QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
21 Mac 2013

Keluarga Bahagia Tanpa Zina


Istilah "tangkap basah" amat popular pada zaman dahulu. Iaitu apabila pasangan lelaki dan perempuan didapati bersekedudukan dalam rumah, dan mereka kemudiannya ditangkap dan terus dikahwinkan.

Namun, kadang-kadang perbuatan pasangan ini dirancang sendiri oleh pasangan itu setelah usaha mereka untuk berkahwin terhalang atas beberapa sebab.



Tetapi pada waktu ini tangkap basah sudah tidak relevan, kalau adapun tangkapan mereka akan dibicarakan dan kemudiannya dihukum. Hal ini kerana golongan ini suka mengambil peluang melakukan maksiat pada saat orang ramai berehat di rumah masing-masing. Malah waktu penduduk tempatan keluar kerja, pasangan ini balik ke rumah sama ada rumah lelaki atau wanita. Di sini mereka bebas sama seperti suami isteri.

Kebanyakan pasangan terbabit mengambil peluang ini bagi memuaskan nafsu masing-masing walaupun mereka tahu perbuatan itu satu dosa. Dalam fikiran mereka sebanyak manapun dosa mereka, masih ada peluang diampunkan Allah. Jadi, lakukan dosa dahulu nanti bertaubat kemudian.

Mereka sanggup melakukan dosa kerana yakin tidak dapat dikesan oleh penduduk. Mereka ini tidak pernah berniat untuk berkahwin segera malah apabila wanitanya mengandung, lelaki itu akan melarikan diri kecuali setelah dipaksa oleh bapa wanita tersebut. Tidak kurang juga yang bertindak menggugurkan kandungan sebelum kandungan itu membesar.

Larangan Berkhawat

Persoalannya mengapa mereka sanggup melakukan itu semua sedang mereka tahu perbuatan dilarang oleh Islam. Rasulullah s.a.w. dalam hadis daripada Ukbah bin Amir menyebut bahawa Nabi s.a.w. bersabda: 


"Maka jangan sekali-kali seorang lelaki bersendirian dengan seorang perempuan yang bukan mahramnya kerana yang ketiga ialah syaitan." (Riwayat Al-Imam At-Tirmidzi)


Mungkin mereka tidak tahu mengapa Rasulullah melarang lelaki berkhalwat dengan wanita. Mungkin pada mereka larangan itu menyekat kebebasan hak asasi mereka. Sebab itu ada yang berkata, pertemuan itu hanya sekadar bualan biasa, tidak lebih daripada itu. Tetapi sebenarnya Rasulullah sendiri sudah memberi jawapan yang jelas, iaitu tatkala mereka berdua-duaan akan ada syaitan antara keduanya.

Maknanya apa? Syaitan yang sifatnya suka menggoda, akan meniupkan rangsangan seks wanita dan kemudiannya lelaki. Jika rangsangan syaitan itu lambat laun akan berhasil dan ketika itu pasti berlaku perzinaan. Tetapi jika antara mereka ada orang ketiga tentu pasangan itu akan berasa malu untuk melakukan zina. Oleh sebab itu bagi menyelamatkan keadaan Rasulullah menyarankan pasangan itu berteman orang yang ketiga seperti sabdanya yang bermaksud:


"Tidak halal bagi seseorang lelaki berkhalwat dengan seseorang wanita yang tidak halal buatnya kecuali ditemani mahram (mahram-orang yang diharamkan nikah/ kahwin dengannya. Maka orang atau pihak ketiga yang ada bersama-sama ketika mereka berdua berkhalwat itu adalah syaitan". (sila rujuk bukuFiqh As-Sunnah oleh Syed Sabiq).


Sebenarnya larangan berdua-duaan di tempat yang mencurigakan dan sebaliknya digalakkan bertiga dalam sesuatu pertemuan adalah untuk merealisasikan perintah Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:


"Dan janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan." (Surah al-Israa' :32)


Jelas dalam ayat di atas Allah tidak melarang berzina secara langsung tetapi melarang umat Islam menghampir perbuatan zina. Bayangkan kalau menghampiri zina tidak berlaku, bolehkah berlaku perzinaan. Sudah pasti tidak berlaku zina. Jadi, larangan menghampiri zina itu merujuk kepada larangan berkhalwat, pergaulan bebas dan seumpamanya.


