QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
4 Ogos 2011

Dulu lain, sekarang lain


Assalammualaikum...

Alhamdulillah..Sudah selesai hari yang ke-4 umat Islam menunaikan ibadah berpuasa. Aku amat bersukur  bila kita diberi kesempatan untuk menemui ramadhan kali ini.  Apa  yang aku harap ramadhan kali ini akan lebih bermakna dan semoga aku dan kalian semua akan menjadi seorang hamba ALLAH yang lebih baik.

Inilah pertama kalinya kami berpuasa seperti lima tahun yang lepas.  Dimana seluruh ahli keluarga berkumpul bersama.  Kalau dulu, berpuasa seorang-seorang di perantauan. Bersahur dan berbuka pun ala kadar sahaja.  Asal cukup untuk mengalas perut setelah ‘rehat’ sepanjang hari. Kadang-kadang terpaksa buat ‘loan’ dari kawan-kawan …hehehe….tapi itu kisah dulu-dulu. 

Kalau dulu, mengharapkan majlis berbuka puasa yang dibuat oleh Pusat Islam UiTM… ( ^__^ )… Tapi kali ini jauh berbeza sekali … . Berpuasa dirumah tidak memenatkan maklumlah tak banyak kerja yang boleh dibuat tapi dugaan tetap ada dan terpaksa dilalui dengan kesabaran. Terutama menguruskan ‘anak’ yang berusia 11 bulan.... ( ~__^ )..

Aku tak berhajat untuk buat entri panjang lebar sekali lagi aku ucapkan selamat berpuasa kepada pembaca semua

0 tautan:

Updates Melalui E-Mail