QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
24 September 2016

Diari : Syukur




Terlalu banyak masa kita kita korbankan untuk selalu merasa kecewa, marah dan sedih hanya kerana apa yang kita inginkan dan harapkan tidak pernah kita perolehi. Semua itu kerana kita terlalu berharap kepada sesuatu selain Allah.

Dalam hidup ini banyak benda yang terjadi di luar sangkaan kita. Sehingga kita tak mampu untuk mengawalnya. Sesuatu yang kita telah rancang dengan baikpun kadang-kadang menghampakan kita. 

Hidup ini  tak pernah sempurna, begitu juga kita. Jadi kenapa kita terlalu mengharapkan kesempurnaan dari orang lain? Allah telah merancang sesuatu yang terbaik buat kita. Bergembira dan redhalah dengan perancanganNYA. Kita merancang. Dia juga merancang. Tetapi perangcangan NYA juga yang terbaik. Kita tak sempurna. Kehidupan kita pun takkan pernah sempurna tapi Dia punya perancangan yang sempurna buat kita.


Manusia ni boleh berubah. Oleh sebab itu jangan terlalu berharap kepada manusia untuk setia selamanya. Biarlah kita menjadi dewasa  dan menjadi lebih baik dari sebelumnya. Jadikan pengalaman yang lalu sebagai pengajaran untuk tidak terlalu berharap kepada manusia. 

Apa yang kita dapat dan beri dari orang lain dalam hidup kita kerana mungkin kita tidak memberi ruang untuk mereka di dalam hati kita. Kita sempitkan kepada orang tertentu sahaja. Sehingga suatu saat mereka mengecewakan kita tanpa kita pinta. Luaskan pergaulan tetapi jaga batas yang Islam telah gariskan.

Percayalah kehidupan itu wujud kerana ia benar-benar wujud.

Siapa menyangka, insan yang kita tak pernah kenal, tak pernah sangka untuk bersama, yang begitu asing dalam hidup kita bakal mengubah hidup kita selamanya.

Dear Encik Tunang,

Terima Kasih kerana mengambil saya dengan cara yang baik, Mahu mendekati saya pun dengan cara yang baik dan menghormati serta menerima keluarga saya seadanya... 

Semoga Allah meredhai saudara...

Buat bakal suamiku....

Jadilah guru ku, pemimpinku, imamku khalifah kepada putra putriku,  Pimpinlah tanganku menuju syurga Allah dengan agama. Dan janganlah dirimu melepaskan tanganku saat kita diuji nanti dengan dugaan dan ujian Allah yang amat berat.

Moga tawakkalku ini menerima dirimu mendatangkan kebahagian   pada akhir nanti



Wassalam..
8 Februari 2016

Setia

Setia itu apa? Janji tidak akan nakal-nakal? Janji akan masih suka manusia yang sama? Janji tidak akan menggatal dengan manusia lain?



Bagi aku, setia itu adalah pilihan. Di mana walau kau telah dihidangkan berjuta pilihan manusia yang lebih baik, kau tetap mahukan seorang manusia dan manusia itu adalah dia dan sentiasa dia.

Setia itu tidak perlu berbalas-balas. Jika dia setia, baru kau mahu setia. Tidak. Itu bukan setia.  Setia itu apabila kau rasa perasaan kau buat dia terlampau besar sehingga kau sanggup reserve diri kau dan hidup kau hanya buat dia tanpa mengharapkan balasan. Tapi jika dia juga setia, itu adalah anugerah.

Ya, tidak semua manusia setia. Tapi apabila kau suda jumpa yang setia, boleh tak jangan jadi kurang berakal dengan mencari manusia lain yang belum tentu mahu setia sama dengan kau buat selamanya seperti dia?

Kita kadang kala leka, kita sudah diberi banyak tapi masih tamak dan mahukan yang tidak pasti.  Manusia jenis ini biasanya akan jadi manusia yang rugi. Jadi hati-hati.


#CP: Faiz Ibrahim
6 Februari 2016

Peluklah..

Doa itu ibarat sebuah tali yang mengeratkan. Doa itu ibarat suatu pelukan yang mendamaikan. Doa itu ibarat sepasang sayap yang mengangkat kita ke syurga.


Mendoakan seseorang bermakna kau selalu mengingatinya dalam kebaikan.

Dengan mendoakan orang yang kau sayang, kau sebenarnya menganugerahkan kebahagian dengan nama Allah..

Peluklah orang yang kau sayang, orang yang kau cintai dengan doa.

Beruntungnya dirimu jika namamu disebut/dipetik dalam setiap doanya selepas solat. Kerana kau akan menjadi di antara insan yang terpilih untuk diaminkan doanya oleh para malaikat. InsyaAllah.
3 Februari 2016

Lepaskan..

Jika tak suka, lepaskan... 
Jika tak suka, jangan dibaca..
Kerana, hati sendiri yang akan sakit..



