QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
31 Mei 2012

Tudung Labuh : Pembenteng diri



Agama Islam amat menitik beratkan soal penutupan aurat bagi setiap umatnya. Media massa hari ini juga sering mengwar-warkan kempen penutupan aurat ini. Terutamanya penutupan aurat bagi kaum Muslimah.

Tetapi apakah kesan daripada itu, adakah ramai mengambil iktibar daripada kempen itu, atau ianya sekadar maklumat tambahan yang harus didengar sahaja tanpa ada sebarang tindak balas terhadapnya? Seperti kata pepatah "umpama mencurahkan air ke daun keladi" Begitulah simboliknya jika maklumat yang disampaikan itu tidak diambil peduli oleh yang mendengar. 



Kamu ingin tahu kenapa lelaki tidak mendekati diri kamu? 
kerana sebenarnya dia segan untuk mendekati perempuan yang menjaga auratnya, mana mungkin dia dapat bertegur dengan galak sedangkan dia tahu kamu bukan seperti perempuan kebanyakan sebab itulah dia berurusan atas dasar kerja sahaja.



Kenapa kamu tidak dapat perhatian lelaki? 
bukan kerana kamu tidak cantik tetapi disebabkan penampilan menutup aurat kamulah menyebabkan lelaki tidak memandang kamu dengan berlebihan. Kamu risau kerana tidak pandai bersosial, itu adalah sebaiknya kerana Islam melarang wanita keluar dari yang bertujuan untuk perkara yang tidak bermanfaat. Jadi adalah elok bagi kamu berada di rumah dan menyiapkan tugasan kamu.



Kamu merasa kamu tidak cantik dan berasa rendah diri kerana penampilan kamu yang agak ketinggalan zaman?
Sebenarnya tidak, pemakaian sebeginilah yang dituntut syarak. Dalam hadis ada menyatakan: "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan harta kamu, tetapi Allah melihat kepada hati kamu dan dan amalan-amalan kamu" Biarpun pakaian luaran tidak cantik tetapi pakaian dalaman itu yang harus dicantikkan dahulu kerana Allah menilai hati kamu bukan paras rupa.

Jadi kamu tidak perlu bersusah-payah berusaha mencantikkan diri bagi memancing mata lelaki untuk, tetapi hiasilah diri kamu dengan akhlak yag mulia mengikut acuan A-Quran dan As-Sunnah. Ini sudah pasti dapat membiaskan kecernihan pada wajah kamu secara langsung mejadikan kamu bukan sahaja cantik luaran tetapi dalaman juga."
 


Kamu bimbang jika tidak mencari pasangan sekarang kamu tidak akan berkahwin?
Jawapannnya tidak. Bukankah kamu yakin dengan janji Allah menerusi firmanNya yang bermaksud:

"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik."



Jika kamu menjauhi percintaan sebelum kahwin ini juga dapat mengelakkan dirimu daripada berlakunya penzinaan. Bertepatan dengan sabda Rasulullah yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah Ta'ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat, sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti."



Di sini jelas bahawa Allah telah mengaturkan pasangan yang sesuai bagi setiap umatNya.

"Usah bersedih, ini adalah hikmah di sebalik apa yang kamu pertahankan selama ini." Maksud mempertahankan di sini ialah mempertahankan memakai pakaian menutup aurat, tidak mudah terikut dengan cara pemakaian rakan-rakan yang lain. Jika diri tidak kuat sudah pasti akan diikutkan sahaja gelojak nafsu berbisa itu. Dan hikmahnya ialah diri ini dapat terhindar daripada segala kemungkaran.

Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa menerusi pemakaian yang menutup aurat seperti bertudung labuh dan berjubah inilah yang akan menjamin pembentukan sakhsiah diri yang mampu menjadi benteng segala kemungkaran. Pasti ramai yang akan mengatakan pakai tudung labuh dan berjubah pun belum tentu hatinya baik. Tetapi jika wanita yang berpakaian sebegini benar-benar menjaga batas-batas yang digariskan syarak sudah pasti akan menggapai martabat wanita solehah disertai dengan perhiasan akhlak yang indah. Ini kerana dari pemakaian luaranlah yang akan membentuk peribadi akhlak dalaman.


sumber asal : I luv Islam
30 Mei 2012

Wanita, Bersediakah Anda Menjadi Penyejuk Mata?




