Fenomena ribut taufan luar biasa ini hanya
berlaku di luar negara sebelum ini tetapi beberapa kawasan di sekitar pantai
barat sabah seperti Kota Kinabalu, Tuaran dan beberapa kawasan sekitar telah
dilanda ribut taufan tersebut. Sebelum berlakunya ribut taufan tersebut, awan
aneh terbentuk di sekitar ruang udara Sabah yang dikatakan awan Arcus.
Awan pelik, Awan Arcus terbentuk
pada pagi 12 Jun. Ketika gambar diambil, cuaca stabil tanpa angin dan hujan.
Namun begitu, menjelang tengahari, ribut kencang berserta hujan melanda seluruh
kawasan Pantai Barat Sabah. Penjelasan untuk 'Fenomena Awan Luar Biasa', awan
tadi dipanggil awan Arcus. Ia hanya kejadian alam normal tetapi jarang berlaku.
Keadaan
ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 km/j dan laut bergelora dengan
ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.
Jika anda di antara penduduk Sabah yang
tinggal di Kota Kinabalu pasti dapat menyaksikan formasi awan yang sangat
pelik. Ini menunjukkan tanda kebesaran
Allah yang Maha Pencipta
Awan berbentuk begitu
mungkin kerana diramalkan hujan lebat dan ribut petir akan berlaku petang semalam.
Rasa gerun pula melihat bentuk awan tu terjadi di depan mata dan apabila diri sendiri berada dalam situasi tersebut ... Subahanallah dalam sekelip mata segalanya berubah.... Harap tidak ada kejadian yang buruk akan
berlaku nanti. Syukur kerana tidak ada apa-apa yang berlaku.
Berikut adalah koleksi gambar yang sempat
diambil semasa kejadian ribut taufan tersebut berlaku.
Labuan
Kota Kinabalu
Penampang
Pantai Manis , Papar
1 tautan:
subhanallah..Maha Suci Allah yang menjadikan keindahan tersebut.. walau gerun melihatnya namun keindahan Nya lebih terasa. Nikmat apa lagi kita nafikan?
selamat ya ukhti atas perkongsian
-anak perantau-
Catat Ulasan