (dari suatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah Engkau berharap.”
 – al Insyirah : 1-8

Nah, mengapa patut rasa diri dianiaya? Bukankah dunia ini sementara dan ujian itu sementara? Perlukah untuk berputus asa? Tidak! Yang penting anda kekal berusaha, maka bantuan dari langit akan tiba.

Senyumlah. Percayalah. Tolong saya ukir senyuman dibibir sesama kita. Senyum.


Ujian ALLAH Datangkan Hendak Membersihkan Manusia


Sebenarnya, ALLAH bersama anda setiap masa dan ketika. Ketika anda lapang dan ketika ditimpa ujian yang ALLAh datangkan. Dan ujian itu tidak sepatutnya kita lihat sebagai hanya ‘seksaan’ semata-mata dari ALLAh. Hal ini kerana, ujian itu sebenarnya adalah kasih sayang dari-Nya.

Dalam pada masa diuji itu, ALLAH cuba memberi kebaikan atau pun point pahala kepada kita. Habis tu? Kenapa ALLAH uji kalau nak bagi pahala?

Jawapan saya, kerana ALLAh sayang pada anda! Senyum.

Saya beriman dengan hadis Rasulullah ini,

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda : “Siapa yang ALLAH kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya ALLAh mengujinya.”
 – HR. Bukhari

Anda lihat? Subhanallah. Ujian yang disertai kasih-sayang dan kebaikan. Dan ALLAH bukan hanya ingin memberi kebaikan kepada manusia, malah ingin menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita lakukan selama ini. InshaALLAh, jika kita belajar untuk menerima seadanya ujian ALLAh itu. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW.

Daripada Abu Said al-Khudri r.a. dan Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda : “Tidak menimpa seorang mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan, dan kesedihan malahan kedukacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya.”
 – HR. Bukhari & Muslim

Subhanallah! Subhanallah! Subhanallah!

Hati anda tidak berbunga-bungakah jika ALLAH ingin menghapuskan dosa-dosa anda?

Mencari Hikmah Disebalik Ujian ALLAH

Hikmah disebalik ujian? InshaAllah, anda sendiri akan merasainya. Sama ada anda menyedari, insaf, makin dekat kepada ALLah, maka anda bersoal jawab dengan diri sendiri didalam pengawasan ALLAH.

Ada ujian yang menginsafkan kita dan menjadikan kita seorang hamba dan seorang manusia yang lebih baik jika kita berfikir. Dan ada ujian yang membuatkan manusia semakin jauh dan menjadi seorang manusia yang hilang arah tuju, jika manusia itu sendiri tidak mahu membuka minda dan hati.


Makanya, hati ini, dada ini, perlu dibuka seluas-luasnya apabila bersoal jawab dengan ALLAh.
Kerana, cahaya itu tidak akan masuk melalui tingkap yang tertutup rapat. *senyum*

Hei sahabat, boleh saya genggam tangan kamu? Saya hendak cakap sesuatu ni..

“Ujian yang hebat dan dahsyat hanya untuk orang-orang yang hebat dipandangan ALLAh!”

Anda mahu hebat pada pandangan ALLAH? Maka, jom menjadi seorang hamba ALLAh yang sentiasa kuat, kuat, kuat dalam keimanan. Orang Islam tidak pernah mengalah! Tidak pernah! Mari, mari menjadi kuat!

Semoga ALLAh merahmati.





20 Ogos 2012

Dilema Sebuah Keputusan




Dalam kehidupan ini kita tidak akan lari daripada membuat sesuatu pilihan. Tidak kiralah dalam apa jua aspek sekalipun. Kita sentiasa dilema untuk menentukan sesuatu keputusan itu. Antara yang ini ataupun yang itu. Kita terpaksa berhadapan dengan perkara ini saban hari. Persoalannya, bagaimanakah untuk kita menetapkan sesuatu keputusan itu? Sedikit perkongsian daripada penulis untuk kalam kali ini iaitu beberapa petua ringkas dan praktikal untuk dilakukan ketika membuat sesuatu pilihan.