Penyejuk mata. Suatu perkara yang tidak pernah kita lupa untuk pohon setiap kali kita menadah tangan berdoa. Kenapa Allah ta’ala suruh kita minta penyejuk mata? Sebabnya, itulah yang bakal menjamin ketenangan dan kebahagiaan kita dalam kehidupan nanti.

Bagaimana kalau nantinya ada isteri, tetapi seringkali menyakitkan hati kita, raut wajahnya langsung tidak mendamaikan kita, tingkah lakunya ada sahaja yang tidak kena di mata kita. Adakah kita akan bahagia? Bagaimana pula kalau nantinya ada anak. Comel-comel belaka. Tetapi wujudnya mereka begitu menyusahkan kita, sikap mereka kerapkali melukakan hati kita, kedegilan mereka selalu sahaja membuatkan kita hilang sabar dan sakit hati sentiasa. Adakah kita beroleh ketenangan?

Tentu sekali tidak !!!




Lantas, kita dianjurkan supaya berdoa. Minta supaya Allah beri pasangan yang mendamaikan hati dan perasaan kita, serta zuriat yang boleh menjadi penyejuk mata kita. Mudah-mudahan, Allah makbulkan doa dan permintaan kita.

Suatu lontaran untuk para wanita hari ini, khususnya yang belum berumahtangga.

Sedarkah anda , bahawa bakal teman hidup anda setiap hari berdoa supaya anda menjadi penyejuk mata mereka? Sedarkah anda, bahawa mereka tidak pernah melupakan anda dalam setiap doa mereka?

Tidak. Saya tidak maksudkan anda mengenali mereka atau mereka mengenali anda.

Tetapi hakikatnya, mereka mendoakan anda yang bakal hadir dalam hidup mereka suatu ketika nanti. Sayangnya, anda mungkin terlupa lantaran anda tidak kenal siapa mereka. Kerana itu juga, anda kurang mengambil berat tentang persediaan anda untuk menjadi penyejuk mata mereka.




Penyejuk mata?

Sungguh, ia bukan tugas yang mudah. Kalau anda fikir ia akan berhasil dengan anda berhias diri, memakai wangian dan berbaju cantik di hadapan mereka setiap hari, sesungguhnya anda silap sama sekali. Anda harus sedar, ramai sekali golongan cantik dan menawan di luar sana yang gagal untuk menjadi penyejuk mata kepada suami mereka. Bahkan sebahagian besar dari mereka berakhir dengan perceraian. Semoga dijauhkan Allah.


Menjadi penyejuk mata suami, prosesnya bermula hari ini.







Tilik kembali diri anda. Zahiriah dan batiniah. Kedua-duanya.


Pertama sekali, bagaimana hubungan anda dengan Allah? 
Solat wajib dan sunat. Bacaan Al-Quran. Zikir munajat. Selawat serta amalan-amalan yang lain. Berapa peratus yang telah anda capai dan lakukan secara istiqamah? Tahukah anda, faktor paling besar yang menentukan samada anda berjaya atau tidak menjadi penyejuk mata suami adalah ; cemerlang atau tidak hubungan anda dengan Allah? Justeru, perbaiki dari sekarang.

Kedua, sikap dan perangai
Carilah seorang kawan yang jujur dan yang anda kira agak rapat serta kenal dengan anda. Sekiranya anda yakin akan kejujurannya, minta pandangannya tentang diri anda, terutama tentang sikap dan perangai. Jika anda dapati diri anda masih dibelenggu sikap meninggi diri, degil, ego yang tinggi, kurang rasa hormat pada orang, suka mengumpat, pemalas dan seribu satu sikap negatif yang lain, maka perkara pertama yang wajib anda buat adalah ; kikis sedaya upaya semua sikap tersebut dari terus melekat dalam diri anda. Percayalah, ia antara faktor yang bakal menggagalkan anda dari menjadi penyejuk mata suami.

