Ya Allah..
Kurniakanlah kami seorang suami yang soleh..Yang menjaga hatinya hanya untuk yang halal baginya..Yang sentiasa memperbaiki dirinya..Yang sentiasa berusaha mengikuti sunnah Rasulullah..Yang baik akhlaknya..Yang menerima kami apa seadanya..Yang membimbing kami dengan lemah lembut..Yang akan membawa kami menuju JannahMu Ya Rabb..
Kabulkan, Ya Allah..
Pesanan buat Diri
Pesan pada diri, Berhati-hatilah dalam memberikan HATI, Berikan ia hanya pada insan yang tahu menghargai, Sebab nilai sekeping HATI Amatlah tinggi, Jangan sampai membuat Hati terasa dinodai.... Read more...
Penentu dosa pahala kini dihujung jari
"apa niat kita untuk berblog, kalau blog sekadar bersawang dan dibiarkan sahaja. Gunakanlah blog ini untuk memuat dan mencetuskan ilmu. Bagi yang dah pun memiliki blog, kemaskinikanlah blog dari semasa ke semasa kerana ia merupakan tanggungjawab dan amanah yang akan ditanya kelak. Jangan jadikan blog seperti telah 'kematian' tuan.."Read more...
Cinta dalam Diam
jika dia memang bukan milikmu, bila tiba waktunya Allah akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ... Read more...
Bayaran Sebuah Kemaafan
Kita seringkali mendengar, "manusia tidak pernah lari dari buat kesilapan", untuk kita sentiasa akui bahawa setiap orang mengaku ketidak sempurnaan dirinya. Frasa itu juga mengajar kita bahawa "manusia belajar melalui kesilapan", walaupun yang membuat kesilapan itu daripada orang yang lain. Read more...
Perginya seorang penulis blog
Nabi s.a.w amat menggalakkan kita untuk menziarahi kubur dengan sasaran untuk lebih mengingati kematian. Bagi mereka yang tidak berpeluang untuk menziarahi kuburnya, ziarahilah blognya dan berdoalah serta ingatlah akan kematian itu pasti. Kematian itu menuntut PERSEDIAAN. Persediaan menuntut kepada ILMU, ilmu menuntut kepada AMAL, dan amal menuntut KEIKHLASAN. Read more...
Baitul Muslim
baitul muslim itu merupakan satu proses yang tidak sekadar suka-suka ataupun mahu bertemu jodoh semata-mata. Tetapi juga melibatkan soal pemilihan calon yang benar-benar ada komitmen yang tinggi pada agama serta mempunyai kesedaran terhadap cita-cita Islam. Read more...
Dirimu umpama bunga yang menawan
Kenapa Umat Islam Sembah Kaabah
Jika perpisahan bertamu
Buat adik-adikku..
Pergilah..pergilah ke negeri orang
Timbalah ilmu sebanyak mungkin
jadikanlah dirimu insan yang berilmu
biar kita miskin harta tapi bukan ilmu dan maruah..
Teruskan perjuanganmu dimedan ilmu..
Rumah ini akan sunyi dengan pemergianmu..
namun riwayat al-Bukhari, Muslim, Malik, al-Tirmizi dan al-Nisa'i daripada Abu Hurairah r.a ini mengikhlaskannya
"Tujuh golongan yang ALLAH akan naungi mereka di bawah naunganNya pada tiada hari naungan melainkan naunganNya sahaja. Antaranya ialah dua orang yang berkasih sayang kerana ALLAH. Mereka berhimpun atau bertemu kerana ALLAH dan berpisahpun kerana ALLAH."
Doa kami disini semoga kamu di permudahkan olehNYA... Belajarlah bersungguh-sungguh. Jangan hampakan harapan kedua orang tua kita..Mereka mengharapkan yang terbaik dari kita...Renungilah mata mereka sewaktu melepaskan kita pergi untuk merentasai lautan China Selatan. Di situ ada harapan yang mereka tidak dapat gapai sewaktu usia mereka sebaya kita...
