Buat adik-adikku..
Pergilah..pergilah ke negeri orang
Timbalah ilmu sebanyak mungkin
jadikanlah dirimu insan yang berilmu
biar kita miskin harta tapi bukan ilmu dan maruah..
Teruskan perjuanganmu dimedan ilmu..
Rumah ini akan sunyi dengan pemergianmu..
namun riwayat al-Bukhari, Muslim, Malik, al-Tirmizi dan al-Nisa'i daripada Abu Hurairah r.a ini mengikhlaskannya
"Tujuh golongan yang ALLAH akan naungi mereka di bawah naunganNya pada tiada hari naungan melainkan naunganNya sahaja. Antaranya ialah dua orang yang berkasih sayang kerana ALLAH. Mereka berhimpun atau bertemu kerana ALLAH dan berpisahpun kerana ALLAH."
Doa kami disini semoga kamu di permudahkan olehNYA... Belajarlah bersungguh-sungguh. Jangan hampakan harapan kedua orang tua kita..Mereka mengharapkan yang terbaik dari kita...Renungilah mata mereka sewaktu melepaskan kita pergi untuk merentasai lautan China Selatan. Di situ ada harapan yang mereka tidak dapat gapai sewaktu usia mereka sebaya kita...