Tidak Takut Dengan Denda

Umat Islam yang memahami perintah Allah dalam al-Quran dan larangan Rasul dalam hadis di atas, pasti tidak tergamak untuk melakukan dosa khalwat. Malah dalam Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003, kesalahan khalwat dijelaskan bahawa; lelaki atau perempuan yang didapati berada bersama seorang atau lebih yang bukan mahramnya di mana-mana tempat terselindung dalam keadaan boleh menimbulkan syak mereka sedang melakukan perbuatan tidak bermoral.

Manakala hukuman kesalahan jenayah khalwat ini diperuntukkan dalam undang-undang jenayah syariah pada Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, bila sabit kesalahannya, dendanya tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Melihat kepada perkembangan terkini, ternyata umat Islam belum terdidik dengan perintah Allah dan larangan Rasulullah. Malah tidak gentar dengan peruntukan undang-undang Syariah di atas. Apakah umat Islam kini rela dihukum? Atau apakah sikap masyarakat Islam kini seperti mencabar peruntukan undang-undang itu?

Umat Islam tidak takut dengan ancaman undang-undang itu kerana pada mereka kalau kena denda, tidak sukar untuk membayarnya. Dan kalau kena penjara, tidaklah lama bahkan akan dihidangkan dengan makanan yang terkawal lagi baik.

Jelas, penjenayah ini bukan sahaja tidak takut kepada undang-undang dan hukumannya malah tidak takut kepada Allah dan hukuman-Nya. Mereka juga tidak malu kepada Rasulullah dan jiran-jirannya. Ya, kalau begitu keadaannya, boleh jadi mereka ini tidak pernah sujud menyembah Allah.

Hargailah Diri & Maruah

Menyedari keadaan ini, suka saya mengingatkan wanita yang terlibat juga mereka yang berniat untuk terlibat dalam aktiviti khalwat, hargailah diri anda. Tubuh wanita adalah ciptaan Allah yang termahal, maka tidak wajar diberikan percuma kepada seseorang lelaki. Ya, wajarkah barang yang mahal milik anda diberikan kepada seseorang begitu sahaja? Tentu tidakkan?

Sebenarnya dalam kes khalwat ini, wanita tersebut telah menggadaikan maruahnya kepada lelaki tanpa mendapat apa-apa manfaat kecuali mengandung anak luar nikah. Tetapi tahukah anda, seorang lelaki dalam keadaan ini boleh menyelamatkan diri dan meninggalkan anda bersama kandungan yang memalukan.

Jadi, apa faedahnya wanita menggadaikan maruahnya hanya kerana keseronokan sementara. Sebenarnya walaupun wanita itu tidak mengandung anak luar nikah, hati wanita itu tetap menderita dan hidup dalam keadaan ketakutan. Walaupun secara zahirnya mereka rasa seronok melakukan dosa dan maksiat tetapi hakikatnya hati mereka diburu rasa takut.

Percayalah ketika melakukan melakukan kesalahan itu, hati mereka sentiasa rasa bersalah pada orang kampung dan mereka takut kalau dikesan oleh mereka. Mereka juga takut kalau-kalau ditangkap pihak berkuasa agama. Pada masa yang sama, mereka takut kalau-kalau diketahui ibu bapa masing-masing.

Bayangkan kalau setiap hari mereka dalam keadaan itu, di manakah kebahagiaan mereka. Kenapa memilih kebahagiaan sementara sedangkan kebahagiaan sebenar boleh diperoleh dengan berkahwin? Tetapi bagaimana kalau wanita itu mengandung anak luar nikah, di mana hendak disimpankan rasa malu kepada jiran, keluarga terutama ibu bapa.

Sesungguhnya ibu bapa dalam keadaan ini akan lebih terasa malu jika anak yang dididiknya sehingga dewasa mencemarkan nama baik mereka. Malah akan terlebih malu kalau anaknya dibiarkan mengandung tanpa suami. Tetapi bolehkah si anak itu membayangkan akan kesedihan dan kekecewaan ibu bapanya?

