QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
30 Jun 2010

Sebuah renungan

Hari berganti hari, tahun berganti tahun, tiada terasa begitu banyak hal-hal yang telah kita perbuat, sedangkan usia semakin menggiring kepada kematian, tapi tidak seorang pun dari kita yang mengetahui apakah amalannya diterima oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala atau justru ia tertolak sehingga menjadi orang yang merugi. Pergantian tahun merupakan peristiwa penting bagi kita untuk introspeksi (muhasabah), melihat kembali apa yang telah kita kerjakan pada masa yang lalu untuk berbuat lebih baik diwaktu.yang masih tersisa. Semoga tulisan kali ini dapat memberi sedikit pencerahan kepada kita dalam meningkatkan kualiti iman dan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala, amiin.

22 Jun 2010

Bidadari syurga

Salah satu hal ghaib yang harus diimani oleh setiap muslim adalah Syurga. Keyakinan terhadapnya menjadikan kita termotivasi untuk meraihnya dengan melakukan amal kebaikan. Jika tidak yakin atau ragu-ragu terhadap keberadaan Syurga, dapat dipastikan seorang muslim akan mengikuti hawa nafsunya dan lebih dekat kepada keburukan.


Salah satu janji Allah kepada hambanya yang soleh berupa kenikmatan Syurga adalah Bidadari sebagai isteri-isteri mereka yang disucikan. Dalam Al Qur’an Bidadari digambarkan sebagai gadis yang selalu perawan dengan tubuh indah memikat disertai harum semerbak, tutur kata yang lembut, sopan, teduh pandangannya, manja, tidak kotor, dan keindahan-keindahan lainnya yang tidak dimiliki oleh wanita dunia. Katakanlah:

21 Jun 2010

Jangan pandang rendah orang lain

Dalam kehidupan sehari-hari terkadang terjumpa kisah unik yang secara logiknya tidak mungkin terjadi, namun bila Sang Pencipta berkehendak segala yang tidak mungkin akan menjadi sangat mungkin. Seperti kisah berikut ini.

Pada suatu hari sepasang suami isteri tengah asyik membaca Quran di ruang tamu rumahnya, tidak beberapa lama saat mereka hendak meminum teh, tiba-tiba terdengar “Assalamu’alikum”.. di depan pintu rumah, setelah dibukakan pintu ternyata seorang pengemis. Melihat keadaan pengemis itu, si isteri merasa terharu dan bermaksud hendak memberikan sedekah kepada pengemis tersebut, seraya meminta izin kepada suami terlebih dahulu, namun suami malah berkata lantang ; “Tidak usah ! Usir saja dia nanti kebiasaan..”. Maka si isteripun mengurungkan niatnya, dan pergilah si pengemis tersebut dari rumah tersebut.
20 Jun 2010

Renungan Kisah Inspirasi

Kaum feminis kata susah jadi wanita, lihat saja peraturan dibawah ini:

  1. Wanita auratnya lebih susah dijaga (lebih banyak) dibanding lelaki.
  2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
  3. Wanita saksinya (apabila menjadi saksi) kurang berbanding lelaki.
  4. Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki.
  5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
  6. Wanita wajib taat kepada suaminya, sementara suami tak perlu taat pada isterinya.
  7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
  8. Wanita kurang dalam beribadat kerana adanya masalah haid dan nifas yang tak Ada pada lelaki.

Itu sebabnya mereka tidak henti-hentinya berpromosi untuk "MEMERDEKAKAN WANITA".

Lakukanlah Hal-hal yang Bermanfaat

Abu ‘Ubaidah meriwayatkan dari Al-Hasan Al-Bashri rahimahullahu bahwasanya beliau berkata:
“Termasuk tanda-tanda berpalingnya Allah Subhanahu wa Ta'ala dari seorang hamba adalah Allah Subhanahu wa Ta'ala menjadikan kesibukannya dalam perkara-perkara yang tidak berguna bagi dirinya.”

‘Umar bin Abdul ‘Aziz rahimahullahu berkata:
“Barangsiapa beranggapan perkataannya merupakan bagian dari perbuatannya (niscaya) menjadi sedikit perkataannya, kecuali dalam perkara yang bermanfaat baginya.”
18 Jun 2010

Sabar Bukan Sekadar Menahan Sakit

“Mudah untuk kata sabar, tapi berat lagi orang yang memikulnya”, begitulah kata seorang sahabat tatkala saya memujuknya agar redha dengan ujian yang menimpanya. Ramai yang masih beranggapan perkataan ‘sabar’ sekadar menahan diri dari kesakitan yang dirasai baik secara fizikal mahupun batin.

