QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
12 Ogos 2011

Gambar dan facebook

Bismillahirrahmanirrahim...


(1) “ Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka, kerana ia memperkenalkan dirinya kepada org lain.”...Yang dimaksudkan oleh hadith tersebut ialah wanita yang mendedahkan aurat untuk tontonan umum atau wanita yang bersolek dan berhias untuk ditunjukkan kepada lelaki yang bukan mahramnya.Oleh itu janganlah seorang wanita meletakkan gambarnya yang mendedahkan aurat ATAU berhias cantik di dalam internet samada dalam friendster, facebook atau lainnya sekalipun dengan niat mencari sahabat atau merapatkan ukhuwwah. Menyertai facebook tidak semestinya perlu menonjolkan kecantikan wajah atau tubuh badan.Menulis dengan tulisan-tulisan yang baik juga boleh merapatkan ukhuwwah & mengembangkan tali persahabatan sesama manusia.


(2) Wajah wanita adalah sebesar-besar FITNAH yang mengundang pelbagai maksiat dan dosa.Lagipun wanita adalah fitnah terbesar bagi lelaki. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman : 

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu wanita-wanita … .”
(QS. Ali Imran : 14)


(3) Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam memberikan peringatan dari fitnahnya sebagaimana yang diriwayatkan dalam Shahih Muslim dari shahabat Abu Said Al Khudri radliyallahu ‘anhu, beliau bersabda : “Hati-hatilah terhadap dunia dan hati-hatilah terhadap wanita karena sesungguhnya fitnah yang pertama kali menimpa Bani Israil adalah wanita.”


(4) Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam mengisyaratkan dengan sabdanya : “Sesungguhnya wanita menghadap dalam bentuk syaithan dan membelakang dalam bentuk syaithan.”


Para wanita menyerupai syaithon karena ia sebagai penyebab timbulnya fitnah bagi laki-laki seperti pernyataan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam di atas. Oleh kerana itu hendaklah para wanita bertakwa kepada Allah dengan menjaga dirinya dan menjaga kaum lelaki dari fitnah yang ditimbulkan kerananya.


(5) Sabda RASULULLAH S.A.W.;Tidaklah aku tinggalkan sepeninggalku fitnah (cobaan) yang lebih berbahaya bagi kaum laki-laki daripada (fitnah) wanita. (Muttafaq ‘alaihi)


(6)Jarir bin ‘Athiyyah al-Khathafi bersenandung:Sesungguhnya indahnya mata-mata hitam wanita jelita telah membunuh kita dan tiada lagi menghidupkannya. Mereka pun taklukkan si cerdas hingga tiada berdaya. Sedang mereka manusia paling lemah dari ciptaan-Nya


Berdasarkan dalil-dalil ini dan ilmu-ilmu yang ana belajar, jika ditanya pada ana bolehkah muslimah memaparkan gambarnya pada lelaki bukan mahram umpamanya di Friendster, facebook atau sebagainya, maka jawabnya walau menutup aurat sekalipun tidak boleh dan inilah sebaik-baik jawapan. Pakai tudung atau pakai niqob juga tidak perlulah dipaparkan untuk tontonan umum. Jika benar niat kita pakai untuk Allah maka kenapa ingin pula dipaparkan pada lelaki bukan mahram? Cukuplah diletakkan gambar-gambar masjid atau gambar-gambar lain, tidak perlu paparkan kejelitaan yang kita ada ini pada bukan mahram.


Ada yang memberi alasan bahawa dipaparkan gambar dengan niat untuk kawan-kawan lama kenal. Maka jawabnya tidak semestinya dengan memaparkan gambar maka kawan-kawan lama akan kenal, mungkin ada banyak lagi perkara lain yang boleh dibuat supaya orang kenal umpamanya melalui tulisan dan sebagainya, ini semua alasan semata-mata untuk membenarkan apa yang kita buat.


Wallahu’alam..-Al Azhar Addin

SUMBER:HUKUM PAPAR GAMBAR DALAM FACEBOOK




Sememangnya kalau dapat,elakkanlah tayang gambar di Facebook,tambah-tambah kalau perempuan

Bagi kaum aku, kalau kamu nak letak gambar juga, maka letaklah, terpulang kepada kamu. Mungkin kamu ada alasan yang kukuh untuk berbuat sedemikian rupa. Mungkin kamu nampak banyak manfaatnya yang barangkali aku tak nampak. Mungkin dengan kamu meletakkan gambar sedemikian rupa, hidup kamu bahagia dan ceria buat selama – lamanya. Siapa tahu kan? Mungkin mata aku yang rabun sebab tak nampak kelebihan kamu meletakkan gambar kamu. Hakikatnya memang mata aku rabun pun. Siapa aku untuk menghalang kamu untuk berbuat demikian.


