Renungan untuk saudaraku yang seiman seakidah
yang sedang menjalin hubungan cinta.
Adakah kalian tahu bagaimana cara-cara islam
mentarbiyah kita supaya pandai menempatkan cinta sebagaimana sepatutya dalam
sebuah perhubungan yang belum menjadi
mahram?
Marilah kita sentiasa berfikir tentang
keburukan yang timbul dari perasaan cinta yang keluar dari batasan-batasan
syar’ie. Tiada buah yang dapat dipetik darinya dan tiada pula ada hasil yang
baik yang boleh di ambil darinya. Didalam perasaan cinta itu ada syurga untuk
orang-orang yang bertakwa dan neraka bagi orang-orang yang derhaka.
Di dalam perasaan cinta itu juga ada
keburukan-keburukan. Diantara keburukan-keburukan itu adalah hilangnya akhlak
yang mulia dan terpuji, serta rosaknya kehormatan si pelakunya. Bolehkah kita
boleh menerima, jika ada seorang wanita yang baik dan suci direnggut
kesuciannya oleh setiap lelaki atas nama cinta?
Adakah kita rela sekiranya anak – anak kita
mengetahui bahawa masa muda ibunya telah
dilalui dengan berseronok bersama
lelaki – lelaki lain atas nama cinta?
Wahai saudaraku, apakah kita tidak malu
sekiranya anak – anak kita mengetahui bahawa kita hanya mencintai setiap wanita
yang sesuai dengan selera dan keinginan nafsu kita?
Kalian berdua harus menentukan batasan dan
tujuan dari perasaan cinta ini.
Apabila perasaan cinta hanya sekadar untuk
suka – suka dan mengisi waktu yang kosong sahaja, tanpa niat adanya khitbah
(lamaran) dan juga pernikahan, maka sebenarnya kita telah melewati jalan yang
menyimpang dan itu adalah jalan orang-orang yang sesat lagi rugi.
Dan jika kalian berdua saling mencintai untuk
mewujudkan sebuah rumah tangga, maka kalian berdua harus menentukan jalur dan
rancangan rumah tangga tersebut.
Adakah ia sesuai dengan konsep dan tuntunan
Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW? atau ia berada di atas jalan pimpinan
syaitan beserta para tentera pengikutnya.
Logikkah akan wujud, jika kita bercita – cita
hendak mendirikan rumah tangga yang dapat memperoleh kecintaan Allah dan
Rasul-Nya, tetapi kita membangunnya dengan tiang dosa dan maksiat kepadaNya?
Dosa yang dilakukan oleh hati, lisan, mata dan perbuatan anggota tubuh
badannya.
Atau kita hanya mencipta sebuah rumah tangga
yang rapuh laksana sarang labah -labah, hancur bila dilanda taufan, rumahtangga
yang tidak akan dicintai oleh Allah dan
Rasul-Nya. Dimana di dalamnya syaitan ikut makan, minum, tidur, menari dan
bergembira ria sepuasnya.
Allah telah mensyariatkan pernikahan dan menjadikannya sebagai saranan
bertemunya sepasang kekasih. Semoga keluarga sakinah dan mawardah terbina atas
jalinan cinta yang halal..
kredit: akuIslam
0 tautan:
Catat Ulasan