Ketiga, lihat balik luaran diri anda. Khususnya pemakaian
Sempurnakah anda dalam menutup aurat? Jika masih selesa bertudung ringkas, berbaju t-shirt lengan sekerat dan berseluar jeans separa ketat, maka percayalah anda bakal bertemu kegagalan. Itupun sekiranya anda mempunyai hasrat untuk bergelar penyejuk mata suami.


Tidak, ini bukan soal suami anda islamik atau tidak, mengambil berat semua perkara itu atau tidak. Ia adalah soal Si Pemberi Ketenangan, iaitu Allah. Kalau Dia tak bagi, siapa lagi yang boleh bagi?

Mudahnya begini. Doa itu kan permintaan kita dengan Allah. Contohnya, kita minta supaya Allah terangkan hati kita supaya mudah belajar. Tetapi kita tidak berhenti dari tabiat suka minum arak. Mana mungkin Allah akan berikan ketenangan itu pada hati kita yang gelap?

Sama juga. Suami minta pada Allah, berikan dia penyejuk mata supaya dia beroleh tenang dalam hidup. Tetapi kita pula melazimi maksiat dan penderhakaan kepada Allah. Aurat kita terdedah setiap hari. Akhlak kita langsung tiada ciri isteri mithali. Hubungan kita dengan Allah lompong di sana sini. Lantas, adakah kita layak untuk menduduki tempat ‘penyejuk mata’ tersebut? Bagaimana pula kita yang jauh dari Tuhan, boleh menjadi penyejuk mata manusia?

Sekadar lontaran buat kaum hawa. Ramai di antara anda mahu menjadi isteri solehah suatu ketika nanti. Tetapi usaha ke arah itu masih lemah. Perbaikilah dari sekarang. Bisikkan ke dalam hati anda setiap hari, bahawa anda bakal menjadi penyejuk mata kepada seorang lelaki yang baik suatu ketika nanti. Lelaki itu pula setiap masa mendoakan anda supaya berjaya menjadi penyejuk mata mereka suatu masa nanti. Besar harapan mereka, sanggupkah anda hancurkan begitu sahaja?

Jadi mulai hari ini, berusahalah untuk menjadi penyejuk mata suami. Sebenarnya, andai anda mampu melaksanakan langkah pertama yang saya sebut di atas ; iaitu memperbaiki hubungan anda dengan Allah, maka anda sebenarnya telah berjaya melepasi separuh masa pertama piala kemenangan untuk bergelar isteri solehah – penyejuk mata suami.

Justeru, selamat berjaya, wahai para penyejuk mata!

Sekian.
19 Mei 2012

Hak seorang Muslimah



Sedang kaki ini melangkah di atas titian kayu menuju ke jeti untuk kembali ke bandaraya Kota Kinabalu, tiba-tiba ada seorang kanak-kanak menyapa aku.

          Assalamualaikum ustazah

Sambil tersenyum ku membalas salam kanak-kanak itu.
       
          Wa’alaikum salam. Hati-hati jalan

          Bye ustazah…

          Bye.. =)


********************



Begitulah serba sedikit nak aku kongsikan pengalaman aku bila aku memilih untuk memakai tudung seperti sekarang

Apa yang aku ingin kongsikan disini  adalah mengenai hak seorang wanita MUSLIMAH ..

Jangan takut dilabel sebagai "ustazah"..tak salah pun, bahkan mereka yang suka melabel itu yang berfikiran "sempit" dan kurang ilmu tentang hak seorang muslimah :)

Kata-kata ini sebagai penguat jiwa kepada mereka yang bertudung besar dan labuh tetapi bukan bidang atau jurusan pendidikan Islam. Ramai yang suka "mengejek-ejek" dan mengatakan bahawa tudung labuh atau tudung besar ialah hanya seorang ustazah.

