QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
Memaparkan catatan dengan label pendidikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pendidikan. Papar semua catatan
11 Ogos 2011

Biasiswa Khas Tenaga Akademik IPTA 2011



Mungkin tahun 2011 ini merupakan tahun yang bertuah buat pelajar-pelajar baru yang akan memasuki alam universiti.  Apa tidak nya, bermula tahun ini permohonan adalah dipelawa kepada pelajar yang telah mendapat tawaran tempat untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Tahun Pertama secara sepenuh masa mulai sesi 2011 di institusi pengajian tinggi awam di dalam kursus-kursus di IPTA  seperti berikut :-



BIL
  KURSUS
  IPTA
1
  Sarjana Muda Sains Kimia
  UM, USM, UKM, UPM, UTM, UiTM, UMT
2
  Sarjana Muda Sains Fizik
  UM, USM, UKM, UPM, UTM, UiTM
3
  Sarjana Muda Sains Biologi
  USM, UKM, UPM, UTM, UiTM, UMT
4
  Sarjana Muda Sains Matematik
  UM, USM, UKM, UPM, UTM, UiTM, UIAM
5
  Sarjana Muda Senibina
  UM, USM, UKM, UPM, UTM, UIAM, UiTM


Objektif utama adalah bagi menyediakan sumber tenaga akademik ( feeder ) kepada IPTA pada masa akan datang khususnya dalam bidang sains tulen dan bidang kecemerlangan IPTA.



Untuk keterangan lanjut, bolehlah ke sini 


Bertuah sungguh.. Alangkah baiknya kalau tawaran sebegini telah wujud pada 2008...Namun, andai tawaran sebegini telah wujud empat tahun yang lalu, adakah aku berjaya mendapatkannya? ( ^___^ ) Bersangka baik dengan Perancangan ALLAH....InsyaALLAH tahun depan perjuanganku d peringkat Sarjana pula....mudah-mudahan dipermudahkan...ameen




10 Ogos 2011

Program Pembiayaan MyBrain15 KPT



Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah melaksanakan Program Pembiayaan MyBrain15 bermula pada tahun 2011. Program ini merupakan program pembiayaan di peringkat ijazah lanjutan bagi mencapai sasaran 60,000 pemegang PhD dari kalangan rakyat Malaysia menjelang tahun 2023. Program ini terdiri daripada MyPhD, MyMaster dan PhD Industri. Kumpulan sasaran MyPhD dan MyMaster adalah graduan yang belum bekerja dan tidak berpendapatan tetap, kakitangan swasta dan pensyarah IPTS. Manakala kumpulan sasaran bagi PhD Industri adalah eksekutif industri.


Untuk MyMaster, KPT akan membayar yuran pengajian tidak melebihi  RM10,000. Pembayaran dibuat terus kepada Bendahari universiti. Untuk MyPhD, KPT akan membayar yuran pengajian tidak melebihi  RM24,000. Pembayaran dibuat terus kepada Bendahari universiti. Jika tidak bekerja, KPT akan memberi elaun sara hidup sebanyak RM2,300 sebulan . Pembanyaran dibuat terus ke dalam akaun pelajar.

  
KPT mensasarkan untuk menaja seramai 5,000 pelajar bagi MyPhd, 40,000 pelajar bagi MyMaster dan 500 pelajar bagi   Phd Industri yang akan dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) . Secara purata,  KPT akan menaja seramai 9,100 orang setahun dengan pecahan 1,000 orang bagi program MyPhD, 8,000 orang bagi MyMaster dan 100 orang bagi PhD Industri.


Permohonan MyPhD dan MyMaster perlu dibuat secara online. Permohonan secara manual tidak akan diproses. Sila layari https://www.mohe.gov.my/MyBrain15 ATAU https://payloan.mohe.gov.my/MyBrain15 untuk membuat permohonan atau mendapatkan keterangan lanjut seperti syarat dan tatacara permohonan, bidang tajaan, elemen pembiayaan dan sebagainya.

