QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
31 Ogos 2012

Sunnah selepas Ijab Qabul


 Solat solat sunat 2 rakaat ini dilakukan  berjemaah antara suami dan isteri.



Cara untuk mengerjakannya ialah:

• Lafaz niatnya : 

“Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”
Allahu Akbar

"Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala”

• Rakaat pertama : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun’

• Rakaat kedua : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas

• Membaca doa berikut selepas salam:

“YA Allah, Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, segala puji-pujian bagi-Mu, seru sekalian alam. Ya Allah, aku bersykur kepada-Mu, telah selesai pernikahanku ini, kami memohon pada-Mu Ya Allah Engkau berkatilah pernikahan –ku ini. Engkau jadikanlah aku dan isteriku orang-orang yang soleh. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, pada-Mulah kami memohon pertolongan. Engkau anugerahkanlah padaku isteri/suami yang soleh, Engkau berikanlah akan daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami. Engkau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anak kami ke jalan yang Engkau redhai. Engkau mesrakanlah kami, bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w dan Siti Khadijah, Nabi Yusuf dengan Zulaikha, Nabi Adam dan Hawa. Engkau anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-anak yang ramai dan soleh. Engkau anugerahkanlah kami kesihatan dan kesejahteraan pada isteri/suami dan anak cucu kami sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka. Engkau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan kebahagiaan rumah tangga kami”


“Ya Allah ,Ya Rahman, Ya Rahim, Engkau anugerahkanlah kepada kami akan rezeki yang suci dan baik, lindungilah kami dari mendapat rezeki yang keji dan haram. Engkau jadikanlah aku, isteriku/suamiku dan anak-anak kami orang yang rajin mengerjakan solat dan bertaqwa. Engkau berikanlah petunjuk dan jalan sekiranya aku, isteri/suami dan anak-anak ku menyimpag ke jalan yang tidak Kau redhai. Engkau anugerahkanlah padaku, isteri/suami dan keturunan kami kekuatan dan keimanan untuk berbuat baik dan amal soleh sepanjang hayat kami. Engkau peliharalah kami, isteri/suami, anak-anak dan cucu-cucu kami dari sebarang mara bahaya,fitnah,dan malapetaka yang tidak diingini samaada yang lahir mahupun yang batin”
“Ya Allah,Engkau berkatilah umur kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami sehinggalah akhir hayat kami dan mereka. Engkau peliharalah kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami agar menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya Allah, kepada kedua ibubapanya dan taat mengerjakan perintah-Mu dan taat dalam menjauhi larangan-Mu”




Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah,(3 kali),

 Engkau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah (3 kali)”

Amin ya rabbal a'lamin...
29 Ogos 2012

Buat Pendamping Kami





"Tuhan, izinkan aku jatuh cinta lagi pada orang yang tepat, di waktu yang tepat. Kerana hatiku cuma satu,hanya kepada dia yang halal buatku."

Cinta itu mahal, kerana hati cuma satu.

Hanya layak untuk mereka yang halal. Mereka yang tepat. Mereka yang Allah kirimkan untuk kita. Mereka yang ikhlas, mereka yang berusaha, mereka yang menjaga Allah, mereka yang patuh pada suruhan Allah, mereka yang belajar menjadi hamba Allah yang beriman dan bertaqwa.

Kerana yang wanita perlu adalah pemimpin. Yang akan memimpin hidupnya. Yang akan memimpin keluarganya, generasinya. Bukan sahaja didunia bahkan di akhirat kelak, tempat yang kekal abadi untuk selamanya. Mereka perlu pemimpin yang boleh memimpin mereka ke jalan Allah, memimpin mereka menjadi wanita dan isteri yang solehah, serta boleh memimpin mereka ke Syurga Allah. Itu yang wanita inginkan, berada bersama orang tersayang di Syurga Illahi.

Itu yang lebis manis, lebih indah dari janji dan kata-kata 'manis' seseorang lelaki. Ahh itu terlalu basi, sudah lali, jangan diulang kata manismu duhai lelaki tanpa membuktikan dikau benar-benar layak untuk seorang wanita.

Bukan sombong, bukan mendongak, tetapi inilah wanita inginkan. Mereka mahu bahagia, tidak hanya di dunia kerana itu bukan yang abadi tetapi di akhirat. Mereka ingin selamat, tidak hanya di dunia, tetapi di akhirat kelak, di hadapan Allah kelak, saat dimana hanya amal yang menjadi titik penentu.

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir"
(Surah Ar-Rum ayat 21)

Wanita itu lemah, lemah jiwanya, lemah sifatnya. Kerana itu, mereka perlu dia yang benar-benar layak. Supaya mereka aman. Supaya berasa terlindung, dengan godaan syaitan dan bisikan hawa nafsu yang terus menerus memburu manusia supaya jatuh dalam lembah hina.

Demikianlah juga wanita itu seperti digambarkan oleh Rasulullah SAW ibarat tulang rusuk . Lembutnya perlukan pengawasan dan sifat berhati-hati dalam meluruskannya. Jika terlebih keras, dia akan patah. Jika dibiarkan, maka dia tetap akan bengkok.