Bagi orang yang mendalami ilmu tasawuf, barangkali perkataan ‘sabar’ adalah umpama ‘syukur’ kerana setiap kali ujian menimpa, pasti ada kebaikan menanti selepasnya sama ada ganjaran berupa pahala atau ditinggikan darjat oleh Allah swt. Oleh itu, setiap kali ujian melanda, mereka tidak berkata “sabar” sebaliknya kata “syukur.”

Apabila sabar dianggap menahan sakit, maka bertungkus-lumuslah seseorang itu menepis ‘aura’ negatif dalam dirinya. Berbeza dengan beranggapan sabar sebagai satu nikmat. Ujian yang melanda dirasa suatu yang ditunggu-tunggu. Saidina Ali pernah mengeluh, “mengapa aku tidak diuji? Adakah Allah telah melupakan aku?” Ini adalah kata-kata orang yang faham hikmah Allah berikan ujian atau musibah kepada para hamba-Nya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud,
”Sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan”
(surah al-Syarh:6).

Dalam ayat ini kita diingatkan bahawa ujian itu hanya sementara dan tentunya setiap ujian yang diturunkan Allah disertakan dengan hikmah disebaliknya. Terpulang kepada kita sama ada mahu melihat sesuatu kejadian dari sisi gelap atau sisi terangnya. Ia bukan soal apa yang kita lihat, tetapi bagaimana kita melihatnya.
1 Jun 2010

Perkongsian: 31 Mei 2010, apa yang Allah nak ajar kita?

Semalam masih menghantui saya hari ini. Malam tidur kurang lena. Termimpi-mimpi mereka yang ditawan di Israel sana. Seakan keluarga saya sendiri yang ditawan. Berdebar-debar menanti keadaan nasib mereka.

Hingga hari ini, update yang didapati adalah sangat kurang dan kebanyakannya masih tidak mampu dijelaskan kesahihannya.

Sungguh saya melihat gelombang besar di dalam Facebook apabila kebanyakan news feed galak mencritakan peristiwa 31 Mei 2010. Forward memforward mesej, bertukar-tukar berita, laungan-laungan semangat, celaan dan selaan kepada Israel, kata-kata pembakar kepada kepimpinan dan 1001 macam lagi ekspressi.

Saya memandang jauh. Berhadapan realiti, saya tahu kemenangan tak akan sampai esok.

Justeru saya suka agar yang mengikuti Langit Ilahi belajar dari peristiwa.

31 Mei 2010, apa yang Allah nak ajar kita?

Di sini kita muhasabah diri dan melihat kunci kemenangan yang sebenarnya.

Biarkan Bayu Bertiup Duka,Teruskan Perjalanan Kita



"Langit tidak selalunya cerah, sulam malam tak berbintang, itulah lukisan alam, begitu aturan Tuhan," Indah lirik lagunya semerdu suara sang penyanyinya... Kita perlu menerima bahawa suasana alam sentiasa berubah-ubah,ada kalanya ceria dan ada kalanya muram. Namun,adakah dengan berubahnya suasana alam,pendirian kita juga mesti berubah?(ertinya berubah daripada keinginan untuk mencapai matlamat kepada perasaan malas yang akan membinasakan diri sendiri) Tahun baru Islam sudah beberapa hari berlalu dan umur kita pula semakin meningkat,sedangkan apabila bertambahnya peningkatan umur maka jangka hayat kita hidup di dunia yang sementara ini semakin hari semakin singkat. Entah esok,entah lusa atau mungkin dalam masa satu saat lagi kita akan dijemput oleh-Nya untuk kembali pulang. Dan tiada sesiapa pun mampu menghindarkan diri daripada kematian sebagaimana firman Allah :
"Tiap-tiap jiwa akan merasai mati dan hanya makhluk jua yang mempunyai jiwa(roh atau dalam bahasa ilmu Ushuluddin dipanggil jauhar) dan roh adalah baru dijadikan-Nya daripada tiada kepada ada,maka yang mati hanya makhluk.Allah tetap Maha Hidup Kekal."

Cukuplah DIA



Di saat aku memerlukan perlindungan,
Namun tiada siapa yang dapat melindungi,
Dia tempat aku berharap,
Yang nyawaku di dalam tanganNya,
Dia tempat aku meminta belas,
Dia itu Allah,
Dialah pelindungku.

Bila aku bersedih hati,
Tetapi tiada yang sudi mendengar,
Dia mendengarkan semua tuturku,
Walau aku cuma menyusun kata senyap di dalam hati,
Walaupun tak sepatah aku tuturkan,
Dia mendengarkan,
Dialah pendengarku.

Dan aku tidak pernah keseorangan,
Meskipun di saat bersendirian,
Setiap gerak-geri makhluk di dalam perhatianNya,
Tidak mengira tempat dan masa,
Dia takkan pernah terlepas pandang,
Dia lah penemanku di mana saja.

