QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
31 Ogos 2010

Buatmu Insan bergelar ADAM..

Secebis Ingatan Buat Adam....
renungan dari sahabat......


Adam…
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.




Renungan bersama

Wahai wanita tidak bertudung,
Sungguh cantik alunan rambut mu,
Bebas menggerbang kemas terikat,
Terserlah di bawah cahaya mentari,
Mentari dunia yang tak sehebat neraka,
Iaitu api yang kan membakar rambut mu,
di hari akhirat hari penentu,
maka hanguslah segalanya,
hilanglah cantik alun rambut mu,
tiada lagi yang menggerbang,
tiada lagi yang terserlah.
Oleh itu jadikanlah diri mu,
Sebahagian daripada wanita-wanita yang bertudung.

Diari : 31 Ogos vs. 10 Ramadhan yang terakhir...

Alhamdulillah kali ini  "pena" dapat di gerakkan lagi... Untuk menggerakkan hati yang ingin berbicara semalaman.Merdeka!!.... Apa erti kemerdekaan yang sebenar bagi generasi baru? Kebetulan kemerdekaan negara yang ke 53 benar-benar jatuh pada 10 malam yang terakhir ramadhan... Bagaimanakah sambutan kemerdekaan di tempat anda pada tahun ini??




Daging Mc Donald Tidak Halal – JAKIM

Aku memohon keampunan dan perlindungan dari ALLAH S.W.T atas kelemahan dan ketidakupayaan ku. Tidaklah aku mengharamkan sesuatu yang ALLAH S.W.T halalkan, sesungguhnya perbuatan itu murtad hukumnya.

Ekoran pengumuman dari JAKIM mengenai penarikan balik pengiktirafan dari senarai yang diiktiraf JAKIM berkuatkuasa 15 April 2010 serta bukti kesahihan perkara ini sememangnya mengejutkan aku.






Dengan nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Pemurah...

Bismilla hirohmanirrohim…
Segala puji bagi Allah yg mentadbir sekalian Alam ini..selawat salam buat junjungn baginda Nabi saw, keluarga ,sahabat handai dan seluruh umat islam..

Ya Allah…
Ampuni dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa keluarga kami dan dosa seluruh umat islam…Dosa yg kami zahirkan mahupun dosa yang kami sembunyikan… dosa saudara kami yg telah meninggal mahupun masih hidup..sesungguhnya Ya Allah engkau maha mengetahui..oleh itu ampunilah dosa2 kami ya Allah…
29 Ogos 2010

Bangunlah PEMUDA dan PEMUDI harapan Agama dan Bangsa dari terus terlena

Merdeka, merdeka, merdeka,

Sering kita laungkan,
Jika direnung kembali laungan keramat,
Merdeka benarkah kita,
Dari penjajah yang tidak cuma menjajah tapi juga menghina,
Bukan cuma Negara,
Tapi turut dijajah pemerintahan juga pegangan kita,




Jika tidak memulakannya bagaimana hendak mendapatkannya?

Jika ingin dikasihi,
belajar mengasihi,

Jika ingin dicintai,
belajar mencintai,

Jika inginkan pendengar yang setia pada permasalahan kita,
Belajar menjadi pendengar yang setia pada permasalahan mereka,

cinta pada Rasulullah SAW..

Satu ketika, sedang Rasulullah saw berkumpul di dalam satu masjid bersama sahabat-sahabat, tiba-tiba bergelinang air mata baginda saw.. Para sahabat gelisah melihat suatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw, bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar,baginda mengatakan bahawa baginda terlalu merindui umatnya yang di sebut sebagai ikhwanya…para sahabat merasa iri hati hinggakan Saidina Abu bakar sekali lagi bertanaykan Rasulullah 'bukankah kami ikhwanmu?' Rasulullah menjawab 'tidak,kamu sahabatku..ikhwanku adalah umat yang belum pernah melihatku tapi mereka beriman dan sangat mencintaiku..aku sangat rindu untuk bertemu mereka..' 

Ya ukhti, kitakah IKHWAN ITU?? Muhasabahlah, andai kita tidak pernah menitis walau setitik airmta kerinduan dan cintakan Baginda SAW..setakat mana cinta buat Baginda SAW yang harus melebihi segala cinta lain selepas cinta pada Allah SWT… teruskan berselawat buat Baginda SAW sebanyak-banyaknya dan selamanya..insyaAllah
28 Ogos 2010

Perhiasan Dunia wa Akhirat

Assalamu'alaikum wa rahmatullahi wa barokatuh...Apa khabar Habibillah rohimakumullah... bagaimana suasana Hati dan Iman hari ini... Semoga Allah senantiasa Memberkahi dan Merahmati kita dan membantu kita untuk bisa selalu Istiqomah di jalan-NYA ini, Insya Allah... Insya Allah Allahuma Amiin





Say NO to couple !!

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku menegurmu teman, Atas tautan ukhwah Juga atas satu dasar yang kukuh Nan Aqidah Muslim, Aku melayangkan warkah ini buatmu teman..

Wahai temanku an-nisa' Engkau sedia maklum, engkaulah hiasan dunia, lantaran fitrah itu, engkau seringkali menjadi fitnah lelaki itu,Dan sememangnya itu bukan kesalahanmu,Tetapi, itulah hakikat kejadianmu..

Wahai temanku ar-rijal,Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki,yang seringkali mengimpikan seorang teman di sisi. Dan tentulah temanmu yang diimpi, seorang serikandi..Wahai temanku an-nisa' ,aku mengetahui halusnya perasaanmu.  Engkau ingin disayangi, ingin dimanjai, engkau juga ingin menyayangi juga ingin memanjai. Dan aku juga tahu, temanmu ar-rijal juga begitu..Tetapi temanku an-nisa' ketahuilah engkau,Bercinta itu fitrah,Tetapi janganlah engkau cemarkannya dengan fitnah!!!

