QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
1 Jun 2011

Diari: Rahsia Huruf Pada Nama



Sesungguhnya ciptaan Allah SWT adalah sebaik - baik penciptaan, dan sesungguhnya tiada siapa yang mampu menandingi ketentuanNya.. Namun, disebalik penciptaan itu, terdapat banyak rahsia yang terkandung, yang mana belum tentu dapat diterokai oleh akal manusia.

Cuma, ilmu boleh di pelajari, bermacam macam cara, melalui pengalaman, kajian dan sebagainya. Samada tepat atau tidak, kita hanya meneroka, yang lain berserah padaNya. 

Personaliti manusia ini banyak dikaitkan dengan beberapa keadaan, yang mana tahap kesahihan adalah diragui, tapi kita sebagai seorang yang berakal ini mampu berfikir secara rasional penemuan penemuan tersebut.
30 Mei 2011

Panduan Atasi Zina Hati

Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan.

Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.
26 Mei 2011

Di hari yang pasti..

untuk anta-anta dan enti-enti sekalian...

"ya Allah, andai aku rindu, biarlah rinduku bersulam taqwa. Andai aku sayang, biarlah sayangku kerana dakwah!

aminnnnn"            

~ *hanya Allah yang tahu*
19 Mei 2011

Cinta dalam diam

man ‘asyaqa fakatama wa ‘afa famata fahua syahid

 Maksudnya:

“Sesiapa yang jatuh cinta,kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang yang syahid.”

maaf ..hadis ni tak pasti sahih atau dhaif..tapi cuma jadikan ianya sebagai satu kalimah bagi memperingati diri kita sebagai muslimah dan jadikan ianya semangat untuk diri kita terus menjadi mujahidah...amin...mari la kita sama-sama  muhasabah cinta.

Konvokesyen



Hari ini dan semalam hari baik, Alhamdulillah buat segala yang berlaku. Tahniah buat yang diraikan pada tarikh yang sama jika dirinya masih mengingati. Tahniah, moga terus berbakti dan terus menerus menuntut ilmu buat alam pekerjaan.  Mendengar keputusan yang begitu panjang, kekal abadi tiada matinya lagi buat kita semua. Selamat berkonvokesyen buat yang telah, sedang dan akan berkonvokesyen.




Moga-moga peluang kita sama-sama berkonvokesyen di sini menjadi memori bersama sebelum KONVOKESYEN di bawah Arasy yang dijanjikan buat 7 golongan terbaik. Moga aku dan kalian sekalian pembaca termasuk salah seorang dari penerima anugerah yang memiliki sekurang-kurangnya 1 daripada 7 ciri-ciri graduan TERBILANG dalam kursus kehidupan yang berbeza jangka waktu mula dan tamatnya.

"Menuntut ilmu biar lepas dari ladang sembelihan potensi, ladang pengebumian ilmu dan ladang kematian mahasiswa yang diatasnamakan sebuah KONVOKESYEN... sepertimana yang digariskan oleh Maududi yang mencari nyawa-nyawa anak muda Islam yang masih hidup dicelahan ribuan mahasiswa yang disembelih dengan simboliknya sebuah skrol ijazah... "- Ilham Tuhanku buat makhluk-Nya yang hina lagi lemah.

Moga dipermudahkan jalanku menjauhi Neraka dan mendekati Syurga. Musafir selama dua tahun setengah ini dengan memakan perjalanan ratusan kilometer telah tamat pada hari ini.. Kepingin sekali ku menambah teman-teman berbual yang takkan pernah meninggalkan aku dalam perjalanan pergi dan balik yang dekat dimata tapi kekal disaat nanti. Moga kenderaanku dalam keadaan baik buat memudahkan urusanku bergerak. Moga dipermudahkan jua pemergian. Moga diperindahkan jua jalan-jalan pergi dan pulang ku.


10 Mei 2011

Usaha mencari jodoh bagi kaum wanita

Jodoh itu telah ditetapkan, bezanya sama ada kita mendapatkannya dengan cara mulia atau cara hina. Pilihlah

01. Berusaha menyediakan diri sebagai produk ‘solehah’ yang diidam-idamkan. Biasanya produk ‘solehah’ yang bermutu tinggi dari segi agama dan akhlaknya mempunyai permintaan tinggi di dunia dan akhirat. Apabila sesuai masanya  dan tepat orangnya, serahkanlah ‘kesediaan hati’ anda untuk dirisik dan dipinang dengan jalan yang syarak

Updates Melalui E-Mail