QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
28 November 2010

Kenali Anak-Anak Syaitan

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang masih memberi peluang kepada kita hidup di atas muka bumiNya serta masih lagi memberikan dua nikmat yang paling besar iaitu Iman dan Islam. Hari ini kita berbicara sedikit tentang satu makhluk Allah yang sesat lagi menyesatkan yang mana telah berjanji kepada Nya untuk memesongkan aqidah dan fitrah sebenar manusia sampai hari kiamat, tak lain dan tak bukan ialah syaitan laknatullahi a'laih . 
27 November 2010

Hanya Tuhan Yang Tahu

Ku pendamkan perasaan ini
Ku rahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati

Ku pohonkan petunjuk Ilahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati

26 November 2010

Jangan Ditangisi Apa yang Bukan Milikmu

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.
25 November 2010

Teman Hidup Ketika Belajar

Dengan nama Allah yang menciptakan manusia itu secara berpasang-pasangan.

Selawat dan doa dipanjatkan buat Muhammad bin Abdullah insan yang kita sedang pelajari dan amalkan hadis-hadisnya.

Bergelar sebagai pelajar tahun akhir ini, ada 1 soalan yang sering kali diterjah pada saya.

Bila nak kahwin?

Warkah Hati Buat Wanita

"Kerana dirimu begitu berharga." Biasa mendengar kata-kata ini diselitan iklan rancangan-rancangan televisyen. Model wanita rupawan pasti menjadi alat untuk mempromosikan produk kosmetik dan kecantikan. Tanpa disedari, diri yang bangga dipertontonkan sebenarnya telah diperalatkan oleh pihak yang ingin mengaut keuntungan.

Cantik.. adakah pada rupa? Soalan yang pasti jawapannya 'Ya' secara umum.
23 November 2010

Diari : Saat itu tiba juga akhirnya

Entah mengapa tiba-tiba hati ini bagai di rentap oleh suatu perasaan yang amat menghiris.  Menghiris hati ini jauh sedalam-dalamnya ke lubuk sukmaku.  Mungkin kerana saatnya telah tiba.  ALLAH tak pernah mungkir janjinya. Bila saatnya telah tiba, ia akan terjadi juga akhirnya.  DIA telah tetapkan segala kejadiaan yang tercipta mempunyai pasangannya masing-masing.  Pertemuan telah ALLAH pasangkan dengan perpisahan.  



21 November 2010

Dahsyatnya Sakaratul Maut, bersediakah kita untuk menghadapinya ?

Bismillahirrahmanirrahim....

"Kalau sekiranya kamu dapat melihat malaikat-malaikat mencabut nyawa orang-orang yang kafir seraya memukul muka dan belakang mereka serta berkata, "Rasakanlah olehmu siksa neraka yang membakar." (niscaya kamu akan merasa sangat ngeri) (QS. Al-Anfal {8} : 50).

Diari : Buat sahabatku, hati ini sayang padamu~

Kau tahu tentang hatiku
yang tak pernah bisa melupakanmu

Kau tahu tentang diriku
yang selalu mengenangmu selamanya

Kini kusedari
bahwa semua itu
adalah salah, juga keliru
Akan membuat hati menjadi ternodai

Muslimah, tak salah berilmu

Kewajipan menuntut ilmu agama adalah kewajipan semua muslim dan muslimah yang telah baligh dan berakal (mukallaf). Ini jelas dari hadis yang bermaksud:
 "Menuntut ilmu agama adalah kefarduan kepada org Islam lelaki dan perempuan." (Hadis riwayat Ibnu Adi dan Baihaqi)
Mengajar agama wanita dan anak-anak adalah satu kewajipan orang-orang Islam yang berilmu. Ini jelas dr suruhan Nabi s.a.w: "Baliklah kamu ke pangkuan anak isteri kamu. Ajarlah mereka cara beribadat dan solatlah bersama mereka" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sekadar renungan..buat yang masih mencari...

Hayati kata2 dari seorang hamba ALLAH ini.. :

"Aku inginkan seorang zaujah buat diriku,yang mana bukan sekadar zaujahku, tapi sebagai pakaianku, pakaian yang tiada koyaknya,tiada kotornya..
20 November 2010

Dosa-Dosa & Facebook

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

Renungan buat Ikhwan-akhwat Yang BER-ta'aruf di alam MAYA

“Ukhti, aku tertarik ta’aruf sama anti.”  
Itulah kalimat yang sering diadukan oleh para akhwat yang penulis kenal. Dalam satu minggu boleh jadi ada dua tawaran ta’aruf dari ikhwan dunia maya. Berdasarkan chat para akhwat, rata-rata si ikhwan tertarik pada akhkwat melalui penilaian komentar akhwat.

ceh!! pointer aku rendah!!

