QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
28 Ogos 2011

Untukmu bakal "IMAM"ku


Hati ini ingin dicintai dan mencintai
Itulah fitrah manusia
Namun aku terlalu takut
Jika aku tersungkur dengan cinta nafsu
Yang hanya memberikan kekecewaan daripada kegembiraan
Tidak seperti cinta hakiki, cinta Illahi
Yang sentiasa memberiku kebahagiaan, keimanan
Juga semangat dalam berjuang untuk aku menggapai cintaNya..

Sungguhku tahu diri ini tidak layak dambakan mujahid yang hatinya pada perjuangan Islam
Namun pasti seburuk mana pun seseorang itu pasti akan dambakan yang terbaik
Begitulah juga diriku yang hina dan kerdil ini..

Aku dambakan mujahid berhati perjuangan Islam
Bersemangat dalam dakwahnya
Untuk berjihad di jalan Allah
Memimpin pejuang Islam selain dirinya ke arah-Nya
Agar aku merasa semangatnya dan bersama dalam perjuangan ini..

Aku dambakan mujahid yang faham dan kenal agamanya
Tahu apa hukum hakamnya dan amalkannya
Agar hanya yang halal akan menghiasi rumahtangga kami
Namun tidaklahku dambakan ustaz mahupun tahfiz berjiwa besar
Cukup sekadar mujahid berjiwa tafaqquh fiddin..

Aku dambakan mujahid yang cinta utamanya Allah dan Rasulullah
Agar bertambah kekuatanku untuk sama mencintai-Nya dan Rasul-Nya
Kerana dia akan sering bercerita tentang cintanya kepada Allah dan Rasul-Nya
Yang akan melakar keindahan dalam hubungan kami
Semuanya kerana Allah dan Rasul-Nya..

Aku dambakan mujahid yang yakin pada kepimpinannya
Yang menghiasi keluarga kami dengan kehidupan pasangan muslim yang besar jiwa Islamnya
Agar kami menjadi keluarga bahagia berjiwa Islam
Dengan lahirnya anak soleh dan solehah
Yang menjadi tinggalan setelah kami ‘pergi’
Kerana kurangnya keluarga yang berjiwa Islam pada zaman kini
Yang padaku segalanya bermula daripada si suami
Yang memimpin dan menerapkan Islam dalam keluarganya
Jatuh nakhoda, karamlah kapalnya..

Aku dambakan mujahid yang tinggi rasa tanggungjawabnya
Agar bijak merancang apa yang perlu dalam keluarga kami
Memberi nafkah pada diriku juga kelahiran kami nanti
Membantuku dalam melakukan kerja-kerja kediaman kami
Sungguhpun aku tahu itu tanggungjawabku
Tetapi aku juga mahu dia turut sama membantuku
Untuk meringankan kerjaku..

Aku dambakan mujahid yang ikhlas juga penyayang hatinya
Untuk mencintaiku setulusnya
Menerimaku seadanya
Menegur juga memperbetulku tika ada salahnya..

Kerana aku akan berusaha untuk mencintaimu setulusnya
Menerimamu seadanya
Menegur dan memperbetul dirimu tika kau ada salahnya
Walau kita tidak pernah bersua juga berbicara cinta sebelum kita bersama
Mencintai dan dicintai kerana Allah...
°♥°
27 Ogos 2011

Kelebihan Umat Muhammad




Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata, “Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W EMPAT kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:

••► Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima di sebarang tempat oleh Allah S.W.T..

••► Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian..

••► Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka..

••► Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W derhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W..
26 Ogos 2011

Yang Terakhir Yang Terindah

Sebulan itu 30 hari. Rasulullah membahagikan Ramadhan itu kepada tiga fasa. Fasa pertama adalah rahmat, fasa kedua pula keampunan dan fasa terakhir adalah perlepasan dari api neraka. Secara mudahnya 10 hari pertama adalah untuk rahmat, 10 hari kedua untuk keampunan dan 10 hari ketiga adalah jaminan pelepasan dari api neraka.

Ramadhan dikurniakan kepada umat Muhammad dengan kelebihan-kelebihan tertentu. Antara yang terdapat dalam bulan ini dan tidak terdapat dalam era orang-orang terdahulu adalah Lailatul Qadar. Ulama berpendapat bahawa malam istimewa ini berada di celahan malam-malam 10 terakhir Ramadhan. Dan juga berada pada malam yang bernombor ganjil seperti 21, 23, 25, 27, 28, 29. Wallahua'lam. Namun sekali mendapatnya, pasti tergolong dari kalangan jutawan ibadah. Cukup bernilai hadiah yang dikurniakan Allah kepada umat Muhammad.


