Pesanan buat Diri
Pesan pada diri, Berhati-hatilah dalam memberikan HATI, Berikan ia hanya pada insan yang tahu menghargai, Sebab nilai sekeping HATI Amatlah tinggi, Jangan sampai membuat Hati terasa dinodai.... Read more...
Penentu dosa pahala kini dihujung jari
"apa niat kita untuk berblog, kalau blog sekadar bersawang dan dibiarkan sahaja. Gunakanlah blog ini untuk memuat dan mencetuskan ilmu. Bagi yang dah pun memiliki blog, kemaskinikanlah blog dari semasa ke semasa kerana ia merupakan tanggungjawab dan amanah yang akan ditanya kelak. Jangan jadikan blog seperti telah 'kematian' tuan.."Read more...
Cinta dalam Diam
jika dia memang bukan milikmu, bila tiba waktunya Allah akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ... Read more...
Bayaran Sebuah Kemaafan
Kita seringkali mendengar, "manusia tidak pernah lari dari buat kesilapan", untuk kita sentiasa akui bahawa setiap orang mengaku ketidak sempurnaan dirinya. Frasa itu juga mengajar kita bahawa "manusia belajar melalui kesilapan", walaupun yang membuat kesilapan itu daripada orang yang lain. Read more...
Perginya seorang penulis blog
Nabi s.a.w amat menggalakkan kita untuk menziarahi kubur dengan sasaran untuk lebih mengingati kematian. Bagi mereka yang tidak berpeluang untuk menziarahi kuburnya, ziarahilah blognya dan berdoalah serta ingatlah akan kematian itu pasti. Kematian itu menuntut PERSEDIAAN. Persediaan menuntut kepada ILMU, ilmu menuntut kepada AMAL, dan amal menuntut KEIKHLASAN. Read more...
Baitul Muslim
baitul muslim itu merupakan satu proses yang tidak sekadar suka-suka ataupun mahu bertemu jodoh semata-mata. Tetapi juga melibatkan soal pemilihan calon yang benar-benar ada komitmen yang tinggi pada agama serta mempunyai kesedaran terhadap cita-cita Islam. Read more...
Kenangan Syawal 1432H
Selamat Tinggal Ramadhan
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa.”
[QS. al-Baqarah :183]
"Siapa yang tidak menyayangi manusia maka tidak disayangi Allah 'azza wajalla."
[HR.Shahih Muslim : 4283]
Taubat di Pinggiran Hati
“ah, aku terlalu berdosa, tak mungkin aku dapat kembali ke jalan yang lurus”,
“Bertakwalah kamu kepada Allah di mana sahaja kamu berada, dan iringilah kesalahan kamu dengan kebaikan, nescaya kebaikan itu akan menghapuskan kesalahan tersebut dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik.”(HR Tirmidzi)
“Allah itu kan Maha Pengampun, jadi tak ada masalah berbuat dosa berkali-kali.”
“Dan Allah hendak menerima taubatmu, sedang orang-orang yang mengikuti keinginannya menghendaki agar kamu berpaling sejauh-jauhnya (dari kebenaran). Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah.”(An-Nisaa’: Ayat 27-28)
Mengapa Begini Ya ALLAH
"Kenapa aku tak lulus? Nak kata tak belajar aku belajar. Doa pun sudah. Sembahyang hajat pun selalu. Orang lain tak ulangkaji macam aku pun boleh lulus."
Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu.(Al-baqarah:216)
Ada seekor monyet yang berpeluk pada dahan pokok. Tiba-tiba angin halilintar dan puting beliung melanda kawasan itu. Makin kuat sang monyet mendakap pokok itu. Dan monyet itu berjaya mengelakkan dirinya dari malapetaka itu. Sedang sang monyet berehat, datang pula angin sepoi-sepoi bahasa, meniup kawasan pokok tersebut. Monyet itu semakin selesa dengan angin yang lemah gemalai itu, dakapannya semakin longlai dan akhirnya sang monyet ini tumpas.
Pengajaran:Jangan jadi monyet. Bukan! Jangan kita lupa bila diuji dengan kesenangan . Ramai yang berjaya bila diuji dengan kepayahan dan kesusahan. Namun tak ramai yang berjaya bila diuji dengan kesenangan.
Ataukah kamu mengira kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) seperti orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan, dan digoncang sehingga Rasul dan orang-orang beriman bersamanya berkata, Bilakah datang pertolongan Allah? Ingatlah sesungguhnya Pertolongan Allah itu dekat.(Al-Baqarah:214)
Tips berurusan dengan Lelaki
Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi. Tips-tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disegani oleh kaum lelaki dan kaum wanita. Semoga dengan mengamalkan perbatasan hubungan ini, akan lebih mensucikan hati kita dan hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati...
"Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah-lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik."
“ YA ALLAH, janganlah KAU jadikan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya daripada panahan-panahan syaitan.”
"…apabila kamu meminta sesuatu daripada isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagimu dan hati mereka…".
Bukan Terlupa Tetapi Pura-Pura Lupa
Wahai kawan sekalian sedarkah anda,Maksiat yang berleluasa di sana-sini,Batas pergaulan pula tidak dijaga,Pegangan agama entah ke mana?
Ada yang tudungnya terbang,Ada yang berpegang-pegangan,Ada yang dirinya ditayang-tayang,Sedihnya apabila agama tidak dipegang.
"Alaa... esok lusalah saya insaf!"
"Tudung itu harus dipakai dengan ikhlas, mana boleh paksa-paksa? Belum dapat petunjuk lagi, insya-Allah suatu hari nantilah."
"Suka hati akulah bila aku nak pakai tudung. Orang yang pakai tudung lagi teruk perangainya daripada aku, jangan sibuk nak tegur akulah."
"Kau jangan nak lecture aku. Aku tahulah apa yang betul atau tak!"
"Katakanlah kepada wanita yang beriman:Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."[Surah an-Nur: 31]
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan."
Berpakaian terkoyak sini sana,Berseluar sendat nampak susuk badannya,Lelaki pula naik syahwatnya,Hingga maksiat kian berleluasa.
“Hai sayang... I rindu dengan you, nanti kita dating kat tempat biasa ye.”
Allah tidak pernah menyuruh kita untuk bercouple, berpegang-pegangan dan bermesra-mesraan. Betapa manusia kini berpura-pura lupa. Sehinggakan ada yang sanggup berkorban segala-galanya demi si dia yang dicintai.
Malulah kepada Allah S.W.T,Contohilah Rasulullah S.A.W,Jauhilah maksiat.
Jagalah pandanganmu,Peliharalah auratmu,Wahai anak-anak Adam,Janganlah berpura-pura lupa,Kerana mungkin sahaja ajalmu esok.
Sumber : IluvIslam
Batas
Sebagai seorang yang dinamakan manusia, kita dilahirkan penuh dengan kekurangan. Dan antara kekurangan yang amat jelas dapat dilihat kini adalah lemahnya seseorang dengan jantina yang berlawanan. Lelaki akan lemah apabila berdepan wanita, dan wanita akan lemah apabila berdepan dengan lelaki.
Lelaki: "Sapa suruh pikir lain? Aku tak pernah mengaku apa-apa pun"
Perempuan: "Action speaks louder than words! Dah tau tak suka buat apa nak baik-baik dengan aku!?"
Pengajarannya: Ikutlah jalan yang selamat, jangan menjerumuskan diri sendiri ke dalam lembah kebinasaan. Carilah jalan yang selamat itu.
Sumber : i luv Islam