Boleh hubungi  En. Suharmi atau pegawai-pegawai beliau di Unit MyBrain15, Bahagian Biasiswa, KPT di talian 03-8870 4952/6373/6375  atau emel mymaster@mohe.gov.my / myphd@mohe.gov.my / phdindustri@mohe.gov.my, jika ada sebarang pertanyaan.
 

SUHARMI BIN ISMAIL
Ketua Penolong Setiausaha
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
Kompleks Kerajaan Persekutuan
PUTRAJAYA

Tel: 03-8870 6376
Faks: 03-88706839
Emel: suharmi@mohe.gov.my  
4 Ogos 2011

Nak jadi pensyarah Matematik tak?



Orang selalu bertanya..

            Student math ni nak kerja apa?

Rasa terpukul juga dengan pertanyaan macam ni..

ok menjawab soalan mereka ni, luas ke tak kerjaya math ni ye?

Aku nak kongsikan sedikit dan beri pendapat peribadi dari ku.

ikutkan statistik sedia ada, pensyarah matematik  sentiasa tak mencukupi, dengan target IPTA untuk mencapai nisbah pensyarah dan pelajar sebanyak 1:15  pada tahun 2006 sehingga sekarang masih belum lagi dicapai. ini terbukti peluang kerjaya sebagai pensyarah matematik adalah terbuka luas.

Contoh lain di UTM sahaja banyak fakulti engineering yang ambil pensyarah matematik dari  jabatan matematik fakulti sains untuk mengajar matematik di fakulti mereka. Tenaga pensyarah matematik memang amat diperlukan.

kelulusan matematik juga amat luas. Bukan sahaja dalam bidang pendidikan, banyak bidang yang lain boleh di ceburi.  Contohnya bidang peramalan cuaca, bidang penyelidikan, quality controler di kilang-kilang. dan banyak lagi yang aku tak larat nak kongsi di sini.

kalau kita betul minat untuk buat master matematik terutamanya di UTM, bidang tersebut terbahagi kepada 3
  1. applied engineering 
  2. pure mathematic, 
  3. statistic and operational research

Aku lebih prefer by research. sebabnya:
  1. You have a lot of time to study by your own time. tapi you need to be very independent person 
  2. in terms of scholarship, master by research lebih luas. even study full time anda boleh dapat biasiswa menggunakan duit geran, mybrain15, skim pelajar bekerja, zamalah, KPT, dan banyak lagi.

Apa yang penting kita mempunyai komitmen yang tinggi, rajin dan juga berdisiplin.Bukan setakat IPTA sahaja, Pensyarah Politeknik pun tak cukup untuk yang pure matematik. ( ^__~ )


Sarjana / Master..



Entah kenapa tiba-tiba rasa nak bercerita pasal akademik hari ni

Mula-mula dulu tak terniat langsung nak sambung master. tapi lately, macam dah sampai seru pula. ^_~...  Bukan apa, apa yang aku lihat, kebanyakan permohonan untuk menjadi pensyarah harus memiliki Master. Mungkin sekarang bukanlah wajib. Tapi manalah tahu suatu hari nanti akan menjadi wajib pula…T_T

Tahun ni aku tak apply sebab nak tunggu KPLI...Bak kata pepatah, malang tak berbau.. untuk tahun ni, KPLI tak dibuka memandangkan ramai guru GSTT yang di serap masuk oleh KPM....Nampak gaya kena tunggu untuk intake tahun depan kalau nak apply master ataupun KPLI tu.  Master programme by Research sahaja yang di buka sepanjang tahun (bergantung kepada universiti )

Bagi yang ingin mengikuti master  programmes by coursework (bidang matematik), aku ada sedikit senarai universiti dan course yang aku minati ,...insaALLAH

Faculty Computer Science and Mathematics ( UiTM )
M.sc (Information Technology)
M.sc (Quantitative Science)
M.sc (Applied Statistics)
M.sc (Computer Science)
M.sc (Computer Networking)

School of Mathematical Science ( USM )
Master of Science ( Teaching of Mathematics )

Faculty of Science and Technology  ( UKM )
Pure Mathematics
Mathematical Physics
Management Mathematical  Science


Jom pakat belajar.!

Updates Melalui E-Mail

Label fail