QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
29 Ogos 2008

RAMADAN DATANG LAGI

RAMADAN yang kita tangisi pemergiannya hampir setahun lalu kini bertandang lagi. Kita yang beriman dan yakin pada janji Allah menanti kehadiran bulan penuh berkat ini dengan pelbagai perasaan.

Oleh itu, marilah kita sambut kehadirannya pada tahun ini dengan persediaan untuk menggandakan amal ibadat dan marilah kita sematkan azam masing-masing untuk mencantikkan dan sempurnakan amalan fardu yang wajib dan membanyakkan amalan sunat pada Ramadan kali ini...sesungguhnya Ramadan akan datang belum tentu kita dapat menyambut kehadirannya lagi....wllu'alam
…:: SELAMAT BERPUASA ::…
20 Ogos 2008

sahabat dan kekasih hati

andai dipilih antara sahabat dan kekasih...

akan ku pilih kedua-duanya....

kerana sama bermakna dalam hidupku....

andai kawan menikam, kecewa berpanjangan...

andai kekasih berlaku curang, terbitlah tangisan....

andai kawan memahami, setialah berteman...

andai kekasih menyayangi, berkekalanlah hubungan...

perkenalan berlaku dalam pertemuan...

perpisahan berlaku dalam ikatan...

terjalin ikatan kerana keikhlasan...

wujud keikhlasan kerana sayang....

antara sahabat dan kekasih....

ikatan terjalin tiada perbezaan kerana permulaan tetap dari A & 0....

perpisahan terlerai lain noktahnya....

namun, atas nama kehidupan....

kedua-duanya bermakna bagi ku.

19 Ogos 2008

..:: Wanita oh wannita ::..

UNTUKMU WANITA

hati yang menangis

Betapa hatiku terhiris
menangis memandang
sekelilingku ...
penuh duri ranjau
menikam kalbu
di manakah keadilan kini
hak asasi dicabuli
dalam negeriku sendiri
yang Islam sebagai agama rasmi

Mengapa ada umat agama lain
dalam negeriku ini
telah sanggup menikam hati
umat agama Islam sendiri
apakah mereka ...
sudah tidak iktiraf lagi
Islam sebagai agama rasmi

Menangis hatiku jua hati ...
umat Islam sekelian di sini
tempat suci kesayangan mereka
ingin dihancurkan dan dimusnahkan
setelah atau jika dibalas ...
apakah mereka suka ...
negara ini berkonfrantasi lagi
sudah tidak aman lagi
apakah itu yang mereka cari
baru mereka puas hati...

Bertambah lagi tangisnya hati
bila muda-mudi dah tak sayang
agama Islam lagi
sanggup keluar Islam
menjadi murtad, memohon murtad
menjual agama menggamit neraka
sedang nikmat Islam mereka abaikan
membeli neraka menjual syurga
apakah mereka rasa dirinya bijak
atau sebaliknya...
fikirlah wahai saudara Islamku
sayangi agamamu demi dirimu...
sebelum terlambat untuk bertaubat
Pelajari agamamu
pasti cintakan agama
terpahat kukuh di hatimu...

Bagaimanakah boleh
ku senang hati, apatah lagi
ulamak pewaris nabi
tentu mereka selalu
menitisi airmata hati
bermujahadah di dingin pagi
bersama doa tangan tertadah
ke Hadrat Ilahi Yang Maha Suci
kerana hanya Dia lah
penolong dan pelindung kami....

Ya! Allah, kasihanilah...
kami yang selalu tertindas
di bumi sendiri...
Ya! Allah, lindungilah kami
dari kafir laknati....
Terangkan cahaya agama kami
di seluruh pelusuk negara
malah dunia....
Amiin!... perkenankanlah
Ya! Allah Ya! Tuhan kami...
Yang Maha Mengasihani...

muslimah harapan

Persismu permata berlian menjadi rebutan pejuang
keutuhan yang tersimpan di balik tabir yang tenang
Keayuan yang terpancar disinar cahaya iman
itulah muslimah harapan muslimah harapan...

