Entah kenapa tiba-tiba rasa nak bercerita pasal akademik hari ni
Mula-mula dulu tak terniat langsung nak sambung master. tapi lately, macam dah sampai seru pula. ^_~... Bukan apa, apa yang aku lihat, kebanyakan permohonan untuk menjadi pensyarah harus memiliki Master. Mungkin sekarang bukanlah wajib. Tapi manalah tahu suatu hari nanti akan menjadi wajib pula…T_T
Tahun ni aku tak apply sebab nak tunggu KPLI...Bak kata pepatah, malang tak berbau.. untuk tahun ni, KPLI tak dibuka memandangkan ramai guru GSTT yang di serap masuk oleh KPM....Nampak gaya kena tunggu untuk intake tahun depan kalau nak apply master ataupun KPLI tu. Master programme by Research sahaja yang di buka sepanjang tahun (bergantung kepada universiti )
Bagi yang ingin mengikuti master programmes by coursework (bidang matematik), aku ada sedikit senarai universiti dan course yang aku minati ,...insaALLAH
Faculty Computer Science and Mathematics ( UiTM )M.sc (Information Technology)M.sc (Quantitative Science)M.sc (Applied Statistics)M.sc (Computer Science)M.sc (Computer Networking)School of Mathematical Science ( USM )
Master of Science ( Teaching of Mathematics )
Faculty of Science and Technology ( UKM )Pure MathematicsMathematical PhysicsManagement Mathematical Science
Jom pakat belajar.!
0 tautan:
Catat Ulasan