QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
27 Januari 2012

Percubaan pertama


 Percubaan pertamaku dalam menghasilkan kartun sendiri menggunakan Adobe Photoshope CS5.
walaupun hasilnya tidak seberapa, namun ianya memberikan seribu kepuasan buat diri ini.







Romantika orang salah niat




Saya mencintai dia yang suka membaca,
Lalu saya cuba membaca,
Saya beli semua jenis buku fikrah,
Saya susah membaca,
- lima belas minit mengulang muka surat yang sama,
Saya jadi putus asa,
Saya mula merasa,
Tidak layak buat dirinya.



Saya mencintai dia yang menghafaz Al-Qur’an,
30 juzuk telah dia lancarkan,
Lalu saya cuba menghafaz,
Saya menghafaz ayat demi ayat,
Saya sering terhenti pada kalimah yang sama,
- masih di juz ‘amma,
Saya jadi putus asa,
Saya mula merasa,
Tidak layak buat dirinya.



Saya mencintai dia yang mengikuti halaqah,
Lalu satu halaqah telah saya tubuhkan,
Demi mencapai standard yang sama,
Lalu saya cuba bercerita,
- satu demi satu hal agama saya terangkan,
Setiap bait kata memulangkan diri menjadi hipokrit,
Saya jadi putus asa,
Saya mula merasa,
Tidak layak buat dirinya.



Saya mencintai dia yang penuh adab,
Lalu saya mengikuti adab-adab,
Ayat-ayat penuh santun dan hikmah,
Pakaian berusaha disopankan,
Saya rasa rimas,
- umpama sesak nafas apabila naik ke langit,
Saya jadi putus asa,
Saya mula merasa,
Tidak layak buat dirinya.



Oh Tuhan,
Bilakah masanya saya akan layak buat dirinya?



sumber : Muharikah
22 Januari 2012

Tidak Sempat





Ya Allah, cepatnya masa berlalu..tidak sedar rupanya penggantian siang dan malam begitu pantas berlalu..pejam celik, pejam celik rupa-rupanya makin dekat dengan saat KEMATIAN..jika begitu memang benar hidup di dunia ini memang pendek! Tetapi HAIRAN jika ada yang berkata “tidak sempat..”.

Alangkah BAIKNYA jika kita:


  • Tidak sempat buat MAKSIAT kerana sibuk ibadat kepada Allah..
  • Tidak sempat MAZMUMAH singgah dalam hati kerana MAHMUDAH yang menguasai segenap ruang hati..
  • Tidak sempat terpesona dengan HARTA HARAM kerana sibuk mengumpulkan harta halal..
  • Tidak sempat MEMBAZIR kerana sibuk bersedekah..
  • Tidak sempat TERLAJAK SUBUH kerana sibuk mengejar KEBERKATAN bangun awal dan beribadah saat fajar menyinsing..
  • Tidak sempat MENSIA-SIAKAN MASA kerana sedang sibuk dengan agenda sebagai hamba dan khalifah..
  • Tidak sempat BERBUAT JAHAT kepada manusia dan makhluk lain kerana sibuk menyebarkan KASIH SAYANG..
10 Januari 2012

Ada apa pada angka?




Setiap masa bertambah, ertinya masa sedang berlalu. Masa di dunia makin berkurangan. Tidak lagi makin muda, tapi makin tua. Matilah regu paling akrab pada tuanya usia.

Tiada apa yang dibangga bila disandarkan semua ini pada mati. Tak perlu mendabik dada dengan pertambahan angka. Kepilkan saja bersama mati, pasti kau akan sedar angka ini cuma angka-angka yang tidak bermakna.



8 Januari 2012

Panggilan Pulau


Ini bukan tajuk filem tapi inilah tajuk filem yang akan di filemkan =)



3 Januari 2012

Cinta atau Nafsu?



Ya ukhtiku sayang yang dimuliakan Allah..

Ternyata menjadi trend pada masa kini.. apatah lagi bila facebook ada function 'in relationship/status'. come on la ukhtiku sayang.. anda-anda ini amat berharga. Cinta anda sangat mahal dimata Allah SWT. jangan lalai. Lalai. Lalai. Lalai. ayuh kita berubah!!

kita ini antara contoh untuk membimbing 'kanak-kanak ribena' yang perlukan pimpinan dari kita. kalau kita sendiri hanyut dek nafsu hati, maka sampan yang kita dayungkan untuk kawan-kawan kita pun akan hanyut punah ranah macam kita. Bangun, Bangun, Bangun. lelaki bukan segalanya.  Melainkan dia adalah suami.

kita akan terjebak  dengan lagha.. lagha..lagha.. wahai sayang-sayang muslimahku  sekalian jika kita rela cinta dan nafsu menguasai diri kita!!! lelaki boleh jadi pemimpin jika dia adalah seorang suami yang sah dan halal. tetapi kebarangkalian yang tinggi untuk menjadi virus pada kekuatan iman dan diri apabila dia adalah bukan mahram kita.naudzubillah!!!!!

betulkan apa yang terbiasa ukhti muslimahku, dan biasakan apa yang betul...

Updates Melalui E-Mail