Memanglah hakikatnya tidak salah digelar sebegitu, tetapi  aku ingin mengatakan bahawa untuk bertudung besar dan  labuh, ia adalah hak untuk setiap muslimah. Jangan  takut digelar "ustazah".




16 Mei 2012

Jeritan si Janin ABORSI


Bismillahirrahmaanirrahiim....

Ini pesan special dari seorang Ibu yang menyesal..
Mudah-mudahan ini bermanfaat...


Halo Ma..! Panjang ku hanya 2cm saja, tapi sudah ada roh dtubuhku. Setiap kali aku mendengar suara Mama, aku pasti goyangkan kaki dan tangan ku. 

Aku sayang Mama.. Bunyi dengupan jantung Mama itu adalah musik terindah yang temani hari-hari ku...


Bulan ke dua:
Ma..! Sekarang aku lagi belajar menghisap jari-jari kiut ku... seronok ku rasakan Ma... Oh ya Ma... Di sini terasa sangat hangat Ma.. Kalau aku sudah keluar, aku mahu bermain bersama Mama. Aku janji akan buat Mama bahagia..



Bulan ketiga:
Ma..! Aku belum tahu apa jenis kelamin ku..? Tapi apa pun aku, aku harap Mama dan Papa boleh menerima aku..?! Ma..! janji  boleh menangis ya..?! 

Tau tak Ma..? Kalau Mama nangis, aku juga ikut nangis.. huk huk huk.. Mesti Mama belum bisa mendengar suara ku, aku sediiih sangat..! Percaya lah Ma, Tuhan pasti memberi yang terbaik bagi kehidupan Mama.. walau apa pun jua



Bulan ke Empat:
Mama..! Rambut ku sudah mulai tumbuh Ma.. Ini jadi mainan baru ku... ha ha ha... Oh ya Ma.. Aku sekarang sudah bisa menengokan kepala ku, pusing kiri, pusing kanan.. tralala...! Aku juga bisa gerakan tangan dan kaki ku Ma..



Bulan ke lima:
Ma...! Hari ini Mama ada temujanji dengan doktor ya..?? Tadi doktor itu kata apa pada Ma..?? Apa itu ABORSI..??? Ma.. Aku tak akan  apa-apa kan Ma..?? Ma.. aku tiba-tiba rasa takut...



Bulan ke enam:
Ma..! hari ini Mama bertemu doktor itu lagi kan Ma..? Ma.. Aku sayang Mama... Ma.. tolong beritahu doktor itu, aku sihat-sihat saja kan 

Ma..! Ma.. Doktor itu sudah mula memasukan benda-benda tajam.. 

Ma.. benda tajam ini mulai memotong-motong rambut ku.. 

Mama... tooloong aku... toooolloonngg aku Mama... 

Aku benar-benar sayang Mama, aku mahu berbakti pada Mama. 

Aku janji, aku akan bahagia kan hidup Mama.. Ma.. adakah Mama sayang juga pada aku..?? 

Ma..! benda-benda tajam ini mulai memotong-motong kaki ku.. huk huk huk.... Saakkiiitt...! Saaakkkkiiiitt...  




Ma... Ma.. Aku salah apa aku pada Mama..?? 

Ma.. meskipun aku hidup tanpa kaki, tapi aku masih mempunyai kedua tangan yang bisa membelai Mama dan memeluk Mama yang aku sayangi.. 




Ma.. tolong beritahu doktor itu suruh menghentikan benda-benda tajam biadab ini Ma.. 

Ma.. Toooollllloooonnnggg... Ma... Sekarang benda tajam ini mulai memotong-motong kedua tangan ku.. Ma... huk huk huk... Saaakkkiiiiittt... Saaaakkkkiiiiittttt.... 

Ma.....!! Apa salahku pada Mama..?? 

Ma... mesti aku hidup tanpa tangan dan kaki, tapi aku masih punya kedua mata, telinga, hidung, mulut, dan anggota badan ku yang lain nya... Aku masih ada kesempatan untuk melihat wajah Mama yang sangat aku sayangi.. Aku masih mengatakan pada Mama, bahwa aku Cinta Mama...! 