Gerak langkahnya yang sopan disulam zikir di ingatan
keyakinan yang mendalam menjadi tangan perjuangan
Jasad hayatnya diserahkan untuk sebuah perjuangan
itulah muslimah haraapan

Muslimah puteri harapan
dikaulah harapan membela Islam yang mulia
muslimah puteri harapan dikaulah cahaya
menjadi lambang Islam yang gemilang...

Puteri harapan serikandi Islam
tetaplah kau dalam perjuangan
menjadi sayap kiri di medan
meneguhkan benteng pertahanan Islam

Gamitan leka duniawi tersungkur jauh di hatimu
kau sematkan kecintaan yang mendalam
terhadap Tuhanmu...jaga untuk suami tersayang
kau didik generasi mendatang
untuk agama tercinta.....

lembaran hidup wanita solehah

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...


Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...


Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga..


Ketika aku marah
Ingin ku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah...


Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga


Diterik padang pasir merah
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar...


Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah...

lelaki idamanku

Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disalut rasa takwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang
yang berjuang di jalan Allah


Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tutur katanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak
mempunyai musuh yang bersifat jembalang


Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat


Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam
Yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya


Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kercergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh
kematangan


Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian
Lelaki idaman saya adalah lelaki
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa saya bersama
Dialah lelaki idaman saya


p/s: adakah dia untukku?


munajat cintaku

Ya Allah….
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagian antara kami….
Agar kemesraan itu abadi…
Dan Ya ALLAH…
Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi…
Seiringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…


Tetapi Ya ALLAH…
Seandainya telah Engkau takdirkan….
Dia bukan miliku…
Bawalah ia jauh dari pandanganku….
Luputkanlah ia dari ingatanku…
Dan peliharalah aku dari kekecewaan….


Serta Ya ALLAH Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti….
Berikanlah aku kekuatan…
Melontar bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja nan merah..
Agarku bisa bahagia…
Walaupun tanpa bersama dengannya…


Dan Ya ALLAH yang tercinta…
Gantilah yang telah hilang….
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah…
Walaupun tidak sama dengan dirinya…


Ya ALLAH Ya Tuhanku…
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan…
Adalah yang terbaik buat ku….
Karena Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…


Ya ALLAH…
Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan di akhirat…
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang dhoif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini maupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran…


Maka karuniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau ridhoi…
Dan karuniakanlah padaku keturunan yang soleh….
Amiiinn Ya Rabbal ‘Alamiinn…

warkah buat mu wanita solehah

Wahai gadis solehah....

dari jauh kumelihat raut wajahmu...tunduk memandang bumi yang luas...gerak langkahmu mengigatkan daku kepadasebuah kematian.


Dunia ini penuh dengan kepura-puraan.namun kau mampu mengharunginya bersama ladang kesabaran dan

ketakwaanmu.meskipun dicaci dan dimaki...ditaburi fitnah...namun bersama enteng dan gunung ketakwaanmu,kau mampu pertahankan kerana dirimu penuh dengan Nur Iman dan Din Islam untuk menegakkan jihad di akhir zaman ini.Bagimu Al-Quran sebagai HIBURAN..AS-SUNNAH menjadi amalan..dan RUMAH sebagai tempat perteduhan dari tipuan dunia yang penuh kepura-puraan.


Gadis Solehah..

Disebalik hijabmu terselindung wajah yang penuh Nur.Hati yang selalu mengingati Mati.Yang mencintai ALLAH dan RASUL dan yang taat kepada kedua ibu-bapamu.Kau pertahankan hijabmu meskipun dunia memandang dengan penuh kehinaan, tetapi ketahuilah....sesungguhnya Allah melihatmu penuh dengan kebanggaan,kalimah Allah....


gadisku,

saban ketika,gerak gerimu ku perhatikan.Akhlakmu yang terpelihara dari segala noda,maruahmu yang kau jaga dari sebarang nida,dan yang paling melembutkan hati.....tutur bicaramu melambangkan sifat keibuan sejati.Bila bertembung dengan jejaka yang bukan muhrimmu,kau tunduk memandang bumi,mengingatkanku tentang firman Allah s.w.t:

"wahai wanita-wanita yang beriman tundukkanlah pandangan apabila terpandang lelaki ajnabi supaya tidak berlaku zina hati dan bpleh membawa kepada zina besar.Sesungguhnya Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang"

Juga mengingatkan ku kepada Amirul Mukminin di zaman Rasulullah S.A.W.Siti Aisyah isteri tercinta dan Fatimah puteri tersayang.


