Semenjak beberapa bulan
ini, dan mungkin dah bertahun ini, saye melihat wanita-wanita islam (bujang) Malaysia selalu buat promosi di FACEBOOK, tentang mencari pasangan dengan ayat
berbunga-bunga, merintih-rintih, menyeru-nyeru, mendayu-dayu,memuja-muja, walau menggunakan Hadith
rasulullah berkenaan cinta, dihuraikan pula dengan umpama lelaki yang sedang
berKASANOVA.
Lebih menyedihkan mereka
yang berminat berAYAT seperti itu adalah yang sopan santun, berpurdah, berjilbab
labuh, menutup aurat dan lain-lain. Tidakkah anda berasa merendah martabat wanita? kerana FACEBOOK bukan tempatnya.
PERCAYALAH SESUNGGUHNYA IA MEMUALKAN BAGI LELAKI SOLEH,dan menaikkan syahwat bagi lelaki toleh/Mata keranjang,pemaksiat dan lain-lainnya.
Maka kiranya FACEBOOK tempat
anda meluah dan mecari, nantikan pemangsa akan memakan anda, akan sukar mencari
idaman calon syurga hanya menumpu di FACEBOOK.
Kiranya anda (wanita
Muslimah) ingin mencari teman, adalah baik bukan di FACEBOOK, carilah dan lihatlah mereka
di majlis-majlis ilmu,di masjid-masjid, di pertubuhan bait muslim, di medan perjuangan atau
lebih mudah dikata medan Islamic.
WAHAI WANITA ISLAM,JANGANLAH DIBUKA PEKUNG DIDADA MENJADI TONTONAN UMUM,JAGA MARUAH ISLAM DAN WANITA MUSLIMAH.
Saat ini bukan sesuai
bermadah pujangga memuji-muji lelaki demi mencari calon hati.
Saat ini adalah lebih
baik bersama dengan perjuangan islam, FACEBOOK boleh menjadi medan dakwah, seru ummah membantu
islam dipalestin,rogingya,suria dlln bentuk seruan kepada jalan islam.
FACEBOOK bagi wanita muslimah
bukan hanya tempat menulis hadith cinta, atau meluah kemaruk
kasih..Fikir-fikirkan..
Wanita YANG SUKA
BERKHAYAL, hiduplah dalam realiti dan bukan fantasi, membuang masa berpujangga,
menjumud fikiran dengan fikiran tertumpu dek hayal cinta, akan hidup tidak
manfaat untuk ummah bahkan untuk diri sendiri jauh berada terkebelakang..
*****************************************************************
Wanita muslimah JANGAN
KETINGGALAN
*****************************************************************
0 tautan:
Catat Ulasan