Percayalah kalau semua ini dapat dirasakan oleh wanita sebelum atau semasa hendak melakukan dosa dan maksiat itu, pasti kenikmatan sementara itu boleh ditinggalkan dengan senang hati. Apatah lagi kalau dia rasa takut kepada Allah dan hukuman yang bakal diterima nanti.

Peranan Komuniti

Gejala bersekedudukan atau khalwat ini boleh dibasmi dalam sesuatu komuniti jika semua pihak dapat bertindak sebagai pencegah. Di sini, masyarakat tempatan perlu peka dengan jiran mereka dan mengenal pasti siapa jiran mereka itu. Seseorang yang baik akan mengambil tahu status jirannya supaya dengan itu dapat mengesan mana jiran yang melakukan dosa dan maksiat sama ada pada waktu malam atau siang.

Perhatian jiran ini akan menjadikan lelaki dan perempuan yang berniat untuk melakukan dosa dan maksiat terhalang. Hal ini kerana sikap masyarakat setempat itu telah menjadi mata dan telinga masjid dan kerajaan.

Didik Anak-Anak Dengan Iman

Oleh sebab itu ibu bapa perlulah sentiasa mengingatkan anak-anak mereka sama ada lelaki mahu perempuan agar menjauhi dosa dan maksiat. Ingatkan anak perempuan bahawa sentuhan lelaki boleh menyebabkan mereka mengandung. Ingatkan juga, jika mereka mengandung bukan sahaja dia akan malu tetapi ibu bapa juga malu. Dan ingatkan juga anak lelaki jika mereka merosakan maruah wanita, hakikatnya dia telah merosakkan maruah ibu bapanya sendiri.

Inilah asas didikan iman yang boleh diberikan kepada anak-anak. Jiwa mereka perlu disuburkan dengan rasa takut kepada Allah, gerun kepada neraka-Nya dan cintakan syurga-Nya. Jika semua ini dapat direalisasikan diri diri semua umat Islam pasti mereka akan menjaga maruah masing-masing.

Ketika itu umat Islam akan berada dalam masyarakat harmoni, yang tidak diselubungi gejala maksiat. Kalau di rumah boleh rasa bahagia, dalam masyarakat juga boleh rasa bahagia, dan pastinya dalam negara turut rasa bahagia.


-iluv islam

Bukan Jodoh kita…


Bismillahirrahmanirrahim...


Mungkin jodoh kita tak panjang. Ya.. memang jodoh kita tak panjang. Aku cuba menjagamu sebaik mungkin. Namun Allah putuskan untuk kita berpisah pada hari ini… 21 Mac 2013 … Tarikh di mana aku kehilanganmu…

Jari manis dah tak semanis dulu… kerana kini kosong tak “berikat”…



Terkenang kembali tarikh di mana akad dilafazkan… Kau jadi milikku… Hati hanya mampu bersyukur. Kerana kau telah lama ku idamkan. 



Kehadiranmu membuatkan aku rasa diri berteman walaupun ku tahu Allah sentiasa ada bersama ku… walaupun kemana ku pergi akan ada yang bersama ku di kiri dan kanan. Tapi kau penemanku bila diri ditanya sudah berteman atau belum. Ku tunjukkan sahaja dirimu. Maka mereka ku anggap paham. Bicara tanpa kata kadang-kadang lebih mudah untuk dimengertikan….

Namun lumrah hidup. Setiap yang bermula, bersedialah tibanya hari akhir…

Aku redha semuanya terjadi. Semoga akan ada orang yang menjumpai mu… menyayangi lebih dari aku menjaga mu sampai hari ini… Maafkan aku… kerana kecuaianku aku kehilangan mu..