1.       Solat Istikharah

Sebagai seorang Muslim kita perlu menjadikan solat Istikharah sebagai prioriti dalam membuat sebarang keputusan kerana bukannya setiap perkara yang kita inginkan merupakan sesuatu yang terbaik untuk kita dan tidak pula semua perkara yang kita tidak sukai itu akan membawa mudarat kepada kita. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu akan apa yang terbaik buat kita, sepertimana dalam firmanNya yang bermaksud,


“Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (Surah al-Baqarah 2:216)



2.       Musyawarah

Musyawarah, syura, bermesyuarat, diskusi, atau perbincangan adalah elemen yang kedua yang perlu untuk kita praktikkan dalam membuat sesuatu keputusan itu. Satu akal yang bersuara dalam membuat sesuatu keputusan sama sekali tidak sama dengan suara majoriti atau akal yang kurang ilmu dan pengalaman tidak dapat membuat sebuah keputusan sematang mereka yang berilmu dan mempunyai pengalaman hidup yang banyak. Oleh sebab itu, mintalah pendapat orang soleh, ilmuwan atau mereka yang lebih berumur daripada kita seperti ibubapa dalam membantu kita membuat sebuah keputusan itu.




3.       Dengar kata hati

Peranan hati dalam membantu kita membuat sebuah keputusan itu tidak dapat kita nafikan tetapi perlu bersyarat. Bukan secara melulu sahaja untuk mendengar kata hati ini kerana takut kata hati itu tidak tepat. Oleh itu, hanya hati yang cintakan Allah dan Rasul sahaja yang layak dipertimbangkan. Oleh sebab itu, dengarlah kata hati selepas solat terutamanya selepas solat fardu, solat taubat atau solat Istikharah serta kektika sedang berpuasa.

Inilah sedikit perkongsian untuk kalam kali ini. Tetapi perlu diberikan perhatian bahawa segala petua ini tidak boleh diamalkan dalam membuat sebuah keputusan yang melibatkan soal mematuhi Allah dan menjauhi laranganNya. Semoga perkongsian kali ini dapat memberikan manfaat kepada kita semua. Wallahuaklam.




“Hidup sentiasa memerlukan pilihan. Maka pilihlah sebuah keputusan yang tepat.”
12 Ogos 2012

Gadis melayu ganjil?


 
 
  • Gadis melayu berniqab, ganjil?
  • Gadis melayu menutup aurat sepenuhnya, ganjil?
  • Gadis melayu melabuhkan tudung menutupi dada mereka, ganjil?
  • Gadis melayu mengenakan pakaian longgar dan besar, ganjil?
  • Gadis melayu malu untuk keluar bersama bukan mahram, ganjil?
  • Gadis melayu pakai stoking kaki ke mana-mana walau mandi bersama kawan-kawan di laut, ganjil?
  • Gadis melayu pakai stoking tangan walau dah mengenakan t-shirt lengan panjang, ganjil?
  • Gadis melayu meninggalkan orang yang sedang gosip dan mengata orang lain walaupun yang sedang mengata itu kawan baiknya, ganjil?
  • Gadis melayu tidak mengenakan mekap berlebihan, ganjil?
  • Gadis melayu tidak memakai perfume kecuali sekadar sangat sedikit dan tidak terhidu orang lain, ganjil?
  • Gadis melayu tak 'couple' sebelum nikah, ganjil?
  • Gadis melayu tak materialistik dan memilih kehidupan untuk taat kepada agama, ganjil?
  • Gadis melayu ganjil?

Sabda Rasulullah s.a.w: 

“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil”
(H.R. Muslim)

Soal hati. Dan perasaan.




