“YA Allah, Engkau Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang, segala puji-pujian bagi-Mu, seru sekalian alam. Ya Allah, aku
bersykur kepada-Mu, telah selesai pernikahanku ini, kami memohon pada-Mu Ya
Allah Engkau berkatilah pernikahan –ku ini. Engkau jadikanlah aku dan isteriku
orang-orang yang soleh. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, pada-Mulah kami memohon
pertolongan. Engkau anugerahkanlah padaku isteri/suami yang soleh, Engkau berikanlah
akan daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di dalam
keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami.
Engkau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anak kami ke
jalan yang Engkau redhai. Engkau mesrakanlah kami, bahagiakanlah kami
sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w dan Siti Khadijah, Nabi Yusuf dengan Zulaikha,
Nabi Adam dan Hawa. Engkau anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-anak yang
ramai dan soleh. Engkau anugerahkanlah kami kesihatan dan kesejahteraan pada
isteri/suami dan anak cucu kami sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat
mereka. Engkau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak
kemesraan dan kebahagiaan rumah tangga kami”
“Ya Allah ,Ya Rahman, Ya Rahim, Engkau anugerahkanlah
kepada kami akan rezeki yang suci dan baik, lindungilah kami dari mendapat
rezeki yang keji dan haram. Engkau jadikanlah aku, isteriku/suamiku dan
anak-anak kami orang yang rajin mengerjakan solat dan bertaqwa. Engkau
berikanlah petunjuk dan jalan sekiranya aku, isteri/suami dan anak-anak ku
menyimpag ke jalan yang tidak Kau redhai. Engkau anugerahkanlah padaku,
isteri/suami dan keturunan kami kekuatan dan keimanan untuk berbuat baik dan
amal soleh sepanjang hayat kami. Engkau peliharalah kami, isteri/suami,
anak-anak dan cucu-cucu kami dari sebarang mara bahaya,fitnah,dan malapetaka
yang tidak diingini samaada yang lahir mahupun yang batin”
“Ya Allah,Engkau berkatilah umur kami,
isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami sehinggalah akhir hayat kami
dan mereka. Engkau peliharalah kami, isteri/suami kami, anak-anak kami,
cucu-cucu kami agar menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya Allah, kepada kedua
ibubapanya dan taat mengerjakan perintah-Mu dan taat dalam menjauhi
larangan-Mu”