Ayatnya macam ayat putus cinta pula…
  

padahal… pelaburan dah hilang…

Hmmmm…. Tak mengapalah. Mungkin setakat ini sahaja rezeki dan jodoh ku dengan cincin tu….  Adalah hikmahnya tu.  Tulah yang ku ucapkan  berkali-kali kepada diri sendiri.  Lebih kepada memujuk diri sebenarnya…



Ubat dari “DOKTOR”:

  • Simpan duit beli yang baru. Kerana nak harapkan orang bagi… itu belum tentu boleh dapat

  • “Patah tumbuh hilang berganti”….Walaupun yang baru tak mungkin sama dengan yang lama, tapi ALLAH akan beri apa yang kita “perlu” bukannya apa yang kita “mahu”… ( Cuma sentimental value dah tak sama… )
  • Tak apalah.. Nak buat macamana lagi. Yang hilang tu biarlah. Adalah tu Allah nak berikan yang lebih baik lagi.  Jangan risau. Jangan pernah berputus asa dengan rahmat Allah.  Kita tak tahu dan tak nampak hikmahnya sekarang. Tapi pasti ada hikmahnya.
17 Mac 2013

Al-Quran


Al Quran itu mutiara iman
Membimbing umat dalam kegelapan

Al Quran itu petunjuk jalan
setiap bidang dalam kehidupan
agung Al Quran
Menghapuskan kejahilan

Al Quran itu petunjuk jalan
setiap bidang dalam kehidupan
agung Al Quran
Menghapuskan kejahilan


Iman dan takwa membentuk jiwa
Dari segala musibah melanda
Al Quran itu bawa cahaya
Jadi pegangan spanjang masa
Semoga hidup aman dan bahagia

Al Quran itu bawa cahaya
Jadi Pgangan sepanjang masa
Semoga hidup aman dan bahagia

Ayuh kita renung sejenak
Kejahilan itu kerugian
Hadirkanlah sinar keimanan
Kitab Al Quran jadikan pedoman


Ayuh kita bangun segera

Bina bangsa majukan negara

Kita lakarkan kejayaan

Berpaksikan kitab Al Quran


Al Quran itu mutiara iman
Membimbing umat dalam kegelapan
Al Quran itu petunjuk jalan
setiap bidang dalam kehidupan
agungnya Quran
Menghapuskan kejahilan

agungnya Quran
Menghapuskan kejahilan







9 Februari 2013

'Gedik Yang Solehah'





Pada hari ini, aku melihat kebanyakan muslimah yang ku kenali sangat goyah imannya. Bagaimana aku ingin menghuraikannya? Insya-Allah aku cuba. Tidak perlu melihat pada yang jauh, cukup pada mereka yang berada di sekitarku.

Fenomena 'berubah menjadi alim' sudah banyak berlaku. Lebih-lebih lagi aku melihat di laman sosial facebook yang beratus-ratus status dan post mengenai Islam di wall mereka. Terlalu banyak sehingga imanku tercabar. Aku hampir mendakwa mereka semua itu berlakon alim.

Maaf,  aku cuba untuk tidak berprasangka yang tidak baik kepada mereka. Selama ini aku sangat berpegang kepada husnudzon (bersangka baik) dan aku tetap dengan prasangka baik kepada mereka. Moga aku yang menulis ini dijauhkan daripada perasaan ria' dan juga berasa sudah cukup alim.

Melihat kepada sahabat terdekat, perubahan yang amat ketara telah ku perhatikan.  Aku sangat mengenalinya. Dahulu bertudung bawal sekarang sudah bertudung labuh. Dahulu FB nya penuh dengan luahan ketidak puas hatian, sekarang dipenuhi dengan kata-kata dan juga mutiara hikmah.

Sekali lagi iman ku tercabar apabila melihat kata-kata dan mutiara hikmah lebih ke arah mencari suami dan menanti suami yang soleh. Siapa solehah dapat suami soleh. Aku tidak pandai untuk mengarang ayat. Apapun, begitulah maksud yang ku simpulkan dari kebanyakan kata-kata yang tertera di laman terkenal itu.

Aku gembira dengan perubahan drastik itu, tetapi caranya mencabar imanku. Aku tidak layak nak tahu hatinya, berubah kerana apa. Husnodzon hati berbicara. Aku berjaya mengatasi prasangka buruk. Aku harap tulisan ini dapat membetulkan niat aku dan mereka yang ingin rapat dengan Allah.

