QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
30 Mei 2011

Panduan Atasi Zina Hati

Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan.

Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.
26 Mei 2011

Di hari yang pasti..

untuk anta-anta dan enti-enti sekalian...

"ya Allah, andai aku rindu, biarlah rinduku bersulam taqwa. Andai aku sayang, biarlah sayangku kerana dakwah!

aminnnnn"            

~ *hanya Allah yang tahu*
19 Mei 2011

Cinta dalam diam

man ‘asyaqa fakatama wa ‘afa famata fahua syahid

 Maksudnya:

“Sesiapa yang jatuh cinta,kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang yang syahid.”

maaf ..hadis ni tak pasti sahih atau dhaif..tapi cuma jadikan ianya sebagai satu kalimah bagi memperingati diri kita sebagai muslimah dan jadikan ianya semangat untuk diri kita terus menjadi mujahidah...amin...mari la kita sama-sama  muhasabah cinta.

Konvokesyen



Hari ini dan semalam hari baik, Alhamdulillah buat segala yang berlaku. Tahniah buat yang diraikan pada tarikh yang sama jika dirinya masih mengingati. Tahniah, moga terus berbakti dan terus menerus menuntut ilmu buat alam pekerjaan.  Mendengar keputusan yang begitu panjang, kekal abadi tiada matinya lagi buat kita semua. Selamat berkonvokesyen buat yang telah, sedang dan akan berkonvokesyen.




Moga-moga peluang kita sama-sama berkonvokesyen di sini menjadi memori bersama sebelum KONVOKESYEN di bawah Arasy yang dijanjikan buat 7 golongan terbaik. Moga aku dan kalian sekalian pembaca termasuk salah seorang dari penerima anugerah yang memiliki sekurang-kurangnya 1 daripada 7 ciri-ciri graduan TERBILANG dalam kursus kehidupan yang berbeza jangka waktu mula dan tamatnya.

"Menuntut ilmu biar lepas dari ladang sembelihan potensi, ladang pengebumian ilmu dan ladang kematian mahasiswa yang diatasnamakan sebuah KONVOKESYEN... sepertimana yang digariskan oleh Maududi yang mencari nyawa-nyawa anak muda Islam yang masih hidup dicelahan ribuan mahasiswa yang disembelih dengan simboliknya sebuah skrol ijazah... "- Ilham Tuhanku buat makhluk-Nya yang hina lagi lemah.

Moga dipermudahkan jalanku menjauhi Neraka dan mendekati Syurga. Musafir selama dua tahun setengah ini dengan memakan perjalanan ratusan kilometer telah tamat pada hari ini.. Kepingin sekali ku menambah teman-teman berbual yang takkan pernah meninggalkan aku dalam perjalanan pergi dan balik yang dekat dimata tapi kekal disaat nanti. Moga kenderaanku dalam keadaan baik buat memudahkan urusanku bergerak. Moga dipermudahkan jua pemergian. Moga diperindahkan jua jalan-jalan pergi dan pulang ku.


10 Mei 2011

Usaha mencari jodoh bagi kaum wanita

Jodoh itu telah ditetapkan, bezanya sama ada kita mendapatkannya dengan cara mulia atau cara hina. Pilihlah

01. Berusaha menyediakan diri sebagai produk ‘solehah’ yang diidam-idamkan. Biasanya produk ‘solehah’ yang bermutu tinggi dari segi agama dan akhlaknya mempunyai permintaan tinggi di dunia dan akhirat. Apabila sesuai masanya  dan tepat orangnya, serahkanlah ‘kesediaan hati’ anda untuk dirisik dan dipinang dengan jalan yang syarak
8 Mei 2011

Memilih Ibu Untuk Si Anak

Mendidik anak bukan bermula selepas anak itu lahir, bahkan lebih awal lagi. Perancangan dalam mendidik anak mesti bermula seawal mencari jodoh. Sebelum seseorang jejaka membuat keputusan tentang pasangan hidupnya, dia perlu ingat bahawa pasangan itu adalah bakal ibu kepada anaknya.

Wanita itu bukan hanya untuk dirinya sebagai seorang isteri, bahkan juga untuk anak-anaknya sebagai seorang ibu. Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab setiap lelaki agar memilih ibu yang tepat untuk anak-anaknya.