Inspirasi untuk tulis sedikit perkongsian kali ini datang dari seorang hamba Allah yang dirahsiakan namanya. Semoga Allah SWT merahmatiNya....

Terkadang satu hari, seorang hamba Allah yang masih bergelar mahasiswa...merintih seorang diri bila mengenangkan CGPA atau pointer final exam yang menurun..lalu mulalah keluar monolog-monolog dalaman yang datang dari bisikan syaitan dab hawa nafsu seperti :

berkahwin di usia muda

perkongsian kepada insan yang ingin bernikah di awl umur..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Kepada ayah yang ku kasihi dan bonda yang ku cintai…

Apa khabar dengan keluarga di Labuan? Semoga hendaknya dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat ALLAH sentiasa.

19 November 2010

Selamat Pengantin Baru

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat pengantin baru buat sahabatku, Salmah Matmali dan pasnganya pada hari ini dan esok.

SELAMAT PENGANTIN BARU JUGA PADA SEMUA MEMPELAI YANG AKAN MELAYARKAN BAHTERA. MOGA DIBERI RIBUAN BARAKAH.

Srikandiku, Jalan Ibadah Amat Luas Untukmu!

Wahai saudari-saudari muslimahku,

Cubalah kalian nilaikan berapa banyakkah ibadah-ibadah yang kalian boleh lakukan ketika haid tetapi kalian masih tidak melakukannya. Bukaklah Hisnul Muslim, lihatlah doa-doa dan zikir-zikir yang Nabi Muhammad s.a.w amalkan, nilailah, cerminlah diri kita sudahkah kita amal semua zikir-zikir yang ada di dalamnya.

Rabiatul Adawiyah : Perindu Cinta Abadi

Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.

Aku Tinggalkan Dia Demi Allah

Dengan nama Allah... sebaik-baik Pemberi Ganjaran.

Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai mujahid.

18 November 2010

Ini adalah realiti..

Satu lagi pembacaanku yang membuatkan aku tersentak. SMS ini memang sengaja ditulis dengan penulisan seorang lelaki. Ceritanya memperlihatkan bagaimana seorang muslimat di'rosak' dengan mudah hanya dengan kata-kata manis! Wahai sahabat-sahabatku... Moga Allah peliharamu daripada semua ini...

Balaslah Kejahatan Dengan Kebaikan


Di satu sudut pasar Madinah Al- Munawarah ada seorang pengemis Yahudi buta. Hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya dia selalu berkata,
"Wahai saudaraku janganlah kamu dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya."

Putus Cinta & Dia Jodoh Sayakah?

SOALAN

Assalamualaikum ustaz

Ustaz saya baru putus cinta baru-baru ini. dan saya sekarang dalam kesedihan. Teman lelaki saya dipaksa emaknya supaya berkahwin dengan sepupunya. Sedangkan dia terlalu sayangkan saya. Tetapi dia mengambil keputusan mengikut cakap mak dia. Ini cerita saya..

Menjadi Tunang Orang Tanpa Kita Sedar?

Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

Jawapan

Perigi Cari Timba Dan Disiplin Islam Dalam Pertunangan


Saya telah berkenalan dengan seorang pemuda yang alim dan warak orangnya. Dia banyak memberi nasihat dan panduan agama kepada saya. Sejak berkenalan dengannya, saya telah banyak berubah. Saya mengikuti nasihatnya agar menutup aurat dengan sempurna dan tidak meninggalkan solat lima waktu.

Bagaimana Bercouple Cara Islam?

Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu?

Apa Yang Dirasa

Kadang-kadang kita merasakan diri kita berilmu, walhal "air mata" ilmu yang terbit daripada dada kita sangat sedikit. Kadang-kadang kita merasakan diri kita hebat apabila orang menyanjung dan memuji kita, walhal itu semua muslihat Iblis untuk menyesatkan kita.

Kerana Aku Sayang Kamu


Diamku tak bererti aku membenarkan 
Bukan juga mengiyakan apa saja yang kau lakukan 
Bisingku tidak bererti aku menyalahkan 
Bukan juga melukakan
15 November 2010

Diari : PRESENTATION MAT660

Alhamdulillah..hari ini adalah hari kemuncak kepada paperku yang terakhir untuk sem ini dan juga yang terakhir untuk program degreeku.. Begitu cepat masa berlalu. Tak sangka, penghujungnya telah pun tiba.  

Perpisahan dengan sahabat-sahabat seperjuangan pun semakin menghampiri.  Namun apakan daya itulah yang dinamakan lumrah kehidupan. Dengan pasrah dan redha hati ini ku pujuk untuk menerima..


kenangan bersama sahabat-sahabat di hari presentation MAT660

(~gambar telah di remove~)



14 November 2010

Usah risau jika diri belum berpunya..

