QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
22 Oktober 2010

Bila aku merindu




Bila hatiku tiba-tiba merindui seorang mujahid, 
Aku meletakkan sepenuh kepercayaanku padaNya, 
Timbul rasa tidak layak apabila memikirkan keadaan diri yang serba kekurangan,

Ya Allah, temukanlah aku dengan seorang suami ahli Syurga,
Saat aku merinduinya, lebih kuat aku bermunajat kepadaMu,
Lebih pantas aku meningkatkan dan memperbaiki keperibadianku,
Ya Allah, hanya Engkaulah penyusun terbaik buatku…

Diari : Exam..




Pelajaran adalah amanah buat kita. Andai kita ingin tergolong dalam golongan yang takutkan ALLAH, maka bersungguh-sungguhlah di dalamnya. Bukan semata-mata kerana exam, tetapi kerana itu adalah amanah dari ALLAH

..::Tazkirah buat diri ::..




16 Oktober 2010

Diari : menghitung hari yang berbaki

Entah mengapa hati ini terkadang sebak bila bersendirian.  Ku amati persekitaranku sekarang ni. Saat ini akan berlalu tak lama lagi.  Begitulah indahnya bila ukhwah yang terjalin atas dasar kerana ALLAH.  Kerana ALLAH aku memilih UiTM berbanding USM 2 tahun yang lepas.  Aku redha dengan segala apa yang terjadi sepanjang aku berada di bumi UiTM ini.  

15 Oktober 2010

Kenapa Aku Masih Solo?


Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.
Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.
Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.

Wanita..


Wanita.....
Dahulu dirimu tiada nilainya,
Kau ditanam jika rupamu tidak rupawan,
Kau dibesarkan jika memiliki raut wajah kecantikan
Sebagai pemuas nafsu dan barang dagangan
ketika kau dewasa kelak.....
8 Oktober 2010

MESEJ PENTING pada AkHAwAT yang berNIQAB sambil berFACEBOOK!!

Aku sebenarnya dah lama nak tulis pasal perkara ni, tapi Alhamdulillah orang lain pun ada kesedaran yang sama, jadi Allah telah memudahkan kerja kita, moga2 perkongsian ni dapat diambil manfaatnya, diamalkan dan disebar2kan...
~wallahua'lam~
5 Oktober 2010

Alam Maya VS Alam Realiti

Sedar atau tidak kadang-kadang kita mengabaikan ukhwah, silaturrahim, malah kadang-kadang mengabaikan orang yang terdekat dengan kita akibat terlalu asyik dengan alam maya bahkan alam fantasi.

Sedar atau tidak selalunya kita menghabiskan banyak waktu hanya kerana alam maya sehingga membiarkan orang-orang yang terdekat dengan kita kesunyian.
2 Oktober 2010

Diari : Minggu matematik 2010

alhamdulillah, hari ini merupakan hari kemuncak dan hari yang di nanti-nantikan oleh seluruh pelajar UiTM.  Sudah seminggu Fakulti Sains Komputer dan Matematik mengadakan pelbagai aktiviti seperti pameran, dan banyak lagi.

Doa...

Doa-doa ini diberikan oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood dalam satu program tv beberapa hari yang lalu
 
al-anbiya' ayat 89 :
Doa mendapat jodoh dan keturunan yang baik.
 ar-raa'd ayat 39 :
Doa agar tenang akibt putus cnta/tunang/kasih.
albaqarah ayat 285-286 :
Doa pendinding diri dari sihir/ilmu hitam..
yunus ayat 81-82 :
Doa untuk membatalkan sihir/ilmu hitam.
Nota penulis:
sesungguhnya al-Quran terkandung 1001 penawar
doa adalah senjata orang mukmin
1 Oktober 2010

Bagaimana Jika Allah Mencintai Kita?


Lazimnya andai kita mencintai atau merindui seseorang, kita mempunyai keinginan untuk memberitahu orang lain. Seboleh-bolehnya biar semua orang tahu bahawa kita sedang mencintainya. Hati merasa bahagia andai perasaan itu dapat dikongsikan bersama.
Melalui jaringan sosial seperti Facebook dan Twitter, kita dapat membaca pelbagai luahan mereka yang sedang bercinta. Antaranya:
"Saya sayang abang."
"Saya rindu ibu."
"Saya cinta kamu semua."
Agaknya, bagaimana pula jika Allah mencintai seseorang?

Updates Melalui E-Mail