Gadis Solehah...

Kau ibarat permata berharga yang sentiasa digilap....dibalut dan disimpan di tempat selamat.Kau juga ibarat gagakputih dikelilingi gagak hitam.Siangmu sibuk dengan urusan duniawi namun tika malam menjelang,kau perhambakan dirimu sepenuhnya kepadaIlahi,beribadat.....bibirmu berzikir mentilawah Al-Quran,tahajud,witir dan amalan - amalan istiqamahmu.Jauh disudut hatiku aku bangga dengan imanmu,takwamu,akhlakmu,amalanmu,

hijabmu dan perjuanganmu menegakkan kalimah Allah.


Gadis solehah....

Sebelum mengakhiri coretanku....kutitipkan firman Allah S.W.T buatmu....

"Sesungguhnya wanita yang solehah untuk wanita solehah dan yang jahat pula untuk lelaki yang jahat "



Kekalkan hijabmu hingga ke akhir hayatmu....

kau idaman lelaki idaman.

Sebaik-baik wanita adalah wanita solehah dan wanita solehah itu adalah perhiasan dunia....

kelebihan seorang wanita

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali,

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh,

Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat,

2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil,

Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang iberikannya.

Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid.

Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

30 Perkara Tentang Wanita

Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja

Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan. 9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!

Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pe! rtama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!

Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

Senjata wanita adalah airmata!

Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

8G pada lelaki yg dibenci wanita

Garang

( garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah tak bertempat, silap sikit tak boleh... macam ler dia betul semua, dsb).

Lelaki perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan geram, sebaliknya dihargai dan dilayan dengan lemah-lembut.

Ganas

(kaki pukul,dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab tahu perempuan bukan lawannya)

Lelaki bersikap ganas memang perkara utama yg dijauhi wanita sebab tak mahu mata biru atau badan lebam-lebam bila dah kahwin. Tidak kasihankah lelaki pada wanita yang lemah? Wanita bukan lawan lelaki sebaliknya lelakilah yang patut melindungi wanita.

Gementar

(takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain,dsb)

Contohnya,depan perempuan, lidah kelu sampai ayat yg dilafazkan pun tak jelas isi butir. Lelaki perlu mengatasi rasa gementar.

Gabrah

(tak pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan saja) Perempuan tak suka lelaki yang tiada keyakinan diri atau cepat panik menghadapi sesuatu perkara.

Gentleman tiada

(langsung tak gentle, pentingkan diri sendiri, ambik kesempatan, dsb) Kalau masa bercinta tak gentleman,inikan pula kalau dah kahwin nanti. Lelaki perlulah menghormati wanita selayaknya. Sudah pasti wanita itu juga akan menghormati lelaki dengan perasaan hormat lagi.

Gerumal

(bahasa kedah -bohong atau tipu. Suka tipu perempuan untuk kepentingan diri sendiri. Sekali dua boleh maaf, tapi ni berkali2.) Lelaki tidak boleh menggunakan alasan bohong sunat utk melepaskan diri sebaliknya belajarlah untuk menjadi jujur dan bercakap benar dengan wanita.Bukankah berani kerana benar, takut kerana salah? Jika asyik membohongi wanita, sudah pasti kepercayaannnya kepada anda akan musnah.

Ganggo

(keterlaluan- lembut sangat,pemalu sangat,pendiam sangat, macho sangat, dll). Perempuan pun naik lemas jika lelaki bersikap keterlaluan dalam sesuatu hal.Cubalah bersikap sederhana dan mengimbangi karektor diri anda dengan baik.

