QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
29 Julai 2012

Menilai sebuah kejujuran








KEJUJURAN adalah tanda bukti keimanan. Orang mukmin pasti jujur. Kalau tidak jujur, keimanannya sedang diserang penyakit munafik.


Suatu ketika seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah mungkin seorang mukmin itu kedekut?”

Baginda menjawab: “Mungkin saja.” Sahabat bertanya lagi: “Apakah mungkin seorang mukmin bersifat pengecut?” Rasulullah SAW menjawab: “Mungkin saja.” Sahabat bertanya lagi: “Apakah mungkin seorang mukmin berdusta?” Rasulullah SAW menjawab: “Tidak.” (HR Imam Malik dalam kitab Al-Muwaththa’)

Apa yang boleh dipelajari daripada hadis ini ialah seorang mukmin tidak mungkin melakukan pembohongan.

Kejujuran adalah pangkal semua perbuatan baik manusia. Tidak ada perbuatan dan ucapan baik kecuali kejujuran.

Oleh sebab itu, Allah menyuruh orang-orang mukmin agar selalu berkata benar dan berlaku jujur. Ini diperintah oleh Allah melalui firman-Nya yang bermaksud:

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang jujur dan benar. (al-Ahzab: 70)

Rasulullah SAW bersabda:

“Kamu semua wajib bersikap jujur kerana kejujuran akan membawa kepada kebaikan dan kebaikan akan membawa kepada syurga”. (HR Ahmad, Muslim, at-Tirmizi, Ibnu Hibban)

Kejujuranlah yang menjadikan Ka’b bin Malik mendapat keampunan langsung dari langit sebagaimana Allah jelaskan dalam surah at-Taubah. 



Kejujuranlah yang menyelamatkan bahtera kebahagiaan keluarga dan kejujuran pulalah yang menyelamatkan seorang Muslim daripada seksa api neraka di kemudian hari.



Kejujuran adalah tiang agama, sendi akhlak, dan pokok kemanusiaan manusia. Tanpa kejujuran, agama tidak lengkap, akhlak tidak sempurna, dan seorang manusia tidak sempurna menjadi manusia.

Di sinilah pentingnya kejujuran bagi kehidupan. Rasulullah SAW bersabda:

“Tetap berpegang eratlah pada kejujuran. Walau kamu seakan-akan melihat kehancuran dalam berpegang teguh pada kejujuran, tapi yakinlah bahwa di dalam kejujuran itu terdapat keselamatan.” (HR Abu Dunya)

Ada tiga tingkatan kejujuran :

  •     Pertama, kejujuran dalam ucapan, iaitu kesesuaian ucapan dengan realiti.
  •     Kedua, kejujuran dalam perbuatan, iaitu kesesuaian antara ucapan dan perbuatan.
  •     Ketiga, kejujuran dalam niat, iaitu kejujuran tertinggi di mana ucapan dan perbuatan semuanya hanya untuk Allah.

Seorang mukmin tidak cukup hanya jujur dalam ucapan dan perbuatan, tapi harus jujur dalam niat sehingga semua ucapan, perbuatan, tindakan dan keputusan harus berlandaskan mencari keredaan Allah.

Jelaslah kejujuran memainkan peranan penting dalam kehidupan seorang Islam yang ingin mencari kebahagiaan di dunia dan akhirat.



Seorang yang jujur tidak akan berdolak-dalik apatah lagi bermain kata-kata apabila berhadapan dengan sesuatu perkara.



Jika dia berada di pihak yang benar sudah pasti dia tidak akan takut untuk menzahirkan kejujuran atas keyakinan bahawa kebenaran pasti mengalahkan kebatilan.

Kejujuran inilah yang mendorong Umar Ibnul-Khattab memiliki tanggung jawab luar biasa dalam memerintah khilafah Islamiyah sehingga pernah berkata, “Seandainya ada seekor keledai terperosok di Baghdad (padahal beliau berada di Madinah), pasti Umar akan ditanya kelak: “Mengapa tidak kau ratakan jalan untuknya?”

Bangsa yang tak henti-hentinya diterpa musibah dan krisis sangat memerlukan manusia-manusia jujur, baik dalam ucapan, perbuatan, mahupun niat.



 Adaptasi oleh ZULKIFLI BAKAR

(Tulisan asal : Achmad Satori Ismail)

Cara terbaik buat isteri kepada suami





*BismillahirRahmaanirRahiim *
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Ustaz, saya ingin menjadi seorang isteri yang dapat membahagiakan suami dan hidup diredhai Allah. Saya ingin meminta pendapat, bagaimanakah cara terbaik bagi menambat hati suami dalam mewujudkan rumah tangga yang bahagia dan diberkati?

Maka Ustaz Azhar Idrus memberikan perincian berikut sebagai jawapan kepada soalan di atas:

  • Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana dia menghormati & menyayangi keluarganya sendiri.

  • Isteri yang sentiasa menjaga aurat daripada pandangan yg bukan muhrimnya & pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami.

  • Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka.

  • Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan dengan perintah agama.

  • Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagian dari sebarang masalah kerja.

  • Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya. Begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami.

  • Isteri perlu bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir.

  • Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasandan& kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suaminya tidak mampu menunaikan.

  • Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat atau pun dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai isteri & ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.

  • Berdiam diri sambil mendengar sewaktu suami bercakap.

  • Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batin suami sewaktu diperlukan.

  • Isteri yang sentiasa menghias diri apabila di hadapan suami dan sebaliknya pula apabila ketiadaan suami.

  • Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluan suami daripada keperluannya sendiri.

  • Isteri yang sentiasa bersikap malu kepada suaminya, bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya.

  • Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu sewaktu hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman sewaktu suaminya pulang.









Updates Melalui E-Mail