Ma.. Saaaaaakkkkiiiiiiiiitttttttt..... Saaaaaaaaakkkkkkkiiiiiiiiiittt...Maa...!! Sekarang benda tajam ini mulai memotong leher ku Ma....!! Ma... Tooooooooooolllllllllllloooooooonnnnggggg.......! Saaaaaaakkkkkkiiiiittttt...... Maa....!!!






Bulan ke tujuh: 
Ma...! Di sini aku baik-baik saja...! Aku sudah bersama Allah di Syurga.. Allah Sudah mengembalikan semua orang tubuh ku yang dipotong dengan sadis oleh benda-benda tajam itu... Allah memegang tangan ku... Allah menggendong ku dan memeluk ku dengan lembut nya.. Allah telah membisikan ketelinga ku tentang apa itu ABORSI (pengguguran)..?? 




Ma.. Kenapa Mama tidak mahu bermain denganku..?? Apa salah anak mu ini..?? Kenapa Mama tega berbuat kejam terhadap darah daging Mama sendiri..?? bukan kah Mama percaya bahwa Tuhan punya rencana terbaik dan terindah buat hidup Mama..?? Kenapa Mama menolak HADIAH dari Tuhan..?? Bukan kah Mama tau bahwa hidup ini hanya lah perjalanan...?? Bukan kah hidup ini hanya sementara..?? Ma..! Masih banyak pertanyaan, KENAPA.. KENAPA dan KENAPA... yang ingin aku tanyakan soal tindakan Mama terhadap ka...??

** PESANKU BUAT MAMA **

Ma.. BERTAUBATLAH..! 
Berithau semua teman Mama ..


STOP ABORSI..!! 


Beritahu semua teman Mama... 
Betapa sakit nya aku di potong-potong didalam kandungan Mama, seperti segumpal daging yang tak berguna.. 

Beritahu semua teman Mama.. 
Aku berhak hidup didunia Ma..! Beri tau semua teman Mama... 



ABORSI itu bikin Murka Allah...!!! 
Semoga Mama mengerti dengan apa yang anak mu maksudkan.. 

"Yaa Allah...! Ampunilah dosa Mama ku..! Sebab Mama tidak tahu apa yang telah dia perbuat.. sebab Mama tidak tahu betapa sakitnya aku di potong-potong kala itu.. Aamiin....!
15 Mei 2012

Apa salah mereka?


ISRAEL, ISRAEL, ISRAEL

MEMANG TAK TAHU BELAS KASIHAN KAU ISRAEL ISRAEL.....


salah apa mereka...
dosa apa mereka...
hingaga kau slalu membantai mereka

anak-anak yang tak berdosa kau bantai tanpa belas kasihan
kau binasakan mereka begitu saja

tempat mereka berteduh telah kau ratakan dengan tanah
tempat mereka beribadah telah kau runtuhkan dengan begitu saja

apa kau tak pernah berpikir ISRAEL.....

ISRAEL....
sampai kapan peperangan ini......
aku tak ingin melihat mereka semua menderita...
aku tak ingin melihat sebuah pertumpahan darah ....
aku tak ingin mendengar jeritan seorang anak yang tak berdosa...

ISRAEL....
kau memang berhati lebih dari binatang buas....
yang kau pikirkan hanyalah sebuah kemenangan..
kau telah dirasuki oleh IBLIS...
tempat kau nanti kelak di NERAKA JAHANAM...

ISRAEL....
berjuta-juta orang telah kau bantai
apakah kau tak pernah menyadari semua itu...


aku berharap suatu saat nanti kau kan hancur dengan sendirinya ISRAEL...

 

TUHAN.....
turunkan berjuta-juta kutukan kepada mereka..
turunkan berjuta-juta penyakit kepada mereka..
biar dia tahu apa dosa mereka selama ini...

TUHAN....
aku hanya bisa menulis sebuah puisi ini...
aku hanya bisa berdoa agar PALESTINA slalu ada dalam perlindungan mu

14 Mei 2012

Oh UiTM..