Gatal

(miang keladi ngan perempuan lain selain dengan isteri). Tak boleh tengok perempuan dahi licin atau anak dara, mulalah pasang niat nak mengorat. Anda perlu ingat, kadangkala perempuan berpura-pura melayan anda kerana ada udang sebalik batu.Mungkin dia bermata materialistik dan cintakan duit anda sahaja.


Fahamilah perasaan isteri atau pasangan anda yang mencintai anda sepenuh hati! Bukankah lebih baik menggoda isteri sah anda daripada menggoda perempuan lain yang bukan hak anda. amacam??ader ciri2 ni??kalo ader ubah la sifat tu.oklah, sampei sini jer

untukmu wanita

seindah hiasan adalah wanita solehah
Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasa di dunia ini,
Keayuan wanita solehah itu…


Tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah…
Tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu…
Bukan pada kemanisan bicaranya yang menggoncang iman para muslimin…
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermian lidah…
Memujuk rayu…
Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah…
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain…
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama,
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata
yang menyeri alam…
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu
serta pandangan dari segala aspek…
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk dinilai,
Wahai wanita… jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerana satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri kita bersih dan sentiasa mendapat rahmat Ilahi,
Wahai wanita… jangan dibanggak dengan ilmu duniawiyang kau kuasai,
Kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu,
Wahai wanita… jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerana ada lagi insane yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah… jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya parasnya,
Bersyukurlah atas apa yg ada…
Serta berusaha demi keluarga, bangsa, dan agama,
Salam perjuangan untuk sahabatku…

-WANITA SOLEHAH-
“Wanita hiasan dunia… Seindah hiasan adalah wanita solehah”

ciri-ciri isteri idaman lelaki mukmin

T Taat pada suami
A Allah ditamakan
Q Quran di junjung
W Wanita solehah
A Amanah tunai tanggungjawab


T Tunjuk kasih sayang
A Anak pandai dididik
A Akhlak mulia
T Tutup keaiban suami


S Solat dijaga
O Org tua dihormati
P Puasa dikerjakan
A Aurat di pelihara
N Nabi dicontohi

17 Ogos 2008

Cinta perlu berlandaskan syariat

ISLAM adalah agama fitrah. Kasih sayang adalah sifat tabii yang dibekalkan Allah kepada manusia. Adalah fitrah semula jadi apabila lelaki dan wanita berkasih sayang antara satu sama lain atau istilah cinta yang digunakan pada hari ini.

Apabila Adam diciptakan dan diciptakan pula Hawa di sisinya, maka ketika Adam bertanya kepada Hawa, "Siapa kamu? Jawab wanita itu, Aku Hawa dan aku dijadikan untukmu, supaya engkau rasa tenang terhadapku." Adam dicipta dalam syurga yang serba lengkap dan sempurna, tetapi tetap memerlukan seorang wanita sebagai pelengkap kehidupannya.

Kesimpulannya, cinta adalah fitrah atau perasaan semula jadi. Cinta perlu dimeterai dengan perkahwinan seperti firman Allah yang bermaksud:

"Dan dijadikan untukmu pasanganmu dan dijadikan antara kamu mawaddah (kasih sayang) dan rahmah (belas kasihan). Cinta ini hanya boleh dinyatakan melalui gerbang perkahwinan dan manfaat yang paling besar akan terbit daripada cinta sebegini." (Surah Rum, ayat 30)

Persoalan yang dilontarkan ialah bolehkah bercinta sebelum berumah tangga. Sebelum persoalan ini dijawab, ada baiknya jika istilah cinta ini dikupas. Menurut kamus kehidupan muda mudi hari ini, cinta itu membawa maksud menyatakan perasaan secara terbuka antara lelaki dan perempuan yang tidak punya sebarang hubungan kekeluargaan (halal nikah) dan kemudian memupuk cinta dengan keluar bersama, menghubungi satu sama lain sama ada melalui perbualan telefon, khidmat pesanan ringkas (SMS) atau e-mel dan sebagainya.

