QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
26 November 2008

seorang grduan


alhamdulillah... pada hari ini telah tiba juga...walaupun tanpa kehadiran ayahku....memang penat menunggu hingga namaku disebut...apa taknya nombor graduan aku kan 857. sesi ke empat lagi tu..banyak dugaan dan cabaran sepanjang aku belajar dalam DIPLOMA SAINS..Alhamdulillah akhirnya aku berjaya melengkapkan satu kitar pembelajaran dalam hidupku......

:: doakan supaya aku dapat tamatkan dgree ku dgn cemerlang ::
23 November 2008

..::WANITA SEKSI punca LELAKI MATI::..


semua wanita pasti menganggap berpakaian seksi amat menyenangkan seorang lelaki. apatah lagi secara terang-terangan ramai lelaki mengakui cukup suka melihat wanita yang berpakaian seksi. Tetapi awas jangan berasa terlalu seronok melihat wanita yang berpakaian menjolok mata.


satu kajian yang di jalankan menunjukan bahawa seorang lelaki boleh terbunuh apabila melihat wanita berpakaian seksi. alasannya apab ila melihat wanita seksi, seorang lelaki itu perlu berusaha keras untuk menahan ghairah tanpa mampu melampiaskan hasratnya tersebut. keadaan tersebut yang berterusan berlaku boleh menimbulkan pelbagai penyakit kepada lelaki termasuklah stress dan kanser prostat...

pengkaji di Amerika Syarikat telah melakukan kajian selama 30 tahun. hasilnya mereka mendapati 80% lelaki berumur di atas 60 tahun meninggal dunia kerana kanser prostat dan lainnya termasuklah kerana hasrat yang tidak dapat disalurkan

selain itu, didapati juga lelaki yang berusia 30tahun memiliki gangguan impotens kerana tidak mencapai kepuasan seksual secara berterusan

::adakah ini penyebab megapa lelaki akhir zaman semakin berkurangan??::
w/hu 'alam
22 November 2008

..::getaran kasih sayang::..

Selain cinta yang bersifat fizikal, Allah juga mengajari kita agar membina cinta yang bersifat batiniah, iaitu kasih sayang. Rahman & Rahim. Inilah cinta universal, yang lebih bertumpu pada rasa belas kasih sesama manusia.

Kenapa ini penting, sebab cinta yang bersifat lahiriah itu lama-lama akan mengalami penurunan seiring dengan menurunnya kemampuan fizikal. Yang lelaki mahupun yang perempuan sama-sama akan menjadi tua dan kerepot. Bahkan kemampuan bercinta pun bakal menurun seiring dengan bertambahnya usia.

Karana itu, Allah memberikan anugerah lain berupa rasa kasih dan sayang, yang tidak terikat pada keindahan fizik. Melainkan lebih bersifat batiniah dan keluhuran akhlak. Inilah sifat kemanusiaan yang bersumber kepada sifat-sifat Allah. Maha Menyayangi, tanpa pilih kasih. Subahanallah

Tak peduli sedang kaya atau sudah miskin, tak peduli sedang sehat atau sakit, tak peduli masih tampan dan cantik ataukah sudah tua renta, sifat kasih sayang tetap melekat kepada orang-orang yang berakhlak dan berbudi pekerti baik. Orang-orang yang ketularan sifat ketuhanan. Sifat-Sifat Ilahiah...

Seiring dengan bertambahnya usia, terjadi perubahan yang berlawanan antara cinta dan kasih sayang. Cinta biasanya bakal menurun seiring dengan bertambahnya usia, akan tetapi kasih sayang bisa meningkat seiring dengan umur dan meningkatnya kebijakan seseorang.

Islam mengajarkan agar kita memupuk rasa kasih sayang itu. Bukan hanya sekadar cinta lahiriah, tetapi juga kasih sayang batiniah. Insya Allah rumah tangga yang dikembangkan ke arah kasih sayang akan menjadi lebih langgeng ketimbang hanya bersifat lahiriah.

Hal-hal yang bisa mendorong terciptanya atmosphere kasih sayang itu adalah ahlak yang baik sesuai dengan ajaran Rasulullah saw. Sebaliknya, yang bisa mengganggu terpupuknya kasih sayang adalah ahlak yang buruk.

Orang-orang yang suka marah, pembenci, iri, dengki, serakah, egois, dan lain sebagainya, akan cenderung sulit memupuk rasa kasih sayang. Sebaliknya orang yang jujur, adil, rendah hati, dan penyabar memiliki kans yang besar untuk menciptakan rumah tangga yang penuh rahmah@kasih sayang.

Kerana itu, Nabi Muhammad saw adalah rasul yang diutus untuk memperbaiki akhlak manusia. Di perbaikan akhlak itulah kunci keberhasilan hidup kita, dunia dan akhirat...

11 November 2008

..::selayang pandang::..

Anakku,

Tahukah kau,

Betapa gembiranya hati ibu bila mendengar tangisan pertamamu

Biarpun tempoh menanti jerit tangis itu

bergelut dengan kudrat dan nyawa

namun ibu bangga

kerana pertarungan itu diakhiri dengan zuriat

yang sekian lama di nanti

anakku,

Terasa baru semalam ibu mendodoimu

Meriba, dan menyusuimu,

Bagaikan baru kelmarin kau berlari lari anak

belajar bercakap,

merengek minta di belai,

di suap nasi ke mulut

hingga ibu lupa

rupanya anak ibu dah besar panjang pun

Pejam celik pejam celik

dah tiba masanya kita berpisah buat seketika

Dan ingatlah anaku sayang

Pergimu bukan bererti engkau lepas bebas

Tetapi anak ibu pergi dengan satu tujuan

menunaikan impian semua

Ingat anaku,

Kita bukan orang senang

ibu takde harta utk di tinggalkan

kecuali ilmu yang kau ada

Ibu dah bekalkan kau dengan agama

amalkan lah setiap masa

buatlah apa yang di suruh

tinggalkan apa yang di tegah


Pesan ibu,

jangan kau bazirkan masa dengan perkara yg bukan2

jangan ikut keletah rakan-rakan

gunakanlah peluang ini

kerana ia datang hanya sekali

dan ketika ia kembali

ibu dapat bayangkan

betapa bahagianya hidup ini

betapa ringanya bebanan

bila kau datang membantu adik2 yang masih bersekolah

dan pasti ketika itu

kita dah tak tinggal lg di rumah usang

biarpun masanya masih panjang lagi

tapi ibu sentiasa mendoakan

ianya menjadi kenyataan

biarpun ibu di sini

masih bermain lumpur

bermandikan getah,

untuk menyara mu

tapi ibu berharap sangat

janganlah siakan keringat ibumu yang mengharap


p/s: ingatlah apa tujuan kita ke sini

Updates Melalui E-Mail