QA. Dikuasakan oleh Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Muslimah yang solehah itu umpama ANGIN yang lalu, mereka hadir tanpa disedari, tetapi kehadiran mereka itu mendamaikan hati

 
12 September 2010

Ukhti, kamu cantik sekali

Ukhti, kamu cantik sekali
Tapi cantik fizik tak akan pernah abadi. Saat ini para pesolek mampu berbangga dengan kemolekan wajah ataupun bentuk tubuhnya. Namun beberapa saat nanti, saat wajah telah keriput, rambutpun kusut dan berubah warna putih semua, tubuh tak lagi tegak, membongkok termakan usia, tak akan ada lagi yang bisa dibanggakan. Lebih-lebih jika telah memasuki liang lahat, tentu tak akan ada manusia yang mau mendekat..


Ukhti, kamu cantik sekali
Tapi kecantikan hanyalah pemberian dan untuk apa dibangga-banggakan.. Sepatutnya kecantikan disyukuri dengan cara yang benar. Mensyukuri kecantikan bukanlah dengan cara memamerkan, memajang gambar atau mengikuti bermacam medium  diguna untuk membandingkan rupa, sedangkan hakikatnya wajah itu bukan miliknya.. Tidakkah engkau jengah bila banyak mata lelaki yang memandangi berhari-hari.. Tidakkah engkau malu ktika wajahmu dinikmati tanpa izin kerana engkau sendiri yang mempamerkan tanpa segan dan silu.. Ataukah rasa malu itu telah punah musnah.. Betapa sayangnya jika demikian, sedangkn ia sebahagian dari keimanan..

Ukhti, kamu cantik sekali
Tapi apa manfaat pujian dan kekaguman seseorang.. Adakah ia akan menambah pahala dari Nya.. Adakah darjatmu akan meninggi disisi Ilahi setelah dipuji.. Tak ada yang boleh menjamin wahai ukhti. Mungkin malah sebaliknya, wajah cantik itu menjadikanmu tidak cantik di hadapanNya, kerana tak mampu memelihara sesuai dengan ketentuanNya..

Ukhti, kamu cantik sekali
Kecantikanmu itu harta berharga bukan barang murah yang bisa dinikmati dengan mudah. Dimana nilainya jika setiap mata begitu leluasa memandang cantiknya rupa, jika kecantikan telah diumbar, dipajang dengan ringan tanpa segan dan silu, jika setiap orang, baik ia seorang kafir, musyrik atau munafik begitu mudah menikmati wajah para muslimah..

Ukhti, kamu cantik sekali
Alangkah indah jika kecantikan fizik itu dipadu dengan kecantikan hatimu. Apalah guna tubuh molek memikat bila tak ada rasa malu yang lekat.. Mari cantikkan diri dengan cahayaNya. Cahaya yang bersinar dari hati benderang penuh keimanan. Hati yang sederhana, yang tak berlebihan dalam segala urusan dunia..

Ukhti, kamu cantik sekali
Mari tampilkan kecantikan dihadapan Sang Pencipta kerana itu lebih bererti daripada menampilkan kecantikan pada manusia yang bukan muhrimmu. Mari tampilkan kecantikan dihadapan suamimu, kerana itu adalah sebahagian dari jihadmu. Mengabdi pada manusia yang kamu kasihi demi keridhoan Ilahi. Mari tampilkan kcantikan, cantik iman, cantik batin, cantik hati, kerana itu lebih abadi..



0 tautan:

Updates Melalui E-Mail