QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
25 April 2011

Hiburan barat saji adegan ganas

BERDASARKAN kepada laporan yang dikeluarkan The American Academy of Child and Adolescent Psychiatry, negara Uncle Sam berkenaan menghadapi masalah keganasan kanak-kanak, belia dan remaja disebabkan pengaruh hebat program televisyen.

Jelas sekarang kita sedang berdepan budaya berhibur luar biasa yang boleh menggugat kedudukan umat Islam. Jika dibuat perbandingan, program televisyen berbentuk keagamaan atau pendidikan masih terlalu kecil peratusannya berbanding program hiburan. 
24 April 2011

Pergaulan bebas hampiri zina

DUNIA semakin canggih dengan pelbagai inovasi yang dihasil­kan bagi kepentingan manusia. Namun, dalam kecanggihan kehidupan hari ini, kita tidak terlepas daripada masalah akhlak dan hilangnya nilai murni.

Ramai manusia hilang arah dalam membezakan antara perkara yang baik dan jelek serta perkara yang membawa faedah atau padah.

Disebabkan manusia berlumba mengejar kehidupan dunia yang jauh dari landasan ditetapkan Allah.
22 April 2011

Pelindung Vs Perosak

Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita.
Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya.
Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya.
Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati.
Lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik untuk menjadi suri hidupnya.

21 April 2011

Pengaduan kepada TUHAN


Assalamualaikum, marilah kita sama-sama cuba mencari kebaikan di sebalik lagu ini. Cuba  lihat, baca, hayati, fahami dan selamilah lirik lagu nasyid ini. InsyaALLAH, kita akan mendapat manfaatnya. Amin....

6 Ghibah yang diperbolehkan

Ghibah adalah menyebutkan aib seseorang (keaiban yang benar) yang mana orang  tersebut tidak suka jika disebutkan. Jika yang disebutkan itu di sebut fitnah. (sila lihat definisi ini di kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiyah Juz 31 hal 330). Di masa sekarang, istilah yang serupa dengan ghibah adalah gosip. Pada faktanya, semua gosip adalah ghibah kerana menceritakan keaiban seseorang (biasanya artis) yang mana artis tersebut tak menyukainya.

Dua perkara jangan disebut-sebut

Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.

Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan membisikkan kepada kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya.

Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut seperti rasmi ayam 'bertelur sebiji, riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa

Perkara yang elok dan tidak elok disebut


3 PERKARA YANG ELOK DISEBUT-SEBUT

Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.

Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah SWT berikan kepada kita.

20 April 2011

Facebook dan Dakwah

Di dunia dakwah, keberadaan facebook -harus diakui- juga banyak memberikan manfaat. Walaupun ada yang mengharamkan penggunaan facebook, namun banyak juga aktivis dakwah yang memahami hal ini secara lebih jernih. Saya sendiri memahami, facebook adalah hasil kemajuan teknologi yang mampu dimanfaatkan oleh siapapun, termasuklah para aktivis dakwah. Tidak ada pengharaman dari berfacebook, kecuali jika digunakan ke jalan yang tidak sepatutnya.
19 April 2011

Kisah Habil & Qabil, pembunuhan pertama dalam sejarah manusia

Kehidupan suami isteri Nabi Adam AS dan Siti Hawa di bumi mulai tertib dan sempurna tatkala Siti Hawa bersedia untuk melahirkan anak-anaknya yang akan menjadi benih pertama bagi umat manusia di dunia ini.

Siti Hawa melahirkan dua pasang kembar. Pertama, pasangan Qabil dan adik perempuannya yang diberi nama 'Iqlima', kemudian disusuli pasangan kembar kedua Habil dan adik perempuannya yang diberi nama 'Lubuda'.
18 April 2011

Tipah tertipu..

Apakah anda pernah berchatting? Ya, Chatting merupakan aktiviti yang cukup menyenangkan dan memberikan penyegaran tersendiri saat kita jenuh mahupun kepala dibebani dengan kerja-kerja yang tak tahu bila nak habis. Tapi apakah anda tahu bahaya tersendiri dari chatting tersebut? Mungkin anda pernah menjadi korban penipuan oleh teman Chatting sendiri? Atau anda sendiri penipunya? (hehehe mudah-mudahan tidak :-D).  