27 Ogos 2010

Air Mata Keinsafan...

Kenapakah begitu susah untuk aku mengubah diri ini agar menjadi insan berguna pada mata Illahi?
Kenapa begitu sukar diri ini untuk menerima segala kebenaran yang diajarkan padaku?
Begitu hitamkah hati ku ini?
Begitu menggunungkah dosa diri ini?
Layakkah aku untuk meminta ampunanMu ya Allah?
Masih adakah ruang untuk hidayahMu bertapak dalam ruangan hati hitam ini ya Allah?



Kasih

DUA PERASAAN KASIH YANG TIDAK BOLEH BERTEMU DALAM SATU WAKTU :
Kasihkan ALLAH dan kasihkan MAKSIAT
Kasihkan JIHAD dan kasihkan HAYAT
Kasihkan PENGORBANAN dan kasihkan HARTA
Kasihkan KEBENARAN dan kasihkan KEKUASAAN
Kasihkan KEDAMAIAN dan kasihkan KEKUASAAN
Kasihkan KEBAJIKAN dan kasihkan DIRI SENDIRI
Kasihkan PERJUANGAN dan kasihkan KEREHATAN
Kasihkan RAKYAT dan kasihkan PENINDASAN
Kasihkan KEJUJURAN dan kasihkan PENIPUAN
26 Ogos 2010

Perginya seorang penulis blog

Terfikir pula saya, dalam dunia berinternet ini, ramai yang mempunyai blog. Lagi popular blog tersebut, lagi hampir tuan punya blog dengan para pengunjungnya. Setiap hari mungkin pengunjungnya inginkan sesuatu yang baru dari tuan punya blog.

Tanpa disedari bahawa tuan punya blog boleh datang dan pergi. Sebagaimana pengunjung turut datang dan pergi. Namun bagi pengunjung setia yang mengenali dan rapat, apabila melihat sebuah blog yang sudah tidak lagi dikemaskini kerana pemergian pemilik blog, tentunya satu perasaan yang amat hiba dan pedih.



Tahun akhir kan, dah ada calon ke...?

Sedar atau tidak, sudah hampir 3 tahun saya bermusafir di bumi UiTM Shah Alam ini. Rasa seperti baru semalam mendaftarkan diri menjadi pelajar di UiTM ini. Tetapi pada saat ini, saya sudah berada di TAHUN AKHIR... Subhanallah.. pantas benar masa berlalu. Dan apabila berada di tahun akhir, soalan popular yang sering ditanya yang kadangkala membuatkan saya pening adalah....


"Kahwin nanti jemput tau... Tak lama lagi lar tu."
atau

"Bila nak kahwin ni?"
Dan yang seangkatan dengannya. Semuanya berkisar tentang kahwin, kahwin dan kahwin. Agaknya inilah simptom-simptom penyakit pelajar tahun akhir. Hmm... nak buat macam mane, hadap jer lar semua soalan nie. Jawapan standard yang biasa diberikan... "Tolonglah doakan yer.." Hehe.. Habis modal agaknya.
24 Ogos 2010

Diari : Macam-macam

Alhamdulillah...aku menulis bukan kerana nama. Tapi menulis untuk menguji upaya untuk di kongsi bersama.. Inilah ayat salah seorang sahabat blogger aku. Sekadar pembuka bicara. Raya pun dah makin hampir. Tapi, pengisian Ramadhanku terasa begitu sedikit sangat.  Takut juga Ramadhan ini memang Ramadhan terakhir buat aku.

Berbalik dengan apa yang ingin aku coretkan...





23 Ogos 2010

Nak sambung ke tak??

Hujung tahun ni aku akan tamat dalam degree yang aku ambil ni. InsyaALLAH. Namun konflik dalaman ni yang sering bermain di fikiran,

"Nak sambung master ke tak??"

Niat di hati, memang nak sambung lagi ke peringkat Master selepas ini. Namun, mampukah aku menampung kos pembelajaran selepas ni?  Memang dunia seorang pelajar tidak sama bila dah bekerja. Tapi inilah hakikatnya. Dunia pekerjaan menantiku di luar sana...

"Belajar bila-bila pun boleh. Tapi kalau nak bantu orang tua dan keluarga, adakah saya sempat untuk menyenangkan mereka??"

.....Aku terus berfikir....
22 Ogos 2010

Berwajah baru..insyaALLAH

Alhamdulillah semalam (21 Ogos) blog ini telah berwajah baru. Ini  kerana saya ingin berubah daripada yang dulu. Memang sayang dengan bentuk template yang dulu. Kenapa tidak. Dah 2 tahun menggunakannya. InsyaALLAH template yg baru ni tidak akan berubah lagi di kemudian hari..
17 Ogos 2010

UjianMU merupakan rahmat buatku

Alhamdulillah dah genap 7 hari menjalani ibadah berpuasa. Banyak sungguh dugaan yang ALLAH 'hadiahkan' kepada ku. Bersahur dengan panadol memang tidak memadai untuk mengurangkan demam. Lebih-lebih lagi ketika menempuhi test Ahad lalu. Alhamdulillah, walaupun mungkin tidak mendapat markah seperti apa yang di harapkan, namun itulah yang mampu aku lakukan dalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.. memang payah juga nak buat-buat sihat dengan keadaan yang benar-benar perit. Apa-apapun DIA mengujiku mengikut kemampuan ku. Alhamdulillah semuanya nikmatmu ya ALLAH..


9 Ogos 2010

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan

Updates Melalui E-Mail