6 Mei 2011

Serangan Virus Facebook


Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Diriwayatkan hadith dari Munziri bin Jariri (r.a), daripada bapanya berkata: 

‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): Barangsiapa membuat kelakuan (yakni, mengajarkan sesuatu ilmu atau amalan yang baik) maka diamalkannya (yakni, orang yang mendapat ilmu itu) dan diajarkannya (orang lain) dengan kebaikan itu baginya pahala, seperti orang yang mengamalkan dari amalan yang dia beramal dengannya tidak mengurangi dari pahala mereka (yang mengamalkannya) sedikitpun. Dan barangsiapa membuat kelakuan yang buruk (i.e. jelek) (yakni, mengajarkan kejahatan atau sesuatu ilmu yang tidak baik) maka beramal dengannya ada atasnya dan mengajarkan orang lain (diberatkan atasnya) dosa dan dosa barangsiapa yang mengamalkannya dengan kelakuan tidak baik itu tidak mengurangi dari dosa (orang lain yang beramal) tersebut sedikit pun.’ [Hadith Ibnu Majah].
5 Mei 2011

Diari : Tentang kita

masih melekat di dalam benakku
sebuah kenangan di masa kita bersama dulu
goresan tinta hitam lukiskan keceriaan
senyum, gurau, tawa, tangis kini masih tersimpan

dalam sebuah bingkai hati kenangan masa lalu 


kita lewati masa di mana kita selalu bersatu
dalam suka duka...di iringi senda tawa
senyum indahnya kalian hancurkan ruang hampa
sahabat jadi pacar,kasih sayang terpancar 
4 Mei 2011

Teman tapi mesra

TEMAN tapi mesra. Ungkapan terbabit sering kedengaran di bibir anak muda, tetapi kadangkala mengelirukan bagi sesetengah pihak, namun yang pasti ia merujuk kepada perhubungan antara lelaki dan perempuan.

Berkawan tidak salah, bahkan digalakkan kerana ia selaras dengan fitrah dan membawa banyak manfaat sehinggakan dapat membuatkan hidup lebih ceria.
 
Cuma, berwaspada apabila kawan lebih daripada had, terlalu rapat dan intim, malah sanggup mengorbankan harga diri.

Empat bisikan murni tingkat iman, takwa

MANUSIA suka mendengar suara hati orang lain, rahsia dan kisah hidup mereka. Namun, pernahkah seseorang cuba mendengar bisikan hatinya sendiri? Bisikan yang bergema dalam hati sebenarnya berkisar mengenai urusan dunia dan akhirat, yang mana lebih sering kedengaran bergantung kepada pilihan sendiri.

Kadangkala suara mengenai kenikmatan dunia dan kesulitan menguasainya lebih kuat bergema berbanding bisikan impian indah akhirat atau ancaman azab. 

Ingat ALLAH Sampai Mati

PENTING untuk memastikan hidayah tetap terpelihara dalam jiwa kita. Berikut adalah langkah perlu diambil  supaya hidayah dalam hati tetap utuh terpelihara.

Doa adalah langkah pertama yang perlu diambil apabila kita inginkan hidayah dalam hati tetap terjaga. Perbanyakkan berdoa dan bermunajat kepada-Nya supaya diteguhkan hidayah dan memohon tidak disentap daripada hati.
3 Mei 2011

Paku yang lekat di hati

Meminta maaf adalah perbuatan terpuji. Tetapi berusaha agar kita tidak terpaksa meminta maaf (maksudnya menghindarkan diri daripada menyakiti hati orang lain) jauh lebih terpuji. Ya, luka di hati itu lebih sukar diubati daripada luka di tangan. Sama-samalah kita menghayati dialog antara seorang ibu dan anaknya yang dipetik dari  Majalah Solusi , isu no. 8 yang bertajuk “Angguk Geleng”

Magnet cinta Allah

ISLAM adalah agama yang hakiki dan realiti, bukannya agama khayalan atau melawan arus fitrah insan. Oleh yang demikian, Islam tidak menafikan terdapat di sana perkara-perkara yang dikasihi, disukai dan dicintai oleh manusia kerana ia sememangnya merupakan kecenderungan dan fitrah setiap insan.
1 Mei 2011

Tipu daya Syaitan

Allah telah menjanjikan pahala kepada sesiapa sahaja yang taat kepadaNya. Barangsiapa mati dalam keadaan beriman dan taat kepada Allah, dia tidak akan dimasukkan ke dalam neraka, melainkan syurgalah tempatnya. Jadi, masuknya seseorang ke dalam syurga bukan kerana kekuatan amalan yang telah didirikan, tetapi kerana janji Allah yang suci murni dan pasti!!


Tipu daya syaitan terhadap manusia supaya meninggalkan ibadat kepada Allah ada TUJUH perkara:

Talkin yang menggerunkan

Hari ini hatiku terdetik untuk mencari maksud talkin yang selalu dibaca untuk orang Islam yang meninggal dunia. Jadi, kalau boleh semasa membaca, sebut-sebutlah nama kita sendiri, kalau tidak terasa takut sama-samalah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang mudah setelah membaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yang kita lakukan selama hidup di dunia yang akan menjadi penyelamat, InsyaAllah..

Updates Melalui E-Mail