Resah.Gelisah.Seraut wajah termenung jauh."Orang lain semua dah kahwin,tinggal aku sorang saja".Sekeping hati bermonolog.Monolog itu disusuli tujahan prasangka."Aku x cantik ke?" "Aku kurang bergaya ke?" "Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?" "Aku tak pandai meng'ayat' agaknya".
13 November 2010

Kematian

Dalam banyak perkara, saya melihat secara umumnya manusia takut untuk mati. Saya juga tidak terkecuali. Jangan tersalah anggap, saya tidak mengatakan bahawa takut mati itu tidak baik. Ia baik kerana dengan rasa takut ini, kita lebih terdidik untuk menghargai. Menghargai diri sendiri dan orang lain.

Anggun Pesona Aurat Terpelihara

Pernahkah kita terfikir, mengapa Islam mensyariatkan wanita menutup dan menjaga aurat mereka? Betapa Islam hadir untuk memartabatkan kaum wanita, tetapi wanita sendiri tidak menyedari hakikat itu.
12 November 2010

Andai Seorang Lelaki Itu Datang

Andai seorang lelaki datang kepadamu ketika kau perlukan teman...
Andai seorang lelaki datang kepadamu dengan ciri-ciri lelaki idaman...
Andai seorang lelaki datang menegur dan membuatmu terhibur...
Andai seorang lelaki datang menanyakan pendapatmu tentang dirinya...
Andai seorang lelaki datang menanyakan tentang ketampanan wajah dan keromantikan dirinya kepadamu...
Andai seorang lelaki datang memintamu membetulkan kolar baju dan rambutnya...
Andai seorang lelaki datang kepadamu sambil merapatkan badannya kepadamu...
Andai seorang lelaki datang tanpa segan silu padamu walau dirimu sudah pemalu, sopan dan ayu...

Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu...

Jangan biarkan ia berlalu...

“Aku bukan tak nak berubah. Dalam hati aku, aku pun nak jadi macam orang lain. Tapi bila aku buat baik, orang akan tengok aku dan perli. Tak membantu langsung.”

Dialog di atas hanyalah olahan saya. Saya tidak pernah mendengarnya sendiri, tapi pernahlah terdengar dialog yang sama maksudnya cuma dalam gaya bahasa yang berbeza. Terdetik dalam hati saya, jika dalam keadaan seperti ini, siapa yang patut dipersalahkan? Yang mahu berubah menjadi baik atau persekitaran yang tidak membantu dalam proses berubah ke arah kebaikan?

Diari : Hari yang di nantikan..

Terasa semangat exam makin luntur..kenapa tidak, jarak antara paper ke-3 dengan paper last hampir 2 minggu..Masya ALLAH...kenapa semangat sebegini hadir lagi..mungkin kerana bilik depan, kiri dan kananku sudah tidak berpenghuni lagi.  Syukur aku bukan berada di kolej Mawar mahupun Melati.  Kalau tidak pasti terasa seperti tinggal di gua. Hanya berpenghunikan kucing-kucing.  Kadang-kadang 'mereka' hadir dari arah belakangku tanpa di pinta.. minta di belai...fuhhh. kadang-kadang menyeramkan juga ..
11 November 2010

Di Manakah Cantiknya Seorang Wanita

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja.  Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.  Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Hakikat Dunia

"Jika kamu tidak disibukkan dengan kebaikan maka kamu akan disibukkan dengan kebatilan. Kebatilan akan mendekatkan kamu dengan syaitan."

Lama aku berfikir. Merenung maksud kata-kata itu.

Benarlah kata orang: "Jika kita dapat sesuatu maka kita akan kehilangan sesuatu."
10 November 2010

ڊﺴﻢﺍﷲﺍﻟﺭﺤﻤﻦﺍﻟﺭﺤﻴﻢ

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi mengasihani..

Rasulullah saw bersabda:
"di wahyukan kepadaku sepotong ayat yang tidak di turunkan kepada seorang nabi pun selain Sulaiman bin Daud dan aku, yakni bismillahir rahmanir rahiim"

9 November 2010

Promosi Maksiat Dan Buka Aib Sendiri

Iman seseorang telah disepakati oleh para ulama boleh menaik dan menurun berdasarkan perlakuan di dalam kehidupan sehariannya.

Jika dia memenuhkan ruang kehidupannya dengan dosa, keimanan akan menurun, memberi kesan kepada seluruh amalan.

Solat menjadi tidak khusyu' dan berat, demikian amalan kebaikan dirasa membosankan dan teramat menjemukan.

