QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
21 Mei 2010

siapakah kita?


perempuan,
apabila teruna memerhatikan dikau,
kau membalas renungan matanya.
pabila teruna mendekati selangkah,
kau datang berpuluh langkah.
pabila teruna memujuk rayu,
kau lemah dalam pangkuannya.
pabila teruna memberi harapan,
kau hanyut dalam angan langkah....



muslimah,
pabila teruna memandang dikau,
kau tunduk mengelak panah syaitan.
pabila teruna mendekati selangkah,
kau berundur seribu langkah.
pabila teruna memujuk rayu,
kau anggap itu kalimah iblis syaitan.
pabila teruna menutur harapan indah,
kau yakin janji-Nya lebih indah dan bahagia di sana.
kerna kau mengerti dan menyedari
akan erti maruah peribadi sejati
yang di selaputi iman yang hakiki
yg tidak semudah itu....


#siapakah diri kita?.........renung-renungkan lah sejenak

14 Mei 2010

Kunci Persahabatan Yang Baik

Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan, tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.

Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain, orang lain akan menghormati anda juga.

Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.

Hargai pendapat satu sama lain.

Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam. Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.

Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda. Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.

Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress) menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan

perasaan ... dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.

Belajar daripada satu sama lain.

Jangan mengata di belakang kawan anda.

Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.



12 Mei 2010

sekadar pendapat..(^_~)



bismillahirahmanirahim....alhamdulillah besyukur aku atas limpah kurnia yang Engkau berikan kepadaku selama ini...segala ilmu dan ilham yg Engkau kurniakan terlalu sedikit untuk ku berbangga.... dan aku tak boleh sama sekali berbangga dengannya kerana ilmu ini milik MU ya Allah....terasa kerdil diri ini mengakui dan di anggap alim. kerana ku sedar jika diberikan ilmu yg seluas lautanpun, pasti tidak dapat ku tandingi ilmu Mu ya Allah....dan mustahil bagi ku untuk berbangga kerana semua ini milikMU.
10 Mei 2010

selamat hari ibu..


9 Mei 2010

Final Year Project (proposal)




...tak menang tak ape...
..jnji happy..
(.^_^.)

8 Mei 2010

menangislah wahai diriku...

nangis lah wahai diri...andai itu yg mampu merawat kelukaan di hatimu....ssungguhnya engkau tidak perlu malu untuk menangis dalam situasi ini...kau ingin mmbuat kebajikan namun dirimu sering di salah ertikan. semoga dengan tangisan yg bermakna menjadi titik mula dalam pengubatan alternatif dan yg lebih penting lg, menangislah kerana Allah swt yg amat tinggi nilainya....



Updates Melalui E-Mail