Dahulunya kita disuruh ibu ayah pergi mengaji
tanpa kita mengetahui keperluan Al Quran pada diri kita . Sampaikan ada yang
nyaris di rotan kalau tidak pergi mengaji.
Kerana keseronokan menguasai ilmu yang baru
kitalah kanak-kanak yang bertatih tatih membaca ALif, Ba, Ta hingga pandai Juz
Amma.
Bila diri menginjak ke alam sekolah
kelancaran Al Quran melajukan kita mengkhatam Al- Quran .
Saya percaya ramai yang mengkhatam 30 juzuk
pada belasan tahun. Akan tetapi ada juga usia menghampiri senja masih lagi
tidak mencapai apa yang dijangka. Masih ada juga yang belum bermula.
Dengan adanya teknologi yang serba canggih,
pendedahan ilmu yang terbuka luas , Alhamdulillah ramai anak kecil sudah boleh
mengaji seawal diri mendaftar tahun satu di sekolah rendah.
Masa mendahului segala. Dek kepandaian kita
di alam akademik membawa kita kealam universiti berhenti kealam pekerjaan yang
meragut kesenangan masa kita untuk membaca Al- Quran.
Adakah kita masih lagi mengaji & membaca
tafsirnya ?
Atau pun kita membiarkan Cd, Laptop, Kereta
atau Handphone terus terusan melantunkan ayat-ayat suci tanpa aura khalifah
seperti kita ?
Siapa sebenarnya yang nak menghadapi hari pembalasan dan menginginkan Syurga sebenarnya ?Soalan pada saya dan semua..
Ya, Handphone banyak membantu kita, saya juga
seperti anda handphone seolah-olah menjadi bayang-bayang manusia.
Ada yang boleh naik hantu kalau handphone
berpisah darinya.
Namun ramai manusia yang menjalani kehidupan
sehari-hari sepi tanpa membaca Al Quran.
Sangat menakutkan bilamana manusia mula
meninggalkan Al quran dan memegang Al Quran sekali sekala.
Sedangkan handphone hanya memberikan
kemudahan dalam urusan dunia. Kita tak mampu berpisah darinya walaupun sedetik
cuma.
Walhal, Al Quran memberikan kemudahan,
ketenangan dunia dan Akhirat. Tapi kita tinggal-tinggalkan.
Dari Abu Umamah Al-bahili ra, ia berkata,
saya mendengar Rasulullah saw bersabda,
"Bacalah Al Qur'an. Karena ia pada hari kiamat nanti akan datang untuk memberikan syafaát kepada para pembacanya." (Hadith sahih, riwayat Muslim)
Handphone Al Quran . Mungkin ada yang
mengambil pendekatan mencari Hp & Al quran . Adakah anda menggunakan
ayat-ayat di dalamnya, Tadabbur dan tasmid sebagaimana Al-quran sebenar?
Atau sekadar halwa di telinga ?
Sudahla kita tidak tahu maknanya. Malas pula
membaca dan melihat tafsirnya.
Sebab itulah hati kita keras tatkala
ayat-ayat suci kedengaran oleh telinga kita.
Sepatutnya kita membaca Al quran. Kita terasa
bilamana ayat menyentuh tentang Azab Allah dan neraka
Kerana sesungguhnya pada sisi Kami ada belenggu-belenggu yang berat dan neraka yang bernyala-nyala. Dan makanan yang menyumbat di kerongkongan dan azab yang pedih. (surat Al Muzzammil ayat 12-13 )
Apakah ayat ini akan melajukan getaran di
dada kita sejenak untuk melakukan kebaikan dan menghentikan kejahatan.
Ataupun
Kita terasa berlumba-luma untuk membuat
kebaikan bilamana menjumpai ayat menghuraikan ganjaran syurga pada orang yang
bertaqwa.
Kejarlah oleh kamu ampunan Tuhan kamu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi disediakan bagi orang-orang yang bertakwa ( surah Ali Imran ayat 133 )
Orang yang dapat menghayati bacaan al-Quran,
akan merasakan seolah-olah al-Quran itu ditujukan kepadanya. Apabila dia sedang
membaca ayat mengenai azab, dia seakan-akan membayangkan kalau azab Tuhan itu
sedang berada di depan matanya. Apabila sedang membaca ayat mengenai syurga,
maka seakan-akan syurga itu juga berada di hadapannya
Sesungguhnya orang yang beriman itu, apabila disebutkan nama Allah, akan bergetar hati mereka. Apabila dibacakan ayat-ayatnya (al-Quran), maka akan bertambah keimanannya.(Surah al-Anfal, ayat 2).
Bacalah Al quran dengan penghayatan yang
berbeza selepas ini duhai diri saya dan sahabat.
Semoga Air mata ketakutan kita dapat
menyertakan diri kita untuk merapatkan diri dengan Allah.
Ibnu Abbas berkata , saya mendengar Rasulullah berkata: ” Dua mata yang tidak bisa disentuh api Neraka adalah mata yang menangis dikeheningan malam kerana takut kepada Allah, dan mata yang berjaga dimalam hari kerana membela agama Allah (HR Tarmidzi & Abu Na’im)
Ayuh, kita kembali hidupkan hari dengan
membaca Al quran.
Jangan mencipta beribu alasan dan hujah untuk menyokong kita meninggalkan Al quran sama sekali JANGAN.
Sesungguhnya Allah memberikan banyak reward
pada kita untuk memotivasikan kita membaca.
Kalau ada masalah membaca, mengeja , sebutan
makhraj mahupun Tajwid.
Jom kita sama-sama mencari ilmu membaca Al
quran .
Dari Abdullah bin Masúd ra, ia berkata,
Rasulullah SAW bersabda,
"Barangsiapa membaca satu huruf dari Kitab Allah (Al-Qur'an), maka ia akan memperoleh pahala satu amal kebajikan, dan pahala satu amal kebajikan dilipatkan sepuluh kali. Saya tidak mengatakan bahwa Alif-lam-mim itu satu huruf, tetapi alif adalah satu huruf , lam adalah satu huruf, dan mim juga satu huruf." (Hadits riwayat At-Tirmidzi dan Al-Darimi. Menurut At-Tirmidzi hadits ini hasan sahih)
Di manakah Al –Quran anda ?
Ambillah dan bacalah dengan nama TUHANMU.
Mulakan dengan hari ini juga.
0 tautan:
Catat Ulasan