Ramadhan juga menyimpan beberapa peristiwa besar Islam iaitu penurunan al-Quran, dari Luh Mahfuuz ke langit dunia secara sekaligus sebelum di kecil-kecilkan penurunannya ke dalam hati Rasulullah mengikut suasana samada berupa jawapan kepada soalan masyarakat dan juga menjadi asbab untuk lebih senang mengingati al-Quran itu sendiri.

Tiga fasa yang disebutkan tadi, walaupun mudah dan senang saja bunyinya, namun untuk melepasinya dengan cemerlang, agak sukar kecuali bagi orang yang punya keazaman yang kuat dan istiqamah yang tinggi. Untuk itu, mintalah bantuan dari Allah, kerana tanpa bantuan dariNya, mustahil untuk kita mencapai target kejayaan Ramadhan kali ini.

Semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang terbaik bagi kita semua. Insya-Allah. Wallahua'lam.



Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
(Surah Al-Qadr 97: Ayat ke 4 )

Sayu Api Pelita

Disaat entri ini ditulis, ramadhan akan meninggalkan kita dalam masa satu/dua hari sahaja lagi. Bulan keberkatan, rahmat, keampunan sudah hampir menutup tirainya. Syaitan-syaitan hampir dilepaskan belenggunya, pintu neraka hampir dibuka. Namun kita sebagai manusia (termasuk diri ini), masih terleka dengan kegembiraan syawal lebih dari kelebihan ramadhan yang disebut.


Firman Allah dalam surah Al-Baqarah : 183

"Wahai orang-orang Yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."

Dalam ayat diatas jelas menunjukkan kesan terhadap orang-orang yang berpuasa adalah sejauh mana taqwanya meningkat. Kita? Adakah taqwa kita meningkat? Sesungguhnya untunglah orang-orang yang berjaya mendapat kesan yang dijamin oleh ALLAH ayat diatas. Siapakah orang-orang tersebut?


Mereka ialah orang orang merasai terkesannya diri untuk menjadi lebih baik, gembira sewaktu kedatangan ramadhan dan sedih sewaktu pemergiannya. Mengapa mereka merasai begitu? Sudah tentulah kerana ganjaran dan kebaikannya tidak ada di dalam bulan-bulan lain.



Antara kelebihan ramadhan ialah :

Pahala kebaikan digandakan. MasyaALLAH. Bayangkan kalau diluar ramadhan setiap satu kebaikan akan diberi sepuluh ganjaran, apatah lagi ramadhan?  Sebagai contoh, dengan membaca al-Quran, ganjarannya mengikut berapa huruf yang dibaca. Jika satu surah al-Fatihah di baca pada luar bulan ramadhan, setiap huruf di beri ganjaran sepuluh kebaikan. Jika dibulan ramadhan, hanya dengan surah al-fatihah berganda-ganda ganjarannya.  Apatah lagi yang menghabiskan satu Al-Quran. Begitu juga sedeqah dan sebagainya.

Allah membuka pintu keampunan seluas-luasnya. Sedangkan Rasulullah yang ma'sum pon setiap hari bertaubat kepada ALLAH, inikan lagi kita, manusia biasa, yang tidak diberi apa-apa jaminan syurga. Hanya orang-orang bijak sahaja yang mengambil peluang sehabis baik meminta keampunan di bulan ini. Setiap tangisan airmata yang keluar ikhlas kerana ALLAH itulah yang akan membantu menyelamatkan kita dari seksaan azab api neraka.

Malam LailatulQadr. Ganjaran yang ada pada malam ini sama seperti beribadat selama 1000 bulan atau bersamaan dengan 83 tahun. Mengikut salah satu pendapat ulama' berdasarkan nas-nas, ia berlaku pada sepuluh malam ganjil sepuluh terakhir bulan ramadhan. Semua ciptaan ALLAH tunduk sujud dengan cara tersendiri pada malam itu, inikan lagi manusia, yang diberi aqal, mereka perlulah lebih berusaha mencari malam ini.