 
Alhamdulillah... melihat rakan-rakan yang sedang dalam minggu konvokesyen UiTM ke-76, teringat aku akan dua (2) lagu wajib UiTM. Dari diploma hinggalah tamat dgree dua tahun lepas, secara jujur masih tak ingat sangat... terutamanya wawasan setia pelajar...(^__^) ..

Tetapi UiTM tetap dihatiku....



UiTM Di Hatiku

Wujudmu di sini
Di tanah anak merdeka
Bagai obor ilmu
Memayungi putra-putrinya
Pelopor hidup,budaya bangsa,agama,negara
Pembentuk akhlak manusia
Agar jadi sempurna

Ku yang melangkah di sini ingin mempelajari
Rahsia di muka bumi dengan cara hakiki
Tunjukkan aku jalan ilmumu untukku menuju
Destinasi cita-cita negara dan bangsaku

Majulah bangsa
Maju negara
Berkat usaha jaya MARA
Kami berikrar akan berjasa
Hingga kita berjaya
Demi bangsa

Watikah yang ku miliki kan ku semat dihati
Janji ku pada pertiwi untuk menabur bakti
Ku sempurnakan seikhlas hati membela negara
Doa restu ayah bonda ku untuk mu semua

UiTM...USAHA,TAQWA,MULIA

Komposer & Lirik: Osman Mohamed


Wawasan Setia Warga UiTM

Bersatu kita warga UiTM
Kita bangsa perkasa
Taat dan setiaku untuk negara
Penuh semangat waja

Kita...jangan mudah terlupa
pengorbanan, perjuangan anak bangsa
Kita...jangan mudah terleka
kemajuan,keamanan yang ada
Kita...berterima kasih
pada pemimpin-pemimpin negara
Kita… rasa penuh bersyukur
kerahmatan, kemuliaan darinya

Kamilah pendokong, pewaris bangsa
Kamilah pendaulat, bangsa Malaysia
Kamilah warga berwawasan

Untuk Negaraku.

Komposer: Sahar Sa’di Hashim
Lirik: Dato’ Prof. Dr. Ahmad. Hj. Zainuddin

Satu kisah...




Bila sebut pasal tabika, yang orang ramai nampak adalah bangunan yang berwarna-warni dan budak-budak yang bersih dan wangi. Ramai yang tidak tahu bukannya semua tabika macam tu. Lebih-lebih lagi kalau Tabika tu dibawah projek NKRA. Serba serbi dengan kekurangan.  Tabika yang tidak dilengkapi dengan tandas, elektrik, air dan dapur memang cukup menguji kami di dalam mendidik kanak-kanak dalam mengenal ilmu.
  
Dulu sebelum aku menjejakkan kaki ke pulau, bermacam-macam yang bermain di fikiranku.. Tentang kanak-kanak pulau, suasana pulau.. Gerun aku rasakan. Tentu kanak-kanak pulau dan darat berbeza. Namun ia tidaklah seperti apa yang aku sangkakan.  Kanak-kanak pulau pun comel-comel juga. Cuma , biasalah, masalah kulit dan kebersihan. Kalau boleh diberi bintang, aku akan bagi 3/5 bintang. Not bad right? =)


Bayangkan kalau kita ada 100 orang pelajar sudah pasti kita ada 100 orang kanak-kanak yang bermacam ragam dengan 100 orang mak dan 100 orang bapa yang perangai mereka lagi lah memeningkan kepala. Susah nak terangkan.  Kita cakap A, dia cakap B…. =)… Terutamanya kanak-kanak yang berstatus bukan warganegara.  Macam aku, dari 27 orang kanak-kanak 13 orang berstatus bukan warganegara.  Amat rumit nak urus.  Terutamanya dalam tuntutan makan, GPK, buku, baju, … Tapi bila difikirkan, apalah dosa kanak-kanak ini.. Mereka juga mempunyai hak dalam menuntut ilmu.  Akhirnya aku relakan. Kerana setiap kanak-kanak mempunyai rezeki masing-masing.


