Apakah perbezaannya dengan majoriti MUSLIM yang lahir dari keluarga MUSLIM?
Pertamanya, kita sebagai seorang MUSLIM yang lahir daripada keluarga MUSLIM sepatutnya mengucap berbanyak-banyak syukur kepada Allah SWT di atas anugerah besar ini. Tidak dapat dibayangkan andainya kita lahir bukan daripada keluarga MUSLIM, di manakah duduk letaknya aqidah dan keyakinan kita. Mungkin dalam keluarga Kristian, Budhha, Hindu, Sikh ataupun sebagainya. Kelahiran dalam keluarga MUSLIM sepatutnya disyukuri sebanyak-banyaknya.
Keduanya, saya ingin mengajak kita memahami kelemahan ummat ISLAM hari ini. Apakah puncanya? Saya berpendapat antara puncanya ialah kurangnya perasaan CINTA kita terhadap ISLAM.
Kita melihat ISLAM daripada sudut yang berbeza daripada mualaf yang memeluk ISLAM. Mereka dengan daya juang, penuh iltizam, penuh keyakinan, penuh dorongan, penuh kajian, penuh kecintaan untuk mengenal ISLAM dan memilih ISLAM sebagai cara hidup.
Berbeza dengan kita yang lahir sudah ISLAM. Kita melalui kehidupan sebagai ISLAM sejak lahir lagi sehingga dewasa. Kita beranggapan ISLAM itu ISLAM yang kita anuti sekarang. Perasaan CINTA terhadap ISLAM itu ‘mungkin’ kurang kerana sudah menjadi kebiasaan.
Kita hanya menerima ISLAM tanpa membuat kajian lanjut. Tidak banyak tenaga yang diperlukan. Tidak banyak cabaran untuk mempertahankan aqidah suci ini. Akhirnya, ada di antara ummat ISLAM Melayu khusunya sanggup menukar aqidah dan keyakinan mereka. Mengapa? Jelasnya mereka tidak menCINTAi ISLAM walaupun mereka lahir dalam keluarga MUSLIM.
Perjuangan mempertahankan dan memperjuangkan ISLAM mewujudkan keCINTAan terhadap ISLAM. Hari ini kita melihat sendiri betapa ramai yang mengaku ISLAM namun disebalik itu tidak mahu ISLAM diamalkan dalam dirinya hatta lebih-lebih lagi dilaksanakan dalam Negara. Ini kerana melibatkan soal CINTA terhadap ISLAM. Mereka MUSLIM tetapi tidak CINTA ISLAM. Mereka mengaku ISLAM, tetapi disebalik itu menolak ISLAM.
Kita para pemuda ISLAM khususnya juga tidak akan menCINTAi ISLAM jika takut, lemah dan malas dalam memperjuangkan dan mempertahankan ISLAM. Tahukah kita betapa ramai orang ISLAM khususnya sebangsa dengan kita (orang Melayu) yang telah memilih selain daripada ISLAM walaupun sudah 20 hingga 40 tahun mereka berada di dalam ISLAM? Sensitif atau tidak kita dengan ISU ini?
KeCINTAan terhadap ISLAM semakin pudar dalam hati setiap MUSLIM hari ini. Mereka malas mengkaji mendalam berkenaan ISLAm. Cukuplah apa yang mereka telah laksanakan sekarang. Malas nak ambil tahu lebih lanjut. Semuanya itu menjurus kepada ketidakCINTAan mereka terhadap ISLAM.
Apa kewajipan kita sebagai seorang muslim?
Mereka yang bermujahadah mendalami, mempertahankan dan memperjuangkan ISLAM akhirnya akan menatijahkan keCIntaan yang mendalam terhadap ISLAM. Mereka akan Nampak dengan terang kebaikan dan kelebihan ISLAM yang diturukan oleh ALLAH SWT melalui Rasulullah SAW. Mereka ini tidak goyah dengan dakyah jahat golongan yang tidak menCINTAi ISLAM.
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Rasulullah saw telah bersabda .;
“Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali”.
H.R al-Baihaqi
Keterangan
Kalau kita perhatikan dunia Islam pada hari ini, keadaannya tidak begitu jauh dari gambaran yang telah dinyatakan oleh Rasulullah saw. ini. Kalau belum sampai pun, ianya sudah mendekati ke sana. Ulama yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah ulama su’ yang menjual agama mereka dengan mata benda dunia, bukan ulama akhirat yang mewarisi tugas para Nabi dan yang meneruskan penyebaran dakwah dari masa ke semasa
Petikan daripada buku ISLAM PILIHANKU.
Sebenarnya bukan senang bagi seseorang itu membuat keputusan untuk menukar agama. Apatah lagi agama asal yang dianuti sudah sebati dalam diri. Pelbagai tentangan dan halangan terpaksa dihadapi demi membuktikan agama yang dipilih adalah agama yang sebenar-benarnya.
Islam tidak pernah menggunakan sistem paksaan untuk menambah bilangan penganutnya tetapi sentiasa mengalu-alukan kedatangan saudara baru dengan hati terbuka. Ini dinyatakan di dalam al-Quran, surah al-Baqarah ayat : 256, ALLAH SWT berfirman yang bermaksud
“Sesungguhnya tiada paksaan dalam beragama”.
ISLAM PILIHANKU adalah himpunan pengalaman beberapa orang yang telah memilih ISLAM sebagai agama pegangan mereka. Ikuti kisah suka duka mereka sewaktu sebelum dan selepas memeluk ISLAM. Ada yang mendapat tentangan hebat daripada keluarga dan ada pula keluarga menerima dengan baik.
Sesungguhnya ISLAM tidak pernah mengajar umatnya memutuskan ikatan silaturahim, baik dengan yang bukan beragama Islam apatah lagi yang sudah Islam sejak azali.
Semoga apa yang dipaparkan dapat dijadikan pengajaran dan direnung bersama, muhasabah diri supaya kita dapat menjadi umat Nabi Muhammad SAW yang tidak menderhaka pada agamaNya. Pada yang sudah memilih Islam sebagai agama penyuluh hidup, Alhamdulillah! Sesungguhnya penghijrahan yang anda lakukan bukan satu sia-sia. Di sebaliknya…terdapat satu nikmat yang memang sudah dijanjikan!
sumber: buku "ISLAM PILIHANKU"
1 tautan:
Bagus tulisan anda. MUSLIM KETURUNAN (KAUNI) VS MUSLIM SYAR'IE.
MUSLIM KAUNI ialah muslim yang disandarkan kpd Islam yg ada pada kedua ibubapanya.
MUSLIM SYA'IE ialah mereka yg menjadi Islam dgn menerima mengucap Dua Kalimah Syahadah yg disertai IQRAR & TASDIQ dgn NIAT "FARDHU" atas dirinya sekali seumur hidup, bagi membolehkannya melakukan Syariat Islam.
Dan jika mereka (muslim kauni) enggan bersyahadat kembali maka mereka kekal di dalam MAKSIAT selamanya.
Syahadah Centre. sirrul_01@yahoo.com
Catat Ulasan