Apabila aku memerlukan semangat,
Tetapi tiada yang ingin menjadi pendorong,
Aku tahu aku ada Dia, cukuplah Dia,
Lalu aku rujuk kalamNya,
Kerana di situ aku temui madah-madah indah,
Pembakar sebuah semangat yang hampir malap.

Bila aku rasa dunia ini tidak membahagiakan,
Aku ingat pada janjiNya,
Sesungguhnya bahagia yang kekal adalah syurga,
Tak akan aku temui bahagia itu di dunia,
Lalu aku redhakan segalanya,
Demi untuk bertemu bahagia yang hakiki di sana.


Sesungguhnya ALLAH menyayangi HambaNya



Perempuan yang suci,
Adalah perempuan yang dijaga oleh Allah
Tidak sedikit pun Allah membenarkan Mana-mana lelaki ajnabi yang fasik menyentuh dirinya Walaupun hatinya…
Kerana Allah teramat mencintainya…

Tetapi andai kita bergelumang
Dengan cinta lelaki yang palsu imannya
Di mana Allah untuk menjaga kita
Allah seakan melepaskan kita
Kepada seorang manusia
Yang lebih banyak mengecewakan kita Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri
Supaya meninggalkan cinta seorang lelaki yang munafik

Itu bermakna Allah mahu mengambil kita kembali
Untuk dijaga-Nya, dilindungi…
Mengapa masih ragu-ragu?

Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari
Hargailah di atas kesempatan yang Allah beri…



Golongan yang tidak akan dapat melihat wajah Allah

Salah satu nikmat yang paling besar yang dikecapi oleh penduduk syurga ialah mereka dapat melihat dan menatap wajah Allah Azza Wajalla. Allah berfirman dalam Surah al Qiamah ayat 22-25
وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَّاضِرَةٌ إِلَى رَبِّهَا نَاظِرَةٌ
وَوُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ بَاسِرَةٌ تَظُنُّ أَن يُفْعَلَ بِهَا فَاقِرَةٌ
Pada hari akhirat kelak, muka (orang-orang yang beriman kelihatan) berseri-seri; justeru mereka dapat menatap wajah Tuhannya. Sebaliknya muka (orang-orng kafir) serba muram dan pucat hodoh justeru mereka yakin akan menghadapi seksaan yang berat dan dahsyat.


Keajaiban pada dirimu

Ketika kamu dilahirkan, kamu diazan tanpa Solat,
Ketika kamu meninggal, kamu disolatkan tanpa azan.


Ketika kamu dilahirkan kamu tidak mengetahui siapa yang mengeluarkan kamu,
Ketika kamu mati kamu tidak tahu siapa yang akan mengusung kamu.

Ketika kamu dilahirkan, kamu dibersih dan dimandikan,
Ketika kamu mati, kamu dimandikan dan dibersihkan serta disolatkan.

Ketika kamu dilahirkan, kedua ibu bapa dan keluarga kamu bergembira,
Ketika kamu mati, kedua ibu bapa dan keluarga kamu menangis ke atas kamu.

Adam dan keturunannya dijadikan daripada tanah
Maha Suci Allah yang menjadikan kamu telah memasukkan kamu kedalam setelah mati

Ketika dalam perut ibu, kamu berada dalam kegelapan dan kesempitan,
Ketika kamu mati , kamu juga berada dalam kegelapan dan kesempitan.

Ketika kamu dilahirkan, kamu dibaluti kain supaya melindungi tubuhmu,
Ketika kamu mati, kamu juga dibaluti dengan kain untuk melindungi tubuhmu.

Ketika kamu dilahirkan dan setelah dewasa, kamu diperhati dan melakukan kemahiran,
Ketika kamu mati, Kamu tidak akan ditanya melainkan amalan soleh

#Apakah bekalan kamu yang telah kamu sediakan…..?

Azab Orang Yang MENINGGALKAN Solat

Assalamualaikum. kali ini saya ingin muhasabah diri dan pembaca sekalian. Muhasabah yang mungkin agak ringkas, tapi amat bermakna dan penting untuk kita. Gambar di bawah ini adalah gambar seorang remaja yang baru meninggal dunia. Walau bagaimanapun, remaja ini dikebumikan sebelum bapanya belum sempat bertemu dan menziarahi jenazahnya.

Selepas 3 jam pengkebumian, barulah
bapanya sampai. Setelah sampai, bapanya minta untuk melihat anaknya untuk kali terakhir. Kuburnya kemudiannya digali semula. setelah digali, inilah rupa wajah dan keadaan jenazah anaknya.

Updates Melalui E-Mail