Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kepada kita semua umatnya. Ada 2 benda yang Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah untuk kita semua amalkan. Berapa kali kita baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nak dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula quran adalah kalam Allah (datang daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)
Tips yang nak kongsikan ni adalah cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.
Jom sama-sama kita belajar... ;)
Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4,
4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?
Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9,
9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182
Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22,
22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442
Subhanallah, Sama-sama kita kongsikan kepada kawan-kawan kita, adik2 kita, family kita supaya kita sama-sama mendapat pahala...
..ramadhan karem..
0 tautan:
Catat Ulasan