Prinsip
  • Tidak ada yang boleh mengambil tempat 'dia-yang-entah-di-mana' selagi belum ada ikatan sah
  • Tidak mahu dimabukkan dengan khayalan cinta yang tidak pasti.
  • Jangan biarkan cinta yang tidak diundang meruntuhkan pendirian seorang muslimah dalam diri. 
  • Hidup ini bukan sekadar untuk diisi dengan kecintaan terhadap manusia
  • Katanya seorang da'ie, kau harus kuat untuk mendidik ummah jadi jangan mudah lemah kerana cinta!

Mungkin kerana prinsip ini yang membuatkan diri tetap pada pegangan. Anda juga begitu, bukan? Maka pegang ia kemas-kemas. Saya mahu dia yang ikhlas dalam cinta terhadap agama jadi saya juga berkeras mendidik jiwa meletakkan Dia yang pertama di dalam hati. Walaupun saya tahu masih belum berjaya. Payah. Terlalu kerana cinta dunia itu bersifat mengasak. Namun, pasti terus usaha! Bukan mudah untuk menjadi muslimah yang kental melawan arus cinta zaman kini. So, just take the challenge!

Lelaki pada saya begini. 

Yang lebih tua bagaikan seorang abang untuk dihormati
Yang lebih muda dianggap bagai adik sendiri untuk dikasihi
Yang sebaya sebagai sahabat seperjuangan. 

Ada yang lebih mengambil pendekatan untuk lebih menjaga. Tua atau muda sama sahaja. Raikan pendiriannya. Kerana kita masing-masing membesar dalam suasana persekitaran yang berlainan. Yang penting, syariat dan batas itu mesti tetap terjaga.

Apabila begitu, saya mengajar diri untuk tidak mudah membenarkan sesiapa menyentuh hati saya. Sering saya ulang supaya jangan terlalu mudah perasan dan cepat melatah. Tidak bermakna lelaki yang menegur kita punya perasaan. Ada segelintir yang punya semangat setiakawan yang tinggi. Raikan mereka. Kerana mereka juga manusia seperti kita. Rai sekadarnya yang perlu. Namun, mana yang berkehendak lebih, nantikan 'sepakan penalti'.




 ********************************************************





"Sebelum aku kahwin, aku mahu bahagiakan ibu bapa aku dahulu."




Jauh merenung. Kata-kata itu dalam maksudnya. Saya ambil serius.

  • Sebelum aku kahwin, aku mahu benar-benar merasai cinta Ilahi.
  • Sebelum aku kahwin, aku mahu mengutip pengalaman selama mana hidup sendiri.
  • Sebelum aku kahwin, aku mahu persiapkan hati untuk menghadapi cabaran mendatang.
  • Sebelum aku kahwin...ah, entahkan sempat atau tidak!


Yang pasti, akan kahwin atau tidak, ajal pasti akan datang.


Sebelum kematian datang menjemput, tidak dapat tidak diri mesti sentiasa melakukan perubahan ke arah kebaikan.


Seharusnya ditukar 'Sebelum aku pergi...', kemudian baru menyedari begitu banyak perkara yang masih perlu dilakukan selain hanya berfikir 'Sebelum aku kahwin'!



Menjalani kehidupan mencari sebenar-benar hakikat cinta.




 ********************************************************





Kesimpulan.


Cinta manusia. Salahkah?

Tidak salah tetapi jangan sampai diri lemah kerananya. Apabila kau menyedari diri merupakan seorang pejuang maka itulah fokus kehidupanmu. Ya, melalui cinta juga diri bisa berdakwah. Berdakwahlah sekalipun dengan isu cinta manusia yang kerap kali terulang. Namun ingat, hati juga perlu pengisian yang lebih daripada sekadar cinta itu. Perluaskan skop pandangan melihat perkataan 'cinta'. Hebat andai pada tiap lintasan di minda, anda sentiasa mentafsir perkataan 'cinta' itu adalah cinta kepada Allah. Nah, begitu yang kita mahu.