“Ceh, suka hati aku lah nak letak gambar aku tak pesbuk aku, bukan pesbuk ko pun. Macam la aku share pesbuk dengan ko. Jangan jadi penyibuk boleh? “

See. Jawapan yang tak matang langsung.

“Memang aku tak matang pun. Kenapa ko sibuk sangat jaga tepi kain orang lain?"

Sekali lagi. Jawapan yang tak matang langsung.


Kalau ini lah jawapan kamu, maka kamu fikirlah sendiri. Pilihan ada ditangan kamu, bukan ditangan aku. Antara syurga dan neraka, itu pun pilihan kamu juga. Bukan pilihan aku.

Kamu tahu kenapa aku berkata begitu? Sebab kamu saudara aku. Sebab kamu kaum aku, sebab aku sayang dengan kaum aku, sebab kaum aku dikatakan menjadi sumber fitnah, sebab kaum aku lah yang banyak masuk neraka kerana kealpaan dan kebebasan mereka sendiri. Anggaplah ini cara aku muhasabah diri aku juga.

Tetapi percayalah sebagai saudara seislam, marilah kita mengamalkan sikap saling tegur menegur. Menegur dengan harapan ditegur. Menegur untuk kebaikan sesama saudara.


Aku tahu setiap manusia mempunyai alasan sama ada untuk berbuat kebaikan atau kejahatan.Sekadar untuk memperkenalkan diri pun...tak payahlah.
nabi s.a.w. dan para sahabat r.anhum ...
nama mereka sampai sekarang menjadi sebutan walau kita tak tahu pun wajah mereka macam mana...
biarla kita dikenali kerana apa yang kita dah buat ( kebaikan ) bukan kerana rupa kita samada cantik ke tak / kacak ke tak...

just perkongsian pendapat,bukan fatwa / hukum ...

Bagi aku dalam hal ini ianya atas keadaan masing-masing. ada kalanya boleh, dan ada kalanya tidak boleh atau  haram. Bergantung atas waqi' masing-masing. 

Jangan add orang yang anda tak kenal dan tak percaya. :)
Jangan berlebihan post-post gambar. Bersederhanalah.
Jangan post gambar sorang-sorang yang syok sendiri.

Kalau duduk dalam Kelab dan jadi Management Board, hal akan jadi lain. Program ni, program tu. Orang tu tag, orang ni tag. Please set your album just for friend's view only atau sewaktu dengannya.

Add lah and approve lah, yang dikenali dan perlu sahaja.

Correct me if m wrong.. Wallahu'alam.

Bagus juga kalau letak gambar dalam facebook ni, nak jumpa susah jadi tengok jelah perkembangan (betapa kembangnya mereka) di dalam facebook. Gambar kawin adalah gambar yang paling aku suka tengok sebabnya aku sangat susah nak pergi ke jemputan kawin kawan-kawan sebab kesibukan masa dan jarak.

Tapi bagi yang bujang dinasihatkan pandai-pandaila nak post gambar jangan gambar yang tidak menutup aurat dan sorang-sorang. Lagi satu peliss la.. jangan tangkap gambar dengan kamera di atas kepala kemudia pipi di kembangkan dan mata terbeliak ke atas.. huhu . Bukan perempuan ja yang buat begini lelaki pun ramai.. siap ada peace lagi tuh .

Anyway, berhati-hati pada semua ya. Hati-hati add n approve kawan-kawan. Jangan sampai jadi koleksibahan di blog dan facebook tertentu.

Sekarang ni ada blog yang buat koleksi gambar-koleksi perempuan-perempuan bertudung yang diambil dari facebook dan di mana saja. Mungkin diambil secara curi atau minta izin, wallahu'alam.

Ada juga facebook untuk koleksi mereka. Yang lebih dasyat lagi, tengok komentar-komantar mereka yang lelaki. Otak lelaki ni visual, so boleh bayang la apa yang diaorang bualkan. Astaghfirullah..Kata-kata sebegitu dibicangkan dengan meriah sekali pada mereka yang bertudung. Bertudung, tapi baju yang dipakai uhum3~ Hehe..

And better elakkan letak pic profile gambar anda yang sangat jelas.

Correct me if m wrong.. Wallahu'alam..



Rehat-rehatkan fikiran dengan menyaksikan video di bawah... Jangan lupa ambil pengajaran darinya...^__^




0 tautan:

Updates Melalui E-Mail