QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
11 September 2010

apalah sangat yang dibanggakan dengan paras rupa



Kalau seseorang itu cantik, menarik dan tampan dan pandai pula bergaya dan berpakaian, ramai orang suka memandang. Ada tarikan. Ramai yang suka berkenalan. Bahkan ramai yang akan terpikat, ingin buat teman atau pacaran. Dia akan jadi rebutan.


Namun, apakah harga sekujur tubuh walaupun cantik dan memikat. Apakah nilai sekeping jasad yang indah mata memandang. Yang rambutnya ikal mayang. Hidung bak seludang. Bibir bak delima merekah. Pipi bak pauh dilayang. Yang pinggangnya ramping, dadanya bidang. Tetapi akalnya kurang. Iaitu akal yang tidak ada ilmu, bodoh, tidak tahu dan tidak faham, tidak boleh dibawa berbincang. Dia tidak ada pendapat atau buah fikiran. Semua persoalan dijawab dengan senyuman kosong yang tidak mempunyai apa-apa erti. Lebih-lebih lagilah kalau dia gila dan kurang siuman. Percakapannya tidak logic dan tidak seimbang. Hanya meracau-racau, tidak ada pertimbangan. Apa yang salah pada orang, betul pada dia. Apa yang betul pada orang, salah pada dia. Dia anggap semua orang lain gila. Dia sahaja yang tidak gila. Itulah tanda dia gila. Kalau bodoh atau gila, cantik macam manapun tidak diambil kira. Jasad dan tubuh akan hilang cantiknya kalau bodoh atau gila. Itu bukti akal itu lebih utama dari paras rupa. Malahan kalau seseorang itu cantik, menarik dan tampan dan pandai pula bergaya dan berpakaian, ramai orang suka memandang. Ada tarikan. Ramai yang suka kecantikan paras rupa hanya akan terserlah bila kita ada akal yang sempurna.

Namun, apakah harga sebuah akal walaupun bijak dan berilmu sekalipun. Apakah nilai sebuah akal yang tahu segala sesuatu. Pandai berhujah, pandai menyelidik, pandai mengkaji dan pandai merumuskan sesuatu. Kalau hati jahat, gelap dan kotor. Iaitu hati yang penuh dengan dosa dan noda. Hati yang penuh dengan bermacam-macam sifat kotor dan keji. Khianat, tamak, bakhil, dusta, kasar, pemarah, angkuh, sombong, penting diri, buruk sangka, hasad dan dengki. Nafsu yang rakus dan buas macam kuda liar. Meronta-ronta hendak merebut dunia seolah-olah tidak akan mati. Lebih-lebih lagilah hati yang tidak kenal Tuhan. Yang tidak cinta dan takut dengan Tuhan. Yang telah menabalkan nafsunya sendiri menjadi Tuhan. Tidak ada akhlak kepada Tuhan. Tidak ada akhlak sesama manusia.

Apa ertinya orang yang kacak, lawa dan tampan pula, punyai akal yang bijak dan tajam, tetapi jahat dan tidak berakhlak. Kufur kepada Tuhan. Kasar pada manusia. Menindas, menekan dan menzalimi manusia. Kacak dan lawakah orang seperti ini? Cantik dan tampankah orang yang seperti ini? Cerdik dan pandaikah orang seperti ini? Kalau pun cantik, kalau pun tampan, kalau pun cerdik semuanya akan tenggelam di dalam kejahatan dan kehinaan akhlak dan peribadinya. Orang akan benci. Orang akan marah. Kepintaran akal dan kecantikan paras rupanya akan hilang dan menjadi samar kerana perangainya yang seperti haiwan.

Hati dan rohlah yang paling berpengaruh. Kalau hati baik dan luhur, ia akan terpancar kepada akal dan jasad. Hati dan roh itu adalah hakikat diri manusia. Manusia itu adalah hati dan rohnya. Berusahalah untuk mencantikkan hati. Kecantikan hati itu lebih utama dari kecantikan akal dan paras rupa. Bila hati cantik, akal akan bersinar. Bila akal bersinar, kecantikan paras rupa akan terserlah. Sebaliknya bila hati gelap, akal akan menjadi malap. Malap akal maka lenyaplah kecantikan paras rupa. Kecantikan akal dan paras rupa akan habis di dunia. Kecantikan hati akan bersinar sampai bila-bila, kekal tanpa penghujungnya sampai ke Akhirat.

MADAH HATI

Tuluskanlah hatimu dengan cinta kepada Tuhan
Sinarilah hatimu dengan takutkan Tuhan
Hiasilah hatimu dengan segala sifat kebaikan
Murnikanlah hatimu dari dosa dan kesalahan
kerana hati tempat jatuh pandangan Tuhan
Hati itu raja dalam diri manusia
Baik hati baiklah peribadi
Penuh kasih sayang dan simpati
Akhlak yang indah memikat hati
Sesiapa sahaja yang mendekati

0 tautan:

Updates Melalui E-Mail