QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
16 Ogos 2011

Jangan Menilai Sebuah Buku Dari Kulitnya

Ungkapan ini sering kita dengar, terutamanya dari wanita yang tidak menutup aurat dan mengaku bahawa hatinya baik dan suci walaupun berpakaian seksi serta memperlihatkan aurat mereka.

Mereka mengatakan bahawa wanita bertudung pun ramai yang berbuat jahat seperti berzina, berbuat maksiat dan bermacam-macam lagi. Malah, mereka juga mengatakan bahawa walaupun mereka tidak bertudung, mereka tidak mengganggu orang lain, tidak mengumpat dan tidak melakukan perbuatan buruk.

Begitulah dakwaan mereka bagi memperlihatkan kebaikan.


Benarkah alasan mereka itu? Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam? Ada juga yang sanggup berhujah dengan hadis Rasulullah SAW iaitu :

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu." 
(HR Muslim)

Adalah sesuatu yang sangat dikesali apabila kita mendengar ada orang yang berhujah dengan hadis untuk menyokong nafsunya. Dia menggunakan Islam dalam perkara yang bersesuaian dengan kehendak nafsunya sahaja.

Adakah Allah SWT dapat menganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya? Hakikatnya, sesuatu yang baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah serta Rasulullah SAW, bukannya menerusi neraca pemikiran serta nafsu manusia semata-mata.

Oleh yang demikian, jika ingin merujuk kepada neraca Islam, maka hakikatnya ternyata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada sepotong daging, yang bila ianya baik, maka baiklah seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu. Ketahuilah, ia adalah hati." 
(HR Muslim)

Berdasarkan hadis ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya, yakni dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan oleh Islam, itu adalah tanda kekotoran hatinya.

Jika tindakan luarnya sejalan dengan kehendak Islam, maka dia harus dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai. Adapun baik di peringkat kedua, adalah sama ada hatinya bertujuan kerana Allah SWT atau tujuan selainnya, seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.

Justeru dalam sesuatu hal, kita boleh menilai seseorang itu melalui sifat luarannya. Maksudnya, apabila perkara asas dalam Islam dilanggar, maka sudah tentu apa yang terlihat di luaran itu turut menunjukkan apa yang terkandung di dalam hatinya.

Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan membuka auratnya, semua lelaki yang melihatnya akan memperolehi dosa setiap kali dia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita. Dia bukan sahaja mendapat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa bagi semua lelaki yang memandangnya. Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa bagi setiap orang yang membuatnya tanpa kurang sedikit pun dosanya.. "
(HR Ahmad dan lain-lain)

Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya pada hari itu, lalu menyebabkan lelaki yang melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa (tanpa kurang) bagi setiap mata yang memandang.

Adakah hati seorang seperti ini boleh dikira baik? Setelah segunung dosa menimbus hatinya? Sesungguhnya Allah Maha Adil dan Maha Pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatiNya.

Bagi yang keras kepala, tiada kata yang dapat diberikan kecuali yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, syurga dan neraka juga benar. Jika mempercayainya, mengapa tindakan masih seolah meraguinya?

0 tautan:

Updates Melalui E-Mail