Lelaki idaman saya adalah lelaki yang
beriman.
Yang hatinya dibalut rasa taqwa kepada Allah.
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap
Islam.
Yang sentiasa haus dengan ilmu.
Yang sentiasa dahaga akan pahala.
Yang solatnya adalah maruah dirinya.
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar.
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu.
Yang sentiasa bersama orang-orang yang
berjuang di jalan Allah.
Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga
tutur katanya.
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang
dimilikinya.
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang
dicarinya.
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana
sifatnya yang penyayang.
Yang mempunyai banyak kawan dan tidak
mempunyai musuh.
Lelaki idaman saya adalah lelaki yang
menghormati ibunya.
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan
keluarga.
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga.
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak
mendalami Islam.
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan.
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara
menuju akhirat.
Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk
menjadi imam.
Yang hidup di bawah naungan Al-Qur’an dan
mencontohi sifat Rasulullah.
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara.
Yang menjaga matanya dari berbelanja.
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat
Allah keatasnya.
Lelaki idaman saya tidak pernah mensia-siakan
waktu.
Matanya kepenatan kerana penat membaca.
Suaranya lesu keraa penat mengaji dan
berzikir.
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan.
Bangunnya subuh penuh kesegaran.
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh
kematangan.
Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati.
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang
akhirat.
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan
di jaga.
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka
yang baik.
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari
kemudian.
Lelaki idaman saya adalah lelaki yang tidak
terpesona dengan buaian dunia.
Kerana dia mengimpikan syurga.
Di situlah rumah idamannya.
Dan dia ingin membawa saya bersama.
DIALAH LELAKI IDAMAN SAYA …
kredit: akuislam
0 tautan:
Catat Ulasan