"Dari Abu Hurairah R.A berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Berpesan baiklah terhadap para wanita, kerana wanita itu diciptakan dari tulang rusuk, dan tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, Jika engkau paksa meluruskannya dengan kekerasan akan patah dan jika engkau membiarkannya pasti akan tetap bengkok, oleh kerananya berpesan baiklah terhadap para wanita"
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)

Buat dia yang bakal menjadi pendamping wanita, jadilah mereka yang wanita inginkan. Wanita bukan memilih tetapi mereka ingin yang terbaik, bukan untuk diri mereka sahaja, bahkan untuk pasangan mereka juga. Mereka ingin Allah redha dengan pilihan mereka, mereka ingin Allah restu dengan hubungan ini.

Andai dia yang menjadi pasangan mereka mempunyai kriteria yang Allah redha, apakah kamu fikir wanita juga tidak akan berusaha menjadi wanita yang solehah dan sesuai untuk pasangannya? Pasti! Kerana mereka tahu Allah sayang dengan mereka, mereka pasti berusaha menjadi isteri yang selayaknya. Insya-Allah.


Duhai dia yang diciptakan untuk kaum Hawa, berubahlah...kerana cinta kami mahal, hanya untuk mereka yang halal dan yang selayaknya. Jika benar hatimu untuk kami, usah bermain kata. Bersifatlah sematangnya... temuilah wali kami sebagai buktinya!


credit to : iluvIslam 
28 Ogos 2012

Menentukan Pasangan Dalam Hidup



Ada banyak kriteria yang boleh diambil. Imam Ghazali dalam Kitab Ihya’ ‘Ulumuddin juga menyebutkan bahawa ada lapan perkara yang perlu diperhatikan tatkala hendak memilih pasangan hidup, antara lain:

  1. Kesolihan dalam beragama. Ini merupakan yang paling utama.
  2. Berakhlak mulia
  3. Memiliki keelokan wajah dan fizikal
  4. Tidak menuntut mahar yang berlebihan
  5. Berpotensi untuk memiliki banyak anak
  6. Masih bujang
  7. Berasal dari keluarga terhormat
  8. Tidak berasal dari keluarga dekat



Jamak kita ketahui, bahawa kriteria yang disampaikan oleh Al-Ghazali adalah ringkasan dari sekian banyak hadist Rasulullah.

Sekali lagi, ini fitrah manusia yang memang menyukai keindahan. Kaum lelaki menyukai kecantikan, begitu pun kaum wanita juga menyukai ketampanan. Masih ingat dengan kisah perempuan istana yang terkagum-kagum dengan ketampanan Yusuf ?. Masih ingat dengan puteri Syu’aib yang terpesona dengan kegagahan dan ketampanan Musa?. Ibnu al-Jauzi dalam Ahkaamun Nisa’ juga memberi nasihat pada kaum wanita,

“Disukai bagi yang hendak menikahkan anak gadisnya agar memilih pemuda yang bagus parasnya. Kerana kaum wanita juga menyukai apa yang disukai oleh kaum lelaki”.

Tetapi bagaimana pun juga, kesolihan adalah yang paling utama. Jangan sampai menyibukkan diri dengan mempercantik paras lantas melupakan memperbaiki akhlak. Jangan sampai menghabiskan waktu untuk memperindah raga sementara jiwa menjadi terlupa. Kerana yang dituntut oleh agama, akhlak adalah yang pertama dan paling utama. Bahkan Rasulullah sudah dengan jelas mengingatkan,

“Janganlah kalian menikahi wanita kerana kecantikannya. Bisa jadi kecantikannya akan menjadikannya hina” (HR. Ibnu Majah).

Al-Hafizh Ibnu Hajar pun menuturkan sebuah nasihat bijak saat menjelaskan tentang sabda Nabi yang ertinya,

“Wanita dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana martabatnya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka hendaklah engkau mendapatkan wanita yang baik agamanya agar engkau beruntung dan tidak rugi” (HR. Bukhari).

Moga manfaat :)

Salam,
created by : Ahmad Rifai Rifan
26 Ogos 2012

Ombak Rindu ku




Tuhanku... Ombak rinduku terhadapMu.
Menggamit rasa cinta dan taubatku kepadaMu.
Ampunkan segala dosaku, kesalahan dan keterlanjuranku.









TUHAN tolong lembutkan hati hamba
untuk mencintai-MU seadanya (selamanya)
kerna ku tak sanggup
kerna ku tak mampu
menghadapi siksa neraka-MU

TUHAN aku tahu banyak dosaku
hanya ingatkan-MU kala dukaku
namun hanya Kamu yang mampu membuka
pintu hatiku untuk cinta-MU

ALLAH..ampunkanlah hamba-MU (dosaku)
yang selalu dustakan janjiku
agar kelak ku takkan disiksa
kerna dosa-dosa masa lalu

ALLAH..jatuh air mataku
dan terus mengalir mengiringi doaku
ALLAH..Yang mengampuni segala
Dosa-dosa hamba yang meminta..

Hanya mampu berdoa..
Moga maghfirah (keampunan) tiba nanti..






Cara-cara Meminang Dalam Islam



Islam itu indah... begitu juga cara meminang yang dalam Islam












Credit to :Cara-cara Meminang Dalam Islam

Makhluk kotakku..



~~Doaku Semoga kamu berbahagia hendaknya~~


semoga dialah yang kamu cari..
semoga kamulah yang menjadi imam dihidupnya.
semoga kalian akan tetap seperti pertama kali bertemu

kamu yang ajarkan aku tegar
kamu bagai air di gurunku
kamu berikan warna

bahagialah dengannya
bahagialah dengan cintamu
bahagialah :)

*semoga.kamu.bahagia*




P/S:

Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
 Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Updates Melalui E-Mail