Mengapa perlu pertikaikan kebebasan orang lain unruk berbicara?  Andai hatimu sakit untuk membaca, mungkin ada hati yang memerlukkanya untuk bangkit. Untuk membina semangat yang direntap oleh si pendusta.

Setiap kita punya jalan cerita yang indah Allah telah aturkan. Sama ada kita redha ataupun tidak sahaja. Mungkin ada insan yang hadir dalam hidup kita. Tapi watak itu hanya watak ekstra. Bukan watak utama. Dia datang sebagai asbab sahaja. Untuk Allah uji. 

Terkadang, aku menulis, aku meng copy-paste bukan untuk sesiapa. Tapi untuk diri sendiri. Untuk mereka yang sudi. Bukan untuk mereka yang asyik mencari salahku.  Terkadang aku tersasar, itu hanya kerana aku seorang manusia. 

Cukuplah.. Janganlah jadi si pendendam. Jangan jadi si pendengki atas kebahagian orang lain. Dirimu terlalu berharga untuk kau bazirkan buat orang yang dah tak sudi.... Doakan yang baik-baik sahaja untuk dia. Lepaskan dengan redha

Hati ini Allah yang punya.  Jadi pintalah pada Allah. .... Andai bukan milik kita, belajarlah melepaskan dengan redha...

Wassalam..

31 Januari 2016

Hati




Hati untuk Allah
Hati milik Allah
Dialah Yang Maha Punya

Hati untuk Allah
Hati milik Allah
Dialah Yang Maha Kuasa

Begitu lemahnya kita sebagai insan
Menggunakan hati tanpa seizin-Nya
Begitu lemahnya kita sebagai hamba
Mudahnya hati menuju jurang terja

Begitu lemahnya kita sebagai insan
Menggunakan hati tanpa seizin-Nya
Begitu lemahnya kita sebagai hamba
Mudahnya hati menuju jurang terja

Bersihnya hati
Bersihnya jiwa
Hanyalah untuk orang beriman



24 Januari 2016

Menangislah

Adakalanya, kita perlu menangis. Itu fitrah. Tapi jangan terlalu lama berada di sana. Hidup mesti diteruskan. Tinggalkan sahaja orang yang tidak pernah menghargaimu. Kerana pasti ada seseorang yang  menghargaimu akan dikirimkan oleh Allah. 




Kata Allah, " aku adalah seperti apa yang hambaku fikirkan" Jadi, fikirkan yang baik-baik sahaja. Anda terlalu berharga untuk diperlakukan sebegitu oleh orang lain. Jangan lagi anda tambahkan ia dengan menangisinya terlalu lama.

Ya.. memang sakit. orang kata, "Awak tak rasa, senanglah cakap"...

Tapi, kenapa perlu kita menangis.. sedangkan mereka sedang bahagia atas penderitaan anda? 

Bangunlah... kembalilah kepada Allah... Hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang..
23 Januari 2016

Peringatan dari Allah

Dalam seminggu ni, banyak sangat kemalangan jalan  raya yang berlaku di depan mata aku. Ada yang sampai meragut nyawa. ( innalillahi wainnalillahi ro jiuun )., ada yang meragut semangat. 

Terkenang kembali peristiwa pada 11 Oktober 2014 yang lepas. Satu kemalangan jalan raya telah berlaku yang melibatkan tiga buah kenderaan. Hilux, Proton Saga dan Produa Myvi.  Dan aku adalah antara salah seorang yang ALLAH pilih untuk merasai situasi ketika itu. Seperti tiada harapan untuk lepaskan diri apabila sebuah kereta terundur dengan tiba-tiba dari sebuah pondok pengawal di sebelah kiri jalan. Aku berada di lorong laju pada ketika itu. Sebuah Hilux berada di belakangku dengan dengan jarak yang sangat rapat. Sebelah kanan pula sebuah longkang besar.  

Aku tahu, aku tak mungkin akan terlepas. Andai aku pilih untuk menekan break untuk mengelak kereta yang tiba-tiba terundur, mungkin aku akan dirempuh teruk oleh Hilix dari arah belakang. Andai aku menekan pedal minyak, aku akan dirempuh dari kiri. Andai aku memusingkan stering ke sebelah kanan, aku pasti akan jatuh ke dalam longkang besar... Aku tiada pilihan.. Aku tidak dapat berfikir. Aku cuba menekan break. Tetapi seperti ada sesuatu yang meletakkan kakiku kekal di pedal minyak. Tanganku pula tidak membelok ke kiri mahupun kanan. Aku pasrah.... Akhirnya keretaku dirempuh dari kiri...



Memang benar.. kita tak akan dapat membuat pilihan dan berfikir dengan baik ketika itu. Mengimbas detik-detik peristiwa itu berlaku, sungguh aku bersyukur kerana masih lagi bernafas pada hari ini.

Benarlah ajal itu akan datang secara tiba-tiba. Malaikat tak akan datang bertanya kepada kita sama ada bersedia atau belum untuk dipanggil menghadapNya. Sama-samalah kita berdoa agar mati dalam husnul khotimah. Dapat masuk ke syurga Allah dengan rahmatNya dan ditempatkan bersama dengan orang-orang yang soleh. Aamiin..


