Hadis ini di sokong oleh beberapa data yang diperolehi dari kajian yang di jalankan di Amerika Syarikat terhadap penyakit Sudden Cardiac Death (SCD). Statistik tersebut menunjukan bahawa:
"Antara tanda-tanda kiamat adalah... berleluasanya mati secara tiba-tiba (mendadak)"
(Riwayat al-Tabrani dalam al-Saghir)
- Lebih kurang 325,000 orang meninggal setiap tahun di Amerika Syarikat
- SCD mencatatkan jumlah kematian yang lebih tinggi berbanding kanser paru-paru, kanser payudara dan AIDS
- Lebih kurang 40% meninggal sendiri tanpa kehadiran sesiapa yang dikenali atau tidak dikenali. Inilah yang meningkatkan risiko kematian kerana tidak sempat mendapat pertolongan daripada sesiapa sahaja yang berada berdekatan ketika penyakit jantung menyerang.
- Jumlah kematian lelaki berbanding wanita 3:1. Ini bermakna lelaki mempunyai risiko mati secara tiba-tiba tiga kali ganda berbanding wanita.

#sumber: SOLUSI isu no.17

