QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
16 September 2012

Buatmu



Dirimu adalah...
Sebuah sketsa wajah yang belum tergambar...
Sebuah nama yang urutan abjadnya belum terangkai...
Sebuah misteri yang masih berada dalam genggaman kuasa-Nya..

Menanti hadirnya dirimu membuatku banyak belajar...

Belajar tentang kebersendirian...
Bahawa kebersendirian bukanlah sesuatu yang memalukan...
Kerana kebersendirian membuatku lebih terjaga...
Kerana kebersendirian membuatku semakin mengenal dan mencintai-Nya...

Belajar tentang kebersamaan...
Bahwa kebersamaan yang kini ku rasakan pasti akan berlalu suatu saat nanti...
Kerana kebersamaanku dengan orang tuaku, teman-temanku dan orang-orang yang ku cintai juga sebahagian dari putaran kehidupan yang akan berakhir pada waktunya...

Belajar tentang cinta...
Bahawa cinta-Nya adalah cinta yang teragung...
Kerana cinta-Nya aku masih berada disini sampai detik ini...
Kerana cinta-Nya pula kelak kita akan dipertemukan... Insya Allah

Belajar tentang kesabaran...
Sabar itu seperti menanti lumpur mengendap hingga menghasilkan air yang jernih...
Laksana tanah yang merindukan sejuknya titisan hujan dari langit-Nya...
Detik demi detik berlalu, hadirnya dirimu adalah kepastian-Nya yang selalu ku yakini,
meski aku tak pernah tahu bila saat indah itu akan tiba...
14 September 2012

Pesanan buat diri

Pesan pada diri,
Jangan tersalah memberikan HATI,
Pada insan yang tak sudi,
Pada insan yang tak mengerti,
Kerana, sekali kau memberi,
Selamanya dia di HATI,
Apabila sesekali kau dilukai,
Sampai bila-bila tetap kau akan ingati

Pesan pada diri,
Berhati-hatilah dalam memberikan HATI,
Berikan ia hanya pada insan yang tahu menghargai,
Sebab nilai sekeping HATI
Amatlah tinggi,
Jangan sampai membuat
Hati terasa dinodai~



2 September 2012

Sunnah Nabi (i)



Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Tahajjud kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. 

Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Jaga solat dhuha kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.




Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur :-

  • Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
  •  Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.
  • Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
  • Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
  • Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.
  • Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan.

Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki.Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah. Tutup aurat ketika tidur.

Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, dibawahnya Syaitan/ Jin Betina.Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa, Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai “bapa-bapa angkat” mereka ketika kita bersetubuh dulu.



sama-samalah kita mengamalkan sunnah-sunnah baginda.. dan jangan lupa untuk sentiasa berselawat ke atas Nabi

Updates Melalui E-Mail