QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
19 April 2010

sahabat..

sahabat,
pejuangan ibadah kita
Hakikat insan di hidupkan
dimatikan bila tugas selesai.
Itulah janji Tuhan.

Sahabat,
apa lagi yang tak pasti
kebatilan akan pastinya runtuh
Islam kan tertegak atas kebenaran,
tegakan keyakinan.

Sahabat,
apa lagi yang kau ragukan
adalah sunah Rasulullah .
Yang sedikit akan pasti menang
dengan bantuan Allah.

Sahabat,
apa lagi yang kau sedihkn,
darjatmu tinggi di sisi Tuhan.
Kiranya kau insan bertakwa
kiranya kau insan beriman..

18 April 2010

pencarian..


Suatu kisah
kisah benar belakaAdd Video
Seorang lelaki dalam pencarian
mencari pemilik rusuk kirinya
Sudah bertahun bersendirian
munculah calon yang entah keberapa
Seperti biasa
diusulkan emak tersayang

Bukan calang-calang calon yang di usulkan
Lulusan Universiti Timur Tengah
Menghormati permintaan si anak
yang mahu pendamping solehah
sejuk mata memandang
bertudung labuh litup
pandai berbahasa Arab
pendek kata tip top!

Si lelaki mulakan istikharah
hampir berminggu
Setelah meneliti gambar
mula mencari maklumat
sebelum sesi taaruf bermula

Si lelaki menjenguk ke web
Laman Friendster kegemaran ramai
yang kini mungkin Facebook
Suatu keajaiban!!
Si lelaki tidak pernah punya web sedemikian
tiba-tiba tergamam
Si gadis masih anggun
bertudung labuh litup
bergambar sakan
Aduhh!!

terkejut bukan kepalang
calon solehah di reject tanpa ihsan
bukan menjadi pilihan
hanya kerana gambar ditayang
pemilihan terbatal

Dia pernah berkata
perempuan cantik itu,
tidak memandang dan tidak di pandang
perempuan cantik itu,
tidak mengenali dan tidakdikenali
perempuan cantik itu,
tidak menegur dan tidak ditegur

Akhirnya,
solehah kempunan calon soleh
Merayu untuk dipertimbangkan
Tapi sayang sekali
si lelaki tetap
tidak berganjak dengan keputusan.

Wahai muslimah,
Aku dan kamu
Mari mempelajari, mencontaohi
watak-watak wanita salafussoleh
Sifat, pengorbanan dan perjuangan mereka
kerana wanita solehah itu
lebih baik daripada seribu lelaki yang tidak soleh


Nor Azleen Shamshuddin
Kluang,Johor

16 April 2010

salam imtihan...

Alhamdulillah..minggu exam dah sekarang ni
macam-macam boleh terjadi
doakan kami semua dapat menjawab dengan tenang
...insyaAllah...




4 April 2010

santai santai bersama ustazah




Updates Melalui E-Mail