Apakah batas syarak yang diletakkan pada cinta? Batas syarak itu ialah batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Lelaki dan perempuan tidak boleh berada secara berdua-duaan tanpa ditemani muhrim kerana apabila berduaan lelaki dan perempuan yang ketiganya ialah syaitan.

Lelaki dan wanita juga wajib menjaga aurat, akhlak dan adab pergaulan. Jika semua itu dijaga rapi, pakaian menutup aurat dengan sempurna, tidak berdua-duaan sehingga menimbulkan fitnah, menjaga adab tutur bicara, tidak melunak atau memanjakan suara hingga boleh menimbulkan keinginan pada sang lelaki, maka boleh saja lelaki dan perempuan bercinta sebelum berumah tangga.

Bagaimana caranya? Kita sedia maklum kehidupan hari ini kompleks dan menuntut persediaan diri yang mantap bukan saja dari sudut emosi tetapi juga kepemimpinan keluarga, keupayaan ekonomi, penguasaan ilmu, sebelum seseorang itu melangkah masuk ke gerbang rumah tangga.

Sudah tentu persediaan itu memerlukan masa. Contohnya, menyediakan keupayaan ekonomi. Seseorang itu mungkin terpaksa melanjutkan pelajaran di universiti selama empat tahun, selepas tamat pengajian, perlu mengumpul wang bagi melengkapkan keperluan untuk berumah tangga.

Dalam tempoh berkenaanlah cinta yang berputik antara dua insan perlu dipupuk dan perlu melalui syariat.

Jika keperluan untuk berjumpa, bertandang ke rumah keluarga perempuan ketika ibu bapanya ada di rumah, atau jika perlu untuk bersemuka di luar, pastikan pertemuan itu berlaku dengan kehadiran seorang teman yang dipercayai, sebaiknya muhrim.

16 Ogos 2008

taubat seorang hamba


Hati hiba mengenangkan dosa-dosa yangg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah
Taubatku ini...

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah
Taubatku ini...

15 Ogos 2008

wanita solehah

Ya ALLAH, jadikan aku wanita yang solehah...
yang baik di antara yang terbaik...
dan kurniakan aku pendamping yang baik...
dlm mendapatkan sesuatu yang terbaik dariMu...

Amin...

cinta oh cinta

biarkan cinta manusia mencari kita bukan kita mencari cinta manusia..cinta yg perlu dicarik ialah cinta ALLAH, bukan cinta manusia kerana:
  • cinta manusia akan datang sendirinya...
  • kalau degil nak carik gak akhirnya kite akan jadik mangse cinta, sakit pedih dan memilukan...ahaksss...
  • bukankah dah dijanjikan olehNYA bahawa setiap mahlukNYA itu diciptakan berpasang-pasangan, yg pasti cinta dan ikatan perjanjian itu telah termetrai sejak azali lagi, dan hakikatnya DIA PASTI AKAN MENJADI MILIK KAU...insya-ALLAH...
  • cinta manusia memedihkan dan penuh cabaran tapi cinta pada ALLAH penuh kemanisan dan keindahan...yg pasti penantian penuh kesabaran dan ketaqwaan penuh kepasrahan pd Illahi pasti akan membuahkan suatu kemanisan dlm idup ini...sabarlah, tak perlu mencari cinta kerana cinta akan datang mencari kita suatu hari nanti...insya-Allah...
7 Ogos 2008

perempuan memang tak guna

Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi yang betul, anda tersangat tidak bersetuju. Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan. Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, sila betulkan saya. (boleh hantar pada ruangan komen dibawah)

Perempuan itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.

Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak
memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang
keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

Perempuan memang tidak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.


Perempuan tidak guna
masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat.

Perempuan memang tidak guna
tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat
yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup
alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah
tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.

Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya
membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini"Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa?
Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

Perempuan memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan
suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick sahaja?

Perempuan tidak guna
kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik


#sekiranya ada yang salah, harap dapat betulkan saya..

Updates Melalui E-Mail