Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah melaksanakan Program Pembiayaan MyBrain15 bermula pada tahun 2011. Program ini merupakan program pembiayaan di peringkat ijazah lanjutan bagi mencapai sasaran 60,000 pemegang PhD dari kalangan rakyat Malaysia menjelang tahun 2023. Program ini terdiri daripada MyPhD, MyMaster dan PhD Industri. Kumpulan sasaran MyPhD dan MyMaster adalah graduan yang belum bekerja dan tidak berpendapatan tetap, kakitangan swasta dan pensyarah IPTS. Manakala kumpulan sasaran bagi PhD Industri adalah eksekutif industri.
Untuk MyMaster, KPT akan membayar yuran pengajian tidak melebihi RM10,000. Pembayaran dibuat terus kepada Bendahari universiti. Untuk MyPhD, KPT akan membayar yuran pengajian tidak melebihi RM24,000. Pembayaran dibuat terus kepada Bendahari universiti. Jika tidak bekerja, KPT akan memberi elaun sara hidup sebanyak RM2,300 sebulan . Pembanyaran dibuat terus ke dalam akaun pelajar.
KPT mensasarkan untuk menaja seramai 5,000 pelajar bagi MyPhd, 40,000 pelajar bagi MyMaster dan 500 pelajar bagi Phd Industri yang akan dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) . Secara purata, KPT akan menaja seramai 9,100 orang setahun dengan pecahan 1,000 orang bagi program MyPhD, 8,000 orang bagi MyMaster dan 100 orang bagi PhD Industri.
Permohonan MyPhD dan MyMaster perlu dibuat secara online. Permohonan secara manual tidak akan diproses. Sila layari https://www.mohe.gov.my/MyBrain15 ATAU https://payloan.mohe.gov.my/MyBrain15 untuk membuat permohonan atau mendapatkan keterangan lanjut seperti syarat dan tatacara permohonan, bidang tajaan, elemen pembiayaan dan sebagainya.
Boleh hubungi En. Suharmi atau pegawai-pegawai beliau di Unit MyBrain15, Bahagian Biasiswa, KPT di talian 03-8870 4952/6373/6375 atau emel mymaster@mohe.gov.my / myphd@mohe.gov.my / phdindustri@mohe.gov.my, jika ada sebarang pertanyaan.
SUHARMI BIN ISMAILKetua Penolong SetiausahaBahagian BiasiswaKementerian Pengajian TinggiAras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5Kompleks Kerajaan PersekutuanPUTRAJAYA
Tel: 03-8870 6376Faks: 03-88706839Emel: suharmi@mohe.gov.my
0 tautan:
Catat Ulasan