Seorang Ikhwan
p/s : Jika kamu menginginkan ikhwan yang BAIK untuk mengkhitbahmu, selalulah bertanya pada dirimu, pada hatimu “apakah diri ini sudah menjadi AKHWAT yang BAIK juga?"
Cinta, Jangan hampiri diriku
p/s : ya ALLAH..sembuhkanlah sahabat-sahabat yang berada di sekeliling diri ini yang sakit, dan terluka hatinya akibat CINTA DUNIA..hapuslah air matanya, hilangkan segala DUKA dan LARA..berikanlah kesejukkan hatinya, dan KEKUATAN serta SEMANGAT untuk meraih KEBAHAGIAAN dalam hidupnya.,,Ameen..
Sebelum Menjadi Isteri
P/S : Ya Allah, sesungguhnya aku MEMOHON cintaMu dan cinta orang yang mencintaiMu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu
Renungan Khas Buat SEMUA Muslimah
cuba kita renung-renungkan,Saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari AKHIRAT..
tutupilah auratmu SEBELUM auratmu ditutupkan..peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan..
jagalah MARUAH diri sebagai seorang muslimin dan muslimah..MATI itu PASTI,persiapkan diri untuk mati itu perlu..
moga Allah REDHA diperolehi dalam memahami HAKIKAT hidup ini..amin..★
Wanita solehah
Perlu diingat kecantikanmu bukan bahan tontonan..
Kecantikanmu bukan suatu kebanggaan..
Cantik rupamu perlu dihias dengan hiasan iman,ilmu dan akhlak..
Indah pekertimu,elok peribadimu..
Pastinya kau idaman lelaki budiman..
Kau bakal serikandi terbilang..
Kau bakal isteri solehah di sisi seorang suami idaman..
Kau bakal ummi kesayangan buat insan yang bakal kau lahirkan..
Penyeri hidup kau dan dia..
Entah bila suka datang menghiasi hari
Atau duka yang menghampiri
Cinta adalah berbagi
Kerana sungguh, ya Akhi wa Ukhti!
Meski disemayamkan dalam dua ragawi
Sepasang kekasih hanya punya satu hati
Berbagi...
Itulah inti cinta sejati...
Ombak suka dan duka datang silih berganti...
Selalu terasa nikmat tersaji ...
Bila dirasakan oleh dua hati yang berfungsi...
Cinta yang cepat timbul dan cepat lenyap,
itulah cinta yang di dorong oleh kenikmatan.
Cinta yang lama timbul dan cepat lenyap,
itulah cinta yang didorong oleh kepentingan.
Cinta yang cepat timbul dan lama lenyap,
itulah cinta yang didorong oleh kebaikan.
Cinta yang lama timbul dan lama lenyap,
itulah cinta yang didorong oleh kenikmatan, kepentingan, dan kebaikan.
Nikmat Tuhanmu manakah yang engkau dustai?
Dengan setitis embun cinta yang kau berikan,
DIA anugerahkan lautan cinta.
Nikmat Tuhanmu manakah yang engkau ingkari?
Dengan setitis air mata cinta yang kau keluarkan,
DIA titiskan jiwa bidadari surga di dunia.
Nikmat Tuhanmu manakah yang engkau bohongi?
Dengan setitis keringat cinta yang kau usahakan,
DIA tumbuhkan pohon cinta yang berbuah bahagia.
ISETRI yang solehah memang benar bidadari di dunia ini
PEMATA yang amat berharga
HIASAN yang amat menawan
PENEGUH yang amat kukuh
Isteri yang solehah berbalut ILMU berselimut AKHLAK
Isteri yang solehah menembus QALBU
kerana semua yang dia lakukan berasal dari keTULUSan hati,
dari keIKHLASan jiwa
Isteri yang sholehah adalah REZEKI yang tidak ternilai dari ALLAH,
Yang menggenggam segala kemuliaan, pemberi segala kebahgiaan
Wassalam