QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
27 Disember 2010

Harapan daripada kematian

Andai mula menyedari kematian itu suatu yang pasti, bergeraklah untuk menyediakan bekalan untuk kemudian hari. Agar ia menjadi ‘santapan’ untuk kehidupan abadi di sana nanti. Mereka yang telah pergi, tidak akan kembali lagi. Hanya kita yang masih menghuni dunia, punya janji dan amanah untuk dipenuhi. Ambillah iktibar dan pengajaran selagi masih ada ruang untuk bernafas dalam kehidupan.

Peringatan daripada dua neraca

Sebaik-baik pakaian adalah takwa. Hanya dengan ketakwaan sebenar kepada ALLAH, menjadikan seseorang itu redha dan tunduk kepada setiap suruhan dan laranganNYA. Tubuh yang cantik dan indah bukan tiket untuk meraih perhatian manusia, tetapi sebagai ujian ketaatan selaku hamba kepadaNYA .
26 Disember 2010

Bunga Yang Cantik Jarang Harum

Wanita sinonim dengan kecantikan. Istilah "cermin" dalam bahasa Arab dekat sangat dengan wanita – kerana cermin itu dekat pula dengan kecantikan. Bercermin untuk kelihatan cantik. Ke mana-mana wanita pergi, cermin ada di sisi.Bagi yang tidak cantik bagaimana? Mereka bukan wanita?

Tunggu dulu, setiap yang Allah cipta pasti indah kerana Allah itu Maha Indah dan suka pada keindahan. Tuhan tidak mencipta manusia hodoh, Tuhan hanya mencipta manusia dengan kecantikan berbeza. Jadi, ingat itu... setiap wanita berhak untuk cantik!

Soalnya, di manakah letaknya kecantikan sebenar pada seorang wanita?
17 Disember 2010

I Luv You, Before I Met You

Ingin menyayangi dan disayangi adalah fitrah setiap manusia. Bohonglah sesiapa yang mengatakan "aku tak perlukan sesiapa dalam hidup... hidup matiku hanya untuk Allah." Rasullah sendiri pernah menegur seorang lelaki yang sanggup berlapar dan enggan berkahwin semata-mata ingin mengabdikan diri kepada Allah.
16 Disember 2010

Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki?

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.

Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Memanfaatkan Internet Untuk Amal Soleh

Pada masa kini secara umumnya ramai yang telah didedahkan dan berkemahiran untuk menggunakan kemudahan internet sejajar dengan perkembangan sains dan teknologi. Dengan kemudahan internet, semua kebaikan dan keburukan berada di hujung jari anda.


Terdapat tiga golongan yang menggunakan kemudahan internet ini :

Updates Melalui E-Mail