Aku tidak pernah nafikan janji Allah dalam Alquran yang bermaksud; 

"Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik "
(Surah an-Nur ayat 26)

 


Di suatu sudut yang lain pula, satu comment yang terpampang di wall rakan FB ku. Ku baca dengan teliti dan ingin ku kongsikan bersama kalian.

"Sangat geli melihat ustazah-ustazah berpurdah,bertudung labuh , berjubah tapi asyik post status rindukan 'imam', dan yang berkaitan dengannya. Sebaiknya gunakan imej yang terbaik itu untuk sampaikan nasihat  dakwah buat panduan muslimah seluruhnya, bimbang orang akan gelar ini adalah contoh ' gedik yang solehah'."

Saat membacanya, apa yang kalian fikirkan?

Aku cuma ingin berpesan, kepada mereka yang sudah berpunya atau sedang menanti, janganlah kalian berubah mengikut nafsu inginkan imam yang soleh. Dan janganlah kamu berubah kerana taat kepada kekasih hati yang ingin melihat kamu berubah.

Kalian pernah terfikir? Apakah kesudahan jika kamu berubah bukan kerana taat kepada Allah? Jika ditinggalkan oleh imam yang selama ini didamba-dambakan, bagaimana?

Beruntunglah bagi mereka yang memperoleh imam yang benar-benar ditakdirkan oleh Allah untuk dijadikannya sebagai isteri. Tetapi bagaimana yang sebaliknya? berakhir di pertengahan jalan. Takdir Allah, memutuskannya dengan dua cara. Semasa hidup atau mati.





Aku bukan ingin mengatakan aku adalah terbaik, aku pun pernah melakukan kesilapan, aku juga bukan ahli agama. Atas asbab itulah, aku cuba sebatikan kata-kata imam Hassan al-basri dalam hidup.


"Sesungguhnya aku menasihati kamu bukanlah bermakna aku adalah yang terbaik di kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh di kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."




 Aku sedar, aku juga tergolong di kalangan mereka yang mudah terpesona dengan lelaki soleh. Justeru, satu cara aku menjauhi mereka dengan tidak berpersatuan dengan mereka yang nampak soleh dan aku sesekali tidak akan mempunyai teman lelaki kecuali dia yang bernama suami. Moga dengan cara ini aku lebih dekat dan teguh iman kepada Allah.

Mungkin juga ada yang berfikir aku tidak cantik, sebab itu tiada siapa yang minat kepadaku. Apapun yang kalian fikirkan, terserah pada kalian. Sesungguhnya kecantikan ini hanya untuk seorang yang halal untukku. Tiadakan ku kongsi pada mereka yang belum tentu menjadi suamiku. 

Pesan khusus untuk diriku dan sahabat-sahabat muslimah,  taatlah kepada Allah. Jangan lah 'taat' kepada mereka yang bukan bernama suami atau bakal suami sekalipun.Apa sahaja yang diminta oleh mereka, dengan relanya kita memberikannya.

Yakinlah, setiap yang tertutup itu lebih terindah, namun akan lebih indah lagi jika setiap yang ada pada diri itu tertutup rapat tanpa seoarang pun dapat melihatnya/membacanya.



Yang pernah melakukan kesilapan, aku berdoa kalian akan benar-benar berubah kerana taat kepada Allah. Aku sangat gembira jika Muslimah itu berubah kerana taat kepada Allah. Itu aku lebih utamakan.

"Dan taatlah kamu kepada ALLAH dan RasulNya, supaya kamu diberi rahmat."
(Surah ali Imran ayat 132)

Aku harap tulisan ini dapat menjawab soalan sahabatku yang bertanya tentang keikhlasan mereka yang ingin berubah. Dahulu aku menjawab pertanyaan sahabatku dengan lisan.

"siapa kita untuk mengukur niat seseorang, insyaAllah jika benar dia tidak ikhlas Allah akan betulkan, jika sebaliknya kita yang berdosa menuduhnya."