Bahaya zina

Kebebasan sesuatu yang dicari manusia, tetapi yang menakutkan ialah kebebasan membuatkan manusia terbabas. Bebas daripada ikatan agama, menjadi seperti haiwan tiada sebarang kawalan, membujur lalu melintang patah.


Kehidupan remaja yang sebegini amat dibimbangi. Remaja adalah harapan segalanya, harapan bangsa, agama dan negara. Cemerlang remaja cemerlanglah masa depan negara, rosak mereka kelamlah masa depan.
16 April 2011

Yang Penting Sejauh Mana Kita Telah Melangkah

Dari mana kita berasal, sama ada kaya atau miskin, keluarga bahagia atau bermasalah tidaklah penting. Sebenarnya yang penting sejauh mana kita telah melangkah dari tempat kita bermula. Kita tidak mempunyai hak untuk menentukan dari mana kita dilahirkan. Semuanya telah pun ditentukan oleh Allah S.W.T sebelum kita dilahirkan. Namun, kita sentiasa mempunyai peluang ke mana dan sejauh mana kita mahu melangkah.

Aku, Cinta & Kampus

DUHAI SAUDARI SEISLAMKU, ISTIQAMAHLAH DALAM TAUBATMU, SABAR DAN JANGAN PUTUS ASA, KERANA PASTI ALLAH TELAH MENYEDIAKAN LELAKI YANG SOLEH BUAT MEMBIMBINGMU MENJADI ISTERI YANG SOLEHAH...

UiTM dihatiku..

Ayat macam skema je...^_^... tapi ni bukan aku yang cakap. Kan ini tajuk lagu uitm..hehehe...Sekadar intro sebelum masuk ke lamanweb uitm. Web yang dah lama aku tak buka.  Kalau dulu, web inilah yang sering aku masuk untuk ke pautan student portal.  Tetapi sekarang, aku hanya masuk ke web ini terus ke pautan konvokesyen. 

14 April 2011

Petua Awet Muda

Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah.

Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat,

kalimah-NYA berada di mana-mana sahaja..

Percaya atau tidak, tapi itulah hakikatnya.  Lafaz Kalimah Allah terdapat pada setiap Jantung Manusia.  Bila anda mempunyai kawan seorang doktor, cuba  tanyakan dan lihat lagi dengan teliti alur Urat yang terdapat pada jantung.
11 April 2011

Penentu dosa pahala kini dihujung jari..sedarkah kita?


'Dakwah dihujung jari'

Jangan tikam iman dengan perkara-perkara lagha, tapi hirislah iman dengan perkara-perkara ilmu.
Ya kini zaman milenia. Hujung jari sahaja sudah boleh berdakwah tetapi dengan hujung jari juga maksiat boleh berleluasa.
10 April 2011

Kesempatan ini

Pabila ALLAH memberi kesempatan
bagi manusia melakar impian
namun,
masa tidak selalu mengungkap harapan
 
fitrah kehidupan
memang tiada yang berkekalan
juga tidak semua bisa jadi kenyataan
7 April 2011

Kepadamu Wanita..Agar Dirimu Bahagia..

Kepada setiap muslimah yang rela Allah swt sebagai Rabbnya, Islam sebagai agamanya dan Muhammad sebagai Rasulnya.

Kepada setiap pendidik yang berjihad di jalan Allah dengan untaian kalimahnya, menjaga norma-normanya dan menyucikan jiwanya.

Kepada wanita yang bimbang dan bersedih, berbahagialah dengan dekatnya kemudahan, datangnya pertolongan Allah swt serta janji pahala yang besar dan terhapus segala dosa.
5 April 2011

Cita-Cita Yang Tak Pernah Menjadi

Bertanyalah pada mereka yang berusia lebih 20 tahun : 
Apakah bidang yang mereka terokai itu, adalah apa yang mereka impikan? Saya percaya 5 daripada 10 orang daripada mereka yang ditanya itu akan mengiyakan dengan yakin dan bangga. Mereka ini akan berkata, 'ya' inilah bidang yang mereka ingin ceburi.

Updates Melalui E-Mail