Seperti firman Allah dalam (Surah Al-Qadr : 1-5)

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar, dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu? malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut); sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"

Doa dimakbulkan. Antara doa-doa akan ALLAH akan makbulkan dengan hebat ialah doa orang-orang yang berpuasa. Itupun jika puasa dilakukan dengan bersungguh-sungguh.  Berusaha untuk mencapainya, bukan setakat berdoa sahaja.




Dengan pemergian Ramadhan pada kali ini diharapkan memberi satu kekuatan dan latihan untuk terus istiqamah dalam melakukan amalan-amalan. Oleh itu wahai rakan sekalian, sambutlah aidilfitri dengan kegembiraan yang berpada-pada, janganlah sampai menjadikan syawal sebagai hari balas dendam atas segala apa yang kita tahan selama bulan ramadhan.

Kepada yang berusaha pergi bertarawikh di surau pada bulan ramadhan, teruskan usahamu untuk berjamaah fardhu di luar bulan ramadhan.

Kepada mereka yang berusaha berhenti merokok pada bulan ramadhan, teruskan usaha anda untuk berhenti merokok.

Kepada yang selalu menahan diri untuk mencarut pada bulan ramadhan, jaga mulutmu dari perkataan-perkataan yang tidak berguna itu selepas ramadhan.

Kepada mereka yang letih sujud berqiamullail pada bulan ramadhan, teruskan dengan bangun malam itu sepertimana kau mencari LailatulQadr di bulan ramadhan.

Kepada mereka yang menahan diri dari berdating dengan temanmu di bulan ramadhan teruskan usahamu membina pertalian suci diantara dua hati yang bukan muhrim.

Kepada mereka yang menahan nafsu daripada melakukan perkara-perkara yang terjurus kepada kelucahan semasa bulan ramadhan, jadikan syawal dan bulan-bulan seterusnya sebagai permulaan kepada pengakhiran.

Kepada mereka yang berusaha menutup aurat untuk bertarawikh di surau pada bulan ramadhan, teruskan usaha sucimu itu dibulan-ulan seterusnya. Agar ia menjadi kebiasaanmu kelak.

Dan begitulah selanjutnya, jadikanlah ramadhan sebagai latihan untuk kamu menjadi insan yang lebih berguna.

Hadith Rasulullah SAW:

"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan."
(Riwayat Ahmad dan At Tabrani daripada Anas)


Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
(Surah Al-Qadr 97: Ayat ke 5)


Sumber Text: Thahalatef

Fasal Terakhir



10 Malam Terakhir sudah menjengah.

Yang menjadikan 10 malam terakhir Ramadhan kali ini amat dikejari adalah kewujudan Lailatul Qadr. Satu malam yang istimewanya melebihi 1000 bulan. Ia bukannya sama dengan seribu bulan. Tetapi jauh lebih baik lagi.

Allah SWT sendiri mengisytiharkan sedemikian dalam firman-Nya:

"Sesungguhnya Kami menurunkannya di dalam malam Al-Qadr, dan adakah kau tahu apa itu Malam Al-Qadr? Malam Al-Qadr itu lebih baik dari sebulan bulan. Pada malam itu turunlah para malaikat, dan Ruh(Jibril) dengan izin Tuhan mereka untuk segala urusan. Sejahteralah malam itu sehingga terbitnya fajar." 
(Surah al-Qadar: Ayat 1-5)

Ini menyebabkan ramai yang teruja dengan Lailatul Qadr. Hendak ibadahnya dikira seakan-akan dia beribadah lebih dari 1000 bulan. Hendakkan dirinya terampun dan sebagainya.

Tetapi, bila dilihat-lihat kembali, seakan wujud satu lawak di dalam hal Lailatul Qadr orang kita.

Lailatul Qadr kamu, Lailatul Qadr aku


"Semalam Lailatul Qadr la."

"Eh, mana ada. Seingat aku dua hari lepas la."

"Ya Allah, sungguh, aku nampak tanda-tandanya."

"Mustahil lah. Dua hari lepas tu aku nampak tanda-tandanya, jelas sangat."



Mungkin ini antara perbualan yang anda akan dengari sekiranya anda kaki mendengar perbualan orang. Saya apabila mendengar perbualan ini dari rakan-rakan saya, saya hanya tersengih sahaja.

Boleh pula seorang kata lailatul qadr malam ini dan seorang lagi kata dua hari lepas. Mengapa ya?