Tidak salah. Kerana itu adanya perkahwinan untuk merai fitrah manusiawi. Tidak salah mahu berbicara soal kahwin dan merancangnya mengikut syariat kerana itu juga yang dianjurkan Rasulullah. Namun lebihkan pada perancangan dan pengurusan diri. Tidak usah melihat jauh, lihatlah terlebih dahulu pada solat lima waktu sehari semalam. Apakah berusaha didirikan pada awal waktu?

Tidak salah tetapi usah kau keliru memandang cinta. Cinta yang tidak syar'ie tiada sebab untuk kau cemburui. Bersabarlah. Jodohmu pasti tiba andai takdir ada di dunia. Jangan mengambil jalan mudah dengan menjalin hubungan cinta yang membelakangiNya. Itu cinta nafsu! Tiada keberkatannya andai lorong itu yang diambil. Maka, waspadalah. Kerana syaitan itu bijak menghias perkara maksiat pada penglihatan sebagai suatu khayalan indah.

Tidak salah tetapi berjaga moga tidak cenderung ke arah cinta manusia yang tidak halal. Rentetan itu hati menjadi sedih tatkala cinta tidak seperti yg diidam. Tidak salah mula mencari andai diri itu sudah diketahui bersedia memasuki fasa baru. Namun berpadalah. Jangan sehingga pencarian menjadi racun kepada ibadah.

Tidak salah. Tetapi ketahuilah, mereka yang mendekati cinta manusia hanya akan memikirkan manusia. Kata novelis terkenal, Ustazah Fatimah Syarha,

mereka yang menginginkan perkahwinan sebagai jalan tutup daripada terjebak ke dalam maksiat zina sebenarnya mendedahkan bahawa kehidupan dirinya dekat kepada jalan-jalan zina seperti SMS, calling, dating dan lain-lain. Begitu juga, apabila mereka yang benar-benar menginginkan cinta Allah pastinya melazimi diri dengan perkara yang membawa kepada kebaikan dan mengisi fikiran dengan perkara yang memberi nafas segar terhadap iman.



********************************************************



Jernihkan hati mencari diri.
Kita hanya hamba yang melalui tempat persinggahan sebelum kembali kepadaNya.
Dunia itu penuh tipu daya maka persiapkan diri menghadapiNya.
Cinta itu bukan noda tetapi kitalah yang sering mewarna hitamkan kanvas cinta sendiri.

Peringatan sepenuhnya buat diri.
Kerana saya juga seorang remaja.
Kerana saya juga seorang manusia yang keliru.
Menyedari itu mesti berpegang erat pada prinsip agama.
Sebelum ditarik cinta bercelaru bernafsu.

Ingat, hati itu juga harus kita bina sekental kanak-kanak Palestin yang bangkit mempertahankan agama yang tetap sahaja tersenyum walau dilumuri darah.

28 Jun 2012

Law Kana Bainana





Lirik

law kana bainana al-habeeb
la dana alqassi wal qareeb
men taibateen qabl al mageeb
taleeban qurbal habeeb

fi qurbeehi anafsu tateeb
wa tad'u allaha fa yogeeb
anwaar taha la tagheeb
baleeghna leeqahu ya mugeeb

fadatka roohi ya habeeb
mohamadun mukreemal ghareeb
be qurbeeka arroho tateeb
ya rahmatan lilalameen




Terjemahan

If the beloved (s.a.w.) were among us
Those from far & near will come to him (s.a.w.)
Hoping to see the sun of goodness before it sets
Desiring to be near to Him (s.a.w.)

In this company the soul feels great
On that moment If it prays to Allah, Allah will surely answer
The light of Taha (s.a.w.) will not cease to exist

Oh Ya who answers prayer please fulfill our hope to meet him (s.a.w.)
I am willing to sacrifice my life for you
Oh beloved (s.a.w.)
Muhammad s.a.w. honor of strangers
In your company the soul feels great
Oh mercy to all the worlds (s.a.w)


Puisi Intro

Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.

Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...

Start

Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.





Updates Melalui E-Mail

Label fail