QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
20 Ogos 2011

Model hatiku..



Setiap rumah yang terbina bertunjangkan kepada dasar cinta dan kasih sayang yang suci bukannya kebencian dan persengketaan. Bila mana keluarga telah bersatu, disitu dapatku rasakan kenangan seperti dahulu.. Cuma bezanya, ada pertambahan ahli keluarga.  Namun itu tidak banyak bezanya. 

Sabda baginda yang bermaksud: 
“Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah orang yang paling baik (pergaulannya) dengan ahli keluarga dan aku adalah yang terbaik dari kalangan kamu dalam pergaulan dengan ahli keluargaku.” 
(Riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)

InsyaALLAH raya tahun ni semuanya ada...Inginku abadikan kenangan itu nanti didalam sekeping photo kenangan. Kenangan yang jarang sekali akan berulang. Namun tiada yang mustahil jika ALLAH berkehendak..dengan kalimahNYA, "kun fayakun", aku yakin aliran air yang mengalir buat kehidupanku...


Tidak sampai sebulan lagi kami akan berpisah kembali.  Kalau dulunya, aku yang akan meninggalkan keluargaku, namun sekarang, adik-adikku.. Namun perginya mereka sama seperti tujuan ku dulu... menjadi seorang perantau di "negeri ilmu" masing-masing. Kerana bagi kami, pendidikan menjadi teras kepada matlamat


Bagiku kebahagiaan dalam kekeluargaan adalah sebahagian daripada pengertian yang diungkapkan di dalam al-Quran sebagai al-Falah yang membawa maksud kejayaan, kebahagiaan, ketenteraman dan kesejahteraan abadi


***********************


 
Insan yang kami sayangi...


Bekas pelajar Universiti Teknologi MARA
( Diploma Sains)

 
Bekas pelajar Universiti Malaya
( Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak)


Bekas pelajar Universiti Teknologi MARA
( Sarjana Muda Sains dengan kepujian Matematik)


Seorang pelajar Universiti Sains Malaysia
( Sarjana Muda Pendidikan  kepujian Pendidikan Khas)


Seorang pelajar Universiti Malaysia Perlis
( Sarjana Muda Kejuruteraan Logam) 


 
Seorang pelajar Universiti Sains Malaysia
( Sarjana Muda Pendidikan kepujian Pendidikan Khas)


Bakal menduduki UPSR tahun ni



Adikku yang paling bongsu
Baru berusia 6 tahun




Anak buahku..bakal bertambah..^__^...Muhammad Fakhrusy Syakirin, Muhammad Izzul Hafeez, Nurul Izzatie Hasmirah (adik Izzul) dan insyaALLAH bulan syawal nanti seorang lagi...adik kepada syakirin (dijangkakan seorang putera juga)

 


0 tautan:

Updates Melalui E-Mail