Jawapannya mudah, seorang bangun qiamullail malam tadi, manakala seorang lagi bangun qiamullail dua hari lepas. Sedangkan pada dua hari lepas, yang berqiamullail hari ini tidak bangun, manakala pada hari ini, yang berqiamullail dua hari lepas tidak bangun.

Maka jadilah lailatul qadr kamu, dan lailatul qadr aku.

Masing-masing nak mengaku dirinya mendapat lailatul qadr, pada hari dia bangun.

Mencari, bukan menunggu

Rasulullah SAW dalam mengejar Lailatul Qadr telah menyatakan dengan jelas di dalam sabda baginda:

"Carilah Malam Al-Qadr itu pada malam ganjil ketika 10 malam terakhir." 
Hadith Sohih riwayat Bukhari.

Rasulullah SAW dengan terang dan jelas menyatakan: "Carilah"

Tiada perkataan 'menanti' atau 'menunggu' atau mana-mana yang sekaum dengannya.

Dan mencari ini adalah bukan dengan 'menunggu' petanda pelik-pelik seperti pokok sujud, langit terang, dan sebagainya. Mencari di sini adalah dengan kita bersungguh-sungguh mengisi 10 malam terakhir itu dengan ibadah kepada Allah SWT.



Hikmah disembunyikan Lailatul Qadr

Apakah hikmahnya Allah SWT menyembunyikan malam yang hebat penuh barakah ini? Yang Rasulullah SAW sabdakan sebagai:

"Barangsiapa yang mendirikan malam Al-Qadr dengan penuh keimanan dan berkira-kira, nescaya akan diampunkan buatnya segala dosanya." 
Hadith riwayat Bukhari.

Hikmahnya adalah tersembunyi di dalam ayat berikut:

"Adalah untuk melihat, di manakah antara kamu yang terbaik amalannya." 
(Surah al-Mulk: Ayat 2)

Lailatul Qadr bukanlah untuk mereka yang bermalas-malasan dan bermain-main dalam beribadah kepada Allah SWT. Bukan untuk mereka yang seakan-akan menanti durian runtuh sambil bergoyang kaki, menanti keampunan Allah dengan sambil lewa. Bukan dan bukan.

Lailatul Qadr adalah rezeki daripada Allah SWT yang diberikan hanya kepada mereka yang berusaha.

Anda bayangkan, bagi mereka yang mendirikan kesepuluh-sepuluh malam terakhir, apakah ada kemungkinan mereka akan terlepas Lailatul Qadr?

Semestinya tidak.

Tetapi untuk yang lip lap lip lap?

Banyak lompong untuk Lailatul Qadr bolos dari pelukan mereka.

Ternyata, Lailatul Qadr hanya untuk hamba Allah yang benar-benar bersungguh berusaha.

Jangan bermimpi hendak mendapatkan syurga dengan bermain-main.

Dan perkara ini jelas menunjukkan kepada kita betapa perkara besar seperti keampunan Allah, rahmat-Nya, syurga-Nya, malam yang lebih baik dari 1000 bulan, bukanlah perkara yang kita boleh dapat dengan bernasib baik seakan-akan bermain loteri.

Tiada orang akan mendapat syurga dengan bermain-main.

Semua mendapatkannya dengan kesungguhan.

Begitulah mahalnya Al-Qadr.

Tidakkah kita memahami?

Dan untuk mereka yang telah berusaha bersungguh-sungguh

"Ala, kalau sungguh-sungguh daripada awal, tapi mungkin nanti malam lailatul qadr tu tertidur ke, kan sia-sia juga."

Mungkin sebahagian kita bagi alasan begitu pula.

Tak mengapa. Terlepas pun tak mengapa kalau kita dah sungguh-sungguh dari awal. Pada saya, orang yang bersungguh-sungguh dari awal, dia nampak kenapa dia beribadah, kenapa dia bersungguh-sungguh. Dia menyembah Allah, mengharap redha Allah. Bukannya dia menyembah lailatul qadr, mengharap redha malam itu kepadanya.

Dan jangan kita pandang enteng rahmat Allah SWT kepada orang yang berusaha mendekati-Nya dengan bersungguh-sungguh. Saya tak pernah rasa, bahawa Allah SWT akan mesia-siakan hamba-hamba-Nya yang bersungguh-sungguh itu. Orang yang bersungguh-sungguh ini, pastinya Allah akan berikan yang terbaik untuk-Nya.


