Jika tak suka, lepaskan...
Jika tak suka, jangan dibaca..
Kerana, hati sendiri yang akan sakit..
Mengapa perlu pertikaikan kebebasan orang lain unruk berbicara? Andai hatimu sakit untuk membaca, mungkin ada hati yang memerlukkanya untuk bangkit. Untuk membina semangat yang direntap oleh si pendusta.
Setiap kita punya jalan cerita yang indah Allah telah aturkan. Sama ada kita redha ataupun tidak sahaja. Mungkin ada insan yang hadir dalam hidup kita. Tapi watak itu hanya watak ekstra. Bukan watak utama. Dia datang sebagai asbab sahaja. Untuk Allah uji.
Terkadang, aku menulis, aku meng copy-paste bukan untuk sesiapa. Tapi untuk diri sendiri. Untuk mereka yang sudi. Bukan untuk mereka yang asyik mencari salahku. Terkadang aku tersasar, itu hanya kerana aku seorang manusia.
Cukuplah.. Janganlah jadi si pendendam. Jangan jadi si pendengki atas kebahagian orang lain. Dirimu terlalu berharga untuk kau bazirkan buat orang yang dah tak sudi.... Doakan yang baik-baik sahaja untuk dia. Lepaskan dengan redha
Hati ini Allah yang punya. Jadi pintalah pada Allah. .... Andai bukan milik kita, belajarlah melepaskan dengan redha...
Wassalam..
0 tautan:
Catat Ulasan