Aku terdiam dan menamatkan jawapan setakat itu. Aku harap inisiatif menulis coretan ini dapat menjawab persoalan sahabat-sahabat di luar sana agar Allah mengampuni dosa kita semua jika kita tersalah menduga yang tidak baik lebih-lebih lagi keikhlasan seseorang.
12 Januari 2013

Bangkitlah wahai MUSLIMAH




Semenjak beberapa bulan ini, dan mungkin dah bertahun ini, saye melihat wanita-wanita islam (bujang) Malaysia selalu buat promosi di FACEBOOK, tentang mencari pasangan dengan ayat berbunga-bunga, merintih-rintih, menyeru-nyeru, mendayu-dayu,memuja-muja, walau menggunakan Hadith rasulullah berkenaan cinta, dihuraikan pula dengan umpama lelaki yang sedang berKASANOVA.

Lebih menyedihkan mereka yang berminat berAYAT seperti itu adalah yang sopan santun, berpurdah, berjilbab labuh, menutup aurat dan lain-lain. Tidakkah anda berasa merendah martabat wanita? kerana FACEBOOK bukan tempatnya.






PERCAYALAH SESUNGGUHNYA IA MEMUALKAN BAGI LELAKI SOLEH, 
dan menaikkan syahwat bagi lelaki toleh/Mata keranjang,pemaksiat dan lain-lainnya.

Maka kiranya FACEBOOK tempat anda meluah dan mecari, nantikan pemangsa akan memakan anda, akan sukar mencari idaman calon syurga hanya menumpu di FACEBOOK.

Kiranya anda (wanita Muslimah) ingin mencari teman, adalah baik bukan di FACEBOOK, carilah dan lihatlah mereka di majlis-majlis ilmu,di masjid-masjid, di pertubuhan bait muslim, di medan perjuangan atau lebih mudah dikata medan Islamic.






WAHAI WANITA ISLAM, 
JANGANLAH DIBUKA PEKUNG DIDADA MENJADI TONTONAN UMUM, 
JAGA MARUAH ISLAM DAN WANITA MUSLIMAH.

Saat ini bukan sesuai bermadah pujangga memuji-muji lelaki demi mencari calon hati.

Saat ini adalah lebih baik bersama dengan perjuangan islam, FACEBOOK boleh menjadi medan dakwah, seru ummah membantu islam dipalestin,rogingya,suria dlln bentuk seruan kepada jalan islam.

FACEBOOK bagi wanita muslimah bukan hanya tempat menulis hadith cinta, atau meluah kemaruk kasih..Fikir-fikirkan..

Wanita YANG SUKA BERKHAYAL, hiduplah dalam realiti dan bukan fantasi, membuang masa berpujangga, menjumud fikiran dengan fikiran tertumpu dek hayal cinta, akan hidup tidak manfaat untuk ummah bahkan untuk diri sendiri jauh berada terkebelakang..



 *****************************************************************



Wanita muslimah JANGAN KETINGGALAN



 *****************************************************************
10 Januari 2013

Sanah Helwah Qabsah...


Umur yang berkat ertinya umur yang semakin tua semakin soleh, setiap detik diisi dengan amal ibadah. 


Seseorang yang mengisi hidupnya untuk kebahagiaan dunia semata, maka hari tuanya akan diisi dengan banyak bernostalgia mengenai masa mudanya

Orang yang mengisi umurnya dengan banyak mempersiapkan diri untuk akhirat (melalui amal ibadah), maka semakin tua semakin rindu ia untuk bertemu dengan Penciptanya. Tidak ada rasa takut meninggalkan dunia ini, bahkan ia penuh harap untuk segera berasakan keindahan alam kehidupan berikutnya seperti dijanjikan Allah".

Perjalanan masih jauh.. pencarian masih belum jelas.. destinasi masih kabur.. Arah mana yang harus di tuju? Bila dan di manakah destinasi aku? Aku merendah diri, dan berharap hanya kepada Dia.. kerana Dia Yang Maha Mengetahui. Ya Allah, tunjukanlah aku jalan yang lurus...Allahurabi..Amin..



*****************************************

Salah satu cara untuk doa dimakbulkan adalah berpuasa dan berdoa pada hari kita dilahirkan .

Pintaku.... Terima lah aku seadanya... Pada usia yang semangkin meningkat, bukan pada usia yang telah aku tinggalkan....



Updates Melalui E-Mail