Kalau tak dapat lailatul qadr, tapi dapat redha Allah, dapat pengampunan Allah, bukankah itu sudah dikira kemenangan?


Kalau dapat lailatul qadr, tapi kemudian tetap jadi manusia ingkar, tak ikut peraturan yang Allah tetapkan, maka apakah yang besarnya? Pahala lebih dari 1000 bulan itu, kemungkinan akan susut dengan sikap suka mengumpat, dengan dosa-dosa, dengan menganiaya orang lain dan sebagainya. Dapat lailatul qadr, lepas tak bangun dah qiam pada malam-malam lain. Adakah itu kemenangan?

Sedangkan, kita semua faham bahawa bukanlah lailatul qadr itu yang memberikan pahala. Allah jugalah yang memberikan pahala kepada kita.


Penutup: 
Ramadhan masih belum berakhir
Ramadhan masih belum berakhir. 10 malam terakhir masih belum tamat.
Hidupnya kita lagi pada hari ini tanda Allah masih memberikan peluang kepada kita.
Maka sepatutnya kita tunjukkan kesyukuran kita dengan serius mempertingkatkan amalan.
Apakah kita tidak beriman dengan ayat-Nya?

"Sekiranya kamu bersyukur, maka Aku akan tambahkan(nikmat pemberianKu)." 
(Surah Ibrahim: Ayat 7)

Jadi bergeraklah wahai hamba Allah.
Bergerak merembat segala peluang yang Dia wujudkan untuk kamu hamba-Nya.
Selagi waktu dan nyawa masih ada pada kita.


Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
(Surah al-Mulk 67: Ayat ke 2)



Sumber Text: Langit Ilahi

Cinta Ibu, Cinta Seputih Susu


Cinta seputih susu. Cinta seputih susu sahabat..susu jernih yang memberimu nafas hidup ini! Tidakkah kamu teringat cinta Ibu mu terhadap mu. Biarpun kamu sulam cintanya dengan kedegilanmu..dengan tengking herdikmu..dengan kekasaran dan egomu!

Namun cinta itu tidak pernah berubah..malah tetap terpatri sekuatnya sehingga hembusan terakhir nafasnya! Begitulah cinta Ibu..itulah Cinta yang dinaungi SYURGA dan awan firdaus..

Ingatkah kamu wahai sahabat kepada mereka yang telah menadahkan tangan hingga tidak mahu turun mendoakan kamu tapi kamu tidak sedikit pun terasa akan ‘cinta’ itu kerana tenggelam dibawah timbunan buku dan rangkulan kesibukan yang mengilakan kamu?

Wahai anak-anak yang hampir derhaka…

••► bilakah kali terakhir kita MENGHUBUNGI mereka?

••► Bilakah kali terakhir kamu MENDOAKAN mereka?

••► Bilakah kali terakhir kamu mengucapkan SAYANG kepada mereka?

••► Bilakah kali terakhir bertanyakan KESIHATAN mereka?

••► Bilakah kali terakhir kamu berjenaka dan menGEMBIRAkan mereka?

••► Bilakah kali terakhir kamu bersama mereka bercerita dan dia menjadi peminat setia dan menjadi konsultan kita?

••► Bilakah kali terakhir kamu CIUM mereka bersalaman untuk pulang?

••► Bilakah kali terkhir kamu MEMELUK erat tubuh mereka dengan getaran kebersamaan memahat cinta?

••►….dan bilakah kali terakhir kamu memeluk mereka dan mereka memeluk kamu dan tak mahu melepaskan seolah olah tidak membenarkan kamu pergi dari mereka?

Carilah JAWAPAN itu dalam lautan rasamu..jangan paksa hati mu menyayangi mereka kerana jika itu berlaku, kamu adalah ANAK DERHAKA!

Ingat sahabat…kita mencari REDHA mereka! Kerana redha illahi bersembunyi dibalik redha mereka.

Jangan biarkan mereka berduka kerana mereka adalah seorang Ibu..seorang Ibu bukan sembarangan Ibu kerana Ibu adalah diantara jambatan-jambatan yang perlu kita lintasi menuju syurgaNya…mari kita memburu rindu..pada dia yang pernah kehilangan rindu kita..


p/s : IBU..anakmu ini terlalu menyayangimu..selalu mendambakan kasih sayang darimu...~


Updates Melalui E-Mail