18 Januari 2016

Pesanan untuk ibu bapa



Tanamkan dalam hati bahawa;

1. Anak kita bukan baik sangat.
Walau kat rumah dia taat, dia mungkin nakal dibelakang kita. Jadi dia mungkin lawan cakap cikgu, pukul kawan dia, dan buat pelbagai perkara yang kita tak jangka.

2. Bukan anak kita sorang saja di dalam kelas tu.
Kita di rumah paling banyak anak 6 7 orang. Itu pun kita tak mampu nak beri perhatian pada semua. Anak cakap banyak sikit kita dah suruh diam. Just imagine kita ada anak kembar seramai 40 orang. Macam tu lah apa yang cikgu alami sewaktu mengajar anak-anak kita.

3. Anak kita juga pandai menipu.
Jangan percaya sangat dengan cerita-cerita anak kita. Dia mungkin menipu. Tak kiralah seyakin mana kita dengan kesolehan dia, dia mungkin menipu. Siasat dan jangan cepat melatah. Nanti kita yang malu.

4. Anak kita layak dimarah.
Anak kita bukan malaikat. Dia tidak sempurna. Dia pasti melakukan banyak silap. Dia perlu dididik. Character dia di rumah dan di sekolah tak sama. Dia mungkin sangat annoying waktu di dalam kelas dan kita takkan tahu itu. Jika dia dimarah, itu tandanya gurunya sedang mendidiknya.

5. Ingat semula kenapa kita hantar dia kesekolah.
Untuk dia jadi diva kah? Sampai tak boleh diusik.
Untuk dia jadi samseng? Sampai tak boleh dijentik.
Untuk dia jadi biadap? Sampai tak boleh dididik.

6. Dia sedang dididik. Dengan cara yang kita suka, mahupun tidak suka.
Jika tak boleh terima orang lain didik dia dengan cara yang tak sama dengan didikan kita, jangan hantar dia ke sekolah. Kita tak boleh harapkan orang ikut cara kita. Cara kita tak semestinya betul.

7. Kita tak mampu berikan semua ilmu yang diperlukannya.
Kita perlukan guru-guru. Kita mungkin pakar kimia, tapi kita tak tahu matematik, geography, biology dan sebagainya. Kita mengharapkan guru-guru itu mencurahkan ilmu kepada anak kita. Hormati mereka.

8. Duit bukan segalanya.
Kita mungkin kaya. Tapi duit tak mampu jadikan anak kita sempurna. Duit tak boleh membentuk akhlaknya. Dia perlu didik, diajar, dibentuk. Baru dia mampu menjadi manusia.

9. Kita tak mampu membentuknya seorang diri.
Anak kita perlu dilatih hidup dengan masyarakat. Dia perlu diajar bagaimana menghadapi dunia yang ganas di luar sana. Dia perlukan sekolah sebagai langkah pertama untuk memahamkan dia bagaimana untuk survive di dunia ini. Guru-guru itulah yang akan membantu kita membuatnya melihat dunia. Beri guru-guru itu ruang untuk membantu kita.

10. Kita bukanlah orang yang paling betul dalam dunia.
Cara guru dan kita mungkin berbeza. Tapi pengalaman mereka mendidik memang kita tak mampu menandinginya. Paling hebat kita didik 6 7 orang anak kita sendiri. Mereka dah didik 6 7 orang anak sendiri dan beratus malahan beribu anak-anak orang lain yang mereka didik seperti anak-anak mereka sendiri.

11. Jangan sombong dengan guru-guru. Allah sebut darjat mereka tinggi di dalam al quran.
Mereka bukan sahaja bekerja kerana gaji, tapi mereka melakukan amal jariah dengan memberi ilmu yang bermanfaat kepada ribuan manusia, dan amal ini Allah kira sahamnya walaupun setelah mereka meninggal dunia.Amal kita?

12. Ilmu anak kita takkan berkat tanpa redha gurunya.
Tanamkan itu dalam peribadi anak-anak kita. Yang 11A tapi jika biadap dengan guru belum tentu berkat ilmunya, belum pasti tenang hidupnya. A kurang tak apa. Asalkan tak kurang adabnya. Biar berkat ilmunya. Kejayaan akan datang dalam pelbagai cara.

13. Guru-guru sentiasa mengingatkan anak kita agar hormat ibu bapanya.
Ibu bapa sentiasa menjadi sentimen utama yang digunakan oleh guru-guru untuk menasihati anak-anak kita. Mengapa kita tak boleh buat perkara yang sama? Satu sahaja, kerana kita rasa kita lebih bagus dari segenap segi daripada guru-guru anak-anak kita.

Berlapang dadalah.
Ilmu itu bukan bilangan A.
Tapi apa yang anak kita dapat untuk dia jadikan panduan untuk jalani kehidupan di dunia dan diakhirat.

Tepuk dada, tanya iman

Updates Melalui E-Mail