Aku ingin menjadi bak pokok kelapa. Setiap bahagian bermanfaat buat semua. Batangnya boleh di buat jambatan. Lidinya boleh di buat penyapu. Buahnya memberi kelazatan. Airnya penawar dan penghilang kehausan. Santannya pelengkap masakan. Sabutnya dibuat berus. Tempurungnya menemani keriangan kanak-kanak bermain tapak gajah. Selain itu juga pokok kelapa boleh memberikan tazkhirah buatku. Apabila melihat pokok kelapa, hati terasa sebak dan insaf....
Tengoklah, buahnya boleh luruh tanpa mengira muda atau tua. Hal ini mengingatkanku bahawa kematian terlalu hampir dengan kita. Bila-bila masa sahaja, di mana jua. Tua atau muda. Allah berhak menjemput kita. Aku takut sangat jika ALLAH memanggil aku dalam keadaan masih banyak dosa yang belum di kikis. Apabila ketakutan itu datang, aku pasti merenung pokok kelapa.
Pokok kelapa menunjukkan bahawa pelepahnya yang kering dan mati akan digugurkan. Aku juga perlu membuang faktor-faktor yang boleh menyebabkan hati mati dalam diri.
Terpandang pada putik bunga kelapa yang jatuh berguguran, aku rasa tiada masa untuk banyak ketawa. Aku takut ketika ALLAH menarik nyawa, aku tiada masa nak mengucap dan mengingati-NYA. Aku sedar kalau banyak ketawa, hati mudah mati, lalai dan alpa. Semoga kita semua di jauhi
0 tautan:
Catat Ulasan