Zina: Skrip Berulang

Saya singgah ke satu blog kesukaan iaitu blog Ustaz Zaharuddin. Tertarik membaca ulasan dan jawapan beliau berkenaan hubungan antara lelaki dan perempuan. Kisahnya berkenaan lelaki dan wanita berzina dan ingin bertaubat. Itu satu hal. Yang mengejutkan daripada hampirt 100 komen di bawah artikel itu, boleh saya rumuskan 50% komen menceritakan dan memohon Ustaz Zaharuddin menyelesaikan masalah zina masing-masing.

Ini bukan lagi isu terpencil!
7 November 2010

Pengubat Duka

Mudah-mudahan kita sentiasa dalam dakapan dan pelukan kasih sayang Sang Pencipta, Tuhan Seru sekelian alam, Tuhan Yang Esa, Tuhan yang kita dambakan, Allah SWT.
6 November 2010

Cantiknya Gambar Anda (muslimah) Jika Dijaga


Hati saya tidak senang. Saya membuka beberapa facebook para sahabat untuk melihat perkhabaran sahabat-sahabat yang merantau jauh dari tanah air. Cumanya ada beberapa facebook yang membuatkan muka saya ketat lagi kelat. Ketat kerana melihat gambar-gambar mereka yang suka-suka ditayang-tayang tanpa rasa malu atau bersalah. Saya tidaklah kisah sangat andai yang membuat tayangan itu mereka yang tidak bertudung. Mungkin belum terlintas di fikiran mereka bahawa gambar seorang wanita itu terlalulah peribadi untuk ditonton umum. Apatah lagi kalau orang boleh ‘grab’ tanpa izin.

Honeymoon Sebelum Masanya


Segala puji hanya milik Allah, Tuhan sekalian alam. Maha Suci Allah yang menciptakan kami ummat manusia, yang punyai akal, punyai emosi juga nafsu.
Terima kasih Allah, dan ampunkanlah dosa-dosa kami Ya Allah, sungguh kami makhluk yang mudah benar lupa dan alpa.
Lalai dalam melaksanakan amanah dan suruhan. Mudah pula membuat kerosakan dan melanggar suruhan-Mu. Astaghfirullahalazim...

Diari : Nama ini..


Teringat dulu..sewaktu di awal kemunculan blog ini. bermulanya dengan menggunakan nama "Nursadiqah".. kerana aku amat menyukai nama ini... صَدِيْقَة itu sendiri bermaksud sahabat, teman. Ya...aku menyayangi sahabat dan teman-temanku.. صَادِقَة juga mempunyai sebutan yang  sama dengan صَدِيْقَة . Namun, lain maknanya. Benar dan jujur itulah ertinya..  Juga membawa maksud yang baik.  “Shadiqah Mujahidah” mulaku gunakan untuk kedua-dua blogku pada 1 Jun yang lepas menggantikan "Selembut Sutera Maya Kasih-MU"  yang merupakan nama kedua yang  aku gunakan untuk blog ini. 
5 November 2010

Tiada Siapa Berhak Mengaku Ikhlas

IKHLAS adalah paling tinggi selepas iman. Ia adalah rahsia Tuhan hinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya.

Ia adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.

Tenanglah dikau wahai hati...


Setiap hari kita ketawa. Setiap hari kita jumpa kawan. Setiap hari kita dapat apa yang kita nak. Tapi.. kenapa hati kita tak gembira?


Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita mintak sungguh-sungguh pada Allah. Tapi..kenapa susah sangat doa kita nak makbul? Sedangkan Allah ada berfirman
 "Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan...,"

Diari : Pengemis ilmu


Tinggal beberapa hari lagi, diri ini akan meninggalkan bumi UiTM. Tarikh keramat yang pasti akan tiba. Detik yang tidak pernahku pinta hadirnya. Namun itulah lumrah suatu kehidupan. Lumrah seorang pengemis ilmu dan seorang perantau mencari bekalan di negeri orang. Setelah sempurna tugas di sini, tugas sebagai seorang mahasiswi aku harus berangkat pergi untuk pulang ke tanah airku. Namun selagi nyawa di kandung badan, ada tugas yang lebih besar yang masih belum selesai. Menuntut ilmu akhirat..

1 November 2010

Hadiah tuk jiwa yang bersedih...

Assalamu'alaikum warrahmatullahi wabarokatuh....

Tersenyum dan lupakan semua gundah dihati...Mencintailah dalam hening dalam DIAM

Tak perlu kau Lari
Tak perlu kau Hindari
Jangan kau sikapi dengan berlebihan
Jangan kau umbar rasa mu
Jangan kau tumpahkan segala suka mu

Updates Melalui E-Mail