Bismillahirrahmanirrahim...
Mungkin
jodoh kita tak panjang. Ya.. memang jodoh kita tak panjang. Aku cuba menjagamu
sebaik mungkin. Namun Allah putuskan untuk kita berpisah pada hari ini… 21 Mac
2013 … Tarikh di mana aku kehilanganmu…
Jari
manis dah tak semanis dulu… kerana kini kosong tak “berikat”…
Terkenang
kembali tarikh di mana akad dilafazkan… Kau jadi milikku… Hati hanya mampu
bersyukur. Kerana kau telah lama ku idamkan.
Kehadiranmu
membuatkan aku rasa diri berteman walaupun ku tahu Allah sentiasa ada bersama
ku… walaupun kemana ku pergi akan ada yang bersama ku di kiri dan kanan. Tapi
kau penemanku bila diri ditanya sudah berteman atau belum. Ku tunjukkan sahaja
dirimu. Maka mereka ku anggap paham. Bicara tanpa kata kadang-kadang lebih mudah
untuk dimengertikan….
Namun
lumrah hidup. Setiap yang bermula, bersedialah tibanya hari akhir…
Aku
redha semuanya terjadi. Semoga akan ada orang yang menjumpai mu… menyayangi
lebih dari aku menjaga mu sampai hari ini… Maafkan aku… kerana kecuaianku aku
kehilangan mu..
Ayatnya
macam ayat putus cinta pula…
padahal… pelaburan dah hilang…
Hmmmm….
Tak mengapalah. Mungkin setakat ini sahaja rezeki dan jodoh ku dengan cincin tu…. Adalah hikmahnya tu. Tulah yang ku ucapkan berkali-kali kepada diri sendiri. Lebih kepada memujuk diri sebenarnya…
Ubat
dari “DOKTOR”:
- Simpan duit beli yang baru. Kerana nak harapkan orang bagi… itu belum tentu boleh dapat
- “Patah tumbuh hilang berganti”….Walaupun yang baru tak mungkin sama dengan yang lama, tapi ALLAH akan beri apa yang kita “perlu” bukannya apa yang kita “mahu”… ( Cuma sentimental value dah tak sama… )
- Tak apalah.. Nak buat macamana lagi. Yang hilang tu biarlah. Adalah tu Allah nak berikan yang lebih baik lagi. Jangan risau. Jangan pernah berputus asa dengan rahmat Allah. Kita tak tahu dan tak nampak hikmahnya sekarang. Tapi pasti ada hikmahnya.
0 tautan:
Catat Ulasan