Sememangnya kita tidak dapat nak memuaskan hati semua manusia yang menghantar anaknya kepada kita. Apa pun dengan keadaan anak yang pada awalnya menulis dan membaca pun tak tahu tetapi akhirnya boleh menguasai membaca, menulis dan mengira pada pandangan saya itu sudah lebih dari cukup. Masyarakat tidak tahu dan sengaja tidak mahu ambil tahu akan peranan seorang guru tabika. Adakalanya guru-guru tabika ni langsung tidak di hargai (ye ke?). Kalau di perhatikan mereka inilah yang telah bersusah-payah mendidik anak-anak sedari usia muda.



Selama 5 bulan aku menceburi diri dengan mengajar kanak-kanak ini dan yang paling aku suka ialah telatah mereka.  Pernah seorang kanak-kanak berbisik sesuatu dengan aku dalam bahasa mereka, Bajau Ubian ( walaupun sebenarnya aku tak faham apa-apa=) ) datang lagi seorang kanak-kanak. Caranya macam ingin berbisik sesuatu juga denganku. Ku rendahkan diri supaya mudah baginya membisikkan apa yang ingin  dibicarakan. Namun andaianku silap.  Rupanya dia datang dan terus mencium aku di pipi..  kanak-kanak lain terus bertepuk tangan.. blur aku dibuatnya…. =)

Awal persekolahan selalunya memang menjadi masalah kerana masa itu lah mereka di pisahkan dari rumah dan untuk ke tempat baru bukan semua murid boleh menerimanya. Walaupun tugas mendidik ini sememangnya berat tetapi aku suka melakukannya. Aku rasa puas apabila aku berjaya membuat kanak-kanak  ini membaca.  Semasa mengajar mereka aku dapat rasakan bahawa mereka ni bukanlah bodoh cuma tidak kena dengan kaedah itu saja… =).. aku pun masih belajar untuk mengajar menggunakan pelbagai kaedah.

Duduk dengan budak-budak ni membuatkan aku merasa semakin hari aku semakin muda dan tidak pernah merasa umur ni semakin hari semakin meningkat.   ( ^_^ )




12 Mei 2012

Perdebatan : Aurat




Gadis Liberal :
“Salam ustaz…..sorry for disturbing youI just want to ask something from you…!!”

Ustaz :
“Ok silakan……what you want to know…

Gadis Liberal :
Ustaz it is true…perempuan tak menutup aurat ni jahat….?

Ustaz :
“Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!

Gadis Liberal :
No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai wanita yang pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit namanya ustaz…..”

Ustaz :
“Sekurang –kurangnya mereka menutup aurat….dosa tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina

Gadis Liberal :
“Ha ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!”
“Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”

Ustaz :
“Hai….macam perli saya aje ni….?”

Gadis Liberal :
“Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!”

Ustaz :
“Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga kehormatan mereka

Gadis Liberal :
“Habis tu ustaz…salah orang perempuanlah ye kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?”

Ustaz :
“Bukan itu maksud saya…….apa yang saya nak katakana ialah…orang perempuan sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual.”….

“Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?” 

Hilangnya sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya adalah syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!”

Gadis Liberal :
“Alah ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki”

Ustaz :
“Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah”


“Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.”

Gadis Liberal :
“Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak bertudung ni….?”

Ustaz :
“Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!….menutup aurat itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!”

“Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!”

Gadis Liberal :
“Baiklah ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh supaya ustaz mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?”

Ustaz :
“Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita akan dipotong….

jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam neraka.”

“Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.”

Gadis Liberal :
“Oh ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka “ the liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”

Ustaz :
“Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?”

“Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah…… 

”please don’t make your life as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan harapan yang tak pasti…..” 

Jika kita menyatakan kita kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”

“Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya”

Gadis Liberal :
“Hu huh u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz ni…..barulah saya faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya tu betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk saya…mau menangis saya nanti…..”

Ustaz :
“Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah”

Gadis Liberal :
“Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa insaf sangat…..terima kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa saya…..”

Ustaz :
“Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..!!”

Updates Melalui E-Mail